You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI NYAK GAM, 06900, YAN KEDAH

KERTAS KERJA
PROGRAM BIMBINGAN & KAUNSELING
TAHUN 2022

PADA:

14,15, 16 DAN 17 NOVEMBER 2022

HARI :

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

KERJASAMA:

UNIT INDUK KOKO & SEMUA PANITIA


1.0 PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-
murid. Sebelum berakhir sesi persekolahan sesi Tahun 2021/2022 , unit bimbingan dan
kaunseling telah merancang program dan aktiviti untuk mengisi masa murid-murid sebelum
berakhir penggal. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan
murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti berkumpulan, permainan dan
pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai
dengan usia murid yang meningkat remaja. Dalam pada itu, memandangkan terdapat sedikit
perubahan pada penggal persekolahan sesi tahun 2021/2022 berikutan fasa endemik Covid-19,
maka UPSR tidak dijalankan. Oleh itu, program ini turut bertujuan memberi persediaan mental
dan emosi kepada murid-murid Tahun 6 sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah
sesi Tahun 2022.

2.0 RASIONAL
Melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk
kesejahteraan apabila berada di alam persekolahan walaupun kehidupan seharian beralih ke fasa
endemik COVID-19. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya
agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin
dan negara. “ PROGRAM BIMBINGAN & KAUNSELING PENGGAL 2022” diharap
dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke awal
penggal persekolahan yang baru.

3.0 OBJEKTIF

1. Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala
Muda / Yan akan tercapai dengan jayanya.
2. Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh
pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.

3. Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga dan mendidik anak-anak agar menjadi
insan yang seimbang dan selari dengan kehendak ajaran agama.

4. Ibu Bapa/Penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan
mereka.

5. Daya pemikiran kreatif dan kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan
membuka minda anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.

6. Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datang dan mereka perlu disemai
dan diacuankan mengikut peredaran zaman serta tidak lari dengan landas- landas agama
Islam dan kehendak pemerintah.

7. Mengisi masa sebelum berakhir penggal terakhir dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.

8. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

4.0 TEMPOH MASA

Program berlangsung pada 14,15,16 dan 17 November 2022 .

5.0 SASARAN

Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 .

6.0 CARTA ORGANISASI PERANCANGAN PROGRAM BIMBINGAN

DAN KAUNSELING TAHUN 2022

PENGERUSI
TUAN HAJI MOHD ROSLI BIN HASSAN
NAIB PENGERUSI 1
MOHD ASRI BIN SHUIB

NAIB PENGERUSI 2
MALIKI BIN ZAKARIA

PENYELARAS
MOHD ASRI BIN MAT JUNOH

SETIAUSAHA
NURUL FASIHAH BT MOHD TAMIZI

AJK
SEMUA GURU SK HJ NYAK GAM

7.0 JADUAL AKTIVITI

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN


En. Shahimi B. Shariff
0745-0815 Taklimat program
Isnin (14.12.2022) (PK HEM)

Aktiviti Membuat En. Harizal


0815-1015
sandwich Tahap 2 (Guru Panitia Sains)
1015-1045 Rehat
Aktiviti berkumpulan En. Shahimi B. Shariff
1100-1315
Tahap 1 (Kaunselor sekolah)
Selasa (15.2.2022) Ceramah /Taklimat Ke
0745-1015 Sekolah Menengah. En. Shahimi Bin Shariff
(PK HEM )
1015-1045 Rehat
Aktiviti Menjawab Puzzle
Pn. Zarina
1100-1315 & Siapa Cepat ?
(Guru Panitia Sejarah)
(Program Sejarah)
Rabu (16.02.2022) Aktiviti ‘baking’ kek.
Tahap 2
Pn. Nurul Fasihah
0745-1015
(Guru Matematik)
(Tajuk : Sukatan &
Isipadu)
1015-1045 Rehat

Aktiviti Kraf Tangan Pn . Yusmani Jusoh


1100-1315 Tahap 1 (Program Bahasa
Inggeris) (Guru Bahasa Inggeris)

Khamis(17.02.2022) Ceramah Kem Akil Baligh


0800-1015 Pn. Norellyza Affandi
Tahap 2
( Panitia Pendidikan Islam)
(Teori & Amali)
1015-1045 Rehat
Majlis Penutup dan
1100-1315 penyampaian hadiah AJK program
kepada para pemenang.

* Tertakluk pada pindaan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2022

HARGA SEUNIT JUMLAH


BUTIRAN BILANGAN
(RM) (RM)
Butane Gas 4.00 20 80.00
Ayam 15.00 12 180.00
Kertas A4 12.00 5 60.00
Alat Tulis (set) 20.00 12 240.00
Minyak Masak 30.00 2 60.00
Buttercup 4.8L 80.00 1 80.00
Tepung Gandum 3.00 10 30.00
Gula 3.00 6 18.00
Garam 2.50 2 5.00
Span Air 0.50 12 6.00
Telur 15.00 4 60.00
JUMLAH BESAR (1) RM 819.00
Buku nota kecil 2.00 108 216.00

Biskut TIGER 2.20 108 216.00

Appollo (24 packs) 6.00 18 108.00

Oreo 2.00 108 216.00


Biskut FUN MIX
15.00 18 270.00
(tin)
Air Soda Bikarbonat
3.00 36 108.00
1.5L
Bakul 4.00 36 144.00

Reben 2.00 12 24.00


Plastik hadiah 2.00 36 72.00
Salotape 2.00 5 10.00
Pensel Warna 2.50 108 270.00
JUMLAH BESAR (2) RM1654 .00

PENUTUP

Segala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang
ditetapkan dalam norma baharu. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihak terutama pihak pentadbir amatlah
diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tersusun sebagaimana
yang telah dirancang hasil kerjasama semua pihak.

Disahkan Oleh,

Disediakan Oleh,

________________________
(MOHD ROSLI BIN HASSAN)
Guru Besar,
SK Haji Nyak Gam
________________________________
(NURUL FASIHAH BT MOHD TAMIZI)
SETIAUSAHA
SK Haji Nyak Gam

You might also like