You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN PUTRI Kod Sekolah: JEA8011

1. Nama Guru NOORIZWANEDA BINTI MOHD TAMIN

2. Judul 21 HABITS 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

21 habits adalah berkenaan dengan cara untuk mencapai kehidupan yang sihat, menerangkan
secara terperinci di mana untuk memulakan dan memberi petua praktikal tentang cara untuk
berjaya. Bahagian yang menarik dalam buku ini adalah bukan berkenaan dengan kesihatan
semata-mata.Ia adalah mengenai perubahan diri kita sendiri melalui tabiat.Kadang-kadang
tabiat kita nampak lebih mudah tetapi sebenarnya tabiat itu lah yang menjadi penyebab diri kita
sekarang dan kita sukar untuk berubah disebabkan oleh tabiat. Maka, ia lebih rumit dari apa
yang kita fikirkan. Terdapat 6 langkah untuk membina tabiat. Cara yang terbaik untuk kita
berubah adalah kita mesti ubah tabiat. Kita perlu berusaha untuk bina tabiat baharu tetapi
sebaik sahaja kita membina tabiat baharu, minda kita bebas untuk menerima dan melakukan
perkara itu. Lama kelamaan ia akan menjadi rutin dan kita akan berjaya untuk berubah. Buku ini
turut menyediakan 21 tabiat untuk kita kekal sihat. Buku ini sangat bagus dan membantu kita
untuk mengubah tabiat lama yang tidak baik untuk jadi lebih baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Perubahan itu sangat sukar tetapi sekiranya kita ingin berjaya kita perlu berubah untuk
menjadi lebih baik.
2. Pemikiran yang postitif akan membantu kita menjadi lebih sihat.
3. Hubungan yang baik sesama manusia iaitu aktiviti sosial turut membantu kita
menurunkan tekanan darah dan mengurangkan hormon tekanan.
4. Dalam kehidupan kita perlu mempunyai rehat yang cukup supaya tidak tertekan dengan
hidup. Mesti ada masa untuk membuat aktiviti yang kita suka supaya kita akan sentiasa
bertenaga.
5. Kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu kita perlu menjaga pemakanan dan penting
untuk membuat sedikit senaman ringan untuk kekal sihat.
6. Persediaan dan perancangan itu sangat penting. Jika kita tidak mempunyai persediaan
dan perancangan, kita cenderung untuk gagal.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang mungkin akan perlaku dalam sistem
pelajaran dan bersedia untuk berubah untuk menjadi guru yang lebih baik.
2. Pandangan postitif dalam kehidupan, pada pihak pentadbir, rakan sejawat, serta murid-
murid membantu kita menjalankan kerja dengan lebih baik.
3. Hubungan dan kerjasama yang baik antara rakan sekerja amat penting supaya
sentiasa senang untuk bekerja sentiasa gembira. Apa yang penting seronok ingin ke
sekolah. Apabila seronok, semua kerja berhasil.
Penting untuk membuat persediaan sebelum pdpc supaya kita boleh menikmati sesi pengajaran
dan kita tahu apa yang hendak di ajar. Murid-murid akan merasa lebih seronok sekiranya
dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOORIZWANEDA BINTI MOHD TAMIN) ( )

You might also like