You are on page 1of 5

BAB 5

PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT BERHAD


MENURUT SYER

LIM CHUN MING


SYARIKAT BERHAD – Merupakan jenis milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh
sekumpulan individu yang tanggunganya terhad kepada jumlah modal yang dimilikinya sahaja
dan penubuhannya mestilah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk
dibawah Akta Syarikat 2016.

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD VS SYARIKAT AWAM BERHAD


CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD SYARIKAT AWAM BERHAD
PEMEGANG
SYER 2- 50 orang sahaja Minimum 2 dan tiada had

BILANGAN Minimum seorang Minimum 2 orang


PENGARAH

PEMILIKAN Hanya ditawarkan kepada persendirian Ditawarkan kepada orang awam


SYER

PINDAH MILIK Pindah milik syer terkawal dan dilakukan Pindah milik syer dilakukan
SYER dengan persetujuan pemegang syer dengan mudahdan di Bursa
yang lain Saham melalui broker

STATUS SYER Syer tidak disenaraikan dan diniagakan Syer disenaraikan atau
di Bursa Malaysia diniagakan di Bursa Malaysia

LAPORAN Dibentangkan kepada pemegang syer Dibentangkan kepada pemegang


KEWANGAN semasa mesyuarat agung tahunan syer dalam mesyuarat agung
tahunan syarikat dan perlu
disiarkan dalam akhbar
tempatan untuk pengetahuan
orang awam

MESYUARAT Tidak wajib diadakan Wajib diadakan


AGONG
TAHUNAN

CONTOH Irfan Khairi Sdn Bhd, Ramly Food Syarikat Takaful Malaysia
Processing Sdn.Bhd Berhad, Tenaga Nasional
Berhad,Pos Malaysia Berhad

LIM CHUN MING


PERSAMAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT AWAM
BERHAD
 Memperoleh modal melalui terbitan syer
 Menanggung liability yang terhad
 Tujuan penubuhan untuk memperoleh keuntungan
 Mempunyai hayat perniagaan yang berterusan

JENIS MODAL DAN TERBITAN SYER


- Modal syarikat berhad diperoleh daripada terbitan syer
CIRI-CIRI SYER BIASA SYER KEUTAMAAN
KADAR Tidak tetap-bergantung kepada keuntungan Tetap pada setiap tahun
DIVIDEN syarikat
TUNGGAKAN Tiada tunggakan dividen Pemegang syer keutamaan
DIVIDEN bertimbun tambah
(kumulatif) menerima
tunggakan dividen
KEUTAMAAN Hanya menerima dividen selepas pemegang Menerima dividen terlebih
DIVIDEN syer keutamaan dahulu daripada pemegang
syer biasa.

HAK Tuntutan modal hanya boleh dibuat selepas Diberikan keutamaan untuk
TUNTUTAN pemegang syer keutamaan tuntut modal menuntu balik modalnya
MODAL mereka. sebelum pemegang syer
biasa
HAK Berhak mengundi untuk melantik Lembaga Tidak berhak mengundi
MENGUNDI pengarah dalam mesyuarat agung tahunan
DALAM
MESYUARAT
AGUNG
RISIKO Risiko tinggi kerana bayaran dividen tidak Risiko rendah kerana bayaran
tetap dan tidak diutamakan dalam dividen tetap dan
pembayaran dividen dan tuntutan balik diutamakan pembayaran
modal dividen dan tuntutan balik
modal

LIM CHUN MING


MEREKODKAN TERBITAN SYER DALAM JURNAL AM
a) Apabila syer diterbitkan

Dt. Akaun Permohonan Syer Biasa/Syer


Keutamaan Kt. Akaun Modal Syer Biasa/Syer
Keutamaan
b) Apabila wang diterima dan dibankkan

Dt. Akaun Bank


Kt. Akaun Modal Syer Biasa/Syer Keutamaan

c) Apabila berlaku lebihan langganan (syer-syer yang diterbitkan mendapat sambutan


maka lebihan langganan akan dipulangkan semula kepada pemohon yang tidak berjaya.)

Dt. Akaun Modal Syer Biasa/Syer Keutamaan


Kt. Akaun Bank

d) Apabila berlaku kurangan langganan (syer-syer yang diterbitkan tidak mendapat


sambutan maka pihak penaja akan menampung jumlah kurangan tersebut.)
Dt. Akaun Bank
Kt. Akaun Modal Syer Biasa/Syer Keutamaan

FORMULA MODAL DITERBITKAN DAN BERBAYAR PENUH

MODAL DITERBITKAN DAN BERBAYAR PENUH = Bil syer diterbitkan x Harga sesyer

EKUITI PEMILIK SYARIKAT BERHAD

- Contoh bahagian ekuiti pemilik dalam Penyata Kedudukan Kewangan:-

Syarikat Najwa Berhad


Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 20X0
RM
EKUITI PEMILIK
Modal diterbitkan dan Berbayar
Penuh
8 000 000 unit 7 % syer keutamaan x
4 000 000 unit syer biasa x
x
LIM CHUN MING
DIVIDEN TUNAI
- Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada setiap
pemegang syer syarikat pada suatu tempoh tertentu.
- Kadar dividen ditentukan oleh Lembaga pengarah dengan persetujuan daripada pemegang
syer semasa mesyuarat agung tahunan.
- Dividen dibayar melalui:-
 Peratus atas nilai syer
 Sen perunit syer
-Jenis dividen:-
 Dividen Interim- Merupakan dividen yang dibayar sebelum mengetahui keuntungan
syarikat dan pembayaran dividen dilakukan sebelum tempoh perakaunan berakhir.

 Dividen Akhir- Merupakan dividen yang dibayar selepas mengetahui keuntungan


syarikat dan pembayaran dividen dilakukan selepas tempoh perakaunan berakhir.

-Pengiraan dividen:

Dividen syer keutamaan = Modal diterbitkan dan berbayar penuh x Kadar dividen x Tempoh

Dividen syer biasa = Modal diterbitkan dan berbayar penuh x Kadar dividen

Sebab Dividen Tertunggak


- Berlaku apabila syarikat tidak memperoleh keuntungan pada tahun semasa maka
tiada pengishtiharan dividen dibuat pada tahun tersebut.
- Namun, bagi pemegang syer keutamaan bersifat kumulatif, mereka akan tetap
menerima dividen sama ada syarikat memperoleh keuntungan atau kerugian.
- Dividen mereka akan dibawa ke tahun berikutnya jika syarikat itu memperoleh
keuntungan pada tahun hadapan. Oleh itu, dividen tersebut dinamakan sebagai
dividen tertunggak.
- Sebagai contoh, jika pemegang syer keutamaan 6% tidak menerima dividen dalam
tahun itu kerana kekurangan keuntungan maka pada tahun berikutnya mereka
berhak untuk menerima dividen bagi kedua-dua tahun iaitu sebanyak 12% jika
keuntungan syarikat cukup untuk pembayaran dividen pada tahun tersebut.
LIM CHUN MING

You might also like