You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
08000 SUNGAI PETANI Tel/Faks : 04 - 421 2330
KEDAH DARUL AMAN Email : KBB3040@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKI.600-3/1/4 ( )


Tarikh : 18 September 2023
Kepada:

YBHG BRIGED JENERAL SAIPOL ANUAR BIN JAAFAR,


MARKAS BRIGED KEENAM INFANTRI MALAYSIA,
KEM SUNGAI LAYAR,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM KALI


KE-63 TAHUN 2023.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Ibrahim akan mengadakan Kejohanan Olahraga


Sekolah Kebangsaan Ibrahim kali Ke-63 Tahun 2023 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 September 2023


Hari : Khamis
Masa : 7.30 Pagi hingga 1.15 Petang
Tempat : Padang, SK Ibrahim

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk
hadir bagi memeriahkan Kejohanan Olahraga SK Ibrahim pada tahun ini.

4. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan


didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
RAHMAT BIN ABD RAHIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ibrahim
08000 Sungai Petani, Kedah.

You might also like