You are on page 1of 4

AL-KHAWARIZMI : TOKOH MATEMATIK TERULUNG

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di
Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan
beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-
Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-
Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di
Khawarism, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat
tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan
kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian


Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau
bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan
astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah
memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau
juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.
Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan
konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
IBNU SINA TOKOH SEJARAWAN TERUNGGUL

Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ( ‫ )عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي‬ataupun lebih
dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains arab yang hidup antara tahun
1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac
1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya.
Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa
kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah
berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”).
Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada
tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel
of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya
sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik
sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,
pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa
ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang
Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah,
politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah
boleh dibuktikan secara empirikal (secara pengalaman dan kajian).

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau
membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum
maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
- Ibn Khaldun
IBNU SINA TOKOH PERUBATAN DUNIA

IBNU SINA siapa yang tidak kenal dengan beliau.Nama beliau terkenal
sampai di barat.Dalam kesempatan ini saya ingin menceritakan tentang latar
belakang beliau sebagai tokoh islam."Menuntut ilmu itu adalah difardukan
oleh semua orang islam".Manusia yang tidak menuntut ilmu ia akan menjadi
jahil atau bahasa kasarnya ialah bodoh mereka tidak dapat membezakan
mana satu yang betul dan yang mana satu salah.

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

Nama beliau adalah Al-hussin Bin Abdullah Bin Hassan.Beliau dikenali sebagai
"Avicenna" di barat,di lahirkan pada 370 H/980M di Afsyanah
Bukhori,Turkistan.Setelah bapanya meninggal dunia,beliau berpindah ke
Khowarizmi,Jurjan,Raya dan Hamadan.bertugas sebagai pakar perubatan
dauliyah raya dan penasihat agong Amir A'la Al-Daulah di Asfahan.meninggal
dunia pada tahun 428H/1037M.

SIFAT PERIBADI IBNU SINA

Menguasai pelbagai bidang ilmu seperti perubatan,falsafah dan


sastera.Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik sebagai
perdana menteri.

PENDIDIKAN IBNU SINA

Mendapat pendidikan awal di Bukhori.Mempelajari Al-Quran Karim semenjak


berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun.Beliau
mempelajari limu Fikah dan Tasauf daripada Ismail Zahid,ilmu Hisab dan
prinsip-prinsip Giometri daripada Mahmud Al-Masah,ilmu Falsafah daripada
Abu Abdullah Al-Natili serta ilmu Sains dan ilmu Istronomi daripada Al-
Biruni.semasa berusia 16 tahun beliau menguasai ilmu Perubatan tanpa
bantuan guru.

You might also like