You are on page 1of 35

Pasukan Latihan Negeri Sabah

SUKATAN KANDUNGAN
DAN
JALAN KERJA

PENYEDIAAN BUKU LOG


LENCANA KEAHLIAN
(PENGAKAP MUDA / REMAJA)

Disediakan oleh :

Makrin Bin Hj. Sudi


Pesuruhjaya Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah (Perhubungan & Multimedia)
Penolong Setiausaha Latihan Negeri Sabah

0 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

Gambar
Beruniform
Pengakap
BIODATA (WAJIB)

Nama Penuh : ______________________________________


No. Kad Pengenalan : ____________________________________________
Tarikh dan Tempat Lahir : ____________________________________________
No. Telefon bimbit : ____________________________________________
Alamat e-mail : ____________________________________________
Alamat surat-menyurat : ____________________________________________

MAKLUMAT KEPENGAKAPAN :
Tarikh Mula Berpengakap : ____________________________________________
Nama Patrol (terkini) : ____________________________________________
No. Kumpulan (terkini) : ____________________________________________
Alamat Kumpulan (terkini) : ____________________________________________
Daerah (terkini) : ____________________________________________

MAKLUMAT WARIS :
Nama Bapa / Penjaga : ____________________________________________
Pekerjaan Bapa / Penjaga : ____________________________________________
Alamat Bapa / Penjaga : ____________________________________________
No. Telefon bimbit : ____________________________________________

Saya mengakui bahawa semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

Tandatangan : ____________________________
Nama Penuh : ____________________________

1 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

REKOD UJIAN LENCANA KEAHLIAN


PENGAKAP MUDA / REMAJA

Nama Pengakap : ____________________________________________________

No. K/P : ________________________ No. Kumpulan : _____________________

Alamat Kumpulan : ___________________________________________________

TANDATANGAN
BIL PERKARA TARIKH NAMA PENGUJI
PENGUJI
Peraturan pakaian
1
seragam pengakap
2 Prinsip Rukunegara
Lambang Pengakap
3
Malaysia & Dunia
Persetiaan & Undang-
4
Undang Pengakap
Hormat & Cogankata
5
Pengakap
Sejarah Pengakap
6
Malaysia & Lord BP
7 Simpulan & Ikatan

Adalah disahkan dan diperakukan bahawa pengakap di atas telah lulus semua ujian
yang diperuntukkan dalam Lencana Keahlian (Pengakap Muda / Remaja)
sebagaimana ketetapan dalam Undang-undang Persekutuan Pengakap Malaysia.
Oleh yang demikian, beliau telah layak untuk memakai lencana ini.

Tarikh Lulus : _____________________ No. Sijil : ________________________

_____________________________
Tandatangan Pemimpin Kumpulan

Nama :____________________________

Tarikh :____________________________

2 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

PERATURAN
PAKAIAN SERAGAM
PENGAKAP MUDA / REMAJA

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap digalakkan untuk :


-Mengambil gambar diri sendiri atau rakan lain bagi menunjukkan
keadaan uniform pengakap yang sepatutnya.
-Menerima dan mengaplikasikan pemakaian uniform pengakap yang
betul.
-Mengetahui tatacara dan susunan lencana yang betul serta
kelengkapan-kelengkapan asas lain dalam uniform seorang ahli
pengakap.
*Maklumat lengkap dan jelas mengenai uniform pengakap akan disampaikan
secara ceramah dan ujian akan dibuat selepas sesi ceramah.

3 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

1.1 BAJU
Lelaki
Unit Pengakap Biasa - Kemeja berwarna kelabu asap berlengan panjang
(tucked-in).
Unit Pengakap Laut - Kemeja berwarna putih berlengan panjang
(tucked-in).

Perempuan
Unit Pengakap Biasa - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
berwarna kelabu asap berlengan panjang.
Unit Pengakap Laut - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
berwarna putih berlengan panjang.

** Tiada butang di hujung lengan seperti pakaian lelaki.

4 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

*Baju potongan kebaya yang tidak mempunyai poket didada (poket di bawah)
adalah pakaian / uniform pemimpin / kelana wanita.

1.2 SELUAR / KAIN


Semua Unit - Seluar “slack‟ atau gaun panjang berwarna biru tua (navy blue).

1.3 TOPI
Unit Pengakap Biasa
- Forage Cap berjalur merah dengan lencana topi (kain) untuk lelaki dan
perempuan.

Unit Pengakap Laut


- Beret berwarna biru tua (navy blue) dengan lencana topi (kain) untuk
lelaki
dan perempuan.

5 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

1.4 SKAF
Semua Unit - Skaf Pengakap Kebangsaan (Biru Gelap jalur merah dan
putih) tanpa sebarang logo tambahan.

1.5 WOGLE
Semua Unit - Wogel rasmi Pengakap Malaysia (PVC)

1.6 KASUT
Kasut kanvas hitam bertali

1.7 STOKIN
Semua Unit - Stokin berwarna biru tua

1.8 TALI PINGGANG


Tali pinggang kulit/pvc dengan kepala (buckle) warna Gangsa (bronze).

6 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

1.9 TAG NAMA


Semua Unit Lelaki / Wanita
-Tag nama kain (bersulam) warna hitam dengan tulisan putih dipakai di atas
poket kanan baju
-Tiada garisan putih ditepi keliling tanda nama. Jika ada jahitan / sulaman
disekeliling tanda nama hendaklah menggunakan benang berwarna hitam.

MUHAMAD
1.10 TUDUNG
Wanita - Kain tudung mengikut warna unit (baju).

1.11 LENCANA ASAS


Peket Kanan -Bendera Malaysia

Atas Poket Kanan -Tanda Nama & Logo Pengakap Sedunia

Poket Kiri -Lencana Keahlian

Atas Poket Kiri -Tanda pangkat

Lengan Kanan -Nama Negeri


-Nama Daerah
-Nombor Kumpulan

Lengan Kiri -Nama Patrol


 Pengakap Muda (Warna)
 Pengakap Remaja (Nama Pahlawan
Malaysia)

1.12 LENCANA KEMAJUAN (Usaha / Maju / Jaya)


-Diletakkan 1 cm di bawah nombor kumpulan (Lengan kanan)

1.13 LENCANA KEPANDAIAN (Kegemaran / Pengetahuan / Perkhidmatan)


Pengakap Muda -Diletakkan di lengan kiri di bawah nama patrol.
Pengakap Remaja -Diletakkan dibawah lima lencana tertinggi Pengakap
Remaja.

1.14 EPOLET
 Ahli Pengakap Muda dan Remaja tidak dibenarkan memakai apa-apa bentuk
epolet di strap bahu.
 Epolet hanya dipakai oleh Penolong Pemimpin ke atas.

7 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Uniform Pengakap :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

8 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

PRINSIP

RUKUNEGARA

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap dikehendaki :

-Melafazkan bacaan rukunegara bermula dari frasa “Maka kami….”.

-Menghuraikan secara ringkas mengikut fahaman ahli pengakap sendiri


tentang kelima-lima prinsip Rukunegara.

9 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

PRINSIP RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita


hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup domekratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA


Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat
berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup, kebudayaan dan kepercayaan yang
berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang
mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita
memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan rakyat dan
membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung
yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.
Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara
tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini
dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan. Rukun Negara seharusnya
dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara
Malaysia.

10 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

1.Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara
ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara.

2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

11 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

3.Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia
adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4.Kedaulataan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan
itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

12 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

5.Kesopanan Dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah
paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama
lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Prinsip Rukunegara :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

13 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

LAMBANG PENGAKAP

MALAYSIA & SEDUNIA

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!


*Ahli pengakap dikehendaki melukis dengan kemas lambang Pengakap
Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia serta mewarnakannya mengikut
warna yang betul.

**Fotokopi dan menampal adalah tidak digalakkan.

14 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

 Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 asas Persetiaan


Pengakap iaitu : Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap
masa, Menurut undang-undang Pengakap.
 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap
yang sepuluh.
 Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
 Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
 Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
 Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia".
 Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit
pengakap:
Kuning : Pengakap Kanak-Kanak
Hijau : Pengakap Muda
Merah : Pengakap Remaja

15 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA

 Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu


taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
 Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak
kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
 Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
 Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap
Sedunia.
 Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
 Warna putih-kesucian dan kebersihan.

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

16 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

PERSETIAAN &

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap perlu tahu melafazkan persetiaan pengakap dengan cara yang
betul. Sebaik-baiknya menguasai persetiaan pengakap dalam kedua-dua
bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

** Ahli pengakap perlu tahu kata kata kunci dalam sepuluh undang-undang
pengakap serta dapat menghuraikan setiap kata kunci tersebut mengikut
fahaman mereka sendiri.

17 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

PERSETIAAN PENGAKAP
SCOUT OATH

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA


SAYA BERJANJI DAN BERSETIA
ON MY ONOUR I PROMISE

YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA


THAT I WILL DO MY BEST

AKAN
TO DO

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA


MY DUTY TO GOD, KING AND COUNTRY

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA


TO HELP OTHER PEOPLE AT ALL TIMES

MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP


TO OBEY THE SCOUTS LAW

18 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP


DIPERCAYAI
TAAT
BERGUNA
BERSAUDARA
BERBUDI
KASIHKAN BINATANG
MENURUT PERINTAH
TABAH HATI
BERJIMAT
SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN, SUCI PERBUATAN

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Persetiaan & Undang-undang Pengakap :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

19 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

HORMAT & COGANKATA

PENGAKAP

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap dikehendaki untuk :

-Melakukan secara amali cara memberi hormat yang betul dan bila ianya

dibuat.

-Melakukan amali pergerakan HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL.

-Menyebutkan cogankata-cogankata setiap unit pengakap.

20 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

Hormat Pengakap
Hormat pengakap menggunakan tiga jari dengan keadaan seperti di bawah.

Hormat pengakap diberikan semasa :


1. Berjumpa dengan pemimpin pengakap dan Jurulatih pengakap atau
orang kenamaan.
2. Menerima anugerah, sijil atau hadiah.
3. Istiadat menaik / mengibar dan menurunkan bendera.

Cogankata Pengakap

UNIT PENGAKAP COGAN KATA

Pengakap Kanak-kanak BUAT SEHABIS BAIK

Pengakap Muda SELALU SEDIA

Pengakap Remaja PANDANG LUAS

Pengakap Kelana BERKHIDMAT

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Hormat & Cogankata Pengakap :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________
21 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN
Pasukan Latihan Negeri Sabah

SEJARAH PENGAKAP

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap dikehendaki untuk :

-memahami fakta-fakta sejarah mengenai pengakap di Malaysia dan

pengasas pergerakan pengakap sedunia.

-Mengetahui urutan penubuhan pengakap di seluruh Malaysia dan

individu-individu tertentu yang mengasaskan pergerakan pengakap di

negeri-negeri tersebut.

22 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan


secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C.
Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua
kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke
Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak
menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan
Scouting".

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan


Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

 1913 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching.


 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.
 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman di Penang Free School
 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W.
Bloomfield
 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
 1927 - Pahang, oleh G.M. Laidlow di Pekan
 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab
Sultan Abu Bakar).
 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada
daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap
ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan
dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah

23 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku


Panglima Raja Kelantan).

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang


Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta
menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai
Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang
mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada
Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia
pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-
majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu
dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut
perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi
pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara
mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

24 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

SEJARAH PENGASAS PENGAKAP


Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau
singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan
Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu
satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan
satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari
1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama
penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya
bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di
Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama
W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell
meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah
berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa
tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi
pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan
derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik.
Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan
terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak
perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-
13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5
Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-
sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas
itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga
beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana
keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat

25 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri
Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan
Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke
Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari
daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda.
Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah
bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan
kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan
peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah
memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan
Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major
Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula


merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap
menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah
dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah
diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh
pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan
Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu
perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula
pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau
Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W
Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis


dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys".
Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku
tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-
rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada
beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya.

26 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan
Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut


mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah
pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell
telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan
dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan
ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park,
sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori
tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir
jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout
of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap


usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta
orang.
Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah
kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden
Powell
of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang
Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa
berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya
Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri
telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman
permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan
di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut
diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died

27 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan
tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di
tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".

Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di


dalam kerja-kerjamu

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Sejarah Pengakap Malaysia & Lord BP :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

28 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

SIMPULAN & IKATAN

CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

*Ahli pengakap dikehendaki untuk :

-Melukis dengan jelas simpulan / ikatan yang dinyatakan dalam buku

log masing-masing.

-Melakukan secara amali dihadapan penguji cara yang betul membuat

semua simpulan / ikatan yang dinyatakan.

-Menyatakan kegunaan setiap simpulan / Ikatan yang dinyatakan.

29 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

BUKU SILA (REEF KNOT)

KEGUNAAN :
-Menyambung dua hujung tali yang sama saiz.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Buku Sila :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

BUNGA GETI (SHEET BEND)

KEGUNAAN :
-Mengikat dua hujung tali yang berlainan tetapi tidak sama saiz.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Bunga Geti :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

30 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

SUMPUL MANUK (CLOVE HITCH)

KEGUNAAN :
- Memulakan atau mematikan ikatan pada kayu.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Simpul Manok :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

TINDIH KASIH (BOWLINE)

KEGUNAAN :
-Mengikat leher binatang supaya tidak terjerut
-Membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk menarik mangsa.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Tindih Kasih :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________
31 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN
Pasukan Latihan Negeri Sabah

LILIT DUA SIMPUL (ROUND TURN TWO HALF HITCHES)

KEGUNAAN :
-Mengikat tali pada tiang
-Mematikan ikatan ke pokok atau Pancang.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lilit Dua Simpul :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

LILIT PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)

KEGUNAAN :
-Mematikan hujung tali supaya tidak terurai.

___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lilit Pemati Biasa :

Tandatangan Penguji : ____________________________


Nama Penguji : ____________________________
Tarikh ujian : ____________________________

32 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


Pasukan Latihan Negeri Sabah

Warnakan gambar di bawah dengan warna yang betul. Sila rujuk


pemimpin pengakap atau buku rujukan.

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP MALAYSIA

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

33 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

You might also like