You are on page 1of 4

8.

A consulting engineer has submitted structural design plans to the local authority for a
certain building. The client terminates his services after the plans are approved by the
local authority. You are then engaged to take over this work and complete the project
including supervision of construction. What are your professional responsibilities and
those of the previous engineer who submitted the plans? If you have to make changes to
the structural drawings, what do you think would be the proper procedure in dealing with
this matter and also how you assign professional liability?

Di dalam etika Tata Kelakuan Professional, Fasal 31 (Regulation 31 of the Registration of


Engineers Regulations 1990 (Revised 2015). adalah dinyatakan bahawa Jurutera
Professional tidak boleh secara langsung atau tidak langsung untuk :-
a. menggantikan atau cuba menggantikan Jurutera Professional di dalam
perkhidmatannya.
b. Campur tangan atau cuba untuk campur tangan di dalam amalan kejuruteraan
seseorang Jurutera Professional yang lain.
c. Mengambil alih amalan kejuruteraan secara langsung atau tidak dari Jurutera
Professional yang lain kecuali :-
i. mendapat persetujuan dari Jurutera Professional berkenaan
ii. mendapat surat pengesahan berkenaan penamatan kontrak kerja-
kerja Jurutera Professional berkenaan mengikut kontrak-kontrak yang berkaitan.

Di dalam kes di mana Jurutera Perunding asal yang dilantik oleh pihak klien telah ditamatkan
perkhidmatannya dan telah mendapat kelulusan pelan dari pihak-pihak berkuasa terhadap pelan-
pelan yang telah dikemukakannya. Saya telah dilantik untuk mengambil alih projek berkenaan
termasuk penyeliaan dan pembinaan di tapak.

Oleh yang demikian, mengikut etika Fasal 31 berkenaan, saya adalah layak untuk mengambilalih
projek yang berkenaan di bawah sub Fasal 31 c) (i) dan (ii); iaitu dengan syarat-syarat dan
prosedur yang akan dibincangkan berikutnya.

1. Mendapatkan dokumen-dokumen dan pelan-pelan berkaitan


Di antara dokumen-dokumen penting yang perlu diperolehi daripada Jurutera Perunding
terdahulu ialah seperti berikut :-
a. surat penamatan kontrak daripada pihak klien kepada Jurutera Perunding
terdahulu.
b. Surat pelepasan projek daripada Jurutera Perunding terdahulu kepada Jurutera
Perunding yang baru.
c. Syrat-surat kelulusan pihak-pihak berkuasa tempatan beserta nombor rujukan.
d. Semua sistem persuratan di antara Jurutera Perunding terdahulu dengan pihak
klien, perunding lain dan bihak berkuasa tempatan.
e. Semua dokumen dan laporan pengiraan rekabentuk untuk kerja-kerja
infrastruktur dan struktur bangunan serta penyiasatan tanah.
f. Semua lukisan-lukisan rekabentuk dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’

Surat penamatan kontrak dari klien dan surat pelepsana dari Jurutera Perunding
terdahulu adalah penting untuk membuktikan pengesahan Jurutera Perunding yang baru
kepada pihak berkuasa.

Tanggungjawab untuk semua rekabentuk yang telah dikemukakan adalah ditanggung


penuh oleh Jurutera Perunding yang baru dilantik. Oleh itu kebiasanya di dalam surat
pelepasan Jurutera Perunding terdahulu akan menyatakan tidak lagi bertanggungjawab
kepada semua rekabentuk dan semua adalah di bawah tanggungan Jurutera Perunding
yang baru dilantik.

2. Susulan kepada Pihak-Pihak Berkuasa


Langkah pertama kepada pihak berkuasa adalah dengan mengemukakan surat
pemgambilalihan projek daripada Jurutera Perunding terdahulu dengan memaklumkan
bahawa akan menerima tanggungjawab penuh kepada semua pelan rekabentuk yang
telah dikemukakan. Disertakan juga salinan surat-surat penamatan kontrak dan surat
pelepasan projek dari Jurutera Perunding terdahulu. Semua surat mesyuarat perlu
merujuk kepada nombor rujukan pihak-pihak berkuasa berkenaan.

3. Semakan kepada dokumen surat menyurat


Seterusnya Jurutera Perunding yang baru perlu membuat semakan dan peneliian
kepada dokumen surat menyurat yang lain, sekiranya masih ada isu-isu teknikal yang
masih belum diselesaikan oleh pihak Jurutera Perunding terdahulu. Penyelesaian akan
cuba dibuat sekiranya masih terdapat masalah yang belum diselesaikan dengan
perbincangan daripada pihak klien dan perunding yang lain.

4. Semakan kepada Rekabentuk asal


Perkara yang paling penting di dalam proses mengambilalih projek dari Jurutera
Perunding yang terdahulu adalah membuat semakan kepada rekabentuk-rekabentuk
yang telah dikemukakan oleh Jurutera Perunding terdahulu. Ini adalah termasuk
rekabentuk-rekabentuk bagi kerja-kerja infrastruktrur dan kerja-kerja struktur.
Oleh kerana Jurutera Perunding yang baru adalah bertanggungjawab penuh kepada
rekabentuk, penyeliaan dan pembinaan di tapak, maka adalah wajar Jurutera Perunding
yang baru untuk membuat ubahsuai ke kepada rekabentuk yang baru terutamanya bagi
kerja-kerja rekabentuk struktur.

Bagi pelan-pelan infrastruktur, jika ada perubahan akan dimaklumkan kepada pihak
berkuasa dan pelan ‘as-bulit’ akan dikemukakan mengikut semakan Jurutera Perunding
yang baru.

5. Semakan Rekabentuk Struktur


Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada semakan rekabentuk struktur kerana ianya
kan melibatkan struktur bangunan yang akan diduduki oleh orang awam. Mengikut Fasal
24 Akta Kelakuan Professional, jurutera yang bertanggungjawab kepada majikan,
pelanggan dan profesionnya hendaklah sentiasa menjaga kepentingan awam.

Oleh itu semakan dengan lebih terperinci perlu dibuat ke atas rekabentuk struktur. Ini
bermula daripada semakan asas bangunan yang perlu disemak kesesuaiannya dengan
keadaan tanah. Begitu juga dengan struktur2 yang lain seperti tiang, beam, slab, tangga
dan sebagainya perlu disemak dengan teliti.

Sekiranya terdapat ketidaksesuaian dan di bawah limit kekukuhan struktur, maka


rekabentuk semula wajar dilakukan. Mungkin tidak semua struktur perlu direkabentuk
semula bergantung kepada penilaian yang telah dibuat. Rujukan kepada sebarang
pindaan pelan perlu ditunjukkan dengan jelas di dalam pelan rekabentuk yang baru
supaya dapat membezakan lukisan terdahulu dan terkini.

Pihak Ukur Bahan dan klien akan dinasihatkan kepada sebarang keperluan dan
tambahan kerja yang baru (jika ada) untuk mencapai kekukuhan dan spesifikasi
rekabentuk yang dibenarkan.

6. Pengawasan dan Penyeliaan di Tapak


Begitu juga tugas penyeliaan dan pengawasan di tapak adalah di bawah tanggungjawab
penuh pihak Jurutera Perunding yang baru. Oleh itu semua panduan rekabentuk adalah
perlu merujuk kepada lukisan pembinaan yang dikeluarkan oleh pihak Jurutera
Perunding yang baru sahaja.
7. Professional Liability
Seperti projek-projek yang lain, liabiliti adalah di bawah tanggungjawab Jurutera
Perunding yang baru walaupun telah mengambil alih daripada Jurutera Perunding
terdahulu. Oleh yang demikian Jurutera Perunding yang baru tidak seharusnya
menggunapakai pelan-pelan rekabentuk dari Jurutera Perunding terdahulu kerana liabiliti
adalah seumur hidup dipertanggungjawabkan kepada Jurutera Perunding yang baru.

Kesimpulan.
Sebarang kerja ambilalih sesuatu projek, Jurutera Perunding terdahulu tidak akan
bertanggungjawab terhadap segala kerosakan projek sebaliknya Jurutera Perunding yang baru
adalah bertanggungjawab penuh kepada projek yang akan dan telah dilaksanakan.

You might also like