You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PENAJA,

NO 5, JALAN TANJUNG/KAMPUNG DATO BAHARU 3,


96000 SIBU, SARAWAK. 01165563136

Pengerusi
Koperasi/Pertubuhan/Persatuan/Kelab Rekreasi/
Komuniti bahagian
96000 Sibu,
Sarawak 6 Julai 2020

Tuan/Puan/Dato/Datin
PER: MESYUARAT AGUNG KOPERASI BELIA SIBU BERHAD(YOSH) YANG
PERTAMA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada tajuk perkara di atas.

Saya mewakili Jawatankuasa penaja Koperasi Belia Sibu Berhad atau lebih dikenali sebagai
Youth Co-operation Of Sibu Berhad (YOSH BERHAD), dengan rendah hati ingin
menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi Belia Sibu Berhad yang
pertama.

2. Koperasi ini ditubuhkan atas kerjasama belia-belia sekitar Sibu dan seterusnya memupuk
semangat dikalangan belia untuk berkoperasi memantapkan ekonomi dan menjadi contoh
kepada belia.

3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah tarikh yang telah dibincangkan oleh jawatankuasa
penaja untuk mesyuarat agung yang bakal berlangsung :-

Tarikh : 19/7/2020(AHAD)
Masa : 9.00 PAGI – 11.00 PAGI
Tempat : Dewan Lakis, 96000 Sibu, Sarawak

4. Pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.Sila patuhi penjarakan sosial dan maklumkan kehadiran
tuan atau wakil seminggu sebelum majlis berlangsung. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak
tuan/puan boleh terus di talian 01165563136

“SUARA BELIA”

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar,

..............................................................
MUHAMMAD HANIS BIN SALLEH
JAWATANKUASA PENAJA

You might also like