You are on page 1of 7

SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ INTEGRASI AL-FATEH, RAUB

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN &
HARI MALAYSIA
SRITI TAHFIZ AL-FATEH RAUB TAHUN 2023

Pada
2 OGOS 2023 - 19 SEPTEMBER 2023
Bersamaan
15 MUHARRAM – 11 RABIULAWAL 1445H

Bertempat di
SRITI TAHFIZ AL-FATEH, RAUB

Anjuran
UNIT KOKURIKULUM dan KELAB SEJARAH & KEBUDAYAAN
SRITI TAHFIZ AL-FATEH

1
KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SRITI TAHFIZ AL-FATEH RAUB TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal
menjadi pewaris Negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan
mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotism yang tinggi.

Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
dan Kelab Sejarah & Kebudayaan dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah.
Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari kemerdekaan Negara Malaysia yang
disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan dengan
matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah dan seluruh
warga SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia
sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan
pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat
mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air.
Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat
dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.

2
3.0 TEMA

“Teguh Muafakat, Malaysia Sejahtera”

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat :

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.

2. Mencungkil bakat pelajar.

3. Menguji pengetahuan am para pelajar

4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar

5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan


kemerdekaan ini.

6. Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang
mereka kecapi selama ini.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGASAN


Rujuk Lampiran 1

6.0 AKTIVITI-AKTIVITI & PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran 2

7.0 TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN


Rujuk Lampiran 3

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk Lampiran 4

3
Lampiran 1

JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGASAN

BIL. JAWATAN NAMA TUGASAN


1 PENASIHAT Ustaz Zharfan -Membimbing guru-guru untuk
melaksanakan program yang telah
dirancang.
2 PENGARAH Muallimah Nor Syahirah -Membahagikan tugasan kepada
Semua guru.
-Memantau gerak kerja dari semua
unit.

3 SETIAUSAHA Muallimah Siti Hajar -Membuat laporan & dokumentasi


setelah tamat program
4 AJK TEMPAT Muallimah Najibah -Mengemas dan menghias tempat
Muallimah Ain Hanis sebelum bermula program
-Memasang banner program
5 AJK PROGRAM Muallimah Najwa -Merancang aktiviti & pertandingan yang
Ustaz Wan Ahmad Bukhari akan dilaksanakan sepanjang bulan
Ustaz Zharfan kemerdekaan

6 AJK HADIAH Muallimah Jannatul Aliah -Memberi hadiah yang bersesuaian


Muallimah Shaidatul dengan bajet
Muallimah Farhana -Menguruskan penyampaian
hadiah kepada pemenang
semasa program berlangsung
7 AJK TEKNIKAL & Muallimah Tengku Anis -Menyediakan keperluan teknikal
PERALATAN Muallimah Nor Syahirah sebelum program berlangsung
1) Speaker
2) Microhpone
3) Rostrum
-Memasang lagu selingan semasa program
berlangsung.
8 AJK MEDIA & Muallim Wan Ahmad Bukhari -Merakam & mengambil gambar
FOTOGRAFI Muallimah Siti Hajar sepanjang program berlangsung
-Update perjalanan program di FB sekolah

9 AJK KAWALAN Semua Guru -Mengawal murid semasa aktiviti dan


MURID majlis sedang berlangsung

10 PENGACARA Muallimah Najwa -Menjadi pengacara majlis semasa


MAJLIS majlis berlangsung

4
Lampiran 2

AKTIVITI-AKTIVITI & PERTANDINGAN

BIL AKTIVITI SASARAN


1 Lambaian Merdeka Tahap 1
2 Roket Merdeka Tahap 2
3 Pertandingan Gubahan Buah-buahan Guru & Tahun 4
4 Kuiz Merdeka Tahun 5 & 6
5 Tayangan Filem Patriotik Tahap 1
6 Pertandingan Kelas Patriotik Semua Murid
7 Nyanyian Lagu Patriotik Semua Murid
8 Pertandingan Busana Merdeka Semua Murid
9 Hiasan Landskap Merdeka Semua Warga Al-Fateh
*perubahan tertakluk kepada keadaan semasa

Lampiran 3

TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN


HARI : SELASA
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023
MASA : 8.15 PAGI - 11.00 PAGI

MASA PERKARA
8.15 pagi - 9.30 pagi  TAHAP 1 - Tayangan Filem Kemerdekaan
 TAHUN 4 - Pertandingan Gubahan Buah-buahan
 TAHUN 5 & 6 - Kuiz Merdeka
9.30 pagi - 10.00 pagi Murid-murid rehat
10.10 pagi - 11.00 pagi Majlis Penutupan bermula :
 Ucapan Mudir (Ustaz Ahmad Zharfan bin Abd Taib)
 Sesi Penyampaian hadiah kepada para pemenang
 Persembahan Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
11.00 pagi Murid-murid akan belajar seperti biasa

*perubahan tertakluk kepada keadaan semasa

5
Lampiran 4

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


PERTANDINGAN LAMBAIAN MERDEKA (TAHAP 1)
Tempat Pertama RM4 x 3
1 Tempat Kedua RM3 x 3 RM27
Tempat Ketiga RM2 x 3
PERTANDINGAN ROKET MERDEKA (TAHAP 2)
Tempat Pertama RM4 x 3
2 Tempat Kedua RM3 x 3 RM27
Tempat Ketiga RM2 x 3
KUIZ MERDEKA
3 Tahap 1 - 7 orang RM3 x 14 orang RM42
Tahap 2 - 7 orang
PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK
Tempat Pertama RM50
4 Tempat Kedua RM40 RM120
Tempat Ketiga RM30
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
Tempat Pertama RM50
5 Tempat Kedua RM40 RM120
Tempat Ketiga RM30
PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA (MURID)
6 Tempat 1-5 mengikut kelas RM3 x 30 orang RM90

PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN


(GURU & MURID TAHUN 4)
7 Tempat Pertama RM40 RM90
Tempat Kedua RM30
Tempat Ketiga RM20
9 BAHAN-BAHAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN RM15 x 4 kumpulan RM60
JUMLAH KESELURUHAN RM576

6
PENUTUP
Semoga program Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Tahun 2023 peringkat
sekolah ini dapat mencapai objektif kepada semua warga SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub.
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Disediakan oleh,

….……………………………….
(NOR SYAHIRAH BINTI ZULKIPLI)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub Tarikh :

Disemak oleh,

….……………………………….
(AHMAD ZHARFAN BIN ABD TAIB)
Guru Besar,
SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub Tarikh :

Disahkan oleh,

….……………………………….
(ROSAIDI BIN RAMELI)
Pengerusi,
SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub Tarikh :

You might also like