You are on page 1of 8
RISDA (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) Bhg. Bekalan dan Kejuruteraan Ibu Pejabat RISDA Karung Berkunci 11067 50990 Kuala Lumpur. : Tel. 03-4564022 Ext. 485 Bil. ( 20 }dlm. %.0/9790.00 Kepada: Tarikh: 20 Jun 1995. Semua Pengarah Bahagian. Semua Pengarah RISDA Negeri. Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan. oO Semua Pengetua ILR RISDA. ARAHAN KETUA PENGARAH BIL. 23/95 PINDAAN KE ATAS PROSEDUR PEROLEHAN RISDA Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke~124 yang diadakan pada 8 Jun 1995 telah bersetuju untuk menerimapakai Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/1994 dan seterusnya bersetuju membuat Pindaan ke atas Prosedur Perolehan KISDA selaras dengan surat pekeliling tersebut. 2. Selaras dengan itu, Prosedur Perolehan RISDA Bahagian I, Perkara 1.2, Prosedur Perolehan Kerja, 1.3 Prosedur. Perolehan Hekalan & Perkhidmatan dipinda seperti berikut :~ 1.2 PROSEDUR PEROLEHAN KERJA 1.2.1 Bagi Perolehan Kerja Yang Bernilai Tidak Nelebihi RM 20,000.00 Perolehan kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000.00 bagi setiap kerja boleh dibuat secara lantikan terus dikalangan kontraktor kelas F yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) berasaskan harga yang berpatutan, 1.2.2 Bagi Perolehan Kerja Bernilai Melebibi RM 20,000.00 Tetapi Tidak Melebihi RM_50,000.00 asSEEEETEE) Perolehan dibuat secara pelawaan sebut harga kepada sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kelas F mengikut tajuk-tajuk yang sesuai. 1.2.3 Bagi Peroleban Kerja Yang Bernilai Nelebini RM 50,000.00 Perolehan dibuat secara pelawaan Tender Terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan PKK mengikut kelas dan tajuk-tajuk yang sesuai. Prosedur ini hanya dikendalikan di peringkat Urusetia Jawatankuasa Tender, Bhg. Bekalan dan Kejuruteraan, Ibu Pejabat RISDA. 1.2.4 agi Perolehan Kerja Utama Dan Bukan Utama Mini Bstet Yang Telah dikenakan Tindakan Fasal 27 dan 28 Bagi kontrak kerja utama/Bukan Utama Mini Estet yang telah diambil alih oleh RISA di bawah Fasal 27 atau ditamatkan di bawah Fasal 28 , perolehan untuk baki kerja di- dalam kontrak yang asal yang nilainya melebihi RM 50,000.00 adalah dikecualikan - daripada peraturan (1.2.3) di atas dan boleh dilaksanakan secara pelawaan Sebut Harga di peringkat Pusat Tanggungjawab KISDA Negeri dan disetujuterima di peringkat Jawatankuasa Tender Negeri (JKIN). 1.2.5 Bagi Perolehan Kerja Memungut Hasil Getah Mini Estet Prosedur bagi perolehan kerja memungut hasil getah Mini kstet adalah sebagaimana yang ditetapkan di ARAHAN KETUA PENGARAH BIL. 12/89 bertarith & September 1989. 1,3 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 1.3.1 Perolehan Bekalan >. 1.3.1.1 Pembelian Kuncit yang bernilai tidak melebihi RM 10,000.00 setahun bolehlah dibuat daripada pembekal- pembekal yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan berasaskan kepada harga berpatutan. 4.3.1.2 Pembelian Runcit yang bernilai uelebihi RM 10,000.00 setahun tetapi tidak melebthi RM 20,000.00 setahun hendaklah dibuat daripada pembekal- 1.3.2 1.3.1.3 13,164 pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan berasaskan kepada harga yang berpatutan. Perolehan Bekalan yang melebihi RM 20,000.00 setahun tetapi tidak melebihi RM 50,000.00 setahun, sebut harga hendaklah dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Perolehan Bekalan yang melebihi RM 50,000.00 setahun dipelawa secara Tender Yerbuka kepada pembekal~ pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mengikut tajuk~ tajuk yang sesuai, Prosedur ini hanya dikendalikan di peringkat Urusetia Jawatankuasa Tender, Bhg. Bekalan dan Kejuruteraan, Ibu Pejabat RISDA. Perolehan Perkhidmatan 1.3.24 Perolehan Perkhidmatan yang bernilai tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap satu perkhidmatan setahun 1.3.2.2 1.3.2.3 bolehlah dibuat daripada pembekal- pembekal yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan berasaskan kepada harga yang berpatutan dan mutu perlaksanaan perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Perolehan Perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 10,000.00 tetapi tidak melebihi RM 20,000.00 bagi setiap perkhidmatan setahun boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang diketahui sentiasa mengenakan harga berpatutan. Perolehan Perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 20,000.00 tetapi tidak melebihi RM 50,000.00 bagi setiap Perkhidmatan setahun, pelawaan sebut harga hendaklah dibuat daripada sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Bagi Perolehan Prkhidmatan penyenggaraan Mini Estet pelawaan sebut harga 13.2.4 hendaklah dibuat daripada sekurang- kurangnya lima (5) kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan/atau yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mengikut tajuk/kepala yang sesuai [Rujuk Surat Pekeliling (SPP) Bil. 9 Tahun 1989]. Perolehah Perkhidmatan yang nilainya melebihi RM 50,000.00 bagi setiap perkhidmatan setahun dipelawa secara Tender Terbuka kepada kontraktor~ kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mengikut tajuk~ tajuk yang sesua1. agi perolehan perkhidmatan Penyenggaraan Mini Estet, pelawaan secara Tender Terbuka dibuat kepada kontraktor~ kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan atau yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mengikut fajuk Kepala yang sesuai (Rujuk SPP BIL. 9 TAHUN 1987). Prosedur ini hanya dikendalikan di peringkat Urusetia Jawatankuasa Tender, Bhg. Bekalan- dan Kejuruteraan, [bu Pejabat RISDA. 1.3.2.5 Bagi kontrak perkhidmatan Penyenggaraan Mini Estet yang telah diambil alih oleh RISDA di bawah FASAL 27 atau ditamatkan di bawah FASAL 28, perolehan untuk bagi perkhidnatan di dalam kontrak yang asal yang nilainya melebibi RM 50,000.00 adalah dikecualikan daripada peraturan (1.3.2.5) di atas dan boleh dilaksanakan secara pelawaan Sebut Harga di peringkat Pusat Tanggungjawab RISDA Negeri dan disetujuterima di peringkat Jawatankuasa Tender Negeri (JKTN). 3. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 8 Jun 1995. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA (BJ, ALIASAK B, MBIA ) Unit 1.11 Timbalan-*€tua Pengarah (0) b/p. Ketua Pengarah RISDA,

You might also like