You are on page 1of 3

SOALAN MATH PEMBANTU PENDAFTARAN KP19 PADA 21.01.

2020

1. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6
daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah
bilangan bungkusan biskut?

A. 685
B. 895
C. 1,520
D. 1,580

2. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang
setiap satu sisinya ialah 28cm?

A. 3136cm2
B. 4740cm2
C. 21,952 cm3
D. 21,956 cm3

3. 34 minit 35 saat + 55 minit 45 saat + 15 minit = ?

A. 1 jam 16 minit 00 saat


B. 1 jam 20 minit 00 saat
C. 1 jam 55 minit 20 saat
D. 1 jam 56 minit 20 saat

4. Bagi set data (33, 35, 32, 36, X, 37, 36, Y) mempunyai min data 35.75. Apakah nilai X jika Y
= X + 7?

A. 33
B. 35
C. 70
D. 77

5. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah
jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?

A. 470
B. 581
C. 766
D. 786

6. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia
member 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah
simpanan tersebut?

A. RM1,010
B. RM1,120
C. RM2,240
D. RM2,280

7. Amin mula melayari internet pada jam 1945. Dia melayari internet selama 2 jam 15 minit dan
berehat sebentar selama 1/3 jam sebelum memulakan pemantauan di pasar malam. Bilakah
dia akan mula melakukan pemantauan tersebut?

A. 2115
B. 2120
C. 2220
D. 2235
8. Sepokok jambu menghasilkan purata 80 biji buah semusim. Jika terdapat 250 pkok jambu
yang berbuah serentak, berapakah jumlah jisim (dalam unit kilogram) buah yang dihasilkan
semusim jika purata sebiji buah jambut itu ialah 185g?

A. 3,700kg
B. 20,000kg
C. 27,000kg
D. 37,000kg

9. 4/9 daripada sejumlah bilangan buah-buahan yang dijual di suatu gerai adalah buah tembikai,
¼ adalah buah cempedak manakala selebihnya ialah 275 biji buah nanas. Berapakah
bilangan buah tembikai?

A. 225
B. 275
C. 400
D. 900

10. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu
1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah
kandungan air minuman yang tersimpan di dalam peti sejuk tersebut?

A. 112.50 liter
B. 160 liter
C. 161.25 liter
D. 170 liter

11. Perjalanan sebuah kereta dari bandar Q ke bandar R mengambil masa 2 jam 30 minit.
Berapakah purata kelajuan kereta tersebut jika jarak perjalanan yang dilalui ialah 210km?

A. 68km/j
B. 75km/j
C. 84km/j
D. 91km/j

12. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak.
Bahagian pertama akan diagihkan sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan sama
banyak kepada 14 kedai di bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8
kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti tidak dapat diagihkan?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

13. Sebalang biskut dibahagikan mengikut nisbah 8:5:3. Didapati bahagian yang paling sedikit
berjumlah 24 keping. Berapakah jumlah bilangan biskut di dalam balang tersebut?

A. 84
B. 104
C. 128
D. 384

14. Antara berikut manakah BENAR?

A. 0.31 km bersamaan 301m


B. 1.14 km bersamaan 1140
C. 4.5 km bersamaan 450m
D. 1.25 km bersamaan 12500m
15. Segulung tali berukuran 35m panjang akan digunakan untuk mengikat beberapa karung
buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung
memerlukan 75cm tali?

A. 5
B. 15
C. 46
D. 47

16. {550, 400 , 250, 100, -50, X}. Apakah nilai X ?

A. -5
B. -100
C. -150
D. -200

17. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM50 daripada
harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200
bungkus biskut?

A. RM1008
B. RM1280
C. RM1568
D. RM1640

18. Antara berikut nombor yang manakah bukan kuasa dua sempurna bagi suatu nombor?

A. 1600
B. 1861
C. 1849
D. 1936

19. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah
beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5.650?

A. RM1,356
B. RM2,712
C. RM4,294
D. RM7,006

20. Amin masuk ke dalam lif di tingkat Q, lif itu naik sebanyak 9 tingkat, kemudian turun ke bawah
sebanyak 7 tingkat dan naik semula 5 tingkat dan tiba di tingkat 12. Apakah tingkat Q?

A. 5
B. 8
C. 9
D. 10

You might also like