You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB SEPAKTAKRAW

SAHABAT MASJID NABAWAN, SABAH

Tarikh : 19 Oktober 2012


Masa : 3.00 Petang
Tempat : Kelab Belia Nabawan.

Kehadiran :
1. Imam Suhaimi b. Baulun
2. Ustaz Shamsul Haris b. Md.Diah
3. Encik Awang Angindok
4. Ustaz Awang Malik b Baki
5. En Andy Fatmal Mohd Ihsan
6. En Romeo Taguna
7. En Shanewane Awang
8. En Mazwan Jugah b. Abd Salam
9. En Vincent Satuan
10.En Sheddy Awang
11.En Azmid Jahar
12.En Azizi lining
13.En Wahidin Mohamad
14.En Redza Martin
15.En Harun Daloh

1. UCAPAN PENGERUSI PENAJA

Imam Suhaimi Baulun selaku Pengerusi Persataun Belia Sahabat Masjid


Nabawan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat penubuhan Kelab
Sepaktakraw. Beliau
menerangkan bahawa kelab ini adalah terbuka kepada semua warga yang
bermastautin di Nabawan
tanpa mengira anutan agama.Matlamat utama adalah mewujudkan aktiviti yang
sihat dan
mengeratkan silatur rahim diantara warga daerah Nabawan.Tujuan utama
mesyuarat adalah memilih
jawatankuasa tetap kelab.Justeru Pengerusi sementara mencadangkan agar
dibuat pemilihan
bagi jawatankuasa tertinggi.

2. PERLANTIKAN JAWATANKUASA
Setelah dibuat pengundian berikut adalah jawatankuasa yang telah dipilih :
Pengerusi

: Ustaz Shamsul Haris b. Md.Diah

Tim. Pengerusi

: En Awang Angindok

Setiausaha

: En Awang Malik b Baki

Bendahari
AJK

: En Andy Fatmal Mohd Ihsan


: En Harun Daloh
: En Shanewane Awang
: En Mazwan Jugah b. Abd Salam
: En Vincent Satuan
: En Redza Martin
: En Sheddy Awang

3. MELULUSKAN NAMA

Mesyuarat telah berbincang tentang nama kelab yang sesuai. Setelah mendapat
pelbagai cadangan
dan dibahaskan maka majoriti ahli mesyuarat memilih Kelab Sepaktakraw
Sahabat Masjid atau
ringkasnya disebut Sahabat Masjid.Memandangkan pada masa ini Kelab belum
mempunyai premis
yang tetap maka Pengerusi mencadangkan agar alamat tempat urusan dan surat
menyurat
menggunakan nama Persatuan B elia Sahabat Masjid, Peti Surat 37, 89957,
Nabawan. Semua ahli
mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.

4. PERLEMBAGAAN KELAB
Mesyuarat telah berbincang draf perlembagaan Kelab yang diedarkan Pengerusi
dan dengan sedikit
pindaan Perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

5. PENDAFTARAN KELAB
Ahli mesyuarat bersetuju mengamanahkan kepada Pengerusi Kelab untuk
mendaftarkan kelab ini
kepada Pesuruhjaya Sukan secepat yang mungkin.
6.PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir yang telah
memilihnya untuk
menerajui Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid dan akan berusaha untuk
memajukan kelab dengan
dokongan dan bantuan dari semua. Mesyurat perancangan aktiviti dan
pembahagian tugas akan
diadakan pada mesyuarat yang kedua.

7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.25 petang.

Dicatat oleh
oleh

Disahkan

(AWANG MALIK b BAKI)


MD.DIAH)
Setiausaha
Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid
Sepaktakraw Sahabat Masjid

(SHAMSUL HARIS
Pengerusi
Kelab

You might also like