You are on page 1of 2

KELAB SAINS DAN INOVASI DAERAH PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB SAINS DAN INOVASI DAERAH


PORT DICKSON

TARIKH : 03. 04. 2018 (Selasa)


MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat.

KEHADIRAN:
1. Encik Syaiful Azuwan Bin Amir
2. Encik Mohammad Asyraf Bin Mohd Alwi
3. Encik Khairul Nizam Bin Khairuddin
4. Encik Mohamad Hadri Bin Abd Razak
5. Puan Hadijah Binti Mohamad
6. Puan Nurshahida Binti Jalaludin
7. Puan Noraidah Binti Md Noh

Agenda mesyuarat

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi memberi salalm dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini ialah untuk
menubuhkan Kelab Sains Dan Inovasi Daerah Port Dickson.

2.0 Persetujuan penubuhan Kelab


2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Sains Dan Inovasi Daerah Port
Dickson yang bertujuan sebagai satu badan untuk menjaga pembangunan kerjaya serta kebajikan
kepada semua ahli kelab dan membantu kebarang hasilan kerja yang berkualiti dalam
perkhidmatan dengan program atau aktiviti yang dijalankan bermanfaat untuk ahli.

3.0 Meluluskan nama Kelab


3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan kelab ini dengan nama Kelab Sains Dan
Inovasi Daerah Port Dickson.

4.0 Meluluskan alamat tempat urusan dan alamat pos


4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan dan alamat pos bagi Kelab Sains Dan
Inovasi Daerah Port Dickson dialamatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, 71007
Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
5.0 Meluluskan perlembagaan dan kaedah – kaedah
5.1 Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan bagi Kelab Sains Dan Inovasi Daerah Port
Dickson yang dibuat kepada semua ahli. Perlembagaan seperti yang dilampirkan.

6.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa


6.1 Ahli – ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut :
i. Pengerusi : Encik Khairul Nizam Bin Khairuddin
ii. Timbalan Pengerusi : Puan Hadijah Binti Mohamad
iii. Setiausaha : Encik Syaiful Azuwan Bin Amir
iv. Pen. Setiausaha : Encik Mohammad Asyraf Bin Mohd Alwi
v. Bendahari : Puan Noraidah Binti Md Noh
vi. Ahli Jawatankuasa : Encik Mohamad Hadri Bin Abd Razak

6.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan kelab ini dengan Pendaftar Pertubuhan.
Pendaftaran bagi kelab ini akan diuruskan oleh ahli jawatankuasa kelab.

7.0 Meluluskan penandatangan buku akaun Kelab


7.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk memilih tiga (3) ahli jawatankuasa kelab bagi
penandatangan buku akaun utk tujuan membuka akaun semasa kelab ini di Bank Islam Cawangan
Port Dickson. Mesyuarat juga bersetuju untuk mendatanngai cek dan pengeluaran wang
hendaklah ditandatangan oleh 3 pegawai, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari seperti nama
dibawah adalah wajib. Senarai ahli jawatankuasa yang dipilih adalah seperti berikut :
i. Encik Khairul Nizam Bin Khairuddin – 890527-59-5387 - Pengerusi
ii. Encik Syaiful Azuwan Bin Amir – 870214-10-5625 – Setiausaha
iii. Puan Noraidah Binti Md Noh – 760102-04-5296 – Bendahari

8.0 Ucapan Penangguhan


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………
(SYAIFUL AZUWAN BIN AMIR) (KHAIRUL NIZAM BIN KHAIRUDDIN
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Sains Dan Inovasi Kelab Sains Dan Inovasi
Daerah Port Dickson Daerah Port Dickson
Negeri Sembilan. Negeri Sembilan

You might also like