You are on page 1of 1

MAJLIS BELIA DAERAH CAMERON HIGHLANDS

D/A Pejabat Belia Dan Sukan Daerah


39000 Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang

Tuan,

PERMOHONAN MENJADI AHLI GABUNGAN MAJLIS BELIA DAERAH CAMERON HIGHLANDS


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Belia Holistik Cameron Highlands
telah mengadakan Mesyuarat Agong Pertama dan telah merangka organisasi jawatankuasa
dan dianggotai seramai 82 orang ahli.

2. Merujuk kepada FASAL 6.1.3 Perlembagaan Majlis Belia Daerah Cameron Highlands, dan
perbincangan di dalam Mesyuarat Agung yang lepas, Kelab Belia Holistik Cameron Highlands
memohon menjadi Ahli Majlis Belia Daerah Cameron Highlands.

3. Sehubungan itu, Kelab Belia Holistik juga telah memenuhi segala syarat-syarat keahlian
seperti di dalam FASAL 6.2 perlembagaan Majlis Belia Daerah.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan semoga
dengan permohonan ini juga dapat kita bekerjasama dan bersatu dalam menggerak belia,
dan berkhidmat kepada orang ramai.

”Menggerak Belia”

“Berkhidmat untuk orang ramai”

Yang benar,

…………………………..
Muhammad Fadhlil Wafi bin Ab Jalil
Pengerusi Kelab Belia Holistik Cameron Highlands

You might also like