You are on page 1of 2

AKTIVITI/TUGASAN

1. Sejauhmanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan


negara. Bincangkan dengan memberikan bukti program yang telah dijalankan melalui
dasar ini.

- Antara strategi-strategi pelaksanaan yang telah dilakukan oleh Dasar Pendidikan


Kebangsaan untuk menyelesaikan masalah perpaduan ialah menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran
yang seragam dan sistem peperiksaan yang seragam,mewujudkan Sekolah Wawasan
serta pelbagai program pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum.

2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berlandaskan kepada 3 unsur penting iaitu


berteraskan kepada rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar diterima dan Islam dijadikan sebagai unsur penting dalam pembentukan dasar ini.
Pada pandangan anda kenapa ketiga-tiga prinsip ini telah dijadikan teras dalam
pembentukan Dasar kebudayaan Kebangsaan.

- Pada pandangan saya, ketiga-tiga prinsip ini dijadikan teras utama dalam
pembentukkan dasar kebudayaan kebangsaan kerana Malaysia pernah menjadi
sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun
yang lampau dan berperanan sebagai sebuah pusat pertemuan, melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

3. Adakah visi wawasan 2020 memberi kesan kepada pembangunan sosial masyarakat
Malaysia

- Ya, kerana dalam objektif wawasan 2020 mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih
utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau
individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
4. Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh membantu meningkatkan ekonomi
negara.

- Di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan terdapat satu objektif iaitu meninggikan


taraf dan mutu kesenian negara. Dengan objektif ini, kita boleh menaikkan sektor
pelancongan dengan menarik para pelancong dari pelbagai negara untuk melihat seni
dan kebudayaan tradiasional di Malaysia.

5. Pada pandangan anda adakah wawasan 2020 ini wajar dilaksanakan bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia. Nyatakan sebab-sebab bagi menyokong pandangan anda.

- Ya, kerana Wawasan 2020 seolah‐olah merupakan wawasan ekonomi kerana ia


mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara
perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga
menyentuh perkara‐perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,kebudayaan kebangsaan,
pembangunan sumber manusia dan lain‐lain.

You might also like