You are on page 1of 2

LMH 1 Tugasan 2

Latihan Tugasan 2 ( Klon soalan 2023)


Anda baru sahaja menghadiri mesyuarat penyediaan belanjawan syarikat untuk tahun
2023. Anda telah ditugaskan untuk menyediakan belanjawan sukuan kedua tahun 2023
yang merupakan komponen terpenting dalam rancangan perniagaan. Maklumat yang
diperlukan bagi tujuan penyediaan belanjawan adalah seperti yang berikut:
(1) Harga jualan bulan Mac ditetapkan antara RM20 hingga RM50 seunit. Harga jualan
dijangka meningkat sebanyak 10%-15% setiap bulan.
(2) Jangkaan unit jualan tahunan adalah 115,000 unit. Syarikat telah menjual 15,000
unit pada sukuan pertama tahun semasa. Jualan syarikat pada sukuan kedua dijangka
meningkat sebanyak 50% daripada unit jualan sukuan pertama. Jangkaan unit jualan
tahunan selebihnya akan dibahagikan sama rata untuk sukuan ketiga dan sukuan
keempat.
(3) Pada setiap sukuan tahun 2023, agihan jangkaan unit jualan bulanan masing-masing
ialah 20%, 30% dan 50%.
(4) Semua jualan adalah secara kredit . Terma jualan kredit ialah 3/10, n/60.
(5) Kutipan akaun belum terima dalam tempoh diskaun dianggarkan 50% dan bakinya
diselesaikan secara sama rata dalam tempoh bulan semasa dan bulan berikutnya.
(6) Rekod sukuan pertama syarikat menunjukkan akaun belum terima tidak dapat
dikutip sebanyak 2% pada bulan berikutnya. Namun begitu, syarikat menjangkakan
bahawa akaun belum terima tidak dapat dikutip pada sukuan kedua sebanyak 3%
pada bulan berikut.
(7) Kos bahan mentah seunit keluaran bagi sukuan pertama dan sukuan kedua tahun
2023 adalah seperti yang berikut:

Bahan mentah langsung: Kuantiti seunit Kos belian sekilogram


keluaran
BMX 5 kilogram RM3
BMY 10 kilogaram RM6

(8) Semua pembelian bahan mentah langsung adalah secara kredit dengan terma 2/10,
n/60. Kebiasaannya syarikat membayar 20% daripada jumlah belian dalam tempoh
kredit, baki selebihnya dibayar sama rata pada bulan belian dan bulan berikutnya.
(9) Syarikat mengamalkan inventori akhir barang siap adalah 20% atas unit jualan
bulan berikutnya. Bagi inventori bahan mentah langsung, syarikat menetapkan
untuk menyimpan inventori sebanyak 20% daripada anggaran penggunaan
pengeluaran bulan berikutnya.

(10) Produk yang dikeluarkan melalui dua jabatan, iaitu jabatan Pemesinan dan
jabatan Pemasangan. Kadar upah sejam dan jam buruh langsung yang diperlukan bagi
setiap produk adalah seperti berikut:
Jabatan Kadar upah sejam Jam diperlukan
Jabatan Pemesinan RM8 1.5
Jabatan Pemasangan RM10 0.5

LMH Belanjawan
LMH 2 Tugasan 2
(11) Kos overhed pengeluaran tetap sebulan yang dijangka untuk tahun hadapan
adalah seperti berikut:
RM
Gaji penyelia kilang 8,000
Insurans kilang 2,000
Kos penyelenggaraan kilang 3,000
Sewa kilang 12,000
Utiliti kilang 3,200

(12) Kos overhed pengeluaran berubah bulanan dianggarkan pada kadar 5% dari
jumlah jualan bulan semasa.

Arahan tugasan:
(a) Sediakan data input yang sesuai bagi menyediakan belanjawan
(b) Sediakan belanjawan jualan , jadual kutipan akaun belum terima dan
belanjawan pengeluaran bagi sukuan kedua tahun 2023 dengan menggunakan
rumus yang sesuai
(c) Sediakan belanjawan belian bahan mentah langsung dan jadual pembayaran
akaun belum bayar bagi sukuan kedua tahun 2023 dengan menggunakan rumus
yang sesuai.
(d) Sediakan belanjawan buruh langsung dan belanjawan overhed pengeluaran,
sukuan kedua tahun 2023 dengan menggunakan rumus yang sesuai.

LMH Belanjawan

You might also like