You are on page 1of 2

TEMA : KASIH-SAYANG

TAJUK : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN FLORA DAN FAUNA

Selamat Pagi saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan sekalian.Pada


pagi ini saya ingin menyampaikan sedikit ucapan berkaitan Amalan Nilai
Murni bagi Pendidikan Sivik bertemakan Kasih-sayang dengan tajuknya
ialah Pemeliharaan dan pemuliharaan Flora dan Fauna.

DEFINISI

Pemeliharaan ialah Tindakan melindungi sumber-sumber di muka bumi


ini supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya, manakala
Pemuliharaan ialah Langkah membiakkan tumbuhan dan haiwan yang
hampir pupus bagi mengelakkan hidupan tersebut terus pupus.

Flora membawa maksud Tumbuh-tumbuhan manakalah Fauna


bermaksud binatang atau haiwan yang hidup di sesuatu daerah
tertentu.

KANDUNGAN TEKS

Seketika dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga badak


sumbu Sumatera terakhir di Malaysia iaitu Puntung, Tam dan Iman.

Ia satu kehilangan besar buat khazanah negara. Namun, semua ini


tinggal kenangan. Tanpa kita sedar, tangan-tangan manusia yang rakus
ini menjadi punca utama kepupusan haiwan terbabit, saban hari
semakin banyak haiwan yang terancam. Sebagai contoh lain, Harimau
Malaya yang kian pupus akibat pemburuan yang tidak terkawal. Penyu,
ancaman daripada pembuangan sampah plastik oleh manusia yang
tidak bertanggungjawab dan selain itu, haiwan yang menjadi
kebanggaan Negeri Sarawak iaitu Orang Utan, Spesies Orang Utan
dikategorikan sebagai “terancam” kerana kemusnahan habitat.
Ini semua ini berlaku kerana siapa? Kerana manusia yang tidak
bertanggungjawab kepada flora dan fauna kita. Aktiviti manusia
menjadi faktor utama ancaman kepada haiwan dan tumbuhan.
Antaranya ialah Pembangunan,Pembalakan, Pemburuan secara haram,
Penerokaan Kawasan, Pencemaran, Pembakaran hutan dan lain-lain
lagi.

Oleh itu, bagi mengelakkan kepupusan ini terus berlaku marilah


kita sama-sama menjaga flora dan fauna kita dengan melakukan
pembangunan yang terancang, mewartakan hutan simpan sebagai aset
negara dan yang paling utama ialah penguatkuasaan undang-undang
yang lebih ketat kepada mereka yang melakukan pembangunan,
pembalakan dan pemburuan secara haram.dan untuk yang terakhir
kalinya, marilah sama-sama kita mengadakan kempen sayangi flora dan
fauna.Ini bagi menghargai anugerah dan ciptaan tuhan yang telah
dikurniakan tuhan kepada kita semua.

Sekian Terima Kasih.

You might also like