You are on page 1of 23

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

KOLEKSI SOALAN
OBJEKTIF
BAHASA
MELAYU
PENGGAL 3

WACANA, RETORIK, VARIASI


BAHASA, LARAS BAHASA, SEMANTIK,
PRAGMATIK

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-


NOTA STPM

@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu
https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior
_cikgu
GROUP RASMI :
@SembangSTPM
https://t.me/SembangSTPM
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

1. Manakah penanda wacana yang digunakan untuk menunjukkan rumusan terhadap


perkara yang dibincangkan?
A. Lantaran itu B. Seterusnya
C.Pendek kata D. Sebenarnya

2. Berdasarkan petikan di bawah, apakah retorik yang sesuai?


Kelebihan kamera kompak ialah harganya yang murah iaitu ada yang dijual pada
harga serendah RM250 hingga RM450. Kamera jenis ini sangat mudah untuk
dikendalikan, ringan dan saiznya kecil. Dapatkanlah sekarang!

A. Pemujukan B. Pemerian
C.Penghujahan D. Penceritaan

3. Apakah faktor kewujudan idiolek?


I. Tabiat pertuturan individu
II. Halangan dalam komunikasi
III. Perbezaan dalam pergaulan sosial
IV. Alat pertuturan individu yang kurang sempurna

A. I dan II B. I dan IV
C.II dan III D. III dan IV

4. Manakah antara berikut menerangkan laras bahasa?


A. Kelainan bahasa berlaku disebabkan oleh keadaan geografi
B. Kelainan bahasa yang dicetuskan oleh keakraban hubungan antara individu
C. Kelainan bahasa yang timbul hasil daripada pengkhususan bidang
D. Kelainan bahasa disebabkan oleh alat-alat pertuturan individu

5. Pernyataan berikut benar mengenai konsep semantik, kecuali


A. Meliputi kajian tentang makna kata, frasa dan ayat
B. Fokus kajian adalah tentang makna biasa
C. Ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang dengan makna
D. Meliputi kajian tentang pemberian lambang kepada perkataan

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

6. Manakah pernyataan yang benar tentang pragmatik?


A. Ilmu yang mengkaji makna ujaran berdasarkan konteks budaya masyarakat
B. Ilmu yang mengkaji fungsi bunyi bahasa dalam sesuatu aspek tertentu
C. Ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang dengan maknanya
D. Ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik

7. Manakah yang tidak dikaitkan dengan kohesi nahuan?


A. Elipsis B. Rujukan
C.Pengulangan D. Penghubung

8. Apakah teknik penyampaian yang digunakan dalam petikan di bawah?


Amni merasakan bahawa dia mampu mendapatkan keputusan yang baik dalam
peperiksaan STPM nanti. Keyakinan tersebut tercetus apabila dia pernah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu. Amni juga pernah
dianugerahkan sebagai pelajar harapan atas pencapaiannya.

A. Deduksi B. Analogi
C.Induksi D. Eklektik

9. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri bahasa pasar?


I. Kerap menggunakan kata punya
II. Menggunakan kata sangat sebagai kata penegas
III. Kacukan bahasa Melayu dengan bukan bahasa Melayu
IV. Ada penutur yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda

A. I dan III B. I dan IV


C.II dan III D. III dan IV

10. Berdasarkan jadual berikut, pilih padanan yang betul antara laras dengan kosa kata
yang digunakan.
Laras Bahasa Kosa Kata Yang Digunakan
A. Sains Bahan mentah, Sudut pandangan
B. Sukan Ayam tambatan, Regu campuran
C. Ekonomi Bahan basah, Habeas Corpus
D. Sastera Dapatkan naskhah anda, Gunakan produk BioZip

2
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

11. Manakah ungkapan yang mempunyai makna denotatif dan makna konotatif?
A. Ada angin B. Ada harapan
C.Ada peluang D. Ada urusan

12. Berikut tergolong dalam peribahasa, kecuali


A. Bidalan B. Pepatah
C.Seloka D. Perbilangan

13. Kesemua berikut ialah perumpamaan, kecuali


A. Seperti ulat lupakan daun
B. Bagai aur di atas bukit
C. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
D. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran

14. Yang manakah konsep perbilangan yang betul?


I. Susunan kata berangkap-rangkap dan disebut satu persatu
II. Menyebut sesuatu maksud dengan dikiaskan kepada perkara lain
III. Susunan kata yang mengandungi perbandingan dan teladan
IV. Kebanyakkan isinya seolah-olah menjadi undang-undang masyarakat

A. I dan II B. I dan IV
C.II dan III D. III dan IV

15. Kumpulan perkataan manakah yang semuanya bersinonim?


A. Setitik, sekelumit, setingkat
B. Pangkas, tebas, cantas
C. Jinjing, angkat, tatap
D. Raut, ricih, asah

16. Antara berikut, manakah bukan ciri laras bahasa ilmiah?


A. Terdapat retorik pemujukan yang ketara
B. Menggunakan istilah khusus
C. Disampaikan secara formal
D. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga

3
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

17. Ujaran berikut merupakan bentuk bahasa formal, kecuali


A. Bos, bila kita dapat bonus ni?
B. Boleh saya menolong encik isikan borang tersebut?
C. Tuan, saya hendak memohon cuti pada minggu hadapan
D. Para hadirin boleh mengambil tempat duduk masing-masing

18. Apakah yang dimaksdukan dengan retorik?


A. Ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang tertentu
B. Perbezaan yang wujud berdasarkan konteks penggunaannya yang berbeza
C. Beberapa bentuk bahasa yang khas digunakan untuk menyatakan sesuatu
D. Penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan yang mengandungi aspek
tatabahasa yang betul

19. Manakah ayat yang menunjukkan hubungan sebab dan akibat?


A. Suara Fara sangat merdu. Suara adiknya lagi merdu
B. Faizal selalu ponteng kerja. Akhirnya dia diberhentikan oleh majikannya
C. Lukisan itu sangat cantik. Apa tidaknya, lukisan itu hasil lakaran pelukis terkenal
D. Ibu bekerja keras selepas pemergian ayah. Sekarang ibu menarik nafas lega kerana
anak- anaknya telah berjaya

20. Pernyataan di bawah ialah ciri retorik


 Mementingkan bukti dan alasan
 Bermula dengan usul atau gagasan
 Bertujuan untuk mendapatkan sokongan

A. Pemerian B. Pemujukan
C.Penghujahan D. Pendedahan

21. Yang manakah ciri yang paling penting tentang retorik pemujukan?
A. Perlu pengulangan pernyataan
B. Banyak menggunakan ayat penyata
C. Keberkesanannya bergantung kepada bukti yang dikemukakan
D. Bertujuan untuk mempengaruhi khalayak supaya bertindak seperti yang dikehendaki

4
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

22. Manakah situasi yang sesuai untuk menggunakan ciri laras bahasa di bawah?
 Bersifat kreatif, imaginatif dan mengabaikan logik dan rasional
 Menggunakan ayat yang pendek dan banyak menggunakan kata adjektif

A. Penceritaan pengalaman peribadi


B. Promosi jualan rumah dan lot kediaman
C. Penyampaian maklumat tentang dasar kerajaan
D. Penjelasan tentang kaedah pembelajaran yang berkesan

23. Perkataan “muda” yang mempunyai set makna seperti di bawah merupakan kata
Muda Orang yang belum tua
Buah-buahan yang belum masak
Warna yang agak pucat atau kurang gelap

A. Sinonim B. Hiponim
C.Polisemi D. Homofon

24. Manakah contoh kiasan melompat?


A. Tanak nasi B. Pisau cukur
C.Mandi kerbau D. Badan berisi

25. Peribahasa berikut mengandungi makna yang sama, kecuali


A. Mati semut kerana gula
B. Mati harimau kerana belangnya
C. Mati gajah kerana gading
D. Mati kuang kerana bunyi

26. Rujukan kehormat bagi Toh Puan Hajah Dr. Hamidah binti Hassan ialah
Toh Puan Hajah Dr. Hamidah binti Hassan

A. Yang Berhormat B. Yang Berbahagia


C.Yang Amat Berhormat D. Yang Amat Berbahagia

27. Manakah penanda wacana yang digunakan untuk menyatakan tambahan maklumat?
A. Oleh hal yang demikian B. Dengan kata lain
C.Sesungguhnya D. Begitu juga

5
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

28. Pernyataan di bawah menepati ciri


 Menggunakan kiasan untuk makna yang kurang elok
 Menggunakan kata ganti nama diri yang betul
 Menggunakan ungkapan yang sopan

A. Bahasa mesra B. Bahasa istana


C.Bahasa biasa D. Bahasa halus

29. Ciri di bawah menepati laras bahasa


 Tidak mengandungi unsur kiasan
 Mementingkan keterperincian
 Tidak menggunakan ilustrasi

A. Iklan B. Agama
C.Undang-undang D. Sukan

30. Manakah ayat yang mengandungi frasa yang membawa makna konotatif?
I. Adik saya suka makan sup kakiayamdi restoran itu
II. Kemenangan pasti dalamtangan Adi kerana dia tiada saingan
III. Burung itu hinggap di ataspagarlalu ditanggap oleh kucing saya
IV. Senapang itu makantuanketika pemiliknya sedang membersihkannya

A. I dan III B. I dan IV


C.II dan III D. II dan IV

31. Superordinat yang paling tepat bagi hiponim yang berhuruf condong dalam ayat I
dan II di bawah ialah
I : Orang itu banyak membela ayam,itik,merpati,dan
puyuhdi ladangnya. II : Mak Cik Timah menjual apam,lepat,serimuka,dan
lapisdi gerai itu.
A. Unggas, kuih-muih B. Ternakan, makanan
C.Haiwan, hidangan D. Binatang, juadah

6
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

32. Manakah ragam bahasa yang menepati ciri-ciri di bawah?


 Berbentuk kritikan
 Bertujuan memulangkan paku buah keras
 Berharap agar pelaku tidak mengulangi kesilapan pada masa hadapan

A. Bahasa herdik B. Bahasa sindiran


C.Bahasa menggiat D. Bahasa tempelak

33. Apakah maksud peribahasa yang di bawah?


Masak di luar mentah di dalam

A. Tunjuk berani padahal takut


B. Hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja
C. Orang yang kelihatan baik pada zahirnya, tetapi hatinya jahat
D. Berbuat sesuatu yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan

34. Bentuk sapaan yang sesuai untuk Salleh dalam majlis rasmi ialah
 Isteri Salleh bergelar Yang Mulia Datin Dr. Hajah
 Anaknya bernama Rahimi bin Salleh
 Salleh seorang Ahli Dewan Negara
 Salleh telah mengerjakan haji

A. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh


B. Yang Berhormat Datuk Haji Salleh
C. Yang Berhormat Mulia Datuk Haji Salleh
D. Yang Berhormat Mulia Datuk Seri Haji Salleh

35. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada


I. Kekukuhan hujah yang diajukan
II. Jalinan unsur-unsur tatabahasanya
III. Teknik persembahan idea penulisnya
IV. Tautan idea dalam ayat dan perenggan

A. I dan II B. I dan III


C.II dan IV D. III dan IV

7
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

36. Manakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di bawah?
Tidak dinafikan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan
perkembangan sahsiah remaja. Keadaan keluarga akan mempengaruhi perkembangan
remaja sejak kecil. Hal ini termasuklah dalam aspek pertumbuhan fizikal, hubungan
sosial, cara berfikir dan kesihatan mental mereka.

A. Induksi B. Analogi
C.Deduksi D. Eklektik

37. Pernyataan berikut benar mengenai variasi bahasa, kecuali


A. Bahasa baku ialah kelainan bahasa yang telah mengalami pengekodan
B. Bahasa daerah atau dialek merupakan variasi bahasa yang ditentukan oleh faktor sosial
C. Bahasa basahan merupakan bahasa pertuturan harian yang digunakan dalam situasi tidak rasmi
D. Bahasa formal ialah variasi bahasa yang penggunaannya mematuhi peraturan yang ditetapkan

38. Manakah pernyataan yang dapat dikaitkan dengan perbezaan penggunaan kata
atau frasa yang berhuruf condong dalam ayat I, II dan III di bawah?

I. Pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu matidi tempat kejadian


II. Beliau telah kembalikerahmatullahpada pukul 10.00 malam semalam
III. Usahawan itu meninggalduniaakibat kanser paru-paru yang dihadapinya

A. Kelainan bahasa mengikut situasi tertentu


B. Bahasa yang digunakan mengikut tujuan penuturnya
C. Penggunaan sesuatu bahasa mengikut gaya penuturnya
D. Variasi bahasa yang digunakan berdasarkan kawasan tertentu

39. Sesuatu jenis laras bahasa itu dapat dikesan melalui


I. Fokus perbincangan penutur atau penulisnya
II. Kosa kata yang digunakan oleh penutur atau penulisnya
III. Kecekapan penggunaannya dalam menguasai bahasa asing
IV. Kepelbagaian jenis ayat yang digunakan oleh penggunanya

A. I dan II B. I dan III


C.II dan IV D. III dan IV

8
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

40. Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya merupakan homograf?


A. Perang, Berang B. Rejam, Kejam
C.Sejak, Sepak D. Bela, Serak

41. Frasa masakketupatdalam petikan di bawah merupakan contoh


Nyiur gading tangkai menjulang
Masakketupatberisi
inti Buah delima dalam
cawan
Hancur daging berkecai tulang
Belum dapat belum terhenti

A. Kiasan bersandar B. Kiasan melompat


C.Kiasan berangkap D. Kiasan berpindah

42. Kesantunan berbahasa dapat dinilai berdasarkan perkara yang berikut, kecuali
A. Intonasi dalam pertuturan
B. Kegramatisan ayat dalam percakapan
C. Penggunaan bentuk sapaan
D. Pemilihan kata ganti nama diri orang pertama

43. Ragam bahasa yang digunakan oleh Cikgu Amri kepada Salmah dalam situasi di
bawah ialah
Salmah lewat hadir ke sekolah dan baru sahaja sampai di bilik darjah

Cikgu Amri : Awalnya kamu masuk ke kelas harini, Salmah!


Salmah : Maaf cikgu, saya terlambat untuk bangun

A. Bahasa jenaka B. Bahasa terbalik


C.Bahasa sindiran D. Bahasa bertimbal

44. Apakah seni penggunaan bahasa yang dapat memancarkan ciri-ciri kejelasan,
kesatuan, kepautan dan kesempurnaan dalam sesuatu petikan?
A. Retorik B. Gaya bahasa
C.Variasi bahasa D. Laras bahasa

9
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

45. Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah bahasa yang dituturkan?


Bahasa Cina + Bahasa Melayu = mo (mahu)

A. Slanga B.Mera
C.Kreol D. Pijin

46. Manakah antara berikut bukan faktor perbezaan dialek?


A. Sebutan B. Intonasi
C.Tatabahasa D. Kata ganti nama diri

47. Antara berikut, yang manakah bukan ciri laras bahasa ilmiah?
A. Disampaikan secara formal
B. Menggunakan istilah khusus
C. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga
D. Terdapat retorik pemujukan yang ketara

48. Apakah X?
Mengutamakan kepersisan dan keobjektifan
Tidak menggunakan kiasan atau peribahasa
X Berasaskan ketetapan dan peraturan

A. Laras bahasa undang-undang


B. Laras bahasa agama
C. Laras bahasa media massa
D. Laras bahasa akademik

49. Kumpulan kata yang semuanya bersinonim ialah


I. Taat, patuh, akur II. Jegil, tatap, hendap
III.Arif, tangkas, pintar IV. Rawan, sayu, hiba

A. I dan II B. I dan IV
C.II dan III D.II dan IV

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

50. Manakah padanan yang betul antara holonim dan meronim?


Holonim Meronim
A. Kereta Enjin, Tayar, Lampu, Minyak
B. Gugur Jatuh, Luruh, Maut, Meninggal
C. Pakaian Baju, Seluar, Kasut, Songkok
D. Besar Kuat, Dewasa, Penting, Banyak

51. Yang manakah padanan yang betul antara I dan II dengan jenis peribahasanya?
I. Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
II. Hutang darah, dibalas darah, hutang nyawa, nyawa padahnya

I II
A. Pepatah Perbilangan
B. Bidalan Perumpamaan
C. Pepatah Bidalan
D. Perumpamaan Perbilangan

52. Yang manakah kiasan asal?


A. Kayu mati
B. Matanya merah seperti biji saga
C. Sentiasa berulit dengan kitab
D. Lain dulang lain kakinya

53. Kiasan yang menepati pernyataan di bawah ialah


 Menjaga kesopanan dan kesantunan dalam percakapan
 Tidak menyebut sesuatu perkara secara terus

I. Datang bulan II. Berbadan dua


III.Api peperangan IV. Masa yang keemasan

A. I dan II B. I dan IV
C.II dan IV D. III dan IV

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

54. Jadual di bawah menepati konsep


Merbuk
Helang
Burung
Merpati
Murai

A. Sinonim B. Meronim
C.Hiponim D. Homonim

55. Laras bahasa ditentukan oleh faktor berikut, kecuali


A. Kedudukan sosial B. Topik perbincangan
C.Situasi D. Kecekapan berbahasa

56. Apakah faktor yang membezakan sesuatu laras?


A. Retorik B. Kosa kata
C.Gaya bahasa D.Struktur ayat

57. Manakah betul mengenai konsep laras bahasa?


A. Kelainan bahasa berdasarkan sesuatu bidang
B. Kelainan bahasa berdasarkan status penutur
C. Kelainan bahasa berdasarkan alat pertuturan
D. Kelainan bahasa berdasarkan daerah penutur

58. Apakah padanan yang sesuai untuk X dan Y?


X Y
Variasi bahasa yang terdapat dalam Kewujudan dua variasi bahasa dalam
sesuatu dialek sesuatu bahasa yang digunakan
mengikut situasi

A. Isoglos dan Diaglosia


B. Subdialek dan Diaglosia
C. Diaglosia dan Subdialek
D. Dwibahasa dan Multibahasa

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

59. Pernyataan di bawah tepat menggambarkan


 Menggunakan bahasa basahan
 Tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
 Banyak menggunakan kependekan kata
 Menggunakan kosa kata daerah

A. Kreol B. Pijin
C.Dialek D. Idiolek

60. Apakah X?
Tidak memasukkan unsur emosi
Memerihalkan kewujudan yang sebenar
X Sesuai digunakan untuk melukis latar cerita

A. Pendedahan B. Pemujukan
C.Penceritaan D. Pemerian

61. Manakah yang dikaitkan dengan kohesi leksikal?


I. Kolokasi II. Pengulangan
III.Rujukan IV. Penggantian

A. I dan II B. II dan IV
C.I dan III D. III dan IV

62. Manakah pernyataan yang tepat tentang wacana?


A. Unit bahasa yang melebihi atau melampaui batas ayat
B. Unit kata yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar
C. Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
D. Unit tatabahasa yang paling tinggi dan mengandungi makna yang lengkap

63. Tautan dalam sesebuah wacana digambarkan menerusi aspek yang berikut, kecuali
A. Runtutan idea
B. Penanda kohesi
C. Jalinan perkataan, frasa atau ayat
D. Keserasian hubungan antara unsur linguistik

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

64. Maklumat di bawah menepati ciri retorik


Sejak dahulu lagi, tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan telah diproses untuk
dijadikan ubat tradisional. Sebahagiannya dihasilkan sebagai ubat untuk dimakan
dan sebahagian yang lain dihasilkan dalam bentuk cecair atau minyak yang boleh
disapukan pada bahagian anggota badan.

A. Penghujahan B. Pendedahan
C.Penceritaan D. Pemerian

65. Manakah padanan yang betul antara jenis variasi bahasa dengan cirinya?
I. Mempunyai ungkapan yang khusus
II. Mementingkan ketepatan dan kejelasan makna ayat
III. Diistilahkan sebagai bahasa dalam
IV. Mengalami perkembangan yang terancang

Bahasa Baku Bahasa Istana


A. I dan III II dan IV
B. II dan III I dan IV
C. II dan IV I dan III
D. III dan IV I dan II

66. Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di bawah?


Switzerland merupakan sebuah negara yang kecil tetapi telah berjaya menarik
kemasukan ramai pelancong asing. Rahsia kejayaan negara itu ialah keupayaannya
mempopularkan keindahan alam semula jadinya kepada dunia. Malaysia juga boleh
berjaya dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongannya jika Malaysia turut
melaksanakan langkah yang sedemikian. Malaysia juga mempunyai banyak keindahan
alam semula jadi yang berpotensi untuk dimajukan

A. Induksi B. Analogi
C.Deduksi D. Eklektik

67. Manakah padanan paling tepat antara istilah bagi variasi bahasa dengan definisinya?
Istilah Definisi
A. Diglosia Variasi bahasa yang terlibat setara statusnya
B. Isoglos Ditentukan oleh perhubungan antara pengguna bahasa
C. Dwibahasa Kebolehan individu menguasai lebih daripada dua bahasa
D. Dialek sosial Kelainan bahasa mengikut konteks dan situasi

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

68. Manakah ungkapan yang membawa makna konotatif?


A. Angkat kaki B. Putus kaki
C.Alas kaki D. Jari kaki

69. Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang bersifat polisemi?
A. Pelajar itu masih di sekolah
B. Pakaian yang dijemur itu berwarna-warni
C. Daun pokok itu berguguran ketika musim luruh
D. Berita tentang kemalangan udara itu masih hangat diperkatakan

70. Manakah padanan yang betul antara ciri laras bahasa di bawah dengan jenis laras
bahasanya?
Menggunakan tamsil dan ibarat
Ciri Laras Bahasa Menggunakan graf, carta, jadual
Banyak menggunakan kata nama

I II III
A. Agama Sains Iklan
B. Sastera Ekonomi Sains
C. Agama Ekonomi Sains
D. Sastera Sains Iklan

71. Manakah simpulan bahasa yang mendukung makna yang sama?


I. Cupak pesuk II. Mulut tempayan
III.Tulang itik IV. Tahi minyak

A. I dan II B. I dan III


C.II dan IV D. III dan IV

72. Rujukan kehormat yang betul bagi individu di bawah ialah


Dato’ Dr. Tengku Ali bin Ahmad banyak menyumbangkan idea sejak
dilantik sebagai senator beberapa bulan yang lepas

A. Yang Berbahagia B. Yang Berhormat Mulia


C.Yang Berhormat D. Yang Amat Berhormat

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

73. Manakah ciri laras bahasa yang terdapat dalam kedua-dua laras bahasa di bawah?
Laras Bahasa A Laras Bahasa B
Kedah berjaya menundukkan lawan Anda bekerja keras sepanjang tahun.
apabila membelasah Selangor dan Jadi nikmatilah tidur yang lena setiap
berkenduri gol. Selangor pula longlai di malam. Manjakan badan anda dengan
gelanggang sendiri tidur lena sepanjang malam

A. Mementingkan ketepatan berbahasa


B. Mengandungi mesej tersirat
C. Mementingkan kesan emotif kepada audiens
D. Menyampaikan maklumat secara berturutan

74. Jenis kiasan berhuruf condong di bawah ialah


I. Siulanburungmengejutkan aku daripada lamunan
II. Badannyamelidisejak kematian isterinya

I II
A. Kiasan permanusiaan Kiasan berkacau
B. Kiasan permanusiaan Kiasan melarat
C. Kiasan pemanis Kiasan berbunga
D. Kiasan berbunga Kiasan melarat

75. Perkataan yang mengalami perluasan makna dalam petikan dialog di bawah ialah
Badrul : Amboi, lebat sungguh buah durian Pak Abu!
Pak Abu : Ya saudara Badrul, jemputlah makan

A. Lebat B. Buah
C.Jemput D. Saudara

76. Manakah wacana yang memperlihatkan unsur kohesi dan koheren?


A. Guru itu sedang mengajar. Para pelajar beratur untuk ke makmal
B. Anak petani itu sangat peramah. Bapanya bekerja sebagai tukang kayu
C. Zahirah sedang membasuh kain di belakang rumah. Kain yang dibasuh itu milik anaknya
D. Kami sudah bersedia untuk bertolak. Keadaan jalan raya pada waktu malam sangat sukar

77. Penanda wacana yang menggunakan kata ganti nama diri ialah
A. Penanda leksikal B. Penanda elipsis
C.Penanda penghubung D. Penanda rujukan

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

78. Apakah retorik yang menepati ciri X dan Y?


 Bersifat deskriptif dan informatif
X  Menghasilkan gambaran realisitik
 Tiada penilaian, pandangan, ulasan peribadi
 Bersifat imaginatif
Y  Memaparkan siri peristiwa mengikut urutan
 Tidak mematuhi hukum tatabahasa kerana bercirikan ekspresi

A. Pemerian dan penceritaan B. Pemujukan dan penceritaan


C.Penghujahan dan pemerian D. Pemerian dan pendedahan

79. Retorik penghujahan sesuai digunakan dalam situasi berikut, kecuali


A. Penjelasan kertas cadangan B. Pertandingan debat sekolah
C.Taklimat kursus keibubapaan D. Syarahan politik kempen pilihan raya

80. Dialog di bawah menggambarkan penutur menggunakan variasi bahasa


A : Awek lu cun giler bro!
B : Lu ni poyo lah nak cintan cintun!

A. Kolokial B. Slanga
C.Kasar D. Halus

81. Dialog di bawah mengandungi ciri variasi bahasa


A : Ini barang banyak baik. Talak lugi pun. Mai lah angkat satu.

A. Pasar B. Slanga
C.Basahan D. Mesra

82. Apakah istilah yang merujuk garis pemisah yang menjadi sempadan dua dialek?
A. Idiolek B. Diaglosia
C.Subdialek D. Isoglos

83. Pernyataan manakah yang benar mengenai bahasa kolokial?


A. Bahasa yang memperlihatkan ciri pencampuran kod
B. Bahasa yang digunakan dalam situasi formal
C. Bahasa yang digunakan secara lisan dalam konteks tidak rasmi
D. Bahasa yang menerima pengaruh asing secara terancang

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

84. Pernyataan di bawah merupakan ciri-ciri laras bahasa


 Bahasanya ringkas
 Penjelasan mengikut urutan
 Tidak mementingkan ketepatan bahasa

A. Berita B. Resipi
C.Akademik D. Iklan

85. Manakah padanan yang betul antara jenis laras bahasa dengan kosa kata yang
digunakan
Jenis Laras Contoh Kosa Kata
A. Laras sukan Orbit, alkali, petala
B. Laras agama Lumat, harum, sebati
C. Laras resipi Gawang, regu, tewas
D. Laras undang-undang Mandatori, pindaan, plaintif

86. Manakah ragam bahasa yang sesuai dengan petikan di bawah?


Malang benar nasibnya itu! Mula-mula isterinya meninggal dunia, kemudian anaknya
pula meninggal dunia, kemudian rumahnya dimasuki pencuri, sesudah itu orang
gajinya pula berhenti dan kucingnya pula hilang tidak pulang-pulang lagi.

A. Ragam bahasa turun B. Ragam bahasa bertimbal


C.Ragam bahasa berulang D. Ragam bahasa seruan

87. Berikut benar mengenai ragam bahasa bertimbal, kecuali


A. Dekat tak tercapai jauh tak berantara
B. Alah membeli menang memakai
C. Makin murah makin menawar
D. Makan hati berulam jantung

88. Yang Maha Mulia merupakan rujukan kehormat yang layak untuk
A. Raja Muda atau Tengku Mahkota
B. Permaisuri raja yang memerintah
C. Balu raja
D. Kerabat raja yang karib

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

89. Manakah wacana yang memperlihatkan kesinambungan idea untuk memperkuat isi?
A. Kita harus berfikiran positif. Amalan ini boleh menyihatkan minda kita
B. Kakaknya seorang yang bersopan-santun. Adiknya juga lebih bersopan-santun
C. Tingkah lakunya menarik. Dia sentiasa bertutur dengan nada yang lembut
D. Kereta jiran saya sungguh canggih. Kereta itu sebenarnya kereta buatan Jerman

90. Pernyataan di bawah menepati ciri variasi bahasa


 Sejenis bahasa kacukan yang asalnya daripada sekurang-kurangnya dua bahasa
 Mempunyai sekumpulan penutur jati yang menuturnya sebagai bahasa ibunda

A. Pijin B. Kreol
C.Dialek D. Kolokial

91. Manakah frasa nama yang mempunyai makna denotatif dan makna konotatif?
I. Ibu kaki II. Hati batu
III.Cuci kaki IV. Mulut murai

A. I dan II B. I dan III


C.II dan IV D. III dan IV

92. Perkataan condong dalam ayat-ayat di bawah ialah


 Pedal basikalnya tercabut akibat perlanggaran itu
 Ali memang suka makan pedalayam yang digoreng

A. Homograf B. Homonim
C.Homofon D. Polisemi

93. Berikut merupakan padanan yang betul antara jenis gelaran dengan contoh
gelarannya, kecuali
Jenis gelaran Contoh gelaran
A. Warisan Tengku
B. Kurniaan ikhtisas Pendeta
C. Kurniaan pemerintah Dato’
D. Kurniaan lain Seniman Agung

1
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

94. Berikut merupakan fungsi wacana, kecuali


A. Mewujudkan kelainan bahasa yang berlaku secara spontan
B. Penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang sebenar
C. Mewujudkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan dan lengkap
D. Memudahkan pemahaman kerana idea yang lengkap dan berhubung kait

95. Manakah padanan yang salah antara fungsi penanda wacana dengan contohnya?
Fungsi Penanda Wacana Contoh
A. Menunjukkan maksud waktu Seterusnya, Kemudian, Selanjutnya
B. Menunjukkan maksud musabab Kerana, Oleh itu, Oleh, Sebab
C. Menunjukkan maksud tambahan Oleh hal demikian, Dengan itu, Maka itu
D. Menunjukkan maksud pertentangan Sebaliknya, Namun, Namun begitu

96. Pernyataan di bawah merujuk kepada retorik


 Berkaitan dengan konsep istilah, fakta, falsafah, analisis, proses dan dasar
 Topik perlu dihuraikan secara objektif, jelas, tepat dan terperinci
 Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan

A. Penceritaan B. Pendedahan
C.Hujahan D. Pemerian

97. Perkara yang manakah yang tidak menentukan gelaran kehormat individu di bawah?
Dengan hormatnya, pihak majlis mempersilakan Yang Mulia Tan Sri Profesor Tengku
Dr. Muhammad Hadi Hambali Hamizi untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini

A. Warisan B. Anugerah
C.Ikhtisas D. Kekeluargaan

98. Antara berikut, manakah contoh bahasa tempelak?


A. Itulah, dulu aku sudah cakap, pilih menantu yang baik-baik, ni nak pilih menantu yang cantik
saja tapi menanak nasi pun tak tahu
B. Kamu ini, harapkan badan saja besar tetapi lembik macam sotong
C. Pergi mandi dulu, dah berapa hari kau tak mandi, badan pun bau kambing!
D. Kusangka kamu ini semakin cerdik, tetapi rupanya kamu macam budak sapu hingus lagi

2
EDITOR : ADMIN CREDIT TO : ADMIN

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA

99. Dalam petikan di bawah, ungkapan yang berunsurkan pendinaan ialah


“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik pacal yang hina merafakkan sembah dan
menjunjung kasih atas perkenan tuanku mencemar duli berangkat ke majlis patik yang
tidak sepertinya ini”

A. Patik pacal yang hina


B. Ampun tuanku beribu-ribu ampun
C. Mencemar duli berangkat ke majlis patik
D. Merafakkan sembah dan menjunjung kasih

100. Apakah yang dikatakan oleh Asmah Hj Omar mengenai laras bahasa?
A. Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa
B. Variasi bahasa yang wujud berdasarkan fungsi
C. Pemakaian kata tertentu yang sesuai dengan konteks
D. Ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang kepenggunaannya

CADANGAN SKEMA JAWAPAN 100 SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU SEM 3

1. C 2. A 3. B 4. D 5. D 6. A 7. C 8. B 9. B 10. D
11. A 12. C 13. D 14. B 15. B 16. A 17. A 18. D 19. B 20. C
21. D 22. B 23. C 24. A 25. A 26. D 27. B 28. D 29. C 30. D
31. A 32. D 33. C 34. B 35. C 36. C 37. A 38. A 39. A 40. D
41. B 42. B 43. B 44. A 45. C 46. C 47. D 48. D 49. B 50. A
51. A 52. B 53. A 54. C 55. D 56. B 57. A 58. B 59. C 60. D
61. A 62. A 63. A 64. B 65. C 66. B. 67. D 68. A 69. D 70. C
71. A 72. B 73. C 74. B 75. D 76. C 77. D 78. A 79. C 80. B
81. A 82. D 83. C 84. B 85. D 86. A 87. D 88. C 89. C 90. B
91. D 92. A 93. B 94. A 95. C 96. B 97. D 98. A 99. A 100. D

You might also like