You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak


Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves Tel: 03-61894886
Selangor Darul Ehsan Fax:03-61894886
Kod Sekolah: BBA7216
Emel: bba7216@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKTSG 200-7/4/1


Tarikh : 1 Ogos 2023
Kepada:

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak


Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama
68100 Batu Caves, Selangor

Tuan/Puan,

LAPORAN KEROSAKAN AKIBAT HAKISAN TANAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin melaporkan beberapa kerosakan yang memerlukan tindakan segera
seperti berikut:

2.1 Pagar belakang sekolah retak dan hampir tumbang akibat hakisan tanah dan pergerakan
tanah.

2.2 Kaki lima bangunan Pra Sekolah telah retak dan risiko kepada dinding bangunan Pra
Sekolah untuk retak.

3. Bersama surat ini juga saya lampirkan gambar terkini kerosakan akibat hakisan tanah
tersebut.

4. Pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar disegerakan pembaikan kerosakan tersebut
dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian dan tindakan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

(ROSMAN BIN MANSOOR)


Guru Besar
SK Taman Seri Gombak
Batu Caves, Selangor

You might also like