You are on page 1of 3

PEMBANTU LAUT A19 (SEMENANJUNG) - 13.11.

2019

1. Besen merah mengandungi 165 liter air dan 1/4 daripada jumlah air itu dimasukkan ke dalam besen
kuning yang sedang mengandungi 25 liter air. Berapakah jumlah keseluruhan isi padu air di dalam
kedua-dua besen tersebut?

A) 190.00 liter
B) 206.25 liter
C) 231.25 liter
D) 272.50 liter

2. Harga asal tiket untuk ke Pulau Perhentian bagi dua orang dewasa ialah RM140 dan seorang kanak-
kanak ialah RM35. 2% diskaun diberikan bagi pembelian secara atas talian. Berapakah jumlah harga tiket
untuk 8 orang dewasa dan 12 orang kanak-kanak bagi keluarga Haris yang membeli tiket tersebut secara
atas talian?

A) RM960.40
B) RM980.00
C) RM1,509.20
D) RM1,540.00

3. Harga sepinggan mee goreng ialah RM7 dan segelas minuman ialah 1/4 daripada harga mee tersebut.
Raymond membayar kesemua harga 8 pinggan mee goreng dan 12 gelas minuman dengan wang
RM100. Berapakah baki wangnya?

A) RM23
B) RM33
C) RM56
D) RM77

4. Ahmad menaiki bas dari Bandar R ke Bandar S yang jaraknya ialah 45km. Berapakah tempoh masa
perjalanan Ahmad jika purata kelajuan bas itu bergerak ialah 75km/j?

A) 6 minit
B) 36 minit
C) 39 minit
D) 40 minit

5. Rahim menjalani latihan bermain bola tampar bermula pada jam 3.25 petang dan tamat latihan pada
jam 6.30 petang. Berapakah tempoh masa beliau menjalani latihan tersebut?

A) 2 jam 05 minit
B) 2 jam 55 minit
C) 3 jam 05 minit
D) 3 jam 50 minit

6. Luas permukaan bagi sebuah meja bersamaan dengan luas 24 keping kertas bersaiz A4. Berapakah
luas bagi 5/6 permukaan meja tersebut (dalam kiraan kepingan kertas A4)?

A) 14
B) 16
C) 18
D) 20
7. {3, 5, 7, 9, 4, 5, 8, 6} adalah satu himpunan data. Apakah median data ini?

A) 5.0
B) 5.5
C) 5.9
D) 6.5

8. Sebuah bekas air diletakkan di bawah titisan air daripada paip air yang rosak. Dalam tempoh 30 minit
bekas itu akan mengandung 250 ml air. Berdasarkan kadar ini berapakah isi padu air yang terkandung di
dalam bekas itu setelah tempoh 24 jam?

A) 12 liter
B) 48 liter
C) 120 liter
D) 4 liter 75 mililiter

9. Panjang segulung reben ialah 15 meter. Terdapat 22 gulung reben di dalam sebuah kotak yang akan
digunakan untuk mengikat 150 bungkusan hadiah. Setiap bungkusan memerlukan reben sebanyak 3/4
meter panjang. Berapakah jumlah baki reben yang tinggal?

A) 329.25m
B) 217.50m
C) 318.75m
D) 112.50m

10. (9 jam 35 minit + 7 jam 45 minit) – 2 jam 25 minit =

A) 17 jam 20 minit
B) 14 jam 07 minit
C) 15 jam 05 minit
D) 14 jam 55 minit

11. Shahrul membeli 7kg ayam, 5kg kentang, 5 1/3kg bawang dan 3 1/4kg sayur. Berapakah jisim
kesemua barang tersebut? (Bundarkan jawapan kepada dua tempat perpuluhan).

A) 20.08kg
B) 20.58kg
C) 20.14kg
D) 20.70kg

12. Jam dinding di dalam bilik Aimi menunjukkan pukul 2.35 petang , manakala jam dinding yang telah
rosak di dalam bilik Zamri pula menunjukkan pukul 8.50 pagi. Berapakah beza waktu yang ditunjukkan
oleh kedua-dua jam tersebut?

A) 5 jam 25 minit
B) 5 jam 35 minit
C) 5 jam 45 minit
D) 5 jam 55 minit
13. Encik Hilmi membawa 12 keping wang RM20, 45 keping wang RM10 dan 33 keping wang 5 ringgit ke
sebuah pasar malam. Beliau telah berbelanja sebanyak RM57.00. Berapakah baki wangnya?

A) RM798
B) RM843
C) RM855
D) RM912

14. Isi padu sebotol air oren ialah 1500 ml. Ramasamy meminum 1/3 daripada air tersebut. Berapakah
jumlah air oren yang tinggal di dalam botol itu?

A) 300ml
B) 500ml
C) 700ml
D) 1000ml

15. 1/2 daripada sejumlah buah mempelam adalah mempelam muda, 1/3 adalah mempelam hampir
masak dan selebihnya ialah mempelam yang telah ranum iaitu sebanyak 55 biji. Berapakah bilangan
mempelam muda tersebut?

A) 330
B) 275
C) 165
D) 110

You might also like