You are on page 1of 7

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN

JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,


40900 SHAH ALAM,
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

NAMA PROGRAM /
KEMAHIRAN SOSIAL DAN NILAI SOSIAL
PROGRAM NAME

TAHAP / LEVEL 1 HINGGA 5


TAJUK UNIT
KOMPETENSI / KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
COMPETENCY UNIT
TITLE

1. PROSES PENYELESAIAN MASALAH

2. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / 3. STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 4. NILAI-NILAI SOSIAL YANG BERKAIT DENGAN
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
5. KEBAIKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

JAM LATIHAN/TRAINING
4 JAM Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 7
HOUR

TAJUK / TITLE:

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada keperluan perantis dalam
mendapatkan kaedah yang sesuai dalam penyelesaian masalah. Perantis yang
berketerampilan dalam modul ini akan mempunyai idea dan pengetahuan yang sesuai
dalam menyelesaikan masalah yang timbul semasa melakukan sebarang perkara.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 7

PENERANGAN / INFORMATION :

1. DEFINISI

Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan


seseorang berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan
langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Penyelesaian masalah memerlukan perantis menggunakan teori dan kemahiran


yang sudah dipelajari bagi mengendalikan sesuatu situasi yang sukar, mengatasi
halangan dan menghasilkan sesuatu yang diingini dan menyelesaikan sesuatu
yang rumit.

Menyelesaikan sesuatu masalah boleh dijadikan sebagai cabaran kepada


seseorang perantis. Perantis akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah
sekiranya terdesak untuk menanggani keadaan yang tidak menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang mengambil kira kesemua kesan
akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah
dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

2. PROSES PENYELESAIAN MASALAH

a. Menerima Masalah

i. Menerima masalah sebagai satu cabaran


ii. Menentukan halatuju untuk menyelesaikan masalah

b. Menganalisis Masalah

i. Mengenali luar dan dalam masalah


ii. Pecahkan masalah kepada bahagian-bahagian kecil
iii. Melakukan soal siasat – mengapa masalah itu wujud
iv. Cari hubungkait bahagian-bahagian kecil masalah tersebut

c. Mengenalpasti Punca-Punca Masalah

i. Isu-isu penting disenaraikan


ii. Mengenalpasti dan memberi definisi
iii. Menyatakan matlamat / tujuan
iv. Menentukan konsep utama dalam situasi masalah
v. Menentukan arah tuju tindakan yang akan diambil
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 7

d. Mencari cara penyelesaian

i. brainstorming ( idea tanpa dipersoalkan, kuantiti > utama)


ii. kaedah inkuiri (penyiasatan, penyoalan)
iii. kaedah perbincangan (idea dibincangkan)
iv. kaedah sinetik

e. Memilih cara penyelesaian terbaik

i. mempertimbangkan pilihan yang ada


ii. mencari cara penyelesaian yang terbaik
iii. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah
dipertimbangkan semula ataupun ditolak
iv. iv.buat laporan untuk bertindak

f. Melaksanakan kaedah penyelesaian

i. Bertindak terhadap idea yang telah diambil


ii. Melihat pencapaian penyelesaian masalah
iii. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang mengambil kira kesemua
kesan akibatnya

g. Menilai kesan pelaksanaan kaedah penyelesaian yang dipilih

i. Bandingkan tindakan dgn kesan dan akibat


ii. Kaji semula sama ada tindakan yang baik telah dilakukan

3. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

a. Kaedah Inkuiri

i. Proses mencari maklumat melalui teknik penyoalan.


ii. Bermula dgn proses pemerhatian
iii. Melibatkan proses menyiasat - merekabentuk eksperimen,
iv. hipotesis, mengumpul data, membuat kesimpulan
v. Timbul pelbagai persoalan:

- mengapakah perantis berfikir demikian?


- apakah yg perantis lihat apabila…?
- apakah yang perantis maksudkan dengan ..?
- ada atau tidak cara lain?
- apakah yg akan terjadi jika…?
- bolehkah perantis tunjukkan kepada coach bagaimana…?
- adakah cara itu sahaja yg akan berjaya?
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 7

b. Kaedah Brainstorming

i. Tiga aspek penting iaitu :


- Kumpul sejumlah pendapat atau idea
- Hasil idea kerja berkumpulan (8-10 ahli)
- Penghasilan idea dlm masa singkat

ii. Garis panduan brainstorming :-

- Peserta digalakkan terima cadangan tanpa sekatan


- Tidak dibenarkan membuat penilaian (kritik, cemuh)
- kuantiti idea lebih penting daripada kualiti (idea boleh diubah, disesuai atau
ditukar gantikan atau dikembangkan.

c. Kaedah Perbincangan

i. Sama seperti brainstorming


ii. Idea yang diberikan akan dinilai
iii. Dalam perbincangan, kualiti idea lebih penting daripada kuantiti idea

d. Kaedah Sinetik

i. Kaedah yang menggunakan teknik analogi, metafora atau


similar(persamaan) utk menyelesaikan masalah
ii. kumpulan dengan peranan berbeza

Ketua
- Kawal penilaian idea
- Mencatat idea
- Tidak keluarkan idea
- Pastikan perbincangan lancar

Client / pelanggan
- mengemukakan masalah
- menentukan penyelesaian masalah (halatuju)
- ada autoriti besar (kuasa veto)
- kuasa veto menolak penyelesaian masalah yang tidak dikehendaki

Ahli penyelesai masalah


- beri idea berkaitan secara analogi (menyamakan penyelesaian dengan
- masalah setara yang lain) atau metafora.
- merujuk kepada pelanggan utk tentukan hala tuju masalah
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 7

4. STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

a. Cuba- Jaya

b. Membuat Analogi
i. banding dengan masalah dihadapi dengan masalah yang lalu.

c. Membuat analisis
i. banding masalah sekarang dengan tahap yang ingin dicapai.

d. Working Backword
i. cara songsang dengan menentukan matlamat awal

e. Membuat Peta Minda


i. Tukar cara masalah itu digambarkan atau gambaran masalah dalam bentuk
model, rajah (supaya mudah dilihat)

f. Membuat Jadual
i. Memasukkan maklumat dalam jadual untuk menentukan pola atau corak

g. Melakonkan Masalah
i. lakonkan balik masalah untuk memahami masalah dihadapi

h. Kaedah Algorithma (kaedah log)


i. Prosedur langkah demi langkah yang sistematik dan konsisten dan
menghasilkan penyelesaian yang sama.

i. Kaedah Heuristik
i. Kaedah mendapatkan bantuan, pengalaman, kepakaran dan pandangan
seorang yang pakar (merujuk kepada seseorang yang pernah mengalami
masalah tersebut)

5. NILAI-NILAI SOSIAL YANG BERKAIT DENGAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN


MASALAH

a. Kejujuran
b. Ketekunan
c. Ketelitian
d. Kesabaran
e. Kekreatifan
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 7

6. KEBAIKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

a. Dapat mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih


baik
b. Mengurangkan tekanan di tempat kerja
c. Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah
dengan membuahkan hasil yang lebih baik
d. Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan
kewangan

7. SENARIO - KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Anda telah dilantik sebagai ketua kumpulan yang telah diberikan satu projek di
mana anda perlu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh 1 minggu atas
permintaan pelanggan. Tetapi malangnya, mesin yang digunakan untuk
menyiapkan projek tersebut tiba-tiba rosak dan perlu dibaiki. Anda dimaklumkan
yang pihak kontraktor memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari untuk memperbaiki
mesin tersebut. Sebagai ketua kumpulan, anda cuba berunding dengan pelanggan
untuk melanjutkan tempoh menyiapkan projek tersebut malangnya pihak
pelanggan tidak bersetuju dan tetap mahukan projek tersebut disiapkan dalam
tempoh 1 minggu seperti yang telah dipersetujui.

Apa yang harus anda buat?

a. Tidak peduli dengan kehendak pelanggan dan meneruskan kehidupan seperti


biasa.
b. Melepaskan tanggungjawab ini kepada Coach untuk menyelesaikannya.
c. Berbincang dengan ahli kumpulan anda untuk menganalisis punca-punca
masalah tersebut.
d. Kenalpasti kaedah terbaik dan juga kaedah alternatif untuk menyelesaikan
masalah.
e. Menilai kesan yang berlaku akibat dari kaedah penyelesaian yang telah diambil.

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) proses utama penyelesaian masalah


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 7

2. Berikan lima (5) nilai-nilai sosial yang berkait dengan kemahiran penyelesaian
masalah
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
e. __________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah heuristik?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kemahiran Menyelesaikan Masalah


https://www.slideshare.net/munnianwar/kemahiran-menyelesaikan-masalah,
1 Ogos 2017, 4.00 pm

2. Kemahiran Penyelesaian Masalah


http://www.apps.ideal.upm.edu.my/website/bacelor/KULIAH%208_MENYELESAI
%20MASALAH.pdf
1 Ogos 2017, 4.00 pm

You might also like