You are on page 1of 43

2021

LAPORAN
PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM

(SITI SURIYANI BINTI ZAMRI)


SETIAUSAHA PENGAKAP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


LAPORAN GERAK KERJA

JAWATANKUASA TEKNIKAL UNIT BERUNIFORM

Jawatankuasa teknikal telah diwujudkan untuk mengendalikan segala perkara yang berkaitan
dengan platform dalam talian bermula pada 1 September sehingga 4 September 2021. Antara
platform yang perlu dikendalikan oleh jawatankuasa ini adalah Zoom, Google Meet serta platform
media sosial bagi slot yang memerlukan siaran langsung. Seramai lapan orang ahli dari Unit
Beruniform Pengakap telah menganggotai jawatankuasa ini seperti yang terdapat di Lampiran 1.

Sebelum perkhemahan, ahli jawatankuasa telah mengadakan perbincangan bersama


pensyarah jurulatih yang menguruskan jawatankuasa teknikal iaitu Encik Abdul Ronif bin
Jamaluddin berkenaan tempahan penggunaan Zoom IPG Kampus Dato’ Razali Ismail di bawah
kelolaan Encik Biamin bin Ahmad. Selain itu, kami turut berbincang tentang pembahagian masa
bertugas bagi setiap slot bersama-sama ahli jawatankuasa teknikal Unit Beruniform lain. Kami
juga mengadakan sesi “briefing” kepada setiap ahli berkenaan tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan sewaktu bertugas.

Semasa perkhemahan, kami bertugas mengikut jadual yang telah dirancang dan
bertindak untuk mengawal dan memastikan kelancaran slot taklimat dan program berjalan
dengan lancar. Antara tugas kami ketika bertugas di platform Zoom adalah memasang banner
program, memasang lagu, memastikan semua mic para pelajar dan pensyarah yang terlibat
berada dalam keadaan mute apabila tidak digunakan serta bersedia dengan segala
kemungkinan seperti masalah internet dan sebagainya. Kami juga menggunakan platform
Google Meet sebagai platform kedua untuk menjalankan slot dan program kerana bilangan
audiens di Zoom adalah terhad kepada 300 orang sahaja. Pada hari terakhir perkhemahan,
kami telah mengadakan satu sesi raptai bagi Majlis Penutup Perkhemahan Unit Beruniform
2021 bersama pensyarah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat.

Selepas perkhemahan ataupun ringkasnya selepas Majlis Penutup Perkhemahan Unit


Beruniform 2021, kami telah mengadakan satu mesyuarat bersama pensyarah dan
jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat bagi membincangkan satu isu yang tidak diingini yang
telah berlaku ketika berlangsungnya majlis tersebut. Di situ, kami berbincang tentang punca
berlaku perkara tersebut dan langkah penyelesaian bagi mengelakkan perkara tersebut
berulang lagi di masa akan datang.
Sebagai penutup, seluruh ahli jawatankuasa teknikal telah memberikan kerjasama yang
sangat baik dan telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sangat cemerlang
bagi memastikan perkhemahan Unit Beruniform selama empat hari berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN ZAKARIA)

Ahli Pengakap,
PISMP Jun Ambilan 2020,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGAKAP

BIL. NAMA UNIT BERUNIFORM


1 MUHAMMAD SYAFIQ FIRDAUS BIN MOHD SHAUFI PENGAKAP
2 MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN ZAKARIA PENGAKAP
3 AHMAD SYAHIR BIN MOHD NAWAWI PENGAKAP
4 NUR AINA SYAFIQA BINTI MOHD BAHARUDDIN PENGAKAP
5 NUR IZZAH FARHANAH BINTI BAHARIN PENGAKAP
6 FATIN HAKIMAH BINTI IBRAHIM PENGAKAP
7 SITI SHARINA BINTI MAT HUSIN PENGAKAP
8 SITI AINUN NAJIHAH BINTI MOHD ZEN PENGAKAP
LAMPIRAN 2

SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TEKNIKAL

1. Mempastikan link disediakan untuk setiap slot


2. Sentiasa siap siaga dengan slot online
3. Menyediakan laporan jk dan menghantar laporan kepada setiausaha pasukan ub
masing-masing
LAPORAN JAWATANKUASA PUBLISITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PENGAKAP BAGI PELATIH PISMP SEM 3 AMBILAN JUN 2020

Tarikh : 1 hingga 9 September 2021

Masa : 5.30 pagi hingga 11.00 malam

Tempat : Secara dalam talian

Bilangan Ahli : 8 orang

Kehadiran :

1. Tuan Afiq Rifqi bin Tuan Mohd Mawardi


2. Wafi bin Azhar
3. Muhammad Hamizan bin Mistam
4. Wan Fahimul Hakim bin Wan Mohd Zuri
5. Fatin Amirah binti Fakeruddin
6. Nor Syahirah Dayana binti Mohd Ridhuan
7. Azma Hanim binti Roslee
8. Bavani A/P Siva

Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, satu perkhemahan unit
beruniform telah dilaksanakan. Perkhemahan ini merupakan perkemahan yang diadakan
secara dalam talian atas sebab penularan wabak pandemik Covid 19 di negara kita dan
menyebabkan para siswa tidak dapat pulang ke kampus dan perlu berada di rumah masing
masing. Seramai 102 orang ahli Pengakap yang telah terlibat dalam perkhemahan kali ini.
Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan kerja
kursus MPU3062. Antara aktiviti dan ujian yang dijalankan ialah tazkirah, Malaysia cergas,
kawad kaki, masakan rimba, pertolongan cemas, kembara dan ikhtiar hidup, kemahiran asas
tali ikatan dan simpulan serta kraf perkhemahan dan gajet.

Sebelum berlansungnya perkhemahan, setiap pelajar telah dibahagikan kepada


tugas-tugas tertentu. Pembahagian tugas ini dilakukan bagi memastikan perkhemahan yang
dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lacar. Sebagai ahli jawatankuasa publisiti,
kami telah ditugaskan untuk menyediakan poster bagi setiap slot aktiviti atau program,
menyebarkan maklumat dan hebahan setiap slot kepada para siswa dan pensyarah terlibat
serta menyediakan laporan jawatankuasa dan menghantar laporan tersebut kepada
setiausaha pasukan unit beruniform masing-masing. Sebanyak lapan orang ahli Pengakap
telah menjadi ahli jawatankuasa publisiti ini.

Antara tugas yang dilakukan oleh jawatankuasa publisiti Pengakap sebelum


perkhemahan ialah dengan melakukan perbincangan dengan seluruh jawatankuasa publisiti
unit beruniform yang lain iaitu Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah dan Persatuan
Pandu Puteri bersama pensyarah penyelia iaitu En Yunus Bin Yusof. Hasil perbincangan
tersebut, kami perlu menghasilkan 22 poster bagi 22 slot sepanjang berjalannya 4 hari
perkhemahan. Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk membahagikan tugas untuk
bertugas dan membuat poster antara jawatankuasa publisiti UB mengikut hari bagi
meringankan beban dan memastikan poster dapat dihasilkan secepat mungkin.
Jawatankuasa publisiti Pengakap telah ditugaskan untuk menjaga slot pada hari Jumaat.
Kami telah menyediakan sebanyak 7 poster untuk hari berkenaan iaitu bagi slot tazkirah/
Malaysia cergas, asas kawad kaki, amali kawad kaki, masakan rimba segerak dan tidak
segerak, tazkirah magrib dan asas pertolongan cemas.

Semasa perkhemahan berlansung, kami telah bertanggungjawab menyediakan


hebahan serta menyebarkan poster serta maklumat setiap slot pada setiap hari kepada
semua siswa dan pensyarat terlibat. Di samping itu, kami juga memastikan dengan
jawatankuasa lain mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada slot tersebut dan mendapat
pautan Zoom atau Google Meet bagi yang berkaitan. Segala hebahan akan disebarkan 30
minit sebelum slot bermula supaya dalam makluman semua. Selepas perkhemahan pula,
kami membuat refleksi mengenai segala tugas yang dijalankan bagi menambah baik pada
masa akan datang selain menyediakan laporan jawatankuasa publisiti.

Secara refleksinya, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti
sepanjang perkhemahan ini berlansung. Beberapa cadangan penambahbaikan turut
dinyatakan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Antara kekuatan yang dapat dilihat jelas ialah
semua pelajar dapat mengetahui hebahan mengenai setiap slot yang harus mereka sertai
selain mendapat pautan Zoom dan Google Meet yang sepatutnya. Sungguhpun begitu,
terdapat juga beberapa kelemahan yang ketara sepanjang perkhemahan ini. Salah satu
daripadanya ialah kesalahan kedudukan logo IPG, Kementerian Pelajaran dan Unit-Unit
Beruniform yang digunakan. Kami sepatutnya memastikan kedudukan logo tersebut betul
terlebih dahulu sebelum menyebarkan poster-poster tersebut. Selain itu, sebaran pautan
Zoom yang digunakan juga sepatutnya hanya berada dalam maklumat pelajar dan pensyarah
sahaja agar tiada pihak luar yang mengganggu seperti apa yang terjadi dalam majlis
penutupan perkhemahan baru baru ini. Keseluruhanya, perkhemahan unit beruniform ini
boleh dikatakan berjalan dengan jayakan dan semua pihak telah melakukan yang terbaik.
LAPORAN JAWATANKUASA MALAYSIA CERGAS UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan Unit Beruniform bagi pelajar-pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Jun


2020 telah diadakan pada 1 September 2021. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 4
hari 3 malam bermula 1 September hingga 4 September dan telah disertai oleh 350 orang
pelajar termasuk 2 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2019. Perkhemahan ini telah disertai
oleh 4 unit uniform iaitu unit Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Remaja
Sekolah (KRS) dan juga Pandu Puteri. Oleh kerana penularan wabak Covid-19 dalam
negara masih belum mereda, para pensyarah telah bersepakat untuk mengadakan
perkhemahan ini secara dalam talian menggunakan mod secara segerak dan tidak segerak.
Platform seperti Zoom dan Google Meeting telah pun ditetapkan sebagai platform rasmi
yang akan digunakan sepanjang berlangsungnya perkhemahan. Meskipun berlangsung
secara dalam talian, namun jawatankuasa-jawatankuasa penting masih dibentuk seperti
biasa bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman sewaktu
menguruskan perkhemahan. Justeru itu, Jawatankuasa Malaysia Cergas telah pun dibentuk
dan setiap ahli daripada unit masing-masing telah pun dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

2.0 SEBELUM

Sebelum berlangsungnya slot Malaysia Cergas sepanjang tempoh perkhemahan,


ketua jawatankuasa Malaysia Cergas bagi unit Pengakap telah pun mengedarkan pautan
kepada seluruh ahli jawatankuasa untuk menyertai Whatsapp Group. Hal ini bagi
memudahkan seluruh ahli jawatankuasa untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini yang
akan sentiasa dikemaskini dan diedarkan kepada ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu,
melalui Whatsapp Group yang telah disertai juga, kami telah diberikan taklimat mengenai
skop-skop tugas yang perlu kami laksanakan. Sebagai contoh, kami perlu bersedia dengan
lebih awal di dalam platform Zoom dan memastikan video boleh dipasang dengan baik tanpa
mengalami sebarang masalah. Selain itu, kami juga telah dibahagikan tugas mengikut unit
uniform dan hari bertugas masing-masing. Melalui pembahagian tugas ini, unit Pengakap
telah ditetapkan untuk bertugas dan menguruskan slot Malaysia Cergas pada hari Jumaat.

3.0 SEMASA

Semasa berlangsungnya slot Malaysia Cergas pada hari kedua iaitu pada 2 September
2021, kami telah berhadapan dengan satu masalah teknikal yang tidak kami jangkakan akan
berlaku. Pada slot yang pertama ini, kami gagal memastikan slot ini berjalan dengan lancar serta
diisi dengan aktiviti yang telah ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kami telah
mengalami masalah teknikal yang berpunca daripada kerosakan audio dan video menyebabkan
aktiviti senamrobik pada hari tersebut hanya mampu diteruskan secara
manual. Contohnya, pada hari tersebut, kami telah menyuruh para pelajar untuk
menghidupkan kamera serta mikrofon untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri
Terengganu serta lagu IPG secara bersama-sama meskipun tanpa iringan muzik.
Disebabkan masalah teknikal yang dihadapi ini juga, slot Malaysia Cergas tidak dapat
berlangsung mengikut masa yang telah ditetapkan malah slot ini telah mengambil kira-kira
15 minit masa daripada slot seterusnya. Meskipun begitu, slot-slot seterusnya tidak terkesan
dan terjejas atas kekurangan yang berlaku pada slot Malaysia Cergas pada hari itu.

Slot Malaysia Cergas pada hari kedua iaitu pasa 3 September 2021 pula telah
dijalankan di bawah pengurusan unit BSMM dan Pengakap. Pada sesi kedua ini, unit
Pengakap dan unit BSMM telah pun bersepakat untuk membahagikan tugas supaya dapat
membantu antara satu sama lain dan mengelakkan kejadian pada hari pertama daripada
berulang kembali. Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, unit BSMM telah memikul
tanggungjawab untuk memimpin aktiviti senamrobik manakala unit Pengakap pula telah
bersedia untuk menayangkan video. Pada sesi kedua ini, alhamdulillah segala yang telah
dirancang akhirnya berjalan dengan lancar sepertimana yang kami mahukan.

4.0 SELEPAS

Selesai slot Malaysia Cergas pada hari pertama, kami telah mendengar nasihat
daripada Ketua Komandan iaitu En. Rosmadi bin Dollah untuk bersiap sedia dengan lebih
awal serta merancang pelan tambahan untuk menyokong pelan asal sekiranya timbul
masalah-masalah baru. Justeru itu, kami telah mengadakan sesi perbincangan antara
seluruh jawatankuasa kami untuk merangka atur cara sepanjang berlangsungnya slot
tersebut. Contohnya, kami telah membahagikan tugas kepada seluruh ahli jawatankuasa
untuk nersedia dengan spot atau tempat masing-masing. Kami juga telah membuat
keputusan untuk memilih ahli jawatankuasa yang mempunyai rangkaian internet yang agak
baik untuk menayangkan video kepada peserta-peserta lain dan mengelakkan kejadian yang
tidak diingini daripada terus timbul.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, walaupun menghadapi cabaran sepanjang mengelola dan


menguruskan slot Malaysia Cergas, namun itu tidak menjadi halangan buat kami untuk terus
bangkit dan menampung kelemahan daripada pihak kami sendiri. Secara keseluruhannya,
kami telah berjaya mendapatkan pengalaman, input-input serta nasihat berguna yang dapat
kami gunakan sewaktu menguruskan acara atau program-program di kemudian hari.
LAMPIRAN
LAPORAN JK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN BAGI PERKHEMAHAN SECARA DALAM
TALIAN AMBILAN JUN 2020

Pada 1 hingga 4 September 2021 seramai 348 orang peserta PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2020 dan
2 orang peserta PISMP Semester 5 ambilan Jun 2019 telah menyertai perkhemahan ini menjadikan
bilangan peserta 350 orang. Tujuan utama aktiviti perkhemahan ini ialah untuk memenuhi kehendak
silibus yang telah ditetapkan dalam RMK bagi subjek MPU3062 Kokurikulum-Unit Beruniform.
Terdapat 4 Unit beruniform yang menyertai pekhemahan ini iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah,
Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan
ini adalah secara atas talian dan dijalankan secara segerak dan tidak segerak menggunakan beberapa
platform seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan Google Classroom. Seorang ketua telah
dilantik bagi setiap unit beruniform untuk menjadi wakil Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan
dan kemudiannya, beberapa orang pelajar telah dipilih untuk bertugas di bawah Jawatankuasa
Kebajikan dan Keselamatan. JK ini dibawah pengelolaan Encik Azhar bin Mansor.

Sebelum aktiviti perkhemahan secara atas talian bermula, AJK Kebajikan dan Keselamatan
telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa menerusi aplikasi “Google Meet” untuk mengenal pasti
bidang tugas yang perlu dilakukan sepanjang perkhemahan berlangsung. Beberapa bidang tugas telah
dibahagikan sesama ahli jawatankuasa secara adil contohnya membuat tag nombor bagi setiap
peserta seramai 350 orang. Malah kami juga mengambil maklumat peribadi bagi setiap peserta seperti
nama dan nombor telefon waris bagi memastikan penglibatan semua peserta secara penuh dan aktif.
Akhir sekali, kami telah mengadakan satu jadual bertugas malam walaupun perkhemahan dijalankan
secara tidak bersemuka namun bagi merasai perkhemahan yang sebenar kami telah membuat jadual
tersebut untuk menaikkan lagi semangat kami untuk berkhemah.

Semasa perkhemahan berlangsung, kami ditugaskan untuk menyelia serta memantau


keperluan para peserta perkhemahan. Oleh kerana perkhemahan dijalankan secara atas talian, maka
penyeliaan berkaitan data serta liputan internet terlebih dahulu dijalankan oleh wakil Jawatankuasa
setiap Unit Beruniform. Pada hari Rabu 1 September 2021, perjalanan majlis perasmian berjalan
lancar. Tugas yang diberikan kepada kami sewaktu program berlangsung ialah mendapatkan
maklumat setiap siswa guru untuk diberikan kepada jurulatih penasihat. Ianya bertujuan
memudahkan jurulatih untuk menghubungi pihak waris sekiranya berlaku kecemasan sewaktu
program berlangsung. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pelajar seperti kehilangan telefon
bimbit, masalah talian dan masalah kesihatan. Namun ahli JK kami telah mengambil tindakan pantas
dengan menghubungi peserta tersebut dan memaklumkan kepada jurulatih akan masalah yang
dihadapi pelajar. Seterusnya, tugas selaku JK keselamatan diteruskan pada malam hari iaitu
memantau pergerakan atau keadaan peserta yang terlibat. Jadual tugasan telah diagihkan terlebih
dahulu untuk memudahkan ajk yang terlibat bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Ajk yang akan
berjaga di malam hari dibahagikan kepada beberapa waktu bermula daripada pukul 12 tengah malam
hingga pukul 6 pagi. Setiap sesi bertugas mengambil masa selama sejam yang terdiri daripada dua
orang ajk keselamatan.

Pada hari kedua, kami telah menerima beberapa permasalahan daripada peserta. Antara
masalah utama yang diutarakan adalah gangguan capaian internet secara tiba-tiba disebabkan oleh
hujan, pengambilan vaksin daripada peserta dan juga masalah kesihatan peserta. Contohnya, ada
pelajar daripada unit Pandu Puteri, Nur Izzaty Balqis yang matanya dimasuki pasir sewaktu membuat
gajet menyebabkan mata dia bengkak. Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin pulih dan boleh
mengikuti perkhemahan sehingga selesai. Namun begitu, semua masalah ini telah dikumpul dan
diberikan kepada jurulatih untuk makluman semasa. Segala permasalah yang diterima telah
dikemaskini serta diajukan kepada jurulatih untuk tindakan selanjutnya. Tambahan lagi, kami tetap
meneruskan tugasan berjaga malam seperti yang tertera di dalam jadual yang disediakan.

Meneruskan perkhemahan pada hari ketiga, permasalah dan aduan diterima sama seperti hari
kedua. Permasalahan yang paling banyak diterima tentunya kerana pengambilan vaksin seperti yang
ditetapkan oleh kerajaan. Pengambilan vaksin semestinya sebagai langkah untuk mewujudkan ‘Herd
Imunity’ bagi membendung penularan wabak Covid-19. Didapati terdapat ramai peserta yang
mengalami masalah capaian internet kerana cuaca yang tidak menentu serta hujan di beberapa negeri
semenanjung terutama di negeri Kelantan dan Terengganu. Kita sedia maklum bahawa perkhemahan
secara atas talian tentunya mencabar mental dan fizikal peserta lebih-lebih lagi apabila dilakukan
secara individu. Walaupun begitu, peserta tetap menunjukkan semangat yang kuat dengan menyertai
kesemua aktiviti yang dijalankan secara aktif. Seperti kebanyakkan perkhemahan, sudah menjadi adat
untuk mengadakan malam kebudayaan serta aktiviti jamuan bbq. Namun kerana semua peserta
berada di kediaman masing-masing, maka ianya tidak dapat dijalankan. Menjadi satu kerugian buat
peserta lebih lagi kepada jurulatih kerana tidak berupaya mencipta memori dan kenangan bagi
perkhemahan unit beruniform pada kali ini.
Pada hari terakhir, tugas bagi Jawatankuasa kebajikan dan keselamatan diteruskan dengan
acara majlis penutup. Pelbagai reaksi wajah para peserta dapat dilihat semasa menonton video montaj
contohnya gembira dan seronok. Namun kami berasa sedikit hampa dan kecewa apabila platform
Zoom yang digunakan untuk majlis penutup telah digodam oleh masyarakat luar yang bukan dari
golongan IPG. Walau bagaimanapun, itu di luar bidang tugas kami kerana pada ketika itu, jk teknikal
dan jk penutup yang mengendali majlis penutup. Walau bagaimanapun, Encik Rosmadi selaku
komander kem telah menyelesaikan isu tersebut dengan pihak atasan dan menasihati kami untuk
sentiasa berhati-hati apabila menggunakan platform di media sosial. Pada malam terakhir, ketua-
ketua JK ditugaskan menyediakan laporan unit masing-masing. Maka, kami bekerjasama dengan ahli
jawatankuasa bagi menyumbang pendapat dan refleksi untuk dilengkapkan sebagai laporan.
Pensyarah penasihat mengingatkan peserta yang tidak lagi menghantar video tugasan supaya
mempercepatkan urusan. Jurulatih unit beruniform masing-masing sedang sibuk menganalisis peserta
yang terbaik untuk mewakili IPG kampus ke E-Perkhemahan KAGUM 2021.

Konklusinya, berikut merupakan laporan JK Kebajikan dan Keselamatan bagi perkhemahan


atas talian yang dijalankan selama 4 hari 3 malam. Walaupun terdapat beberapa cabaran dan
kekangan namun semua permasalahan berjaya diselesaikan dengan hasil toleransi dan kerjasama
yang baik antara AJK dan jurulatih demi memastikan kebajikan dan keselamatan semua peserta aktiviti
perkhemahan sentiasa terjaga dengan rapi.
LAPORAN JAWATANKUASA AKTIVITI KRAF KEM UNIT BERUNIFORM PENGAKAP BAGI
PERKHEMAHAN UNIT BEUNIFORM SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021

Pada 1-4 September 2021 yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
telah menjalankan perkhemahan Unit Beruniform bagi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2020.
Perkhemahan ini telah disertai oleh semua pelajar Semester 3 Ambilan Jun 2020 seramai 348 orang
dan perkhemahan ini telah dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh pandemik COVID-19
yang melanda negara kita.

Sebelum berlangsungnya perkhemahan Unit Beruniform, pada 12 Ogos 2021, satu


senarai nama bagi jawatankuasa perkhemahan telah diedarkan di mana saya telah dilantik sebagai
Ketua Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem bagi unit Pengakap. Pada 15 Ogos 2021, sebuah taklimat
amali perkhemahan telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet yang
melibatkan jawatankuasa bagi setiap unit beruniform. Menerusi taklimat tersebut, setiap
jawatankuasa telah diterangkan dengan terperinci mengenai skop tugas masing-masing serta senarai
penasihat bagi setiap jawatankuasa yang terlibat. Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem telah ditugaskan
untuk mengurus slot Kraf Kem dan Gajet yang akan bermula pada 1 September 2021 nanti di bawah
seliaan Tuan Azhar bin Mansor dan Puan Hjh. Samsiah binti Hassan.

Bagi memudahkan urusan perbincangan mengenai skop tugas bersama setiap ahli
Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem, saya telah membuat satu ‘WhatsApp Group’ khusus bersama ahli-
ahli Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem bagi unit Pengakap. Selain itu, setiap ahli Jawatankuasa Aktiviti
Kraf Kem juga menyertai satu ‘WhatsApp Group’ bersama penasihat Kraf Kem iaitu Tuan Azhar bin
Mansor dan Puan Hjh. Samsiah binti Hassan yang turut disertai oleh ahli Jawatankuasa Kraf Kem
dari unit Pandu Puteri Kadet (PPK), unit Kadet Remaja Sekolah (KRS), dan unit Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM). Menerusi WhatsApp Group tersebut, sebarang pertanyaan dan kekeliruan telah
diajukan kepada para penasihat Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem. Kami ditugaskan untuk
menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan menerusi slot Kraf Kem sewaktu
perkhemahan nanti dan perlulah disampaikan kepada semua ahli unit masing-masing. Bagi aktiviti
Kraf Kem, semua ahli unit beruniform diwajibkan untuk mendirikan satu khemah yang telah ditetapkan
dan setiap kumpulan perlu membuat susun atur (layout) perkhemahan dalam bentuk gambarajah.
Kawasan perkhemahan adalah di luar rumah masing-masing dan setiap ahli kumpulan akan membina
gajet masing-masing yang telah ditetapkan mengikut senarai nama gajet yang telah diedarkan.

Pada 1 September 2021 (Rabu) iaitu hari pertama perkhemahan, slot Kraf Kem dan Gajet
bermula pada pukul 2.30 petang – 6.30 petang. Setiap kumpulan unit Pengakap perlulah mengikut
giliran mengikut jadual giliran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kraf Kem untuk menunjukkan
proses memasang khemah dan membuat gajet secara siaran langsung (live) kepada jurulatih
pasukan melalui Google Meet. Setiap kumpulan diberikan masa sebanyak 15 minit sahaja untuk
bersama dengan jurulatih pasukan.

Setelah berakhirnya slot kraf kem pada hari pertama, ahli kumpulan unit Pengakap
perlulah menyambung proses pembuatan gajet masing-masing dan merakam video proses tersebut
dalam durasi 1 minit. Setiap ahli kumpulan menghantar video masing-masing kepada ketua
kumpulan. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk menggabungkan kesemua video ahli kumpulan
serta layout perkhemahan yang dihasilkan ke dalam video yang berdurasi 10 minit sahaja dan
menghantar video tersebut menerusi platform Google Classroom. Video tersebut akan dinilai oleh
jurulatih pasukan dan akan memilih video terbaik untuk dipertandingkan.

Kesimpulannya, pelaksanaan slot Kraf Kem dapat dijalankan dengan agak baik dan
lancar pada hari pertama perkhemahan. Walaupun berlakunya sedikit salah faham mengenai tugasan
Kraf kem, namun Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem dapat menguruskan slot Kraf Kem dengan lancar
bersama bimbingan daripada jurulatih pasukan serta penasihat Jawatankuasa Kraf Kem. Maka,
semua peserta perkhemahan serta ahli Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem memperoleh banyak
pengalaman baharu terutamanya dalam proses mendirikan khemah dan membina gajet secara
individu dalam perkhemahan Unit Beruniform secara atas talian ini.

Disediakan oleh,

NABILATUL AISHA BINTI IBRAHIM


KETUA JK AKTIVITI KRAF KEM & GAJET UNIT PENGAKAP
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2021
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
BAHAGIAN IKATAN SIMPULAN
PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2020

Tarikh: 3 September 2021


Masa: 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi (segerak)
Tempat: platform Zoom dan Google Meet
Bilangan ahli: 350 orang pelajar

Pada hari Jumaat bersamaan 3 Ogos 2021, aktiviti slot ikatan simpulan diadakan secara segerak
yang melibatkan semua ahli unit beruniform bersama Tuan Abdul Ronif bin Jamaluddin menerusi
aplikasi Google Meet dan Zoom.

Sebelum sesi pengajaran diadakan, jurulatih telah pun memberi makluman terlebih dahulu
kepada para pelajar menerusi group Whatsapp JK Ikatan Simpulan mengenai tentatif yang akan
berlangsung. Maklumat yang disampaikan adalah para pelajar perlu menyediakan dua utas tali
beserta dua batang kayu bagi melakukan aktiviti “hands on” ikatan dan simpulan bersama
jurulatih sebelum tamat slot. Jurulatih juga mengingatkan para pelajar supaya fokus dan
mengulangkaji cara-cara ikatan baru yang akan dipelajari seperti ikatan bunga geti berganda,
simpul pulih, simpul pengail, simpul kerusi, tindih kasih berganda dan simpul pencuri selepas
mendapat pengajaran daripada Tuan Abdul Ronif.

Semasa slot aktiviti ikatan simpulan diadakan, jurulatih memulakan penerangan dengan
pengenalan kepada ikatan dan simpulan. Jurulatih menegaskan tentang kepentingan menguasai
kemahiran ikatan tali. Selain itu, jurulatih juga menerangkan tentang definisi tali yang bermaksud
serat yang dipintal panjang. Kegunaan tali digunakan sebagai simpulan, rekreasi, tali kerja, dan
semasa menyelamat. Ahli kadet juga didedahkan dengan jenis-jenis tali. Seterusnya, jurulatih
menerangkan tentang penjagaan tali dan contoh-contoh tali lain yang digunakan yang berjaya
menarik perhatian para pelajar. Pada akhir sesi, aktiviti hands on dijalankan bersama pensyarah.

Mempelajari ikatan dan simpulan ini adalah ilmu yang sangat penting buat para kadet
semua kerana ia sangat membantu dalam melakukan tugasan terutamanya bahagian pembinaan
gajet. Selepas sesi slot penerangan selesai, para pelajar mampu untuk mempraktikkan setiap
jenis ikatan dan simpulan.
LAPORAN JAWATANKUASA MASAKAN UNIT BERUNIFORM PEMGAKAP

1. Tarikh : 02/09/2021
2. Masa : 2.30 p.m – 4.30 p.m, 5.00 p.m – 6.30 p.m
3. Tempat : Atas talian

4. Penjelasan aktiviti masakan rimba segerak:

Slot masakan rimba diadakan pada hari kedua perkhemahan iaitu pada hari Khamis. Pada
jam 2.30 petang hingga 4.30 petang, slot taklimat masakan rimba ini dijalankan secara
segerak yang melibatkan semua ahli unit perkhemahan menggunakan pelantar Zoom dan
juga Google Meet. Slot taklimat ini adalah untuk memperkenalkan masakan tradisional di
Malaysia yang dikendalikan oleh Puan Siti Rahimah bin Hamat@Mamat. Contoh masakan
tradisional ialah, nasi lemak, kuih lapis, lemang, rendang, ketupat, dan sebagainya.
5. Penjelasan aktiviti masakan rimba tidak segerak :

Seterusnya, slot masakan rimba pada jam 5.00 hingga 6.30 petang dijalankan secara
tidak segerak. Semua ahli unit pengakap perlu menghasilkan satu jenis masakan tradisional
dan membuat laporan bergambar berkenaan dengan masakan tradisional yang dihasilkan.
Laporan tersebut perlu dihantar di Google Clasroom masing-masing.

Berikut adalah contoh makanan tradisional yang dihasilkan oleh ahli pengakap :
LAPORAN JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

Pada 1 sehingga 4 September 2021, pihak Unit Kokurikulum IPGKDRI telah melangsungkan
perkhemahan unit beruniform secara dalam talian selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan ini
disertai oleh pelajar-pelajar PISMP ambilan Jun 2020 seramai 348 orang serta 2 orang pelajar
dari PISMP ambilan Jun 2019 yang terdiri daripada 4 unit beruniform iaitu Pengakap, Tunas
Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri Kadet dan 8 orang
jurulatih dari unit beruniform. Di dalam perkhemahan ini, terdapat pelbagai slot aktiviti telah
dilangsungkan antaranya ialah slot pertolongan cemas. Slot ini berjaya dilangsungkan dengan
baik oleh Jawatankuasa Pertolongan Cemas yang terdiri daripada 4 buah unit berumiform.

FASA SEBELUM

Seminggu sebelum UB dilaksanakan, beberapa Jawatankuasa telah ditubuhkan antaranya


Jawatankuasa Pertolongan Cemas. Pemilihan ketua dan ahli jawatankuasa telah disusun oleh
pengerusi unit beruniform. Setelah pemilihan jawatankuasa telah dilaksanakan, Pertama
sekali, ketua membuat satu kumpulan WhatsApp untuk ahli jawatankuasa Pengakap sahaja.
Hal ini adalah bertujuan untuk berbincang antara jawatankuasa unit Pengakap sahaja.
Selepas itu, satu kumpulan WhatsApp telah diwujudkan untuk keseluruhan ahli jawatankuasa
Pengakap bersama jurulatih khusus untuk slot pertolongan cemas iaitu En. Yunus b. Yusuf.
Di dalam kumpulan WhatsApp, kami telah membincangkan tentang siapakah yang akan
menjadi pengacara majlis, pembaca doa dan penayang video. Selain itu, kami juga
berbincang dengan jurulatih sama ada untuk melakukan slot tersebut mengikut unit masing-
masing ataupun secara semua unit.

Gambar 1 menunjukkan kumpulan Whatsapp AJK pertolongan cemas yang ditubuhkan


Gambar 2 menunjukkan hasil perbincangan sebelum aktiviti dilaksanakan

Pembahagian tugas telah dilakukan mengikut kebolehan masing-masing. Contohnya ialah


seperti Ali Imran dari PBSM yang mahir dalam bidang teknikal diminta untuk berurusan
dengan JK teknikal manakala Muhammad Abdul Azim dari pengakap akan berurusan dengan
JK publisiti. Proses sebelum slot bermula berjalan dengan lancar.

Gambat 3 menunjukkan banner yang telah dihasilkan untuk slot pertolongan cemas

FASA SEMASA

Sebelum slot bermula pada 2/9/2021, semua ahli jawatankuasa telah diminta untuk bersedia
dengan program yang bakal dilangsungkan pada pukul 9 malam hingga 11 malam. Ahli
jawatankuasa dilantik untuk menguruskan banner dan publisiti telah menghantar banner dan
tentatif majlis pada malam itu kepada kumpulan WhatsApp peserta unit perkhemahan. Untuk
teknikal pula, ahli yang terlibat dengan urusan teknikal telah berhubung dengan
Jawatankuasa Teknikal untuk melihat kelancaran program sebelum bermula. Untuk
memuatkan keseluruhan peserta, terdapat dua platform digunakan iaitu Zoom yang hanya
mampu menampung sebanyak 300 orang dan Google Meet untuk selebihnya. Untuk JK
dokumentasi, mereka telah diminta untuk mengambil gambar sepanjang aktiviti diaksanakan.
Jurulatih yang menguruskan slot pertolongan cemas ialah En. Yunus bin Yusuf dari unit
kokurikulum IPGKDRI yang membentangkan tentang situasi-situasi bahaya dan pentingnya
CPR.

Gambar 4 menunjukkan gambar peserta sepanjang slot pertolongan cemas dijalankan

FASA SELEPAS

Sesi sepanjang slot ini berjaya dilaksanakan dengan baik. AJK pertolongan cemas dari semua
unit berjaya menjalankan tugas dengan baik membantu kelancaran proses slot ini. Akhir
sekali, jurulatih mengucapkan terima kasih kepada setiap AJK pertolongan cemas kerana
berjaya melaksanakan slot ini dari awal sampai tamat biarpun secara dalam talian.

Disediakan oleh, 6 September 2021

(MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN MOHD RASHID)

Ketua Jawatankuasa Unit Pertolongan Cemas,

Pengakap,

IPGK Dato Razali Ismail,


Terengganu
LAPORAN JAWATANKUASA KAWAD KAKI (BSMM) PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2020

Pengenalan
Berkhemah merupakan cara kehidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah
bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan
makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Penyediaan
kelengkapan dan peralatan perkhemahan bergantung kepada tempoh masa perkhemahan,
aktiviti dan bilangan peserta.
Bagi program perkhemahan unit beruniform secara atas talian, penyediaan
kelengkapan dan peralatan perkhemahan harus disediakan oleh setiap ahli peserta
perkhemahan secara individu. Dalam program ini, saya memegang jawatankuasa ketua
aktiviti kraf perkhemahan. Berikut merupakan apa yang saya lakukan dalam program
perkhemahan ini.
Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail telah mengadakan perkhemahan unit beruniform bagi kesemua pelajar PISMP
semester 3 ambilan Jun 2020. Aktiviti perkhemahan ini telah dibuat secara dalam talian kerana
penularan wabak pandemik Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita. Jawatankuasa
kawad kaki Pengakap ditubuhkan bagi memudahkan urusan-urusan sebelum,semasa dan
selepas aktiviti kawad dijalankan. Jawatankuasa kawad juga perlu membantu jurulatih yang
bertugas untuk memastikan aktiviti kawad kaki berjalan dengan lancar dam teratur.

Sebelum Perkhemahan

Sebelum aktiviti perkhemahan unit beruniform, pelantikan jawatankuasa kawad telah


diadakan mengikut unit masing-masing. Mesyuarat penyelarasan JK perkhemahan UB telah
diadakan bersama semua jurulatih dan ahli jawatankuasa. Jawatankuasa kawad kaki
Pengakap mempunyai seramai 8 orang ahli yang diketuai oleh saya sendiri, Muhammad
Airudin bin Rosli, BM3. Selepas itu, pada 24 Ogos ketua-ketua bagi JK kawad setiap unit
beruniform melakukan perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan tentatif pelaksanaan
aktiviti bagi slot kawad kaki. Jawatakuasa kawad kaki setiap Unit Beruniform juga diminta
menyediakan banner bagi slot kawad kaki pada hari perkhemahan nanti,
Pengerusi dan pembaca doa bagi slot ini turut dilantik bagi tujuan memulakan dan
mengaturkan slot. Ahli jawatankuasa kawad turut berkolaborasi dengan AJK Teknikal dan AJK
Publisiti bagi tujuan pelaksanaan slot secara atas talian dan hebahan melalui poster.
Jawatankuasa Kawad melakukan perbincangan mengenai masa yang diperlukan bagi
pelaksanaan slot aktiviti kawad kaki. Terdapat dua slot yang perlu dilaksanakan iaitu secara
segerak dan tidak segerak. Masa bagi setiap slot telah ditetapkan kepada dua jam dan kedua-
dua slot diputuskan untuk dilaksanakan pada sesi pagi. Bagi slot segerak, ahli-ahli kadet
dimaklumkan untuk bersedia dengan rakaman video kawad kaki masing-masing yang telah
dilakukan sebelum slot ini bermula.

Semasa Perkhemahan
Pada 1 September yang lalu, taklimat perkhemahan Unit Beruniform telah diberikan
oleh Encik Rosmadi bagi penyelarasan pelaksanaan setiap aktiviti perkhemahan. Melalui
taklimat tersebut, pelajar dimaklumkan untuk menyertai setiap slot aktiviti mengikut platform
yang disediakan oleh unit beruniform masing-masing. Pada hari kedua perkhemahan, slot
amali kawad kaki dijalankan secara segerak dan tidak segerak mengikut Unit Beruniform
masing-masing. Unit Beruniform Pengakap melakukan pertemuan menerusi pelantar Google
Meet dengan kehadiran dibahagikan mengikut kelas yang diajar oleh jurulatih iaitu Encik Ronif
bin Jamaluddin bagi sesi segerak. Jurulatih membuat penilaian berkenaan amali kawad kaki
secara individu yang dilakukan oleh beberapa orang kadet secara langsung mengikut wakil
kelas masing-masing. Untuk sesi tidak segerak, pensyarah memberi peluang kepada pelajar
untuk merakam kembali video kawad kaki bagi memperbaiki kesalahan-kesalahan kecil yang
dilakukan dalam rakaman sebelumnya. Jurulatih juga memberi kebenaran kepada semua ahli
pengakap untuk membuat persediaan bagi slot seterusnya.

Selepas Perkhemahan
Pada 4 September iaitu hari terakhir perkhemahan unit beruniform bagi pelajar PISMP
Semester 3 Jun 2020, sesi refleksi bersama telah dijalankan mengikut unit beruniform masing-
masing. Para ahli Pengakap membuat refleksi berkaitan program perkhemahan yang
dijalankan selama empat hari tiga malan secara atas talian. Setiap wakil kelas memberi
refleksi berkaitan dengan kelemahan dan kelebihan sepanjang perhemahan berlangsung dan
jurulatih memberi respon berkenaan dengan refleksi yang diberikan oleh setiap ahli bagi
menaiktarafkan lagi program perhemahan pada masa akan datang.
Kesimpulan
Secara kesimpulan,urusan-urusan berkaitan aktiviti kawad yang telah dijalankan
sebelum, semasa dan selepas perkhemahan berjalan dengan lancar dan dapat diuruskan
dengan baik oleh jawatankuasa kawad Pengakap. Setiap kelemahan yang dikenal pasti
diharapkan dapat dielakkan pada perkhemahan yang akan datang agar aktiviti ini dapat
dijalankan dengan lebih baik dan teratur.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD AIRUDIN BIN ROSLI)


Ketua JK Kawad Kaki
Pengakap,

PISMP Ambilan Jun 2020,


Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
LAPORAN JAWATANKUASA KEMBARA (PENGAKAP)

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PISMP SEMESTER 3

Dalam memenuhi keperluan perkhemahan unit beruniform bagi siswa-siswi guru


PISMP Semester 3 dari 1 hingga 4 September 2021, beberapa aktiviti telah dirancang dan
ditetapkan pada hari-hari yang tertentu. Beberapa badan jawatankuasa juga telah
ditubuhkan bagi memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar sepanjang perkhemahan,
termasuk aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup. Bagi aktiviti ini, jawatankuasa dalam unit
beruniform Pengakap telah ditubuhkan dengan ahli seramai 7 orang, diketuai oleh Zul Aiman
Bin Zulkefli dari unit BMM5.

Perbincangan ahli jawatankuasa telah diadakan bersama jurulatih bertugas, Tuan


Haji Safri bin Aziz pada 26 Ogos 2021 bagi menentukan pelantar yang akan digunakan bagi
slot aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup secara segerak pada 2 September 2021.
Selain itu, mengikut tentatif program perkhemahan, aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup
dijadualkan pada 2 September 2021, pukul 8:00 a.m. hingga 10:00 a.m. dan 10:30 a.m.
hingga 12:30 p.m. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, waktu pelaksanaan
aktiviti ini diubah kepada pukul 2:30 p.m. hingga 4:30 p.m. secara segerak, dan 5:00 p.m.
hingga 6:00 p.m. secara tidak segerak.

Pada 2 September 2021, aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup telah
dilaksanakan seperti yang dirancang menggunakan platform Zoom dan Google Meet. Aktiviti
telah dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pengenalan kepada pengembaraan. Antara
topik yang disentuh oleh jurulatih bertugas, Tuan Safri, ialah tema, tujuan, rancangan,
peralatan, serta laporan pengembaraan. Di samping itu, semua ahli unit beruniform juga
telah diperkenalkan dengan kemahiran membaca peta yang melibatkan peta topografi dan
juga petunjuk yang diberikan dalam peta yang dirujuk.

Sebagai penutup slot, jurulatih telah memberi tugasan untuk dilaksanakan oleh
setiap ahli unit beruniform, termasuk unit Pengakap. Bagi tugasan ini, setiap ahli
dikehendaki untuk melukis satu peta topografi bagi kawasan tempat tinggal masing-masing,
di samping menyertakan petunjuk bagi peta tersebut. Setiap ahli juga perlu melakar
perjalanan ke tempat-tempat yang dinyatakan dalam peta masing-masing. Setiap ahli diberi
masa sehingga 12 September 2021 bagi menyelesaikan tugasan serta menyerahkan hasil
kerja masing-masing mengikut kumpulan yang ditetapkan. Jurulatih juga telah mengadakan
sesi soal jawab bagi menjawab apa-apa soalan berkenaan taklimat mahupun tugasan yang
diberikan kepada semua peserta.
Akhir sekali, selaku peserta yang bertanggungjawab, kami telah melaksanakan tugas
kami dengan baik sekali, dan kami akui pengalaman yang kami peroleh merupakan ilmu
yang sangat bernilai. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah melibatkan diri dalam menjayakan slot ini, baik secara langsung mahupun tidak
langsung.
LAPORAN JAWATANKUASA ISTIADAT PAGI UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Pengenalan

Pada 1 September 2021 sehingga 4 September 2021 telah diadakan Perkhemahan Unit
Beruniform anjuran Jabatan Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Perkhemahan ini melibatkan semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang meilbatakan 4 unit
beruniform iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu
Puteri Kadet. Perkhemahan ini diadakan secara atas talian sebagai menyahut seruan Kerajaan
Malaysia bagi menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Antara jawatankuasa
yang telah dibentuk adalah jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform. Jawatankuasa ini
mempunyai bidang tugas yang telah ditetapkan untuk dilakukan sepanjang program
perkhemahan berlangsung. Berikut merupakan laporan jawatankuasa Istiadat Pagi Unit
Beruniform sepanjang program berlangsung.

Sebelum Perkhemahan

Sebelum perkhemahan berlangsung pelantikan ahli jawatankuasa untuk unit beruniform


Pengakap telah dilakukan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar. Ahli
jawatankuasa dibentuk terlebih dahulu bagi mengetuai ahli jawatankuasa ini. Kemudian 12
jawatankuasa dibentuk dan ahli Pengakap yang lain telah dibahagikan kepada semua
jawatankuasa. Untuk jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform telah dianggotai oleh 8 orang
ahli iaitu Muhammad Zakwan (Ketua), Muhammad Fazril Syah, Wan Muhammad Iman,
Mohamad Safwan Aiman, Farhana Atika, Nur Syahira Nisa, Rabiatul Najwa dan Nur Arisha.
Setelah mempunyai jawatankuasa masing-masing, ketua jawatankuasa diminta untuk
menghadiri taklimat untuk mengetahui bidang tugas masing-masing. Kemudian, ketua membuat
perjumpaan secara atas talian bersama ahli-ahli jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform yang
lain untuk menyampaikan bidang tugas yang telah diberi oleh pensyarah. Kami berhubung
menggunakan Whatsapps untuk bekerjasama dalam melaksanakan jobskop bagi jawatankuasa
Istiadat Pagi Unit Beruniform.
Semasa Perkhemahan

Semasa perkhemahan berlangsung, ketua jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform ini telah
mendapat arahan bahawa pelaksanaan slot Istiadat Pagi Unit Beruniform ini dijalankan mengikut
unit beruniform masing-masing. Untuk pelaksanaan aktiviti semasa Istiadat Pagi Unit Beruniform
ini mestilah dilaksanakan mengikut istiadat unit beruniform masing-masing. Untuk unit beruniform
Pengakap, Istiadat Pagi Unit Beruniform dimulakan dengan semua ahli akan membuat barisan di
hadapan bendera diketuai oleh ketua unit. Kemudian nyanyian lagu akan dijalankan, dimulakan
dengan lagu negaraku, lagu negeri dan lagu Pengakap. Setelah selesai nyanyian lagu tersebut,
bacaan Persetiaan Pengakap akan dilakukan dengan diketuai oleh ketua unit. Seterusnya, ketua
pasukan dan pensyarah penasihat akan memberi ucapan ringkas setelah bacaan persetiaan.
Setelah selesai ucapan tersebut, semua ahli Pengakap dibenarkan untuk keluar barisan.

Selepas Perkhemahan

Selepas pekhemahan, jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform mestilah menyediakan


laporan bergambar. Laporan tersebut mestilah mengandungi setiap aktiviti yang telah dijalankan
dalam slot Istiadat Pagi Unit Beruniform. Selain itu, jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform
membincangkan kelemahan yang berlaku ketika Istiadat PagI Unit Beruniform dijalankan untuk
mengelakkan perkara yang sama berlaku di lain waktu.

Rumusan

Untuk Perkhemahan Unit Beruniform kali ini aktiviti Istiadat Pagi Unit Beruniform tidak dapat
dijalankan kerana tidak bersesuaian dengan pelaksanaan perkhemahan kali ini. Perkara ni
kerana pelaksanaan Istiadat Pagi Unit Beruniform hanya sesuai dijalankan ketika perkhemahan
dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, pensyarah-pensyarah Jabatan Kokurikulum telah
berbincang dan membuat keputusan untuk membatalkan slot Istiadat Pagi Unit Beruniform untuk
perkhemahan kali ini.

Disediakan oleh:

……………………..

(Muhammad Zakwan Bin Mohd Zamzam)

(Ketua Jawatankuasa Istiadat Pagi Pengakap)


LAPORAN GERAK KERJA

JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN MORAL

Pada 1 September 2021 sehingga 4 September 2021 yang lalu, semua pelajar PISMP
ambilan Jun 2020 IPGKDRI telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum IPGKDRI. Akibat daripada wabak pandemik Covid-19 yang masih
membelenggu negara pada hari ini, perkhemahan ini terpaksa dijalankan secara atas talian
di kediaman masing-masing. Namun begitu, perkhemahan ini tetap mampu diikuti oleh semua
pelajar PISMP semester 3 iaitu seramai 358 orang pelajar. Selebihnya, terdapat 2 orang
pelajar daripada PISMP Jun 2019 yang terpaksa mengikuti perkhemahan kami pada sesi ini
akibat daripada masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan dan masalah
kesihatan. Perkhemahan kali ini dianggotai oleh 4 badan beruniform seperti Unit Beruniform
Pengakap, Pandu puteri Kadet (PPK), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Kadet
Remaja Sekolah (KRS).

Sebelum perkhemahan berlangsung, kami telah mengadakan satu proses pengundian


bagi menentukan ahli jawatankuasa bagi unit beruniform Pengakap yang perlu memainkan
peranan bagi menjayakan perkhemahan unit beruniform yang bakal berlangsung nanti.
Setelah proses pengundian selesai, ketua bagi setiap jawatankuasa perlu menghadiri talimat
amali perkhemahan yang disampaikan oleh Puan Samsiah binti Hassan pada hari Ahad, 15
Ogos 2021 menggunakan platform Google Meet. Dalam sesi perjumpaan ini, semua ketua
bagi setiap jawatankuasa telah diberikan penerangan berkenaan bidang tugas masing-
masing.

Jawatankuasa Kerohanian dan Moral ditubuhkan bagi menjayakan slot tazkirah yang
dijadualkan berlangsung pada setiap hari perkhemahan nanti. Ahli Jawatankuasa Kerohanian
dan Moral ini hanya dianggotai oleh Naib Pengerusi Pengakap iaitu saudari Nur Fakhira binti
Che Ruzlan dan saya sendiri sebagai Setiausaha Pengakap. Sebelum perkhemahan
berlangsung, kami telah melakukan perbincangan bersama jurulatih jawatankuasa
kerohanian dan moral iaitu Encik Abdul Ronif bin Jamaluddin melalui group Whatsapp yang
telah ditubuhkan. Hasil perbincangan tersebut, kami perlu mencari 6 orang pengacara dan 6
orang penceramah iaitu 3 orang penceramah bagi slot kuliah subuh dan 3 orang penceramah
bagi slot kuliah maghrib. Kesemua pengacara dan penceramah ini merupakan ahli pengakap
IPGKDRI.

Semasa perkhemahan berlangsung, kesemua pengacara dan penceramah


menjalankan tugas mereka dengam baik. Setiap slot kuliah subuh dan maghrib dijalankan
secara segerak melalui aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan baik
walaupun tidak mendapat penyertaan penuh daripada semua peserta akibat daripada
masalah rangkaian dan sebagainya. Pada 1 September 2021, slot pertama berlangsung iaitu
slot kuliah magrib yang dikendalikan oleh Muhammad Abdul Azim bin Mohd Rosdi daripada
unit BM5 sebagai pengacara dan Abdul Muqsiet Bin Abd Rahman daripada unit BM3.
Perkongsian pada hari tersebut bertajuk ‘Syukur’. Seterusnya, pada 2 September 2021, kuliah
subuh telah dikendalikan oleh Tuan Afiq Rifqi bin Tuan Mohd Mawardi daripada unit BM4
sebagai pengacara dan Muhammad Afif bin Mazlan daripada unit BM2 sebagai penceramah.
Tajuk perkongsian beliau pada sesi tersebut merupakan ‘Derhaka’. Bagi slot kuliah maghrib
pula, Muhammad Airudin bin Rosli daripada unit BM3 telah bertanggungjawab sebagai
pengacara menakala Muhammad Aiman bin Adnan daripada unit BM2 pula sebagai
pentazkirah. Tajuk perkongsian beliau pada sesi tersebut pula bertajuk ‘Amal’. Pada 3
September 2021, slot kuliah subuh turut berjalan dengan lancar di mana Muhammad Arsyad
bin Ramli daripada unit PSV2 telah bertanggungjawab sebagai pengacara manakala Nur
Fakhira binti Che Ruzlan daripada unit PSV2 pula sebagai penceramah. Tajuk kuliah pada
hari tersebut adalah ‘hikmah Covid’. Bagi slot kuliah maghrib yang terakhir, Muhammad Zahidi
bin Ahmad Zaki daripada unit BM4 telah bertanggungjawab sebagai pengacara manakala
Muhammad Nazrul Iman bin Yong unit BM4 pula sebagai penceramah. Ceramah yang
dikongsikan pada hari tersebut pula bertajuk ‘Ibadah Pemangkin Kehidupan’. Akhir sekali, slot
kuliah subuh pada 4 September 2021 diambil alih oleh Ahmad Syahir bin Ahmad Nawawi
daripada unit BM3 sebagai pengacara manakala Muhammad Arif Haikal bin Zakaria daripada
unit BM5 sebagai penceramah. Ceramah yang dikongsikan bertajuk ‘Adab’.

Tambahan pula, ahli Pengakap turut mempunyai peserta yang bukan beragama islam.
Oleh itu, slot moral juga telah disediakan sebagai pengganti kepada slot kuliah subuh dan
maghrib. Dalam slot moral ini, mereka telah pengisian yang diberikan ialah memberikan
mereka bahan bacaan yang berunsur moral atau diselang-seli dengan sesi perbincangan bagi
mengulas isu yang berikaitan moral.

Selepas slot terakhir iaitu slot kuliah subuh pada 4 September 2021 tamat, maka,
berakhirlah tugas kami sebagai Ahli Jawatankuasa Kerohanian dan Moral. Selepas tamatnya
perkhemahan unit beruniform ini pada hari tersebut, kami mula menyiapkan laporan bagi
Jawatankuasa Kerohanian dan Moral yang perlu dihantar kepada jurulatih kami.

Kesimpulannya, saya dan rakan saya iaitu Nur Fakhira binti Che Ruzlan telah
berusaha memberikan kerjasama dan hasil kerja terbaik bagi menjayakan slot kuliah maghrib
dan subuh serta slot moral yang diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung. Berikut
merupakan gambar-gambar bagi setiap slot kuliah magrib, kuliah subuh dan slot moral yang
sempat diambil.
Slot Kuliah Subuh 2 September 2021.

Slot Moral 1 September 2021


Slot Kuliah Maghrib 1 September 2021.

Slot Moral 2 September 2021


Disediakan oleh,

(SITI SURIYANI BINTI ZAMRI)

Ahli Pengakap,

PISMP Ambilan Jun 2020,

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.


Laporan Jawatankuasa Majlis Penutup

Majlis penutup merupakan satu agenda yang penting bagi sesuatu program dalam
menjayakan dengan sempurna. Melalui majlis ini, dapatlah simpulkan semua perkara yang
berlangsung sepanjang perkhemahan atas talian serta mewujudkan peluang untuk
mengucap ribuan terima kasih dan menghargai jasa pengarah, pensyarah, ahli
jawatankuasa dan semua peserta.

Sebelum

Semua ahli jawatankuasa perkhemahan telah menghadiri taklimat kerja kursus pada 15
ogos 2021, berkenaan tugasan setiap ahli menerusi perkhemahan dalam aplikasi Zoom.
Selepas itu, sebagai ahli jawatankuasa majlis penutup kami telah membentukkan satu
kumpulan dalam ‘whatsapp’ untuk berkomunikasi antara semua ahli jawatankuasa majlis
penutup dari semua UB. Setelah membentuk kumpulan kami telah membahagikan tugas
ahli majlis penutup supaya memudahkan dan mempercepatkan perjalanan tugas. Pn.
Samsiah telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kami dalam melaksanakan tugasan
yang diberi dengan betul dan tepat. Sehari sebelum majlis penutup kami telah menjalani
latihan raptai pada pukul 9 malam untuk memastikan kelancaran majlis tersebut tanpa
masalah. Berikut merupakan carta pembahagian kerja tugas yang dilakukan.

1. Menyediakan Buku Program (4 org)

- WAN ABDUL HALIM BIN WAN ABD AZIZ ( BSMM )

- ANIS AISYAH BINTI ANUAR ( KRS )

- ANIS ZETTY ADRINA BINTI AZAHAR ( KRS)

- MUHAMMAD AIMAN BIN MANSOR ( BSMM )

2. Backdrop Digital/Banner (3 org)

- IMAN JAZMINA BINTI NOOR AZAM ( PPK )

- ALYA QISTINA BINTI ADNAN ( PPK )

- FAIZATUL NAJWA BT MUHD TARMIZI ( PPK )

3. Menyediakan Atur Cara Majlis (4 org)

- AINA HAZLIN BINTI NASRUDDIN ( PPK )

- HUSNA NAJIAN BT HASHIM ( PPK )


- NURIZZATI BINTI CHE MAHADI ( PENGAKAP )

- MUHAMMAD HAFIZ AIMAN BIN NARUDDIN ( BSMM )

4. Menyediakan Power Point Program Penutup (3 org)

- ALBELEEN ANNIE A/P EDWARD ( PENGAKAP )

- NURHANIHA BINTI CHEK NORDIN ( PENGAKAP )

- AHMAD SYAMIL BIN ASRI ( BSMM )

5. Menyediakan Teks Ucapan Pengarah (4 org)

- BASIRAH BINTI ZULKIPLI ( PENGAKAP )

- ILLI IZZATI BINTI ZAKARIA ( KRS )

- NUR EZATTI AKHMA BINTI MOHD NASIR ( KRS )

- NUR EMYLIA NATASHA BINTI ISHAK ( KRS )

6. Melantik Pengacara/ Pembaca Doa / Ucapan Wakil Pelajar (3 org)

- ASMA HANNAN BINTI AZEMAN ( PPK )

- NUR ASIAH BINTI MOHD LAZIM ( KRS )

- AISYAH WIJDAAN BINTI MOHD NAZELI ( PPK )

7. Penyediaan Montaj + Setiausaha UB (4 org)

- NUR SYAHIRAH ADAWIYAH BINTI MOHD MUNIR (KRS)

- SYUKRIE BIN AHMAD ROSEZAINI ( PENGAKAP )

- MOHAMMAD WAFIUDDIN BIN BORHANUDDIN ( PENGAKAP )

- MOHAMAD HAFIZUL IMAN BIN MOHAMAD KAMAL ( PENGAKAP )

8. Menyediakan Laporan JK dan Menghantar Laporan Kepada Setiausaha Pasukan UB


masing-masing. (4 org)

- THERESA ANNE A/P GUANAPRAGASAN ( PENGAKAP )

- MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHD ZAINUDDIN (KRS)


- MUHAMMAD AMMAR BIN HAMDAN (BSMM)

- MARIAM YASMIN BINTI ZULKIFLI (PPK)

Semasa

Pada 4 sept 2021 bersamaan hari sabtu, perkhemahan badan berunifrom telah diakhiri
dengan majlis penutup. Pada pukul 10 pagi, krew majlis penutup yang terdiri daripada jk
majlis penutup, jk teknikal, pengacara majlis, pembaca doa dan pensyarah menghadiri zoom
untuk bersedia dengan perjalanan dan memastikan kelancaran majlis. Pada pukul 10.15 jk
teknikal telah sediakan penstriman langsung di ‘facebook’, ‘youtube’ dan ‘twitter’ serta
beberapa ahli telah ditetapkan bagi setiap aplikasi untuk memastikan semua beroperasi
dengan baik. Sementara menunggu semua peserta masuk, jk majlis penutup telah
memaparkan banner dan memasangkan lagu yang disediakan.

Majlis penutup telah dimulakkan dengan countdown 5 minit dan pengenalan montaj
yang dikenali sebagai ‘intro montaj’. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu telah
ditayangkan dan dinyanyikan dengan bersemangat oleh semua peserta badan beruniform.
Seterusnya, pengacara majlis iaitu Muhammad Afif bin Mazlan dari Pengakap dan Nur Asiah
Binti Mohd Lazim dari KRS telah berucap dan mempersilakan Muhammad Nabil dari BSMM
untuk pembacaan doa. Majlis diteruskan dengan tayang montaj yang disediakan oleh
setiausaha UB bersama dengan ahli jawatankuasa majlis penutup dengan megah, ceria dan
menarik sekali.

Selepas itu, pengacara majlis telah menjemput Muhammad Adam Firdaus bin Nor Amali
dari KRS sebagai wakil pelajar untuk berucap. Disamping itu, pengacara majlis
mempersilakan En. Rosmadi untuk berucap sepatah dua kata berkenan dengan
perkhemahan yang dilaksanakan dalam talian. Majlis diikuti dengan penyampaian hadiah
sesi 1 dan sesi 2 menggunakan slaid yang disediakan oleh ahli majlis penutup.

Tibalah masanya bagi ucapan yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak iaitu ucapan
daripada pengarah Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, Dr Hajah Narita
Binti Mohd Noor. Beliau memulakan ucapan dengan mengucap syabas dan juga memberi
nasihat-nasihat yang berguna pada peserta untuk masa akan datang. Selesai ucapan dari
pengarah, majlis berterus dengan penyampaian cenderamata dan ditayangkan dalam slide
yang disediakan. Majlis penutup telah melangkah ke sesi akhir dengan mentayangkan lagu
ipg dan Up outro. Akhirnya siaran langsung dalam ‘youtube’, ‘facebook’ dan ‘twitter’ telah
ditamatkkan dan majlis bersurai.
Selepas

Selepas majlis penutup tersebut, kesemua ahli jawatankuasa telah bermesyuarat dengan
pensyarah untuk berbincang tentang masalah teknikal yang berlaku serta bagi
mengucapkan terima kasih sesama kerana menjayakan perkhemahan yang dianjurkan
dalam talian. Semua ahli jawatankuasa majlis penutup diberikan tugasan untuk membuat
laporan berkenaan bidang tugas mereka berserta dengan laporan majlis penutup. Laporan
tersebut merangkumi gerak kerja sebelum, semasa dan selepas majlis penutup. Selain itu,
laporan tersebut juga dinyatakan kekuatan dan kelemahan yang ada sepanjang majlis
penutup tersebut berlangsung.

Kekuatan

Antara kekuatan yang terdapat dalam majlis penutup ini adalah semua peserta memberikan
kerjasama yang baik. Tidak ada yang mencuri tulang, masing-masing melakukan tugasan
masing-masing dengan jayanya. Seterusnya, perancangan majlis yang sangat lancar dan
kemas serta majlis dimula pada masa yang tepat seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi,
pengaplikasian teknikal yang digunakkan dalam majlis sangat menakjubkan. Siaran
langsung yang diadakan dalam aplikasi youtube,zoom dan twitter sangat lancar dan jelas.
Tambahan lagi, pengacara majlis telah membawa majlis dengan fasih dan lembut.

Kelemahan

Salah satu kelemahan yang wujud sepanjang majlis penutup ini ialah terjadi masalah
teknikal yang tidak disangka sehingga menyebabkan tersingguh semua. Namun, majlis
diteruskan dengan tenang supaya menjayakan majlis penutup dan mengharumkan nama
Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail kita.

You might also like