You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PELAKSANAAN

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TENTERA


BENGKEL ASAS SKETCHUP DAN PHOTOSHOP
BAGI KUMPULAN I
8 -11 MAC 2020

OLEH:

ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD.

TEMPAT :

JAWAHIR ASTEC
Tl 127 Jalan Parit Raja Darat
86400 Parit Raja ,Batu Pahat
DENGAN KERJASAMA:

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN


KEM MAHKOTA, KLUANG

KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN

1/4
PERMOHONAN PERUNDINGAN BENGKEL ASAS SKETCHUP DAN PHOTOSHOP
KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TENTERA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mencadangkan kerjasama di antara ASTEC


DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. bersama KEM MAHKOTA, KLUANG untuk
melaksanakan kursus-kursus asas kemahiran untuk program PENINGKATAN
KEMAHIRAN TENTERA .

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD merupakan sebuah syarikat


Bumiputera yang menjalankan perniagaan penyediaan kursus-kursus latihan
kemahiran dan akademik. Ianya merupakan sebuah Pusat Latihan Bertauliah di
bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Di
bawah tauliahan itu, pusat ini mengendalikan program Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) untuk kursus-kursus Architectural Draughting bagi Tahap 3 dan 4. (Rujuk
Profil Syarikat untuk Sijil Pentauliahan JPK)

Di samping mengendalikan program SKM tersebut, ASTEC DEVELOPMENT


CENTRE SDN. BHD. juga aktif menjalankan kursus-kursus pendek berkaitan
kemahiran yang meliputi kursus-kursus perniagaan, kursus komputer untuk
kemahiran perisian CADD, Photoshop, Flash dan Sketch Up 3D.

2.2 Dengan Latar belakang syarikat yang dinaungi oleh Ahli Lembaga Pengarah yang
juga merupakan ahli perniagaan yang berpengalaman dalam sektor industri,
ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. berkeyakinan tinggi untuk
bersama-sama PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA
mengendalikan kursus-kursus di bawah PROGRAM PENINGKATAN
KEMAHIRAN TENTERA.

2.3 Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat menepati aspirasi pihak PUSAT
LATIHAN KEM MAHKOTA khususnya dalam membangunkan kompetensi
kemahiran lukisan dan teknikal dikalangan ahlinya .

2/4
3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi ilmu dan pengalaman asas lukisan 3D dan Photoshop kepada peserta.
3.2 Bekerja sama dengan pihak PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA
untuk memantapkan program dalam melahirkan tentera yang berkemahiran dan
berwibawa .
3.3 Meningkatkan peluang-peluang pembelajaran kepada tentera melalui
Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah JAWAHIR ASTEC

4.0 TENTATIF INTIPATI DAN MODUL KPKT BENGKEL I

Hari 9.00 pagi – 9.30 pagi – 10.00 pagi- 1.00ptg – 2.15ptg 2.15ptg-
09.30pagi 10.00 pagi 1.00 tghri 4.30ptg

8 MAC 2020 Introduction Workshop1 : Workshop 2 :


AHAD Sarapan Of Theory and Rehat Practical in
pagi Software Understanding Makan Tengahari (simple
Sketch Up Solat Zohor exercise)

9 MAC 2020 Workshop 3 : Workshop 4 : Workshop 5 :


ISNIN Sarapan Distrubution Practical Rehat Practical
pagi of Makan Tengahari
exercise Solat Zohor
10 MAC 2020 Introduction of Workshop 1 : Workshop 2 :
SELASA Sarapan Software Theory And Rehat Practical
pagi Photoshop Understanding Makan Tengahari
Layer Solat Zohor
11 MAC 2020 Workshop 3 : Workshop 4 : Workshop 5 :
RABU Sarapan Distrubution Practical Rehat Practical
pagi of Makan Tengahari
exercise Solat Zohor

5.0 CADANGAN KOS BAGI KPKT BENGKEL 1

No Perkara Pax Kos (RM)


1 Yuran Kursus (6 orang peserta ) termasuk makanan 600.00 3600.00

Kos Penginapan (2 hari/2 Rumah )


 Hotel Max Inn Bilik Family Deluxe (3 Pax ) 375.00
 Hotel Pintar Bilik Deluxe Triple (3 pax) 474.00
Jumlah 4449.00

3/4
5.0 TENAGA PENGAJAR

 EN MUHAMMAD FUAD BIN ABDUL GHAFAR

6.0 KESIMPULAN

Dengan segala hormatnya pihak kami berharap agar pihak PUSAT LATIHAN
KEMAHIRAN KEM MAHKOTA dapat memberi peluang kepada pihak
ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD untuk melaksanakan program ini bagi
membantu pihak PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA untuk mencapai
sasaran melahirkan lebih ramai tentera yang berkemahiran .

Disediakan oleh :

…………………………………. Tarikh : …………………...


En Muhammad Fuad Bin Abdul Ghafar
__________________________________________________________________________

Dengan Kerjasama :

………………………………… Tarikh : ………………….


Sjn Md Farid Bin Fadzil
Kem Mahkota Kluang
__________________________________________________________________________

4/4

You might also like