You are on page 1of 2

Bahagian D

[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk
karangan berformat atau karangan tidak berformat.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

SUASANA DI KANTIN SEKOLAH

Semua murid akan pergi ke kantin pada waktu rehat. Pengawas-pengawas


yang bertugas di kantin sekolah akan keluar lima minit lebih awal daripada
murid-murid untuk menjamu selera.
Semasa tiba di kantin, murid-murid membasuh tangan sebelum
membeli makanan. Murid-murid beratur dengan tertib semasa mereka hendak
membeli makanan. Murid-murid boleh membeli nasi goreng, nasi lemak, mi
goreng atau makanan lain yang menjadi kegemaran masing-masing. Mereka
juga membeli minuman daripada mak cik yang bekerja di kantin.
Murid-murid menjamu selera sambil berbual-bual. Suasana di kantin
menjadi meriah. Murid-murid membuang sisa-sisa makanan ke dalam tong
sampah yang telah disediakan. Selepas itu, mereka meletakkan pinggan-
pinggan yang kotor ke dalam besen yang terdapat singki.
Selepas makan, sesetengah murid akan membaca buku cerita untuk
mengisi masa lapang manakala sebahagian murid pula akan bersembang
dengan rakan-rakan mereka. Selepas loceng berbunyi, murid-murid akan
beratur dan balik ke kelas. Suasana di kantin menjadi sunyi 寂静 semula.

You might also like