You are on page 1of 32

1.

PENDAHULUAN
1.1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat
keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah
diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan
tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan
percaya mempercayai di kalangan rakyat.

1.2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis
Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970
yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan
antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan
Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang
kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke
arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan
tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi
pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan
dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan
Negara.

1.3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan
dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh
Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan
Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan
Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat
Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin
perpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara
ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benar-
benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya
hidup seharian.

2.2. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah
mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah
menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling
IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah
bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk Lampiran A) kepada semua Pengarah
Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan,
tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai
panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.
2.3. Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan
penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM)
telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan
tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA


3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

3.2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3.3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan


Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;

3.4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.

4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara
di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;

TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB PERLAKSANAAN
1. Jabatan Perpaduan - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Negara Dan - Bahagian - Cadangan aktiviti
Integrasi Nasional Perpaduan - Kepegawaian /
Masyarakat Dan Fasilitator
Integrasi Negara - Bahan cetak
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan
TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB PERLAKSANAAN
2. Kementerian - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Pelajaran Malaysia Pelajaran Malaysia - Cadangan aktiviti
(KPPM) - Kepegawaian /
- Pengarah Bahagian Fasilitator
Sekolah - Bahan cetak
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan
3. Jabatan Perpaduan - Pengarah Jabatan - Arahan
Negara Dan Perpaduan Negara - Kewangan
Integrasi Nasional Dan Nasional - Cadangan dan
Negeri/Jabatan Negeri pelaksanaan
Pelajaran Negeri - Pengarah Pelajaran aktiviti
Negeri - Pemantauan
- Pelaporan
4. Pejabat Perpaduan - Pegawai - Pelaporan
Daerah /Bahagian/ Perpaduan - Penyelarasan
Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian
Daerah/ Bahagian - Pegawai Pelajaran
Daerah/Bahagian
5. Sekolah - Pengetua/Guru - Penubuhan Kelab
Besar - Pelaksanaan
- Guru Penasihat aktiviti
- Pemantauan
- Pelaporan
- Sumber Kewangan

5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

5.1. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan


pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan
Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke
arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:

 Kepercayaan Kepada Tuhan


 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

5.2. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah
seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.

5.3. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini
juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih
berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab
Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan
aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai
yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme,
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

6. SUMBER KEWANGAN

6.1. Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan


kokurikulum sedia ada);
6.2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional,
Jabatan Perdana Menteri;
6.3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;
6.4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
dan swasta;
6.5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan dan swasta; dan
6.6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan
Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi
supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan
terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih
bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat
ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat
dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

1. PENDAHULUAN

1.1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara
di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan
Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan
berbuat demikian.

1.2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh
murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

1.3. Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang
dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala
perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah


masing-masing.

2.2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan


penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

2.3. Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa


ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara
dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

2.4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab


Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

2.5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru


Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;-
a) Perlembagaan kelab;
b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
c) Senarai aktiviti utama kelab;dan
d) Laporan Kewangan.

2.6. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-


kurangnya 3 kali setahun.
3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam
Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

1.2. Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah
masing-masing.

1.3. Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peratuan 2: Objektif

Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan
memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

2.3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun


Negara kepada negara;

2.4. Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

2.5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid


berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan
kerjasama antara kaum;

2.6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang
larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3: Keahlian

3.1. Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab
Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak
boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya
terdiri daripada satu kaum sahaja.
3.3. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-
perkara berikut;

3.3.1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama
ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

3.3.2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
oleh kelab;

3.3.3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda
yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum;

3.3.4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya
memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

3.3.5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara
yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu


budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti


berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

4.1.1. Kepercayaan Kepada Tuhan


- Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;
(rujuk halaman 26);

4.1.2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;
(rujuk halaman 29);

4.1.3. Keluhuran Perlembagaan


Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
(rujuk halaman 32);

4.1.4. Kedaulatan Undang-Undang


- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;
(rujuk halaman 36); dan
4.1.5. Kesopanan Dan Kesusilaan
- Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan
kebudayaan sesuatu kaum.
(rujuk halaman 38).

4.1.6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan
Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini
adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab
Rukun Negara.

Jawatankuasa ini adalah separti berikut :

i. Penaung Bersama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

- Menteri Pelajaran Malaysia

ii. Pengerusi Bersama - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan


Integrasi Nasional

iii. Timbalan Pengerusi - Timbalan Ketua Pengarah


Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. Setiausaha - Pengarah Bahagian sekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan


Integrasi Negara
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

v. Ahli - Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

- Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia

- Bahagian Teknik dan Vakasional,


Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jabatan Penerangan Malaysia

5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun


Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam
melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri
dan di sekolah-sekolah.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Penaung - Exco Perpaduan

ii. Pengerusi Bersama - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
(JPNIN) Negeri

iii. Setiausaha - Penolong Pengarah JPNIN Negeri

- Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli -Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5.3. Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti


Kelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.

i. Penasihat - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah JPNIN Negeri

ii. Pengerusi Bersama - Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

iii. Setiausaha - Penyelia Kokurikulum


- Pembantu Pembangunan Masyarakat

iv. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)


- Jabatan Penerangan Daerah

5.4. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti


berikut;

i. Penaung - Pengetua/Guru Besar

ii. Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

iii. Penyelaras - Guru Penasihat

iv. Pengerusi - Seorang murid

v. Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi. Setiausaha - Seorang murid

vii. Penolong Setiausaha - Seorang murid

viii. Bendahari - Seorang murid

ix. Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

x.Juru Audit Dalam - 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan


Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung
Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit
Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

Pegerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.


- Mempengerusikan mesyuarat Kelab.
- Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.
- Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara
yang lain.
- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah
/Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan
sebagainya.
- Lain-lain tugas pentadbiran.

Timbalan Pengerusi - Bertanggungjawab kepada Pengerusi.


- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
- Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.
- Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.

Setiausaha - Mencatat minit masyuarat.


- Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.
- Menguruskan urusan surat-menyurat.
- Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha - Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas


kesetiausahaan.
- Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.

Bendahari - Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.


- Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.
- Mengusahakan sumber kewangan kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi.

AJK - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan


Pengerusi.
- Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan
kelab.
- Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.
- Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.
- membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Juru Audit Dalam - Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab


Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1. Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan Pengetua/Guru
Besar.
7.2. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan
sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya
bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan
dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.

7.3. Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat
kelulusan Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1. Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap
tahun.

8.2. Peranan Mesyuarat Agung


a) Memilih Jawatankuasa Kelab;
b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal-hal lain.

Peraturan 9 :

2.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan
menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila
masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.
LAMPIRAN A
SPI BIL. 17/2000:
PENUBUHAN
KELAB RUKUN NEGARA
DI SEKOLAH-SEKOLAH

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA


Office of the Director Generel of Education Malaysia
PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)


16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:


Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap
dapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah
Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha
ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah
berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan


Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalah sebagaimana yang
terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan
yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti berikut;
1.3. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti
Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan
masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang
kaum dan keturunan;

2.3. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum
sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain
melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

3.3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua
prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada


sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau
bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya
perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”

DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam


LAMPIRAN B
AKTIVITI
KELAB RUKUN NEGARA

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAN RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Kementerian Pelajaran Besar
prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. (KPM)
- Semua murid
- Setiap Perhimpunan
sekolah. - AJK Kelab Rukun
Negara (RKN)
- Hari Kokurikulum.
- Pegawai
- Majlis rasmi. Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar


terdiri daripada pelbagai
kaum.

2. MEMPAMERKAN Supaya murid sentiasa - Di pintu masuk hadapan - Pengetua/Guru


PRINSIP-PRINSIP mengingati prinsip-prinsip sekolah. Besar.
RUKUN NEGARA Rukun Negara.
- Sudut khas dalam kelas - AJK KRN
dan pejabat.

- Mural di dinding.

- Papan kenyataan.

3. NYANYIAN LAGU - Menyamai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN bangga terhadap raja dan Besar
‘NEGARAKU’ DAN Negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
4. FORUM – Memahami 1. Memperkenalkan nilai-nilai - Menjemput ahli panel - Semua murid
kepelbagaian sejagat dalam agama. yang mewakili agama
agama masing-masing. - AJK KRN
2. Menghormati kepercayaan
agama lain.

3. Menghormati penganut-
penganut lain.

5. CERAMAH – Penerapan 1. Mendedahkan nilai-nilai - Menjemput panel - Pengetua/Guru


nilai sejagat murni dalam kehidupan. penceramah bertauliah Besar
dalam agama daripada JPNIN, KPM dan
2. Menerapkan unsur-unsur Jabatan Penerangan - PIBG
positif dalam kehidupan. Malaysia.
- JPNIN

6. PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan - Pertandingan terbuka - KPM


PIDATO / DEBAT mencungkil bakat murid. kepada semua murid.
PERPADUAN INTEGRASI - JPNIN
DAN NASIONAL 2. Memupuk minat membaca. - Sempena Bulan
Kemerdekaan / Bulan - Sekolah
3. Menggalakkan penggunaan Perpaduan.
ICT untuk mencari bahan. - AJK KRN
- Peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.

7. LAWATAN KE RUMAH- 1. Mengenali secara lebih - Menganjurkan lawatan ke - Sekolah


RUMAH IBADAT dekat rumah-rumah ibadat rumah-rumah ibadat yang
penganut agama lain. dibuka untuk - AJK KRN
lawatan/seperti di Masjid
2. Menyemai perasaan/ sikap Negara/ Putrajaya, Batu
menghormati prinsip Caves Selangor, Sam Poh
kebebasan beragama di Tong di Ipoh , Perak.
kalangan setiap warganegara.
- Mendapatkan kebenaran
bertulis daripada ibu bapa.

- Mendapatkan kebenaran
daripada rumah-rumah
ibadat.

8. MERAIKAN HARI Mendedahkan murid kepada - Mengadakan majlis - Pengetua/Guru


PERAYAAN PELBAGAI pelbagai hari perayaan seperti sambutan di sekolah. Besar
KAUM Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Murid digalakkkan
Hari Gawai dan Pesta melibatkan diri di dalam -AJK KRN
Keamatan. aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan.

-Program dianjurkan dalam


bulan-bulan berkaitan.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
9. PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap mencintai - Pertandingan Buku Skrap - Guru Agama/Guru
PENYEDIAAN FOLIO / dan menghargai anugerah tentang kepercayaan Pendidikan Moral
BUKU SKRAP Tuhan di kalangan murid. kepada Tuhan.
- AJK KRN
2. Memberi kesedaran dan -Sebelum dan selepas Hari
keinsafan kapada murid Perayaan Agama; contoh:
tentang kesan terhadap alam pada hari Maulidur Rasul.
sekitar akibat daripada
perbuatan manusia. -Mengumpul bahan-bahan
berkaitan dengan
3. Menggalakkan penggunaan keindahan dan kemusnahan
ICT untuk mencari bahan. alam ciptaan tuhan.

-Mengumpul kata-kata
hikmah sebagai pendorong.

10. KEM BINA INSAN Mempertingkatkan kerohanian Mengadakan ceramah, - Pengetua/Guru


dan nilai-nilai murni di forum, bengkel dan Besar
kalangan murid. sebagainya.
- AJK KRN

- JPNIN

11. BAHAN PENERBITAN Meningkatkan kesedaran di Mewujudkan Sudut - Pengetua/Guru


kalangan murid agar menjadi Kerohanian dengan ayat- Besar
manusia yang lebih berguna ayat suci atau kata-kata
dan baik. pujangga/madah / mutiara - AJK KRN
kata yang memberi
pengajaran kepada murid.
PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar
prinsip-prinsip Rukun Negara. - Setiap perhimpunan
sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar


terdiri daripada murid
pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN bangga terhadap raja dan Besar
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. LAWATAN Memberi pendedahan - Lawatan ke Istana, - Semua murid


mengenai Sistem Muzium DiRaja dan
Pemerintahan Raja Muzium Negeri - AJK KRN
Berperlembagaan.
- Lawatan Integrasi semasa
Hari Keputeraan Agong.

- Lawatan semasa
Persidangan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.

4. PERTANDINGAN BUKU 1. Menyemai rasa cinta dan - Bersifat pertandingan - Pengetua/Guru


SKRAP / FOLIO bangga kepada Raja dan Besar
SALASILAH Negara. - Kerja kumpulan.
KESULTANAN NEGERI - AJK KRN
2. Memberi pendedahan - Dijalankan di peringkat
mengenai sistem pemerintahan sekolah.
negeri-negeri di Malaysia.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
5. KEMPEN KIBAR JALUR Menyemai dan memupuk - Mengadakan majlis - Pengetua/Guru
GEMILANG DAN semangat patriotisme di pelancaran Kempen Kibar Besar
BENDERA NEGERI kalangan murid. Jalur Gemilang dan
Bendera Negeri. - AJK KRN

- Nyanyian lagu Jalur - JPNIN


Gemilang dan patriotik.

- Tayangan gambar
berunsurkan patriotik untuk
semua kaum.

- Ahli KRN menyertai


Perbarisan sempena ulang
tahun Hari Kemerdekaan.

- Sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan.

- Majlis rasmi yang lain.

6. PENGKISAHAN 1. Mengingati dan menghayati - Sempena Sambutan - Pengetua/Guru


SEJARAH NEGARA sejarah dan pembangunan Bulan Kemerdekaan. Besar
OLEH TOKOH-TOKOH negara.
NEGARA DAN - Majlis rasmi. - AJK KRN
TEMPATAN 2. Menghargai jasa-jasa
pemimipin negara.

7. PAMERAN 1. Mengenali dan menghayati - Mengadakan pemeran. - Pengetua/Guru


(Sejarah Negara) sejarah Negara. Besar
- Menyediakan bahan.
2. Memupuk perasaan - AJK KRN
cintakan negara. - Mengadakan lawatan ke
pameran yang dianjurkan
3. Menghargai jasa-jasa oleh agensi-agensi lain.
pemimipin- pemimipin
tempatan dan pejuang negara.

8. PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. - Menguruskan - Pengetua/Guru


KEBUDAYAAN / pertandingan:- Besar
KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan diri. a) Puisi
WARISAN - AJK KRN
b) Drama
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
3. Memberi pendedahan c) Mencipta lagu
kapada murid tentang patriotik
kebudayaan dan keseniaan
kaum-kaum lain. d) Menyanyi

e) Tarian

f) Buku skrap

g) Cerpen

h) Kata bestari
kenegaraan

i) Pertandingan-
pertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsip-
prinsip Rukun
Negara.

9. KARNIVAL PATRIOTIK 1. Memupuk semangat Koir, sajak, pentomen dan - Pengetua/Guru


patriotik dan menyuburkan sabagainya. Besar
semangat perpaduan di
kalangan murid. - AJK KRN

2. Menyemarakan jati diri


murid.
PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar
prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
Negara. sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar


terdiri daripada murid
pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN bangga terhadap raja dan Besar
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. CERAMAH Memberi kesedaran dan - Semasa kempen/ minggu - Semua murid


kefahaman tentang kesedaran sivik.
keluhuran perlembagaan / - AJK KRN
pembentukan perlembagaan / - Salah satu aktiviti Kursus
kontrak sosial. Kepimpinan Perkhemahan. - JPNIN

- Salah satu aktiviti Bulan


Patriotisme.

4. LAWATAN 1. Memberi peluang kepada - Menganjurkan lawatan ke - Pengetua/Guru


KENEGARAAN murid menyaksikan proses Sidang Dewan Undangan Besar
sistem perundangan Negara Negeri/ Parlimen.
dijalankan. - AJK KRN

2. Mempertingkatkan
kefahaman murid mengenai
sistem perundangan Negara.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
5. KUIZ / PERBAHASAN 1. Memupuk kemahiran - Menganjurkan - Pengetua/Guru
(PERLEMBAGAAN) pengucapan awam. pertandingan peringkat Besar
sekolah/ daerah.
2. Menilai/ menguji tahap - AJK KRN
pengetahuan murid tentang - Diadakan semasa Sambutan
Perlembagaan. Bulan Perpaduan, Bulan
Kemerdekaan. kempen/
minggu berkaitan.

6. PERKHEMAHAN 1. Memupuk sifat-sifat - Aktiviti luar sekolah/ - Pengetua/Guru


(MOTIVASI) kepimpinan berlandaskan ceramah motivasi. Besar
prinsip-prinsip Rukun
Negara. - Kerjasama dengan agensi - AJK KRN
kerajaan swasta.
2. Meningkatkan
pengetahuan murid tentang
sistem perlembagaan negara.

7. PERMAINAN 1.Menggalakkan integrasi - Permainan Mencari Harta - Pengetua/Guru


BERASASKAN PRINSIP kaum. Karun (Treasure Hunt). Besar
TIGA RUKUN NEGARA
2. Memupuk perpaduan dan - ‘Clue’ yang digunakan - AJK KRN
nilai kerjasama. berdasarkan sistem
perlembagaan negara.
3. Menambah pengetahuan
dan pengalaman tentang - Perlaksanaan peringkat
sistem perlembagaan negara. sekolah di dalam dan sekitar
sekolah.

- Kerjasama dengan agensi-


agensi kerajaan/ swasta.

8. PERTANDINGAN 1. Memupuk kemahiran - Pertandingan Menulis Esei - Pengetua/Guru


MENULIS kreatif menulis tentang isu- Cerpen / Puisi peringkat Besar
isu perlembagaan negara. sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaaan. - AJK KRN
2. Mencungkil bakat-bakat
dalam berkaitan. - Berkala.

3. Kesedaran tentang isu-isu


semasa perlembagaan
negara.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya kreativiti. - Dalam bentuk - Pengetua/Guru
pertandingan. Besar
2. Menghayati sistem
perlembagaan negara. - Berkala - AJK KRN

3. Sebagai pemangkin
percambahan fikiran.

4. Menggalakkan integrasi
kaum.
10. FORUM 1. Meningkat pengetahuan - Dianjurkan di peringkat - Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN tentang perlembagaan. sekolah. Besar

2. Perkongsian pengetahuan - Kerjasama dengan agensi - AJK KRN


dan pengalaman. luar.
- JPNIN
3. Memperjelaskan isu-isu
semasa yang timbul (kurang
difahami/keliru).

11. PERTANDINGAN BUKU 1. Memupuk daya kreativiti - Bersifat pertandingan - Pengetua/Guru


SKRAP murid dalam bidang Besar
penulisan. - Kerja kumpulan
- AJK KRN
2. Kesedaran tentang isu-isu - Peringkat sekolah
semasa dalam sistem
perlembagaan.

12. PAMERAN 1. Memupuk daya kreativiti - Kerja kumpulan untuk - Pengetua/Guru


KENEGARAAN murid. mengendalikan pameran. Besar

2. Kesedaran tentang isu-isu - Menonjolkan pencapaian - AJK KRN


semasa dalam sistem individu/ syarikat yang
perlembagaan. berjaya.

- Melibatkan PIBG.

13. BULAN 1. Memupuk kesedaran - Kempen Kibar Jalur - Pengetua/Guru


KEMERDEKAAN kebangsaan yang Gemilang. Besar
merangkumi Prinsip Rukun
Negara. - Sambutan Bulan - AJK KRN
Kemerdekaan.
2. Menghayati idea
kebebasan dan demokrasi. - Menganjurkan aktiviti-
aktiviti yang boleh
3. Mengetahui tentang latar menyemarakkan semangat
belakang kronologi patriotisme. Contoh:
penggubalan perlembagaan Pertandingan mencipta lagu
Malaysia. patriotik, melukis poster dan
lain-lain.
4. Memupuk semangat setia
dan cintakan negara.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
14. MENGADAKAN 1. Mencungkil bakat murid - Melibatkan semua murid - Pengetua/Guru
AKTIVITI ALA MINI sebagai pemimpin negara. Besar
PARLIMEN DI SEKOLAH - Peringkat antara sekolah.
2. Memberi kebebasan - AJK KRN
membahas isu penting untuk
Pembangunan negara.

15. BULAN KESEDARAN 1. Memberi kesedaran dan - Mempamerkan naskah - Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN kefahaman tentang Perlembagaan Negeri/ Besar
pembentukan perlembagaan / Persekutuan dalam Pusat
keluhuran perlembagaan / Sumber Sekolah dan di - AJK KRN
kontrak sosial. papan kenyataan sekolah.
- JPNIN
2. Memperjelaskan isu-isu - Menganjurkan ceramah
yang timbul yang kurang mengenai perlembagaan
difahami/ keliru. daripada agensi-agensi yang
terlibat.
3. Perkongsian pengetahuan
dan pengalaman.

16. KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan - Penyeragaman dalam - Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN pengetahuan dan kefahaman penyediaan soalan kuiz. Besar
murid tentang perlembagaan
negara. - Hadiah disediakan oleh - AJK KRN
JPN KPM/JPNIN.
PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar
prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
Negara. sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar


terdiri daripada murid
pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN bangga terhadap raja dan Besar
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. KEMPEN 1. Memberi kesedaran - Syarahan semasa - Semua murid


MENDAULATKAN tentang kepentingan undang- perhimpunan sekolah.
UNDANG-UNDANG undang serta penghayatan - AJK KRN
NEGARA DAN terrhadap tugas-tugas - Mempamerkan keratan
PERATURAN SEKOLAH penguatkuasa. akhbar di papan kenyataan.

2. Menghayati cara undang- - Pertandingan buku skrap


undang dipraktikkan. pertandingan
melukis/fotografi.
3. Mengetahui cara-cara
penggubalan dasar-dasar dan
peraturan tertentu.

4. MINGGU KESEDARAN 1. Menghayati nilai-nilai - Menganjurkan pameran - Pengetua/Guru


SIVIK murni. dengan kerjasama agensi- Besar
agensi yang berkaitan seperti
2. Pemahaman terhadap PDRM, Majlis Perbandaran, - AJK KRN
tugas-tugas penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan
undang-undang. dan AADK. - Agensi Berkaitan

- Tayang Multimedia/ slaid


berkenaan tugas-tugas unit
penguatkuasa undang-
undang.

- Bahan dibekalkan oleh


Unit-unit Majlis Perbandaran
/ Pihak Berkuasa Tempatan /
PDRM / JPJ / Jabatan
Penerangan Malaysia.

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
5. LAWATAN 1. Kesedaran tentang - Menganjurkan lawatan di - Pengetua/Guru
implikasi melanggar undang- Mahkamah, Penguasa Besar
undang. Tempatan.
- AJK KRN
2. Melihat sendiri cara-cara - Lawatan ke institusi-
pentadbiran tempat institusi pemulihan seperti
berkenaan. Pusat Serenti/ sekolah
pemulihan akhlak dan
sebagainya.

6. PERMAINAN 1. Menggalakkan integrasi - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru


(EXPLOLAW) murid pelbagai kaum. Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
2. Memberi pengalaman - AJK KRN
tentang pelaksanaan undang-
undang.
PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar
prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
Negara. sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar


terdiri daripada murid
pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN bangga terhadap raja dan Besar
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. SEMINAR / FORUM / 1. Memperkenalkan dan - Menjemputkan penceramah - KPM


CERAMAH memupuk prinsip-prinsip dari agensi kerajaan/ swasta
Rukun Negara di kalangan dan lain-lain. - JPNIN
murid.
- Pertandingan Syarahan - JPN
2. Mempertingkatkan (wujudkan piala) di
kesedaran murid tentang peringkat sekolah daerah. - Biro Tata Negara
nilai-nilai murni dalam
masyarakat. - Ceramah mengenai
kesopanan dan kesusilaan
untuk pemimpin-pemimpin
Murid:-
- Pegawas
- Ketua Kelas
- Pengerusi/AJK Kelab
Persatuan

- Forum mengenai adat


resam pelbagai kaum/
budaya/agama.
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PERLAKSANAAN
4 LAWATAN 1. Memberi keinsafan dan Menganjurkan lawatan - Pengetua/Guru
kesedaran semasa melakukan Rumah Orang Tua, Anak Besar
lawatan ke institusi-institusi Yatim dan sebagainya.
yang berkenaan. - AJK KRN

2. Menyemai dan memupuk


nilai-nilai murni bagi
mengukuhkan semangat
perpaduan kaum.

5. PERKHEMAHAN Memberi pengertian dan - Penerangan budaya antara - Pengetua/Guru


(MOTIVASI) menerapkan nilai-nilai murni Kaum. Besar
bagi mengukuhkan semangat Contohnya:-
perpaduan kaum. a) Adat Resam / - AJK KRN
Pantang Larang
b) Permainan
Tradisional /
Sukaneka
c) Kubudayaan.

6. KEMPEN BERBUDI 1. Menentukan pertuturan Memilih murid yang terbaik - Pengetua/Guru


BAHASA yang baik di kalangan murid. bertutur dan berbudi bahasa. Besar

2. Menggunakan laras - AJK KRN


bahasa yang sesuai dengan
semua peringkat umur.

3. Memupuk sikap beradab


sopan dikalangan murid.

7. HARI KELUARGA / HARI Memupuk dan mengeratkan - Pendedahan dan panduan - Pengetua/Guru
IBU PABA rasa kasih sayang yang kepada ibu bapa dan murid Besar
mendalam antara ahli di peringkat sekolah.
keluarga. - AJK KRN
- Ibu bapa dan murid akan
melaksanakannya di rumah - Ibu Bapa
untuk seluruh keluarga.
- Murid
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. HARI TERBUKA KELAB 1. Meningkatkan minat murid - Peringkat sekolah, Contoh: - Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA untuk menjadi ahli Kelab Gerai jualan dan pameran. Besar
Rukun Negara.
- Pameran Kelab Rukun - AJK KRN
2. Mempromosikan Kelab Negara.
Rukun Negara di kalangan
murid pelbagai kaum.

3. BULAN PENGHAYATAN Meningkatkan murid tentang Pelbagai aktiviti ke arah - Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA kepentingan Rukun Negara meningkatkan penghayatan Besar
dalam mengekalkan Rukun Negara di kalangan
keharmonian kaum di negara murid dilaksanakan. - AJK KRN
ini.

3. PROGRAM Mengeratkan hubungan antara - Sekurang-kurangnya satu -KPM


PERTUKARAN MURID murid berbilang kaum. bulan.
KE SABAH/SARAWAK/ - JPNIN
LABUAN/ - Peringkat kebangsaan.
SEMENANJUNG.
4. LAWATAN INTEGRASI 1. Memupuk semangat - Lawatan antara - Pengetua/Guru
setiakawan dan perpaduan di sekolah/daerah/negeri/ Besar
antara murid. wilayah.
- AJK KRN
2. Memahami dan menghayati - Berkonsepkan Homestay
adat resam sesuatu kaum. (Program Anak Angkat). - JPNIN
Contoh: Rumah Panjang,
Bapa dan Nyonya,
Perkampungan Melayu dan
sebagainya.

5. KARNIVAL KESENIAN Memupuk semangat cintakan - Persembahan / - Pengetua/Guru


DAN BUDAYAAN kesenian dan kebudayaan ke pertunjukan tarian/ Besar
PERPADUAN arah menyatupadukan rakyat nyanyian tradisional.
pelbagai kaum. - AJK KRN
- Pameran budaya adat
resam pelbagai kaum.

6. SUKAN 1. Menggalak dan memupuk - Menganjurkan:- - Pengetua/Guru


semangat kesukanan di i. Larian Perpaduan Besar
kalangan murid. ii. Permainan
Tradisional / - AJK KRN
2. Memupuk semangat Sukaneka
perpaduan menerusi sukan.

7. PROGRAM PRA Memupuk semangat - Gotong royong di Rumah - Pengetua/Guru


LATIHAN KHIDMAT perpaduan dan sahsiah yang Orang Tua/ Anak Tatim/ Besar
NEGARA tinggi di kalangan murid. Kawasan Rekreasi/ Rumah
Ibadat dan sebagainya. - AJK KRN

- Memberi sumbangan
dalam kerja-kerja kebajikan
anjuran agensi
kerajaan/swasta.

You might also like