You are on page 1of 41

7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

1. PENDAHULUAN

1.1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat


keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah
diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan
tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan
 Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan
 percaya mempercayai di kalangan rakyat.

1.2.   Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis
Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970
yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan
antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan
 Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang
kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke
arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan
tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi
 pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan
dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan

 Negara.

1.3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan
dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh
Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan
Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan
Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat

Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin


 perpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 1/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benar-
 benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya
hidup seharian.

2.2. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah
mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah
menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling
IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah
 bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk  Lampiran A) kepada semua Pengarah
Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan,
tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai
 panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.

2.3. Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan


 penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM)
telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak 
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan
tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

3.2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3.3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan

Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;

3.4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
 berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
 berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.

4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 2/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara
di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;

 
TINDAKAN /
TANGGUNGJAWAB PERLAKSANAAN
JABATAN
1. Jabatan Perpaduan - Ketua Pengarah - Garis Panduan
 Negara Dan - Bahagian - Cadangan aktiviti
Integrasi Nasional Perpaduan - Kepegawaian /
Masyarakat Dan Fasilitator 
Integrasi Negara - Bahan cetak  
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan

TINDAKAN /
TANGGUNGJAWAB PERLAKSANAAN
JABATAN
2. Kementerian - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Pelajaran Malaysia Pelajaran Malaysia - Cadangan aktiviti
(KPPM) - Kepegawaian /
- Pengarah Bahagian Fasilitator 
Sekolah - Bahan cetak  
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan
3. Jabatan Perpaduan - Pengarah Jabatan - Arahan
 Negara Dan Perpaduan Negara - Kewangan
Integrasi Nasional Dan Nasional - Cadangan dan

 Negeri/Jabatan
Pelajaran Negeri -  Negeri
Pengarah Pelajaran  pelaksanaan
aktiviti
 Negeri - Pemantauan
- Pelaporan
4. Pejabat Perpaduan - Pegawai - Pelaporan
Daerah /Bahagian/ Perpaduan - Penyelarasan
Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian
Daerah/ Bahagian - Pegawai Pelajaran
Daerah/Bahagian
5. Sekolah - Pengetua/Guru - Penubuhan Kelab
Besar  - Pelaksanaan
- Guru Penasihat aktiviti
- Pemantauan

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 3/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

- Pelaporan
- Sumber Kewangan

5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

5.1. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan


 pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan
Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke
arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:

∗ Kepercayaan Kepada Tuhan

∗ Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

∗ Keluhuran Perlembagaan

∗ Kedaulatan Undang-Undang

∗ Kesopanan dan Kesusilaan

5.2. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah
seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.

5.3. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini
 juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih
 berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab
Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan
aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai
yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme,
 perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 4/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

6. SUMBER KEWANGAN

6.1. Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan

kokurikulum sedia ada);


6.2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional,
Jabatan Perdana Menteri;

6.3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;

6.4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan


dan swasta;

6.5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan


kerajaan dan swasta; dan

6.6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan
Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi
supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
 penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan
terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih
 bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat
ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat
dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

1. PENDAHULUAN

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 5/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

1.1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara
di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan
Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan
 berbuat demikian.

1.2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh
murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

1.3. Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang
dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga
 bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala
 perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah


masing-masing.

2.2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan


 penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

2.3. Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa


ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara

dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

2.4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab


Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

2.5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru


Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;-

a) Perlembagaan kelab;

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 6/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

 b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

c) Senarai aktiviti utama kelab;dan

d) Laporan Kewangan.

2.6. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-


kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam
Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

1.2. Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah
masing-masing.

1.3. Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peratuan 2: Objektif 

Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan
memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

2.3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun


 Negara kepada negara;

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 7/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

2.4. Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

2.5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid

 berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan


kerjasama antara kaum;

2.6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang
larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3: Keahlian

3.1. Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab
Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak 
 boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya
terdiri daripada satu kaum sahaja.

3.3. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-
 perkara berikut;

3.3.1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama
ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

3.3.2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
oleh kelab;

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 8/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

3.3.3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda
yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum;

3.3.4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya
memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

3.3.5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara
yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu


 budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti


 berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

4.1.1. Kepercayaan Kepada Tuhan

- Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;

(rujuk halaman 26);

4.1.2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;

(rujuk halaman 29);

4.1.3. Keluhuran Perlembagaan

  Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

(rujuk halaman 32);

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 9/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

4.1.4. Kedaulatan Undang-Undang

- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;

(rujuk halaman 36); dan

4.1.5. Kesopanan Dan Kesusilaan

- Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan


kebudayaan sesuatu kaum.

(rujuk halaman 38).

4.1.6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan

Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini
adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab
Rukun Negara.

Jawatankuasa ini adalah separti berikut :

i. Penaung Bersama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

- Menteri Pelajaran Malaysia

ii. Pengerusi Bersama - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan

Integrasi Nasional

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 10/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

iii. Timbalan Pengerusi - Timbalan Ketua Pengarah

Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. Setiausaha - Pengarah Bahagian sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan

Integrasi Negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

v. Ahli - Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

- Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Bahagian Teknik dan Vakasional,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Jabatan Penerangan Malaysia

5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun


 Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam
melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri
dan di sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 11/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

i. Penaung - Exco Perpaduan

ii. Pengerusi Bersama - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

(JPNIN) Negeri

iii. Setiausaha - Penolong Pengarah JPNIN Negeri

- Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli -Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5.3. Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti


Kelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.

i. Penasihat - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah JPNIN Negeri

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 12/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

ii. Pengerusi Bersama - Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

iii. Setiausaha - Penyelia Kokurikulum

- Pembantu Pembangunan Masyarakat

iv. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

- Jabatan Penerangan Daerah

5.4. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti


 berikut;

i. Penaung - Pengetua/Guru Besar 

ii. Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

iii. Penyelaras - Guru Penasihat

iv. Pengerusi - Seorang murid

v. Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi. Setiausaha - Seorang murid

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 13/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

vii. Penolong Setiausaha - Seorang murid

viii. Bendahari - Seorang murid

ix. Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

x.Juru Audit Dalam - 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan


Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung
Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit
Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

Pegerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.

- Mempengerusikan mesyuarat Kelab.

- Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.

- Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara

yang lain.

- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah


/Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan

sebagainya.

- Lain-lain tugas pentadbiran.

Timbalan Pengerusi - Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 14/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

- Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.

- Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.

Setiausaha - Mencatat minit masyuarat.

- Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.

- Menguruskan urusan surat-menyurat.

- Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan

Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha - Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas

kesetiausahaan.

- Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.

Bendahari - Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.

- Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.

- Mengusahakan sumber kewangan kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi.

AJK - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan

Pengerusi.

- Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan

kelab.

- Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.

- Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 15/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

- membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Juru Audit Dalam - Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab

Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1. Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan Pengetua/Guru
Besar.

7.2. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan


sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya
 bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan
dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.

7.3. Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat
kelulusan Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1. Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap

tahun.

8.2. Peranan Mesyuarat Agung

a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

 b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 16/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

e) Hal-hal lain.

Peraturan 9 :

2.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan
menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila
masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 17/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

LAMPIRAN A
SPI BIL. 17/2000:

PENUBUHAN

KELAB RUKUN NEGARA

DI SEKOLAH-SEKOLAH

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 18/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA


Office of the Director Generel of Education Malaysia
PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR  Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)


16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:


Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap
dapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
 penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah
 Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha
ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah
 berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan


Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalah
sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 19/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah
seperti berikut;

1.3. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti
Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan
masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada
 peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum
dan keturunan;

2.3. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu


kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah
lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

3.3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua
 prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan


kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat
demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara
tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah
diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”

DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 20/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir 


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah


10. Pegawai Perhubungan Awam

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 21/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

LAMPIRAN B
AKTIVITI
KELAB RUKUN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 22/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAN RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Kementerian Pelajaran Besar 
 prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. (KPM)
- Semua murid
- Setiap Perhimpunan
sekolah. - AJK Kelab Rukun
 Negara (RKN)
- Hari Kokurikulum.
- Pegawai
- Majlis rasmi. Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar 


terdiri daripada pelbagai
kaum.

2. MEMPAMERKAN Supaya murid sentiasa - Di pintu masuk hadapan - Pengetua/Guru


PRINSIP-PRINSIP mengingati prinsip-prinsip sekolah. Besar.
RUKUN NEGARA Rukun Negara.
- Sudut khas dalam kelas - AJK KRN
dan pejabat.

- Mural di dinding.

- Papan kenyataan.

3. NYANYIAN LAGU - Menyamai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN  bangga terhadap raja dan Besar 
‘NEGARAKU’ DAN  Negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 23/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
4. FORUM – Memahami 1. Memperkenalkan nilai-nilai - Menjemput ahli panel - Semua murid
kepelbagaian sejagat dalam agama. yang mewakili agama
agama masing-masing. - AJK KRN
2. Menghormati kepercayaan
agama lain.

3. Menghormati penganut-
 penganut lain.

5. CERAMAH – Penerapan 1. Mendedahkan nilai-nilai - Menjemput panel - Pengetua/Guru


nilai sejagat murni dalam kehidupan.  penceramah bertauliah Besar 
dalam agama daripada JPNIN, KPM dan
2. Menerapkan unsur-unsur  Jabatan Penerangan - PIBG
 positif dalam kehidupan. Malaysia.
- JPNIN

6. PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan - Pertandingan terbuka - KPM


PIDATO / DEBAT mencungkil bakat murid. kepada semua murid.
PERPADUAN INTEGRASI - JPNIN
DAN NASIONAL 2. Memupuk minat membaca. - Sempena Bulan
Kemerdekaan / Bulan - Sekolah
3. Menggalakkan penggunaan Perpaduan.
ICT untuk mencari bahan. - AJK KRN
- Peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.

7. LAWATAN KE RUMAH- 1. Mengenali secara lebih - Menganjurkan lawatan ke - Sekolah


RUMAH IBADAT dekat rumah-rumah ibadat rumah-rumah ibadat yang
 penganut agama lain. dibuka untuk  - AJK KRN
lawatan/seperti di Masjid
2. Menyemai perasaan/ sikap  Negara/ Putrajaya, Batu
menghormati prinsip Caves Selangor, Sam Poh
kebebasan beragama di Tong di Ipoh , Perak.
kalangan setiap warganegara.
- Mendapatkan kebenaran
 bertulis daripada ibu bapa.

- Mendapatkan kebenaran
daripada rumah-rumah

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 24/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

ibadat.

8. MERAIKAN HARI Mendedahkan murid kepada - Mengadakan majlis - Pengetua/Guru


PERAYAAN PELBAGAI  pelbagai hari perayaan seperti sambutan di sekolah. Besar 
KAUM Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Murid digalakkkan
Hari Gawai dan Pesta melibatkan diri di dalam -AJK KRN
Keamatan. aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan.

-Program dianjurkan dalam


 bulan-bulan berkaitan.

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
9. PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap mencintai - Pertandingan Buku Skrap - Guru Agama/Guru
PENYEDIAAN FOLIO / dan menghargai anugerah tentang kepercayaan Pendidikan Moral
BUKU SKRAP Tuhan di kalangan murid. kepada Tuhan.
- AJK KRN
2. Memberi kesedaran dan -Sebelum dan selepas Hari
keinsafan kapada murid Perayaan Agama; contoh:
tentang kesan terhadap alam  pada hari Maulidur Rasul.
sekitar akibat daripada
 perbuatan manusia. -Mengumpul bahan-bahan
 berkaitan dengan
3. Menggalakkan penggunaan keindahan dan kemusnahan
ICT untuk mencari bahan. alam ciptaan tuhan.

-Mengumpul kata-kata
hikmah sebagai pendorong.

10. KEM BINA INSAN Mempertingkatkan kerohanian Mengadakan ceramah, - Pengetua/Guru


dan nilai-nilai murni di forum, bengkel dan Besar 
kalangan murid. sebagainya.
- AJK KRN

- JPNIN

11. BAHAN PENERBITAN Meningkatkan kesedaran di Mewujudkan Sudut - Pengetua/Guru


kalangan murid agar menjadi Kerohanian dengan ayat- Besar 
manusia yang lebih berguna ayat suci atau kata-kata
dan baik.  pujangga/madah / mutiara - AJK KRN
kata yang memberi
 pengajaran kepada murid.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 25/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar 
 prinsip-prinsip Rukun Negara. - Setiap perhimpunan
sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


 Negara(KRN)

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 26/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar 


terdiri daripada murid
 pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN  bangga terhadap raja dan Besar 
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. LAWATAN Memberi pendedahan - Lawatan ke Istana, - Semua murid


mengenai Sistem Muzium DiRaja dan
Pemerintahan Raja Muzium Negeri - AJK KRN
Berperlembagaan.
- Lawatan Integrasi semasa
Hari Keputeraan Agong.

- Lawatan semasa
Persidangan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.

4. PERTANDINGAN BUKU 1. Menyemai rasa cinta dan - Bersifat pertandingan - Pengetua/Guru


SKRAP / FOLIO  bangga kepada Raja dan Besar 
SALASILAH  Negara. - Kerja kumpulan.
KESULTANAN NEGERI - AJK KRN
2. Memberi pendedahan - Dijalankan di peringkat
mengenai sistem pemerintahan sekolah.
negeri-negeri di Malaysia.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 27/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
5. KEMPEN KIBAR JALUR  Menyemai dan memupuk  - Mengadakan majlis - Pengetua/Guru
GEMILANG DAN semangat patriotisme di  pelancaran Kempen Kibar  Besar 
BENDERA NEGERI kalangan murid. Jalur Gemilang dan
Bendera Negeri. - AJK KRN

- Nyanyian lagu Jalur  - JPNIN


Gemilang dan patriotik.

- Tayangan gambar 
 berunsurkan patriotik untuk 
semua kaum.

- Ahli KRN menyertai


Perbarisan sempena ulang
tahun Hari Kemerdekaan.

- Sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan.

- Majlis rasmi yang lain.

6. PENGKISAHAN 1. Mengingati dan menghayati - Sempena Sambutan - Pengetua/Guru


SEJARAH NEGARA sejarah dan pembangunan Bulan Kemerdekaan. Besar 
OLEH TOKOH-TOKOH negara.
NEGARA DAN - Majlis rasmi. - AJK KRN
TEMPATAN 2. Menghargai jasa-jasa
 pemimipin negara.

7. PAMERAN 1. Mengenali dan menghayati - Mengadakan pemeran. - Pengetua/Guru


(Sejarah Negara) sejarah Negara. Besar 
- Menyediakan bahan.
2. Memupuk perasaan - AJK KRN
cintakan negara. - Mengadakan lawatan ke
 pameran yang dianjurkan
3. Menghargai jasa-jasa oleh agensi-agensi lain.
 pemimipin- pemimipin
tempatan dan pejuang negara.

8. PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. - Menguruskan - Pengetua/Guru


KEBUDAYAAN /  pertandingan:- Besar 
KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan diri. a) Puisi
WARISAN - AJK KRN
 b) Drama

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 28/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
3. Memberi pendedahan c) Mencipta lagu
kapada murid tentang  patriotik 
kebudayaan dan keseniaan
kaum-kaum lain. d) Menyanyi

e) Tarian

f) Buku skrap

g) Cerpen

h) Kata bestari
kenegaraan

i) Pertandingan-
 pertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsip-
 prinsip Rukun

 Negara.

9. KARNIVAL PATRIOTIK  1. Memupuk semangat Koir, sajak, pentomen dan - Pengetua/Guru


 patriotik dan menyuburkan sabagainya. Besar 
semangat perpaduan di
kalangan murid. - AJK KRN

2. Menyemarakan jati diri


murid.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 29/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar 
 prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
 Negara. sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


 Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar 


terdiri daripada murid
 pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN  bangga terhadap raja dan Besar 
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. CERAMAH Memberi kesedaran dan - Semasa kempen/ minggu - Semua murid


kefahaman tentang kesedaran sivik.
keluhuran perlembagaan / - AJK KRN

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 30/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

 pembentukan perlembagaan / - Salah satu aktiviti Kursus


kontrak sosial. Kepimpinan Perkhemahan. - JPNIN

- Salah satu aktiviti Bulan


Patriotisme.
 
4. LAWATAN 1. Memberi peluang kepada - Menganjurkan lawatan ke - Pengetua/Guru
KENEGARAAN murid menyaksikan proses Sidang Dewan Undangan Besar 
sistem perundangan Negara  Negeri/ Parlimen.
dijalankan. - AJK KRN

2. Mempertingkatkan
kefahaman murid mengenai
sistem perundangan Negara.

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
5. KUIZ / PERBAHASAN 1. Memupuk kemahiran - Menganjurkan - Pengetua/Guru
(PERLEMBAGAAN)  pengucapan awam.  pertandingan peringkat Besar 
sekolah/ daerah.
2. Menilai/ menguji tahap - AJK KRN
 pengetahuan murid tentang - Diadakan semasa
Perlembagaan. Sambutan Bulan Perpaduan,
Bulan Kemerdekaan.
kempen/ minggu berkaitan.

6. PERKHEMAHAN 1. Memupuk sifat-sifat - Aktiviti luar sekolah/ - Pengetua/Guru


(MOTIVASI) kepimpinan berlandaskan ceramah motivasi. Besar 
 prinsip-prinsip Rukun
 Negara. - Kerjasama dengan agensi - AJK KRN
kerajaan swasta.

2. Meningkatkan
 pengetahuan murid tentang
sistem perlembagaan negara.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 31/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

7. PERMAINAN 1.Menggalakkan integrasi - Permainan Mencari Harta - Pengetua/Guru


BERASASKAN PRINSIP kaum. Karun (Treasure Hunt). Besar 
TIGA RUKUN NEGARA
2. Memupuk perpaduan dan - ‘Clue’ yang digunakan - AJK KRN
nilai kerjasama.  berdasarkan sistem
 perlembagaan negara.
3. Menambah pengetahuan
dan pengalaman tentang - Perlaksanaan peringkat
sistem perlembagaan negara. sekolah di dalam dan sekitar 
sekolah.

- Kerjasama dengan agensi-


agensi kerajaan/ swasta.

8. PERTANDINGAN 1. Memupuk kemahiran - Pertandingan Menulis Esei - Pengetua/Guru


MENULIS kreatif menulis tentang isu- Cerpen / Puisi peringkat Besar 
isu perlembagaan negara. sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaaan. - AJK KRN
2. Mencungkil bakat-bakat
dalam berkaitan. - Berkala.

3. Kesedaran tentang isu-isu


semasa perlembagaan
negara.

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya kreativiti. - Dalam bentuk  - Pengetua/Guru
 pertandingan. Besar 
2. Menghayati sistem

 perlembagaan negara. - Berkala - AJK KRN


3. Sebagai pemangkin

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 32/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

 percambahan fikiran.

4. Menggalakkan integrasi
kaum.
10. FORUM 1. Meningkat pengetahuan - Dianjurkan di peringkat - Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN tentang perlembagaan. sekolah. Besar 

2. Perkongsian pengetahuan - Kerjasama dengan agensi - AJK KRN


dan pengalaman. luar.
- JPNIN
3. Memperjelaskan isu-isu
semasa yang timbul (kurang
difahami/keliru).

11. PERTANDINGAN BUKU 1. Memupuk daya kreativiti - Bersifat pertandingan - Pengetua/Guru


SKRAP murid dalam bidang Besar 
 penulisan. - Kerja kumpulan
- AJK KRN
2. Kesedaran tentang isu-isu - Peringkat sekolah
semasa dalam sistem
 perlembagaan.

12. PAMERAN 1. Memupuk daya kreativiti - Kerja kumpulan untuk  - Pengetua/Guru


KENEGARAAN murid. mengendalikan pameran. Besar 

2. Kesedaran tentang isu-isu - Menonjolkan pencapaian - AJK KRN


semasa dalam sistem individu/ syarikat yang
 perlembagaan.  berjaya.

- Melibatkan PIBG.

13. BULAN 1. Memupuk kesedaran - Kempen Kibar Jalur  - Pengetua/Guru


KEMERDEKAAN kebangsaan yang Gemilang. Besar 
merangkumi Prinsip Rukun
 Negara. - Sambutan Bulan - AJK KRN

2. Menghayati idea Kemerdekaan.


kebebasan dan demokrasi. - Menganjurkan aktiviti-
aktiviti yang boleh
3. Mengetahui tentang latar  menyemarakkan semangat
 belakang kronologi  patriotisme. Contoh:
 penggubalan perlembagaan Pertandingan mencipta lagu
Malaysia.  patriotik, melukis poster dan
lain-lain.
4. Memupuk semangat setia
dan cintakan negara.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 33/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
14. MENGADAKAN 1. Mencungkil bakat murid - Melibatkan semua murid - Pengetua/Guru
AKTIVITI ALA MINI sebagai pemimpin negara. Besar 
PARLIMEN DI SEKOLAH - Peringkat antara sekolah.
2. Memberi kebebasan - AJK KRN
membahas isu penting untuk 
Pembangunan negara.

15. BULAN KESEDARAN 1. Memberi kesedaran dan - Mempamerkan naskah - Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN kefahaman tentang Perlembagaan Negeri/ Besar 
 pembentukan perlembagaan / Persekutuan dalam Pusat
keluhuran perlembagaan / Sumber Sekolah dan di - AJK KRN
kontrak sosial.  papan kenyataan sekolah.
- JPNIN
2. Memperjelaskan isu-isu - Menganjurkan ceramah
yang timbul yang kurang mengenai perlembagaan
difahami/ keliru. daripada agensi-agensi yang
terlibat.
3. Perkongsian pengetahuan
dan pengalaman.

16. KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan - Penyeragaman dalam - Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN  pengetahuan dan kefahaman  penyediaan soalan kuiz. Besar 
murid tentang perlembagaan
negara. - Hadiah disediakan oleh - AJK KRN
JPN KPM/JPNIN.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 34/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar 
 prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
 Negara. sekolah. - Semua murid

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


 Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar 


terdiri daripada murid
 pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN  bangga terhadap raja dan Besar 
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. KEMPEN 1. Memberi kesedaran - Syarahan semasa - Semua murid


MENDAULATKAN tentang kepentingan undang-  perhimpunan sekolah.
UNDANG-UNDANG undang serta penghayatan - AJK KRN
NEGARA DAN terrhadap tugas-tugas - Mempamerkan keratan
PERATURAN SEKOLAH  penguatkuasa. akhbar di papan kenyataan.

2. Menghayati cara undang- - Pertandingan buku skrap


undang dipraktikkan.  pertandingan
melukis/fotografi.
3. Mengetahui cara-cara
 penggubalan dasar-dasar dan
 peraturan tertentu.
 

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 35/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

4. MINGGU KESEDARAN 1. Menghayati nilai-nilai - Menganjurkan pameran - Pengetua/Guru


SIVIK  murni. dengan kerjasama agensi- Besar 
agensi yang berkaitan seperti
2. Pemahaman terhadap PDRM, Majlis Perbandaran, - AJK KRN
tugas-tugas penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan
undang-undang. dan AADK. - Agensi Berkaitan
 
- Tayang Multimedia/ slaid
 berkenaan tugas-tugas unit
 penguatkuasa undang-
undang.

- Bahan dibekalkan oleh


Unit-unit Majlis Perbandaran
/ Pihak Berkuasa
Tempatan / PDRM / JPJ /
Jabatan Penerangan
Malaysia.

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
5. LAWATAN 1. Kesedaran tentang - Menganjurkan lawatan di - Pengetua/Guru
implikasi melanggar undang- Mahkamah, Penguasa Besar 
undang. Tempatan.
- AJK KRN
2. Melihat sendiri cara-cara - Lawatan ke institusi-
 pentadbiran tempat institusi pemulihan seperti
 berkenaan. Pusat Serenti/ sekolah
 pemulihan akhlak dan
sebagainya.

6. PERMAINAN 1. Menggalakkan integrasi - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru


(EXPLOLAW) murid pelbagai kaum. Besar 
- Setiap perjumpaan kelab.
2. Memberi pengalaman - AJK KRN
tentang pelaksanaan undang-
undang.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 36/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR RUKUN Supaya murid sentiasa - Arahan daripada KPM. - Pengetua/Guru
NEGARA menghayati falsafah serta Besar 
 prinsip-prinsip Rukun - Setiap perhimpunan
 Negara. sekolah. - Semua murid

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 37/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

- Hari Kokurikulum. - AJK Kelab Rukun


 Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Pegawai
- Sambutan Bulan Perpaduan Daerah
Kemerdekaan. (Pemantauan)

- Sambutan Bulan
Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar 


terdiri daripada murid
 pelbagai kaum.

2. NYANYIAN LAGU Menyemai rasa cinta dan - Semasa majlis sekolah. - Pengetua/Guru
KEBANGSAAN  bangga terhadap raja dan Besar 
‘NEGARAKU’ DAN negara. - Setiap perjumpaan kelab.
NEGERI - AJK KRN

3. SEMINAR / FORUM / 1. Memperkenalkan dan - Menjemputkan penceramah - KPM


CERAMAH memupuk prinsip-prinsip dari agensi kerajaan/ swasta
Rukun Negara di kalangan dan lain-lain. - JPNIN
murid.
- Pertandingan Syarahan - JPN
2. Mempertingkatkan (wujudkan piala) di
kesedaran murid tentang  peringkat sekolah daerah. - Biro Tata Negara
nilai-nilai murni dalam
masyarakat. - Ceramah mengenai
kesopanan dan kesusilaan
untuk pemimpin-pemimpin
Murid:-
- Pegawas
- Ketua Kelas
- Pengerusi/AJK Kelab
Persatuan

- Forum mengenai adat


resam pelbagai kaum/
 budaya/agama.
 

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 38/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

PERLAKSANAAN
4 LAWATAN 1. Memberi keinsafan dan Menganjurkan lawatan - Pengetua/Guru
kesedaran semasa melakukan Rumah Orang Tua, Anak  Besar 
lawatan ke institusi-institusi Yatim dan sebagainya.
yang berkenaan. - AJK KRN

2. Menyemai dan memupuk 


nilai-nilai murni bagi
mengukuhkan semangat
 perpaduan kaum.

5. PERKHEMAHAN Memberi pengertian dan - Penerangan budaya antara - Pengetua/Guru


(MOTIVASI) menerapkan nilai-nilai murni Kaum. Besar 
 bagi mengukuhkan semangat Contohnya:-
 perpaduan kaum. a) Adat Resam / - AJK KRN
Pantang Larang
 b) Permainan
Tradisional /
Sukaneka
c) Kubudayaan.

6. KEMPEN BERBUDI 1. Menentukan pertuturan Memilih murid yang terbaik  - Pengetua/Guru


BAHASA yang baik di kalangan murid.  bertutur dan berbudi bahasa. Besar 

2. Menggunakan laras - AJK KRN


 bahasa yang sesuai dengan
semua peringkat umur.

3. Memupuk sikap beradab


sopan dikalangan murid.

7. HARI KELUARGA / HARI Memupuk dan mengeratkan - Pendedahan dan panduan - Pengetua/Guru
IBU PABA rasa kasih sayang yang kepada ibu bapa dan murid Besar 
mendalam antara ahli di peringkat sekolah.
keluarga. - AJK KRN
- Ibu bapa dan murid akan
melaksanakannya di rumah - Ibu Bapa
untuk seluruh keluarga.
- Murid

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 39/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1. HARI TERBUKA KELAB 1. Meningkatkan minat murid - Peringkat sekolah, Contoh: - Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA untuk menjadi ahli Kelab Gerai jualan dan pameran. Besar 
Rukun Negara.
- Pameran Kelab Rukun - AJK KRN
2. Mempromosikan Kelab  Negara.
Rukun Negara di kalangan
murid pelbagai kaum.

3. BULAN PENGHAYATAN Meningkatkan murid tentang Pelbagai aktiviti ke arah - Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA kepentingan Rukun Negara meningkatkan penghayatan Besar 
dalam mengekalkan Rukun Negara di kalangan
keharmonian kaum di negara murid dilaksanakan. - AJK KRN
ini.

3. PROGRAM Mengeratkan hubungan antara - Sekurang-kurangnya satu -KPM


PERTUKARAN MURID murid berbilang kaum.  bulan.
KE SABAH/SARAWAK/ - JPNIN
LABUAN/ - Peringkat kebangsaan.
SEMENANJUNG.
4. LAWATAN INTEGRASI 1. Memupuk semangat - Lawatan antara - Pengetua/Guru
setiakawan dan perpaduan di sekolah/daerah/negeri/ Besar 
antara murid. wilayah.
- AJK KRN
2. Memahami dan menghayati - Berkonsepkan Homestay
adat resam sesuatu kaum. (Program Anak Angkat). - JPNIN
Contoh: Rumah Panjang,
Bapa dan Nyonya,

Perkampungan
sebagainya. Melayu dan

5. KARNIVAL KESENIAN Memupuk semangat cintakan - Persembahan / - Pengetua/Guru


DAN BUDAYAAN kesenian dan kebudayaan ke  pertunjukan tarian/ Besar 
PERPADUAN arah menyatupadukan rakyat nyanyian tradisional.
 pelbagai kaum. - AJK KRN
- Pameran budaya adat
resam pelbagai kaum.

6. SUKAN 1. Menggalak dan memupuk  - Menganjurkan:- - Pengetua/Guru


semangat kesukanan di i. Larian Perpaduan Besar 
kalangan murid. ii. Permainan
Tradisional / - AJK KRN
2. Memupuk semangat Sukaneka
 perpaduan menerusi sukan.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 40/41
7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

7. PROGRAM PRA Memupuk semangat - Gotong royong di Rumah - Pengetua/Guru


LATIHAN KHIDMAT  perpaduan dan sahsiah yang Orang Tua/ Anak Tatim/ Besar 
NEGARA tinggi di kalangan murid. Kawasan Rekreasi/ Rumah
Ibadat dan sebagainya. - AJK KRN

- Memberi sumbangan
dalam kerja-kerja kebajikan
anjuran agensi
kerajaan/swasta.

http://slidepdf.com/reader/full/buku-panduan-kelab-rukun-negara 41/41

You might also like