You are on page 1of 3

TEKS BERITA 11(2), SAMBUTAN HARI GURU, 2019

Ucapan pemberita:

Salam sejahtera, Kemuncak sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah di


adakan pada 3 Mei 2019, di SK Putrajaya Presint 11(2) baharu-baharu ini.

Menurut Cikgu Alif, pengerusi Kelab ikatan guru dan staf, SK Putrajaya Presint
11(2), perancangan telah dibuat sebulan lebih awal seperti mencari tajaan,
perancangan aktiviti dan agihan tugas kepada ahli jawatankuasa.

(video Alif)

Ucapan pemberita:

Sebelum itu, Sambutan Makan Malam, Apresiasi Adiwira SKPP 11(2) telah
dijalankan pada 30 April 2019 di Rhr Hotel, Uniten, Bangi, Selangor.

(dumbing suara sahaja)

Tema makan malam pada kali ini berkonsepkan tema “Royal Blue”. Antara
aktiviti yang telah dijalankan pada malam tersebut ialah penyampaian
anugerah kualiti dan cabutan bertuah. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azhan
dan Cikgu Hidayuwati kerana telah memenangi anugerah “King Royal Blue” dan
“Queen Royal Blue” serta cikgu Amirul Alif yang telah memenangi Anugerah
Guru Paling Komited hasil undian rakan guru.

Ucapan pemberita:

Acara sambutan hari guru diteruskan dengan acara sukaneka pada 2 Mei 2019
pada waktu petang di Gelanggang Futsal SK Putrajaya Presint 11(2).
(dumbing suara sahaja)

Antara aktiviti sukaneka yang telah dijalankan ialah acara belon air dan tepung
gomak. 9 kumpulan guru telah diagihkan mengikut kumpulan dalam acara
tersebut. Aktiviti ini dilihat dapat mempupuk hubungan silaturrahim dalam
kalangan guru.

Ucapan pemberita:

Acara kemuncak sambutan hari guru 2019, adalah sambutan bersama murid SK
Putrajaya Presint 11(2) yang telah berlangsung sepanjang hari pada 3 Mei 2019.

(dumbing suara sahaja)

Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil oleh semua guru-guru
SKPP 11(2). Majlis diteruskan lagi dengan sambungan 2 acara sukaneka iaitu
acara “Music Chair” dan “Samurai Buta”. Pelbagai ragam guru dapat dilihat
sepanjang aktiviti dijalankan.

Pada jam 10.30 pagi, telah berlangsungnya majlis perarakan masuk semua guru
yang bertemakan “pasangan kembar dan glamor”. Semasa perarakan tersebut,
guru-guru telah diiringi oleh semua pasangan kembar murid dan paluan
kompang dari pemain kompang SKPP11(2).

(VIDEO PERJALANAN PERARAKAN)

(dumbing suara sahaja)

Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan ikrar guru, majlis penyampaian
hadiah sukaneka, anugerah guru undian murid-murid SKPP11(2) serta anugerah
pasangan kembar guru lelaki dan perempuan terbaik. Majlis dimeriahkan lagi
dengan persembahan guru dan wakil murid dalam majlis tersebut.
Ucapan pemberita:

Menurut puan Guru Besar, Cikgu Zaharah binti Hashim, majlis sambutan hari guru
ada kali ini dilihat sungguh meriah dan beliau berharap agar semua warga
pendidikan SKPP11(2) sentiasa bersatu bagi menuju kecemerlangan sekolah.

(video GB)

Ucapan pemberita:

Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada semua guru di atas penglibatan
dan komitmen dalam menjayakan majlis sambutan hari guru 2019 pada tahun
ini. Kami warga buletin 11(2) ingin mengucapkan selamat hari guru kepada
semua guru-guru di Malaysia dan terutamanya guru-guru di SK Putrajaya Presint
11(2). Selamat hari guru dan Terima Kasih, Cikgu!

Saya _____________________________________________ dari buletin 11(2). Sehingga


berjumpa lagi. Assalamualaikum.

You might also like