You are on page 1of 4

1103/4 - UJIAN MENDENGAR

PETIKAN 1

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.
(bacaan kali pertama).

Percutian Di Dusun Resort

Dusun Resort ialah sebuah tempat percutian yang menggunakan konsep percutian alam semula
jadi dan di pinggiran air terjun. Resort ini terletak di Kuala Nerang yang jaraknya 30 kilometer
dari pusat Bandar Raya Alor Setar. Pengunjung berpeluang mendengar bunyian alam dan
menikmati panorama indah yang terdapat di sekitar resort. Bagi pengunjung yang berminat
dalam sukan ekstrem, Dusun Resort menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti berenang di
kolam, berkayak, mengunjungi dusun dan jelajah hutan. Dusun Resort mempunyai empat
kategori chalet, iaitu 7 unit chalet golden, 16 unit chalet eksekutif, 45 unit chalet standard dan 18
unit dorm. Perkhidmatan chalet yang disediakan bermula serendah RM70. Chalet yang
pelbagai jenis ini memberi pilihan kepada pengunjung untuk memilih chalet yang sesuai dengan
bajet mereka. Dusun Resort sesuai untuk pengunjung yang ingin menghayati panorama alam
semula jadi dari atas bukit. Pengunjung akan menikmati suhu yang lebih sejuk pada waktu
malam. Resort ini menawarkan penginapan yang dikelilingi keindahan alam semula jadi seperti
air terjun, sungai dan kawasan dusun yang kaya dengan buah-buahan tempatan seperti durian,
rambutan, dokong, pulasan dan manggis. Untuk anda yang mencari ketenangan, merasai suasana
di dusun dan menikmati alam semula jadi, maka Dusun Resort sesuai dijadikan pilihan untuk
bersantai dan bercuti.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan rencana akan dibaca sekali lagi (bacaan kali kedua).

Petikan yang sama diperdengarkan.

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

1. Konsep percutian yang digunakan oleh Dusun Resort ialah konsep percutian ...

Konsep Percutian Dusun Resorts

[2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 2 dan soalan 3.

2. Dusun Resort mempunyai empat kategori chalet kecuali ..................................

A. chalet silver

B. chalet golden

C. chalet standard

D. chalet eksekutif
[1 markah]

3. . Pada waktu malam, pengunjung akan menikmati .................. yang lebih sejuk.

A. suhu

B. cuaca
C. i k l i m
D. suasana [1 markah]

4. Dusun Resort sesuai dijadikan pilihan untuk bersantai dan bercuti bagi pengunjung yang
ingin ...................

i.

ii.
[2 markah]
JAWAPAN

percutian alam semula jadi di pinggiran air terjun

[2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 2 dan soalan 3.

2. Dusun Resort mempunyai empat kategori chalet kecuali ..................................

A. chalet silver

B. chalet golden

C. chalet standard

D. chalet eksekutif
[1 markah]

3. . Pada waktu malam, pengunjung akan menikmati .................. yang lebih sejuk.

A. suhu
B. cuaca
C. iklim
D. suasana [1 markah]

4. Dusun Resort sesuai dijadikan pilihan untuk bersantai dan bercuti bagi pengunjung yang
ingin ...................

i. mencari ketenangan
ii. merasai suasana di dusun [2 markah]

You might also like