You are on page 1of 11

34 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli A

SHARIAH SUBORDINATE COURT — CASE NO 14100-143-0059 OF


2012 B
MUHAMAD ABDUL KARIM WAHAB SHHC J
5 MARCH 2013

Islamic Law — Khalwat — Cohabitation — Accused caught cohabiting with two C


females who were not mahram — Accused pleaded guilty — Mitigation of sentence
— Whether accused ought to be sentenced to heavy sentence — Syariah Criminal
Offences Act (Federal Territories) 1997 s 27(a)
D
A team of religious officers (‘PPA’) had carried out an inspection based on
complaints on a house. One of the PPAs had knocked the door and ten minutes
later, the door was opened by the accused who was, at the time, wearing a pink
t-shirt and boxer shorts. The PPA found two ladies in the first room while and
another male was discovered to be in the second room. The room was the E
residence of both partners and each male and female couple shared a room
without any unmarriageable relationship and they were not husband and wife
under hukum syarak. The accused was charged under s 27(a) of the Syariah
Criminal Offences Act (Federal Territories) 1997 (‘the Act’) and pleaded guilty
as charged. The accused appealed to the court for mitigation of his sentence F
and fine as he was working as a computer executive at Telekom Malaysia. The
accused appealed to not be imprisoned and not fined to an amount exceeding
his basic salary.

Held: G

(1) The prosecution had failed to successfully prove the facts and prove
that the accused had committed khalwat. Having heard and
considered the accused’s appeal, the court convicted the accused under
s 27(a) of the Act and fined him for RM2,800, failing which three H
months imprisonment (see para 38).
(2) Based on the verses of the Quran, the offence committed by the
accused was a serious one and was a gross indecency. The court ought
to sentenced the accused to a heavier sentence as a lesson to ensure that I
the sentence could enlighten, teach a lesson and cause repentance to
not only the accused but also the public to deter them from
committing the same. The court took into account that this was a first
time offence (see paras 32– 33).
Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli (Muhamad Abdul
[2015] 3 ShLR Karim Wahab SHHC J) 35

A [Bahasa Malaysia summary


Sekumpulan pegawai penguat kuasa agama (‘PPA’) telah menjalankan
pemeriksaan berdasarkan aduan ke atas sebuah rumah. Salah seorang daripada
PPA telah mengetuk pintu dan lebih kurang sepuluh minit kemudian pintu
B dibuka oleh tertuduh yang memakai baju t-shirt berwarna pink dan berseluar
pendek paras paha jenis ‘boxer’. PPA menjumpai dua orang perempuan di bilik
pertama dan seorang lagi lelaki di bilik kedua. Rumah tersebut merupakan
tempat tinggal kedua-dua pasangan dan setiap pasangan lelaki dan perempuan
berkongsi satu bilik tanpa hubungan mahram dan juga bukan suami isteri yang
C sah dari segi hukum syarak. Tertuduh telah dipertuduh di bawah s 27(a) Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (‘Akta’) dan
mengaku bersalah atas pertuduhan. Tertuduh merayu agar mahkamah
mengurangkan hukuman dan denda kerana tertuduh bekerja sebagai eksekutif
komputer di Telekom Malaysia. Tertuduh merayu supaya tidak dipenjarakan
D dan tidak dikenakan denda melebihi gaji pokok sebulan tertuduh.

Diputuskan:
(1) Pihak pendakwa telah berjaya membuktikan fakta-fakta tersebut
E dengan jayanya dan berjaya membuktikan tertuduh berkhalwat.
Setelah mahkamah mendengar dan mempertimbangkan rayuan
tertuduh, maka mahkamah mensabitkan kesalahan tertuduh di bawah
s 27(a) Akta dan tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM2,800 atau
tiga bulan penjara (lihat perenggan 38).
F
(2) Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, kesalahan yang dilakukan oleh
tertuduh adalah serius dan keji. Mahkamah wajar menjatuhkan
hukuman yang berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran bagi
memastikan hukuman yang dijatuhkan dapat menyedarkan, memberi
G pengajaran dan menginsafkan tertuduh dan juga orang awam lain
supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Mahkamah
mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan pertama
(lihat perenggan 32–33).]

H Legislation referred to
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 s 27(a)
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 ss
3, 17(1), 17(2), 73, 74, 75, 76, 77
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993
I s 46
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 s 96(a),
96(b)
36 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

A
Muhamad Abdul Karim Wahab SHHC J:

BIDANG KUASA MAHKAMAH

[1] Dalam kes ini, saya berpuas hati bahawa mahkamah ini mempunyai B
bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-а tindakan ke atas
kes ini berdasarkan peruntukan s 46 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 (‘Akta 505’) yang menyatakan bahawa:

Seksyen 46 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah C

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:


(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-ара kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta
Undang-Undang Ketuarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di D
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuat
kuasa, dan boleh mengenakan apa-ара hukuman yang diperuntukkan baginya;

PERTUDUHAN E

[2] Pertuduhan ke atas tertuduh ialah:

Bahawa kamu pada 25 haribulan Julai 2011, antara jam 2.35 pagi hingga 3 pagi, di
dałam sebuah rumah jenis apartment beralamt di A-13A-7, Putra Mas 1 F
Kondominium, Off Jalan Kuching, 51200 di dałam Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur telah didapati berkhaiwat dengan seorang perempuan Islam iaitu FARAH
DIBA BINTI ASHIM (No Kad Pengenalan: 870429-05-5450) yang bukan isteri
atau mahram kamu dałam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu
sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Dengan itu kamu dituduh G
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhaiwat dan apabila disabitkan
kamu boleh didenda tidak melebihi tiga(3) ribu ringgit Malaysia atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

H
[3] Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 (Akta 559) memperuntukkan sebagaimana berikut:

Mana-mana— (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau
lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya; di I
mana-mana tempat yang terselindung atau di dałam rumah atau bilik dałam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan
perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli (Muhamad Abdul
[2015] 3 ShLR Karim Wahab SHHC J) 37

A Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dałam rumah atau bilik dałam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan
perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
B
[4] Justeru itu tertuduh telah dituduh di bawah s 27(a) Akta 559 yang mana
jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi
RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
C
[5] Semasa pertuduhan dibacakan tertuduh faham, bersetuju dan mengaku
bersalah atas pertuduhan tersebut serta faham akibat dari pengakuan bersalah
itu setelah mahkamah membacakan peruntukan s 27(a) Akta 559 tersebut.
Kemudian apabila pendakwa syarie membentangkan fakta kes (P1), tertuduh
D masih tetap dengan pengakuan salahnya.

PENSABITAN

[6] Mahkamah berpuas hati dengan pertuduhan dan fakta kes yang
E dibentangkan serta diperkukuhkan dengan pengakuan bersalah tertuduh dan
seterusnya mahkamah mensabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawah s
27(a) ke atas tertuduh.

ULASAN MAHKAMAH
F
[7] Mahkamah berpendapat pihak pendakwa telah berjaya membuktikan
fakta-fakta tersebut dengan jayanya dan berjaya membuktikan tertuduh
berkhalwat yang mana pembuktian dakwaan tersebut adalah menjadi
tanggungjawab pendakwa selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi:
G
Maksudnya:
Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang mengingkarinya dan juga
telah memenuhi kehendak dan keperluan yang disyaratkan dalam ss 3, 73, 74, 75,
H 76 dan 77 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 (Akta 561) yang mana kesemua seksyen-seksyen itu menyebut seperti
berikut:
Seksyen 3:
‘keterangan’ termasuklah—
I

(a) bayyinah dan syahadah;

(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh


38 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Mahkamah di buat dihadapannya oleh saksi berhubungan dengan A


perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut
lisan;

(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah:


dokumen-dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar. B
Seksyen 73:

(a) sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi


penghakiman tentang apa-ара hak atau liability di sisi C
undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang
ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(b) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta,


maka beban membuktikan terletak pada orang itu.
D
Seksyen 74:
Beban membuktikan dałam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada
orang yang akan gagal jika tiada apa-ара keterangan langsung diberikan oleh
mana-mana pihak.
E
Seksyen 75:
Beban membuktikan tentang apa-ара fakta tertentu terletak pada orang
yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.
Seksyen 76:
F
Beban membuktikan apa-ара fakta yang perlu dibuktikan untuk
membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai
apa-ара fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan
keterangan itu.
Seksyen 77: G
Apabila seseorang dituduh atas apa-ара kesalahan, maka beban
membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk
dałam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dałam Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) terletak
padanya, dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut H
sebagai tidak ada.

[8] Dałam kes ini, sabitan bersalah tertuduh juga disabitkan oleh mahkamah
berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh atas tuduhan yang dibacakan ke
atasnya, pengakuan dibuat secara sukarela, tanpa sebarang paksaan atau I
pujukan mana-mana pihak terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada
tertuduh dan di atas kebenaran fakta kes yang dikemukakan oleh pihak
Pendakwa. Tertuduh juga memahami kesan akibat pengakuan salah tersebut
ketika di soal oleh mahkamah.
Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli (Muhamad Abdul
[2015] 3 ShLR Karim Wahab SHHC J) 39

A Maksudnya: ‘Pengakuan seseorang ke atas dirinya (adalah) diterima’

[9] Selain itu, pada pendapat mahkamah, pengakuan salah tertuduh itu juga
merupakan satu iqrar tertuduh terhadap fakta pertuduhan yang dikenakan ke
atasnya dan iqrar tertuduh itu telahpun memenuhi kehendak seperti yang
B
disyaratkan oleh hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang sedia
ada di Wilayah Persekutuan ini. Dalam hal ini, mahkamah merujuk kepada
kitab Nizom al-Qadha’ fi al-Syariah al-lslam oleh Dr Abdul Karim Zaidan,
terjemahan oleh Hj Mohd Saleh bin Haji Ahmad, halaman 204:
C Iqrar ertinya mengaku atau membuat pengakuan. Menurut para fuqaha’, iqrar
ialah memberitahu seseorang akan sabit hak orang lain ke atas dirinya walaupun
buat masa akan datang.

D [10] Di dalam kitab Mughnial-Muhtaj, Jilid 2 ms 238 ada disebut yang


bermaksud:
Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang beriqrar),
muqarrun lahu (orang yang diberikan iqrar untuknya oleh orang yang beriqrar),
sighah (ucapan atau kata-kata iqrar) dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan
E yang diiktiraf oleh pihak yang beriqrar)

[11] Surah An-Nisaa ayat 135 ada menyebut:


Ertinya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi
F
orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang
menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri…’

[12] Dalam ayat ini yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu
G sendiri itu ialah iqrar, iaitu pengakuan dengan hak yang didakwa ke atas diri
sendiri.

[13] Manakala dari sudut perundangan, mahkamah merujuk s 17(1) Akta


561 yang menyebut:
H
Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan
atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan
terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

I [14] Seterusnya s 17(2) Akta 561 yang sama juga menyebut:

[15] Sesuatu iqrar hendaklah dibuat:


(a) di dalam mahkamah, di hadapan hakim; atau
40 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

(b) di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang ‘aqil, baligh A
dan adil’.

[16] Dalam kes ini rukun iqrar telah dipenuhi sepenuhnya. Orang yang
berikrar ialah tertuduh sendiri, orang yang diberikan iqrar ialah hakim,
pengakuan bersalah merupakan sighah, dan hak yang diiqrarkan ialah B
melakukan kesalahan di bawah subs 27 Akta 559.

[17] Kedua-dua seksyen di atas juga telah memenuhi kehendak s 96(a) dan
s 96(b) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
(‘Akta 560’) yang menyatakan: C

Prosedur yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:

(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka


pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia D
dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan
dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia
bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta
dibicarakan;
E
(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada
atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah
direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu;
Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, mahkamah F
hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat
daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat,
kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

[18] Dalam kes ini, mahkamah telah mendapatkan pengakuan bersalah G


tertuduh yang mana tertuduh mengakui mendengar dan faham akan
pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, dan bersetuju dengan pertuduhan
yang dibacakan oleh pembantu pendaftar mahkamah. Selain itu tertuduh juga
mengakui bahawa fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwa syarie adalah
benar dan bersetuju akan kebenaran segala fakta tersebut. Selain itu H
berdasarkan iqrar tertuduh bahawa tertuduh faham akibat daripada pengakuan
salahnya dan pengakuan bersalah yang dibuat adalah secara sukarela, tiada
paksaan dan tidak bersyarat. Oleh itu, dengan akuan tertuduh tersebut,
mahkamah berpuas hati bahawa pengakuan bersalah tertuduh hendaklah
diterima dan bolehlah direkodkan oleh mahkamah. I

[19] Berdasarkan seksyen di atas, setelah akuan atau pengakuan bersalah


tertuduh diambil dan direkodkan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman
terhadap tertuduh di atas sabitan bersalah tersebut.
Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli (Muhamad Abdul
[2015] 3 ShLR Karim Wahab SHHC J) 41

A [20] Bagi kesalahan kes ini iaitu pelanggaran terhadap s 27 Akta 559 telah
menyatakan dengan jelas tentang hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di
bawah seksyen ini iaitu mahkamah boleh menjatuhkan hukuman ke atas
tertuduh dengan salah satu daripada tiga bentuk hukuman yang
diperuntukkan iaitu samada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih
B RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

[21] Persoalan juga timbul berdasarkan peruntukan di atas, apakah


mahkamah mempunyai kuasa budi bicara yang luas dalam membuat
C keputusan untuk menjatuhkan hukuman?

[22] Berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah berpendapat bahawa


hukuman yang boleh dijatuhkan kepada tertuduh boleh dikenakan secara
khusus dan tidak perlu bagi mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut
D turutan bentuk hukuman yang dinyatakan seperti peruntukan s 27 Akta 559
tersebut. Pendapat mahkamah dalam peruntukan itu jelas dinyatakan bahawa
mahkamah mempunyai budi bicara yang luas dalam menjatuhkan hukuman
kerana peruntukan itu menggunakan perkataan ‘boleh’ yang mana ia tidak
mengikat mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mengikut turutan
E hukuman yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut.

[23] Apatah lagi, berdasarkan peruntukan s 27 Akta 559 tersebut


menggunakan perkataan ‘atau’ sebagai perantaraan di setiap hukuman yang
diperuntukkan.
F

[24] Mahkamah merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Hj Zainal


Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn Bhd,
terbitan Pertama 1995 dalam halaman 93 dinyatakan bahawa perkataan ‘atau’
G diertikan sebagai ‘pilihan’.

[25] Manakala di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka tahun 1993 dalam halaman 64, perkataan ‘atau’ membawa
maksud ((1) kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) (2)
H salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dan lain-lain).

[26] Perkara utama yang perlu mahkamah mengambil kira dalam


menentukan sesuatu hukuman adalah sebarang hukuman mahkamah kepada
tertuduh boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan
I bukán sahaja kepada tertuduh malah kepada semua masyarakat Islam supaya
tidak melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh. Dalam pada itu,
mahkamah berpendapat dalam kes ini, kuasa mahkamah dalam menentukan
hukuman yang telah ditetapkan oleh undang-undang agak luas dan boleh
membuat pelbagai pilihan dalam menentukannya.
42 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

[27] Selain itu, mahkamah juga harus meneliti dan menghalusi, menilai, A
meneliti perkara-perkara yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam
menentukan sesuatu hukuman antaranya:
(a) besar atau kecil kesalahan yang dilakukan;
B
(b) rayuan pihak-pihak;
(c) pendapatan dan tanggungan pihak-pihak; dan
(d) kesan dan akibat hukuman ke atas pihak-pihak.
C
[28] Mengulas mengenai kesalahan yang dilakukan tertuduh bersama
pasangannya, mahkamah merujuk kepada firman Allah SWT di dalam surah
al-lsra’, ayat 32 yang jelas melarang umat Islam menghampiri zina:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu D
perbuatan Yang keji dan satujalan Yangjahat (yang membawa kerosakan)

[29] Sesungguhnya apabila agama islam melarang sesuatu perbuatan maka


agama islam juga turut melarang ара jua usaha yang boleh membawa kepada E
berlakunya sesuatu kesalahan tersebut. Oleh itu perbuatan tertuduh berada
dirumah tempat kejadian yang dipertuduhkan itu pada jam 2.35 hingga 3 pagi
telah menimbulkan syak berlakunya perbuatan yang tidak bermoral antara
mereka yang boleh membawa perlakuan perzinaan di antara mereka.
F
[30] Malah mahkamah juga berpendapat perbuatan tertuduh berada di
rumah tersebut dengan sendirinya boleh mendorong tertuduh melakukan
perzinaan. Perkara ini juga boleh menjadikan tertuduh dipandang serong oleh
ahli keluaganya sendiri termasuk adik beradiknya yang lain. Akibat dari itu G
tertuduh dengan sendirinya telah menunjukkan contoh teladan yang negatif
kepada ahli keluarganya,

[31] Merujuk kepada hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya:


H
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari klamat, maka jangan
sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya
mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua
mereka itu. (Hadis riwayat Ahmad)
I
[32] Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa kesalahan
yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan keji dari sudut pandangan
agama Islam dan undang-undang Islam. Maka, selayaknya lah mahkamah
menjatuhkan hukuman yang berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepada
Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin Ramli (Muhamad Abdul
[2015] 3 ShLR Karim Wahab SHHC J) 43

A tertuduh dan masyarakat.

KESIMPULAN

[33] Mahkamah ingin menjelaskan tujuan hukuman terhadap tertuduh


B
adalah bagi memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan merupakan
hukuman yang dapat menyedarkan, memberi pengajaran dan menginsafkan
tertuduh disamping boleh di jadikan pengajaran bahkan juga kepada orang
awam lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama
C
[34] Dalam kes ini, tertuduh telah membuat rayuan untuk dikurangkan
hukuman dengan alasan beliau merupakan pesalah kali pertama, tertuduh
telah mengakui kesalahan tersebut, ada tindakan tertuduh selepas melakukan
kesalahan tersebut (mahu berkahwin dengan pasangannya), perlu
D menanggung kos perubatan ayah dan kos pengajian adik lelaki tertuduh, dan
kesan selepas keputusan sekiranya tertuduh dipenjarakan atau didenda
melebihi gaji pokok sebulan.

E [35] Mengulas rayuan tertuduh yang memohon dan merayu supaya


hukuman ke atasnya diringankan, mahkamah ini tidak nampak bagaimana
mahkamah perlu mengambil kira rayuan tersebut berdasarkan pendapat
mahkamah, bahawa tertuduh semasa melakukan kesalahan ini mengetahui
bahawa tindakannya adalah salah dan mengetahui risiko dan bahaya yang akán
F menimpanya jika melakukan kesalahan itu.

[36] Mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwa supaya hukuman yang


hendak dijatuhkan perlulah hukuman yang setimpal dengan kesalahannya
yang telah tertuduh lakukan agar dapat memberikan pengajaran kepada
G tertuduh dan kepada masyarakat amnya. Walau bagaimanapun, mahkamah
mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan pertama.

[37] Mahkamah mengharapkan dengan hukuman yang akan mahkamah


H jatuhkan, memberi pengajaran dan peringatan kepada tertuduh dan semua
masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

HUKUMAN

I [38] Setelah mahkamah mendengar pengakuan bersalah tertuduh dan


pengakuan tertuduh ke atas semua fakta kes yang dibentangkan dan merujuk
kepada hukuman kesalahan khalwat di bawah s 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan setelah mahkamah
mendengar rayuan dan pendapat kedua-dua belah pihak, tertuduh dan pihak
44 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

pendakwa serta pertimbangan-pertimbangan lain mahkamah dengan ini; A


(a) menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh Mohd Nabil bin Ramli denda
sebanyak RM2,800 atau dikenakan hukuman penjara selama tiga
bulan jika gagal membayar denda tersebut; dan
(b) rayuan boleh dikemukakan dalam masa 14 hari dari hukuman ini B
dijatuhkan, jika pihak-pihak tidak berpuas hati dengan hukuman yang
dikenakan.

Order accordingly.
C
Reported by Afiq Mohamad Noor

You might also like