You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KELAB BADMINTON 2022/2023

Tarikh 23/11/2022
Perjumpaan Kali pertama
Masa 1:30pm – 2:30pm
Tempat Kelas U6A1
Jumlah Kehadiran 40/40
Kehadiran Guru Puan Nur Azean
Penasihat
Aktiviti Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Badminton
Perancangan Kelab Badminton Sesi 2023/2024
Objektif Aktiviti Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan juga merancangkan aktiviti sepanjang tahun
Laporan Kegiatan Mesyuarat Agung
Penilaian Kehadiran ahli: 100%
Penglibatan ahli: 100%

MINIT MESYUARAT AGUNG

KELAB BADMINTON 2022/2023

NAMA UNIT: KELAB BADMINTON

GURU PENASIHAT: PN. NUR AZEAN

1. UCAPAN ALU-ALUAN
Puan Nur Azean mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke kelab badminton dan memulakan
mesyuarat dengan undian pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu.

2. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


2.1 Pelantikan ahli jawatankuasa. Mesyuarat telah bersetuju melantik AHLI
JAWATANKUASA YANG BAHARU:

BIL. NAMA KELAS JAWATAN


1. LAI YONG KIT L6A2 PENGERUSI
2. TAN JIA SHENG L6A3 NAIB PENGERUSI
3. FONG YU FENG L6A1 SETIAUSAHA
4. CHAN XUE YEE L6A2 NAIB SETIAUSAHA
5. LAI WEI JIE L6A3 BENDAHARI
6. YEAP ZHI HWA L6A1 NAIB BENDAHRI
7. 1) LIEW SUH TENG L6A1 AJK L6A1
2) LEE KAI YAO L6A1
8. 1) CHIN WEN WEI L6A2 AJK L6A2
2) PANG JIN WEN L6A2
9. 1) POONG ZHEN FENG L6A3 AJK L6A3
2) YIN KAH CHUN L6A3

2.1.1 Harapan kepada semua jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas
dengan amanah dan penuh bertanggungjawab.
2.1.2 Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan sekiranya tidak menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan.
2.1.3 Semua ahli perlu memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua ahli
jawatankuasa.

2.2 CADANGAN AKITVITI TAHUNAN

BIL AKTIVITI

1 Bengkel Kemahiran Teknik Badminton

2 Pertandingan Mereka Logo

3 Aktiviti Footwork

4 Kuiz Pengenalan dan Pengetahuan Badminton

5 Aktiviti Teknik Smash

6 Pertandingan Badminton Beregu

7 Pertandingan Badminton Campuran

8 Pertandingan Badminton Perseorangan

2.3.1 KEHADIRAN

Kehadiran adalah wajib. Murid yang tidak hadir 3 kali akan diberi surat amaran. Kehadiran untuk
setiap program perlu direkodkan. Murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap unit
kokurikulum yang disertai supaya mendapat markah yang cemerlang.
2.3.2 PENYERTAAN/PENGLIBATAN

Semua ahli wajib menyertai aktiviti sekurang-kurangnya. Peringkat penglibatan tertinggi adalah
sehingga peringkat antarabangsa. Sila dapatkan pengesahan daripada guru pembimbing atau guru
pengiring sekiranya murid terlibat dengan pertandingan peringkat zon dan lain-lain. Penyertaan
murid-murid akan diambil kira sama ada murid menjadi peserta, penyokong atau memberi khidmat
sebagai jawatankuasa sesuatu program atau pertandingan. Semua maklumat perlu disahkan oleh guru
pembimbing atau guru pengiring ke dalam Buku Kokurikulum Murid. Guru penasihat akan merekod
dalam ruangan penglibatan murid dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum.

2.3.3 PENCAPAIAN

Markah pencapaian akan diambil kira sekurang-kurangnya untuk peringkat sekolah hingga tempat
kelima. Minta guru pengiring atau guru pembimbing untuk mengesahkan pencapaian dalam Buku
Kokurikulum.

2.3.4 PERATURAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

- Pakaian: Setiap Isnin wajib memakai pakaian seragam unit uniform masing-masing dengan lengkap.

- Masa perjumpaan: 2:30pm – 3:30pm

- Kutipan yuran: Kutipan yuran RM2 diambil

3. PENUTUP

Puan Nur Azean mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Kelab Badminton sebagai kelab
persatuan. Ahli diingatkan untuk sentiasa hadir pada setiap perjumpaan Kelab Persatuan dan
diharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Mesyuarat
ditangguhkan pada 3:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(LEE ZHEN MING) (PN. NUR AZEAN)

SETIAUSAHA KELAB BADMINTON GURU PENASIHAT

You might also like