You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENAJA

KELAB SUKAN KECERGASAN ABSOLUTE WELLNESS (KSKAW)

BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tajuk Mesyuarat : Mesyuarat Pertama Penubuhan Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness
(KSKAW)

Tarikh Mesyuarat : 6 Februari 2021

Tempat Mesyuarat : Absolute Wellness Shah Alam

Masa Mesyuarat : 10:30 Pagi

Pengerusi Mesyuarat : Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir

Kehadiran :

1. Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir


2. Muhammad Ediasyamin Bin Ediasmizul
3. Mohd Aqil Syahmi Bin Zainalabiden
4. Siti Nurhana Binti Ibrahim
5. Aqilah Athirah Binti Baharuddin
6. Nadia Binti Sohaimi
7. Nurul Fathia Binti Azhar
8. Nurazah Binti Md Sah

Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
i. Tuan pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ahli yang hadir pada Mesyuarat Penubuhan Kelab Sukan Kecergasan
Absolute Wellness (KSKAW) dan menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan.

2. Resolusi Penubuhan Badan Sukan


i. Tuan pengerusi menyatakan tujuan penubuhan kelab sukan kecergasan ini adalah untuk
membantu masyarakat bagi semua golongan dalam menjalani kehidupan yang sihat.
ii. untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan
Kecergasan dalam bidang kecergasan di kalangan ahli-ahli;

iii. untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Kecergasan dalam bidang
kecergasan di peringkat kelab;

iv. untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan
Kecergasan dalam bidang kecergasan; dan

v. untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.


vi. bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan
Kecergasan dalam bidang kecergasan di peringkat kelab;

vii. mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-
undang sukan Kecergasan dalam bidang kecergasan di kalangan ahli-ahli;

viii. mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;

ix. menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi
sukan Kecergasan dalam bidang kecergasan di peringkat kelab. Bagi penganjuran di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab hendaklah mendapat
kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan;

3. Ketetapan Alamat Badan Sukan


i. Tuan pengerusi mencadangkan alamat badan sukan ini menggunakan alamat Absolute
Wellness Shah Alam iaitu No 6, Tingkat 5, Blok 1, Jalan Tinju 13/50 Seksyen 13 40675
Sahah Alam, Selangor Darul Ehsan.
ii. Muhammad Ediasyamin Bin Ediasmizul menyokong cadangan tuan pengerusi.

4. Pelantikan Ahli Jawatan kuasa


i. Ahli Jawatan kuasa telah telah dipilih berdasarkan suara ramai. Berikut merupakan
senarai AJK Penubuhan.
a. Presiden : Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir
b. Naib Presiden : Muhamad Ediasyamin Bin Ediasmizul
c. Setiausaha : Siti Nurhana Binti Ibrahim
d. Penolong Setiausaha : Aqil Syahmi Bin Zainalabiden
e. Bendahari : Nadia Binti Sohaimi
f. Penolong Bendahari : Nurazah Binti Md Sah
g. Ahli Jawatankuasa : Aqilah Athirah Binti Baharuddin
h. Ahli Jawatankuasa : Nurul Fathia Binti Azhar

5. Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan Badan Sukan


● Kesemua ahli mesyuarat bersetuju dengan perlembagaan Badan Sukan.

6. Membuka Akaun Bank Kelab Sukan


● Membuka akaun bank kelab sukan dan melantik Presiden, Encik Mohd Firdaus bin Mohd
Sahir, Setiausaha Pn Siti Nurhana binti Ibrahim, dan Bendahari Pn Nadia binti Sohaimi
sebagai penanda tangan yang sah untuk meluluskan kewangan kelab sukan.

7. Penutup
● Tuan Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat di atas
kerjasama yang diberikan. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12:00 tengahari.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

Siti Nurhana Binti Ibrahim Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir


Tarikh: 07 Febuari 2021 Tarikh: 07 Febuari 2021

You might also like