You are on page 1of 3

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (STOR)(KKM) SESI 2 – 31.10.

2019

1 ) Sebuah kereta dipandu pada kelajuan purata 98km/j sejauh 343km dan sampai ke destinasi tujuannya pada
pukul 3.30 petang. Pukul berapakah ia memulakan perjalanan?

A) 12.00 tengah hari


B) 12.10 tengah hari
C) 12.30 tengah hari
D) 1.00 tengah hari

2 ) {61, 62, 62, Z, 66, 66, 67, 68} adalah satu set data. Mod bagi data tersebut adalah 62. Apakah nilai yang tepat
bagi Z?

A) 62
B) 63
C) 64
D) 65

3 ) Pernyataan berikut menunjukkan maklumat markah ujian kertas matematik bagi 12 orang pelajar: 5 orang
pelajar mendapat markah 41 hingga 70 dan 7 orang pelajar mendapat markah 71 hingga 100. Berdasarkan
maklumat tersebut berapakah min markah mereka?

A) 73
B) 79
C) 81
D) 82

4 ) 12 buah kotak jus epal yang mempunyai isi padu sebanyak 600ml setiap satu boleh dimasukkan ke dalam satu
kotak besar. Berapakah isi padu keseluruhan jus epal yang boleh memenuhi 24 kotak besar yang serupa?

A) 144 liter
B) 1440 liter
C) 172.8 liter
D) 1728 liter

5 ) Seguni gandum yang mempunyai berat 45kg dibahagikan mengikut nisbah 3:4:5. Berapakah berat bahagian
yang paling banyak?

A) 9.00kg
B) 11.25kg
C) 18.75kg
D) 32.14kg

6. Zaidi membuka gerai minuman dan dalam tempoh sebulan hasil jualan yang diperolehinya ialah RM3540.
Modal yang dikeluarkan adalah sebanyak 35% daripada hasil jualan tersebut. Berapakah keuntungan yang
diperolehi oleh Zaidi dalam tempoh tersebut?

A) RM1,239
B) RM2,301
C) RM2,655
D) RM3,505

7. Kos pembelian keseluruhan 200 kotak kertas putih size A4 ialah RM50,400. Berapakah kos pembelian bagi 10
bungkusan kertas itu apabila di dalam setiap kotak terdapat 24 bungkusan kertas tersebut?

A) RM10.50
B) RM21.90
C) RM105.00
D) RM252.00
8. R(2,4) dan S(12,6) adalah dua titik koordinat yang disambung menjadi satu garis lurus RS. Apakah kecerunan
garis RS?

A) -0.2
B) 0.2
C) -5.0
D) 5.0

9. Kotak Y dan kotak Z memerlukan 1.5m dan 3.5m tali untuk mengikat kotak-kotak tersebut. Terdapat 15 buah
kotak Y dan 12 buah kotak Z yang perlu diikat. Berapakah baki tali yang tinggal sekiranya segulung tali yang
panjangnya berukuran 150m dibekalkan untuk mengikat kotak-kotak tersebut?

A) 64.5m
B) 75m
C) 85.5m
D) 90m

10. Sebuah mesin pencetak boleh mencetak sebanyak 30 helai kertas dalam tempoh masa 45saat. Berapakah
tempoh masa yang diambil untuk mencetak 570 helai kertas?

A) 6 minit 30 saat
B) 14 minit 15 saat
C) 12 minit 7 saat
D) 14 minit 25 saat

11. Layang-layang Abu terbang lebih tinggi daripada laying-layang Munirah tetapi lebih rendah daripada layang-
layang Rizal. Layang-layang Sufian terbang lebih tinggi daripada layang-layang Munirah tetapi lebih rendah
daripada layang-layang Abu. Susun nama mereka mengikut kedudukan layang-layang bermula daripada yang
paling rendah kepada yang paling tinggi.

A) Rizal, Sufian, Abu, Munirah


B) Munirah, Abu, Sufian, Rizal
C) Rizal, Abu, Sufian, Munirah
D) Munirah, Sufian, Abu, Rizal

12. Rahimah menjual kuih-muih 6 hari dalam seminggu. Purata hasil jualan sehari yang diperolehinya ialah RM270.
Berapakah jumlah hasil jualannya selama 8 minggu?

A) RM1,620
B) RM2,160
C) RM12,960
D) RM15,120

13. Laluan basikal di sebuah taman rekreasi adalah sepanjang 5.8km. Hamzah berbasikal di laluan tersebut sejauh
3 1/4 pusingan dalam tempoh masa 45 minit. Berapakah kelajuan purata dia berbasikal di taman itu. Bundarkan
jawapan kepada nombor bulat terhampir.

A) 6km
B) 19km
C) 25km
D) 41km
14. Hani menunggang motosikal pada kelajuan purata 60km/j selama 1 jam 15 minit. Kemudian beliau berhenti
untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan lagi selama 1 jam pada kelajuan purata yang sama. Berapakah
jarak yang dilaluinya?

A) 75km
B) 125km
C) 129km
D) 135km

15. Sebuah bilik mempunyai 4 dinding iaitu E, F, G dan H yang perlu di cat. Saiz dinding E sama dengan saiz dinding
F dan saiz dinding G sama dengan saiz dinding H. Saiz dinding H ialah 24m² adalah sama dengan 1/2 daripada saiz
dinding E. Saiz dinding H memerlukan 2 liter cat. Berapakah jumlah cat untuk mengecat semua dinding tersebut?

A) 8 liter
B) 10 liter
C) 12 liter
D) 16 liter

16. Terdapat 480 biji belon digunakan untuk hiasan pentas. Kebarangkalian terdapat beberapa biji belon yang akan
pecah dalam tempoh 3 jam ialah 1/32. Berapakah bilangan belon yang tidak pecah selepas 3 jam?

A) 15
B) 45
C) 435
D) 465

17. 3 keping syiling yang adil dilambung. Apakah kebarangkalian untuk mendapat permukaan (bunga, bunga,
bunga)?

A) 1/2
B) 1/6
C) 1/8
D) 3/8

18. {225, 196, Q, 144, 121}. Apakah nilai paling tepat bagi Q?

A) 164
B) 169
C) 186
D) 189

19. Ramli mempunyai 25 pokok mangga dikebunnya. Sepokok mangga tersebut mengeluarkan bilangan buah
purata sebanyak 120 biji dan purata bilangan sekilogram mangga ialah 3 biji. Berapakah jumlah berat keseluruhan
buah mangga yang dihasilkan oleh kebun Ramli?

A) 144kg
B) 360kg
C) 900kg
D) 1000kg

20. Aminah menyimpan wang sebanyak RM360,000. 1/6 daripada wang tersebut digunakan untuk memperbesar
perniagaannya dan 1/6 lagi digunakan untuk membeli sebuah kereta. Berapakah baki wang simpanannya yang
tinggal?

A) RM120,000
B) RM180,000
C) RM240,000
D) RM300,000

You might also like