You are on page 1of 1

MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK)

DAERAH HILIR PERAK


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK
36000 TELUK INTAN, PERAK
_________________________________________________________________________
“ PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK ”

Ruj. Kami: MGKK.PK.HEM.800-3/1/5 ( 01 )


Tarikh : 11 Julai 2023
Kepada,
Pn. Miskiah Tijan,
Vice President Engagement & Enrolmen MSU,
University Drive, Off Persiaran Olahraga,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN KE MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU)

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Hilir Perak (MGKK)
akan mengadakan lawatan ke MSU seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Julai 2023 (Khamis)


Masa : 2.00 ptg – 4.00 ptg
Bil. Guru : 40 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling

3. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling agar dapat menyampaikan info serta promosi tentang program yang
ditawarkan oleh MSU kepada murid di sekolah masing-masing.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan lawatan ini, pihak tuan boleh berhubung dengan Pn.
Hamdianis binti Shamsuddin (Setiausaha MGKK Daerah Hilir Perak) di talian 019-5689427. Kesudian
pihak tuan menerima kehadiran kami didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……….............................................
(FARIZAN BINTI AHMAD)
Yang Dipertua,
MGKK Daerah Hilir Perak

”SEJAHTERA PERAK 2030”

You might also like