You are on page 1of 15

PENGENALAN KEPADA FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Falsafah
Perkataan falsafah berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Greek Kuno
“philosophia”. Philos bermakna ‘cinta’ dan sophia bermakna ‘kebijaksanaan’, yang akhirnya
membawa makna ‘cintakan kebijaksanaan’ (love of wisdom) atau ‘sahabat kepada
kebijaksanaan’ (friend of wisdom). Perkataan sinonim falsafah ialah kepercayaan, ideologi,
isme, konsep, sikap atau pegangan sesuatu kumpulan. Definisi falsafah secara amnya
merupakan pengkajian umum yang merujuk kepada asas mengenai hakikat sesuatu realiti,
kewujudan atau kejadian, ilmu pengetahuan, nilai, akal, minda dan bahasa.
Oleh itu, terdapat beberapa definisi falsafah secara spesifik. Pertama, falsafah adalah
pemikiran secara sistematik, kritikal dan rasional tentang hakikat asas alam semesta
(metafizik atau teori kewujudan), justifikasi sesuatu kepercayaan (epistemologi atau teori
ilmu), dan cara-gaya kehidupan (etika, falsafah moral atau teori nilai). Keduanya, falsafah
ialah pengkajian masalah asas, penting, abstrak dan secara umum. Masalah tersebut termasuk
mengkaji hakikat kewujudan, ilmu, moral, penaakulan dan tujuan kehidupan manusia.
Disamping itu, falsafah juga merupakan disiplin akademik yang menerangkan secara jelas
tentang hakikat alam semesta dan kepentingan sesuatu kepercayaan. Falsafah adalah bidang
ilmu yang menyiasat kebenaran sesuatu konsep melalui penghujahan rasional yang meneliti
dari sudut andaian, implikasi dan perkaitannya. Ia dilakukan menerusi pengkajian khusus
tentang hakikat dan struktur realiti (metafizik), sumber dan batasan ilmu (epistemologi),
prinsip dan asas penghakiman moral (etika), dan hubungan di antara bahasa dan realiti
(semantik).
Terdapat 4 korpus ilmu falsafah yang perlu diketahui umum. Korpus pertama dikenali
sebagai tradisi, era atau aliran. Sebagai contohnya Buddhisme, Jainisme dan Pragmatisme.
Korpus yang seterusnya adalah abad. Contoh korpus ini adalah kuno, pertengahan dan
kontemporari. Selain itu, terdapat juga topik utama dalam korpus ilmu falsafah ini.
Sesetengah masyarakat amat sinonim dengan topik utama ini seperti logik, metafizik,
epistemologi dan estetika. Akhir sekali adalah korpus falsafah gunaan yang merangkumi
falsafah politik, falsafah bahasa, falsafah dalam ilmu undang-undang dan banyak lagi
pecahan yang boleh diamati dalam bidang ilmu ini.

Dalam kehidupan ini, manusia sering mencari jawapan kepada soalan yang nampaknya
mudah tetapi sukar dijawab dengan penuh yakin. Contohnya;
Adakah kita benar-benar tahu apa yang kita tahu? Bagaimana cara yang terbaik harus
kita menjalani kehidupan kita di dunia ini?
Maka amat penting untuk manusia mempelajari ilmu falsafah. Secara akademiknya,
mempelajari falsafah boleh menghasilkan pembelajaran berupa kemahiran yang boleh-pindah
(transferable) dan membentuk keperibadian, bukan sahaja untuk kegunaan akademik tetapi
juga untuk kehidupan seharian. Hasil mengetahui ilmu falsafah akan membantu kemahiran
pemikiran seperti membuat analisis dan sintesis, memahami konsep, bersikap kritis malah
membantu dalam membuat keputusan. Tambahan pula, bidang ilmu ini merupakan amalan
menyemak kembali kendiri (reflexivity). Oleh itu, seseorang akan mampu menangani soalan
tahap tinggi malah sedar tentang kemampuan berfikir dan menggunakan bahasa untuk
menilai kekuatan dan kelemahan pihak lain.
Falsafah mempunyai 3 elemen penting yang mampu menilai tahap pemikiran seseorang iaitu
berdasarkan kaedah penelitian yang berteraskan rasionalisasi. Isu persoalan juga merupakan
elemen penting dalam bidang ini sebagai contohnya, persoalan tentang apakah tujuan hidup
kita? Sikap seseorang yang mendalami bidang ini akan sentiasa mempunyai sifat ingin tahu
yang tinggi dan mencari kebenaran dan jawapan kepada isu persoalan yang wujud. Oleh itu,
falsafah sebenarnya adalah percubaan rasional untuk merumus, memahami dan menjawab
persoalan dasar dan asas mengenai sesuatu realiti.
Pendidikan
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal
mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu
mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkatan
‘didik’ yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut perkataan Inggeris
pula, pendidikan adalah “Education” iaitu perkataan yang berasal daripada Latin “Educare”
yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi
tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan kearah yang
lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani.
Menurut Mok Soon Sang (1991), di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia”
merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan
negara.
Menurut Atan Long (1976-1978), di dalam bukunya yang bertajuk “Psikologi
Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah
dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad
Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh
dan seimbang. Menurut Najeemah Md. Yusuf (2006), pendidikan ialah aktiviti
perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semula jadi melalui
pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan
formal.
Menurut Swift D.F di dalam bukunya “Sociology of Education” yang dipetik dalam
laman web, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan
ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan. Antaranya ialah Plato berpendapat
pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau
menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat
etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap
warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan
individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi ilmu pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup
dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Menurut Tokoh Islam pula, Amar al-Shaibani berpendapat bahawa pendidikan adalah
digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan
jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud ; “Bacalah!!! Dengan
Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada
setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan, dan
sebagainya. Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut
ilmu itu wajib bagi setiap laki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap
orang tidak kira lelaki dan perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau erti kata lainnya
mempunyai pendidikan.
Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli
dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang
berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam
mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah
Negara.
Pemikiran ahli falsafah tentang Pendidikan

John Dewey dilahirkan di Burlington, Vermont pada tahun 1859. Setelah menamatkan
pendidikan di Universiti John Hopkins, beliau bertugas di Unversiti Minnesota selama
sepuluh tahun dan kemudian mengetuai Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi di
Universiti Chicago pada tahun 1894-1904 (Stroh 1968). Ketika di sini, Dewey menubuhkan
Sekolah Dewey, namun kemudiannya terpaksa melepaskan jawatannya kerana berlaku
kontroversi.Antara karya Dewey yang dianggap penting adalah Freedom and Cultural, Art
and Experience, The Quest of Certainty Human Nature and Conduct (1922), Experience and
Nature (1958), dan yang paling fenomenal Democracy and Education (1964). Dewey
meninggal dunia pada tahun 1952 di New York ketika berusia 93 tahun (Margolis 2000).
Pemikiran Dewey mempunyai 4 prinsip utama iaitu belajar dengan
melakukan,perbincangan,interaktif dan antara disiplin.

1. PENDIDIKAN SEBAGAI PROSES PEMBENTUKAN INTELEKTUAL DAN


EMOSI

Berdasarkan kepada beberapa karyanya yang terpilih terutama tulisannya yang terkenal
iaitu Democracy and Education: An Introduction to the Philosophy of Education (1964) dan
The School and Society (1920), pendidikan difahami secara terminologi sebagai the process
of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow
men iaitu pendidikan merupakan proses pembentukan asas pembawaan, intelektual dan emosi
terhadap persekitaran dan manusia (Dewey 1964). Dewey turut menghuraikan bahawa
pendidikan merupakan usaha menyusun pengetahuan untuk membantu manusia
meningkatkan lagi pengetahuan yang dimiliki, iaitu pengetahuan yang membawa kepada
kehidupan lebih selamat, bermanfaat dan bertambah tinggi lagi darjat pengetahuannya (Abdul
Munir 2010).

Namun bagi penulis, kemungkinan penyataan yang paling sesuai untuk menghuraikan
pendidikan menurut pandangan John Dewey dalam penulisan ini, dapat diteliti daripada
ungkapan . . . process of renewal of the meaning of experience. . ., dengan penyampaian sama
ada melalui interaksi dengan orang yang lebih tua atau melalui institusi pendidikan formal
(Sharifah Alwiah 1984). Barangkali ungkapan yang paling mudah untuk menjelaskannya
adalah dengan memahami bahawa belajar melalui amalan learning by doing atau pendidikan
yang terhasil setelah melakukan sesuatu perbuatan.

i. PERBUATAN MENGHASILKAN PENGALAMAN


Teori ini merupakan suatu kaedah yang mengutamakan setiap perbuatan yang dilakukan
oleh individu akan menghasilkan pengalaman yang baharu (Dewey 1938; Abdul Munir
2010). Pengetahuan juga dilihat sebagai suatu fenomena sementara yang perlu diselidik dan
diperbaharui mengikut situasi. Penggunaan pengetahuan lebih diutamakan berbanding
pencarian kebenaran. Oleh kerana itu, proses eksperimen yang berbentuk saintifik bagi
mencari penyelesaian masalah secara rasional amat diperlukan dalam pendidikan (Mohamed
Nor Che’Nor 1990). Dengan pemahaman ini juga, pengalaman biasa dalam dunia sehari-
harian ialah satu-satunya realiti yang sentiasa ada pada manusia dan yang diperlukannya serta
terhasil dari interaksi di antara manusia dengan sekeliling (Musa 1973). Interaksi tersebut
seterusnya akan membawa perubahan kepada manusia ataupun persekitarannya (Mohamed
Nor Che’Nor 1990). Maka, tugas sekolah bukan untuk merubah masyarakat tetapi lebih
bertujuan untuk mengenalkan murid-murid kepada masyarakat yang sebenarnya berubah
(Dewey 1920; Dewey 1938; Gutek 1988). Sekolah juga bukan sebagai sebuah tempat untuk
murid membuat persediaan untuk terus hidup tetapi merupakan tempat bagi murid untuk
hidup dalam masyarakat yang lebih kecil daripada masyarakat yang lebih besar di luar
sekolah (Dewey 1938). Dengan makna lain, sekolah bukan hanya tempat untuk mengisi
pelbagai ilmu dan pengetahuan ke dalam otak murid-murid semata-mata tetapi lebih dari itu
kerana ia merupakan tempat murid-murid hidup secara bermasyarakat dan juga dapat
menyediakan penghidupan yang seimbang dengan perkembangan umur dan bakat murid-
murid (Dewey 1920). Oleh kerana itu,

ii. MINAT DAN PENGALAMAN

Dewey mengkritik sekolah yang mengabaikan minat dan pengalaman murid


mengasingkan murid daripada realiti serta pengujian mentaksir pembelajaran murid serta
membezakan murid berdasarkan kebolehan yang diandaikan. Bagi Dewey, guru perlu
membimbing murid membuat perkaitan antara minat mereka dan perkembangan intelek yang
berterusan serta pengalaman berunsur pendidikan (Nagendralingan 2007). Selanjutnya, dalam
mendasari pemikiran pendidikannya, pengalaman sebagai senjata utama dalam
merealisasikan pendidikan (Gibson 2016), Dewey turut berjaya mengilhamkan idea
pembelajaran sepanjang hayat. Bagi Dewey, pendidikan tidak hanya meliputi atau melibatkan
pembinaan pengalaman dalam kehidupan murid-murid di sekolah tetapi berlangsung secara
berterusan sepanjang kehidupan manusia (Peterson 1987). Maka, guru perlu menyedari murid
yang datang ke sekolah bukan hadir dengan ‘sifar’ pengalaman tetapi hadir dengan pelbagai
pengalaman. Pengalaman inilah yang perlu difahami oleh guru agar proses pembelajaran dan
pembelajaran dapat disampaikan dengan baik (Joanna 1996). Lalu, menjadi tugas utama
sekolah untuk menyediakan situasi yang membolehkan kesinambungan pendidikan selepas
berakhirnya persekolahan dengan menghasilkan produk terbaik yang membolehkan setiap
murid memperolehi peluang merasai pembelajaran sepanjang hayatnya.
iii. PRINSIP ASAS PENGALAMAN

Dewey turut menjelaskan dua prinsip asas untuk memahami pengalaman (Keitges 2015).
Pertama, prinsip kesinambungan pengalaman (continuity of experience/experiential
continuum). Prinsip ini membawa maksud semua pengalaman lampau diambil untuk
mengubah pengalaman pengalaman masa depan (Dewey 1938). Kedua, prinsip interaksi
(transaksi). Prinsip ini menentukan hak yang sama terhadap keadaan dalaman dan luaran
individu. Situasi luaran melibatkan seluruh yang ada di luar diri individu misalnya orang,
benda, subjek dan sebagainya sementara situasi dalaman pula adalah semua yang ada dalam
diri individu. Interaksi antara objektif dan internal akan mewujudkan “situasi” iaitu
kehidupan individu dalam dunianya (Dewey 1938). Sekaligus menggambarkan realiti ialah
interaksi antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kedua-dua prinsip ini tidak boleh
diasingkan kerana berfungsi untuk membezakan antara pengalaman yang bermanfaat dan
yang tidak bermanfaat (Dewey 1938). Dengan kata lain, ianya merupakan transaksi dua hala
yang melibatkan manusia bertindak balas ke atas alam sekelilingnya dan begitulah
sebaliknya. Kedua-dua prinsip inilah membolehkan seseorang individu itu menyelesaikan
masalah yang dihadapinya

Dewey, sering dikaitkan dengan orang yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang
mendalam mengenai Falsafah, Psikologi dan Ilmu Pendidikan.Dalam lapangan falsafah dan
psikologi, beliau terpengaruh secara mendalam dengan pemikiran falsafah pragmatisme16
yang telah diutarakan oleh Charles Sanders Peirce (m.1914 M) dan William James (m.1910
M). Dikatakan bahawa falsafah pragmatisme ini telah diasaskan oleh James dan kemudiannya
dikembangkan secara komprehensif oleh Charles Sanders Peirce. Dewey dikatakan sebagai
bayangan kepada Peirce melalui pemikirannya terhadap penekanan dalam metode
eksperimental dan dia menjadi bayangan James dalam pemikirannya terhadap akibat daripada
sesuatu pemikiran dan kajian. Dalam dunia pendidikan, beliau mempunyai falsafah
pendidikan yang bercorak masyarakat, demokrasi dan praktikal. Dia juga dikatakan
mempunyai pemikiran pendidikan yang berasaskan kepada sains.Pada tahun 1896, Dewey
telah membuktikan usaha-usahanya dalam bidang pendidikan yang mengikut dasar dan
falsafahnya yang tersendiri dengan menubuhkan sebuah sekolah yang terkenal iaitu „Sekolah
Laboratory‟. Sekolah ini juga dipanggil dengan nama „Sekolah Dewey‟. Di sekolah inilah
Dewey melakukan kajian ilmiah sehingga berjaya mengemukakan beberapa teori penting
dalam bidang pendidikan.

2. PEMIKIRAN JEAN-JACQUES ROUSSEAU(1712-1778)

Sejarah perkembangan pendidikan selalu diwarnai dengan lahirnya berbagai


pemikiran para tokoh. Antara abad ke-2 hingga abad ke-5 ada tokoh-tokoh seperti Clementus
dengan buah pemikiran Paida- gogos-nya, lalu ada Origenes yang menjadi “rektor” sekolah
katekismus di Aleksandria, kemudian seorang yang bernama Aurelius Agustinus yang
merupakan seorang teolog tetapi memberikan sumbangsih pemikirannya dalam pendidikan.
Jauh setelah itu ada Thomas Aquino yang asas-asas mengajarnya dituangkan dalam De
Magistra (Boehlke, 2006:103-122, 237-242). Hingga pada tahun 1700-an hadir seorang
pemikir yang pemi- kirannya menimbulkan berbagai kontroversi, tetapi kemudian menjadi
sebuah awal perubahan yang besar. Pada tahun 1700-an seorang yang bernama Jean Jacques
Rousseau (1712-1778) yang menyerukan pemikirannya untuk mendorong para pemimpin
agar memperhatikan sifat, kebutuhan, kemampuan dan minat anak-anak didik (Boehlke,
2005:101). Ide-ide Rousseau tentang pendi-dikan, agama, politik, dan isu sosial mem buatnya
menjadi seorang tokoh yang terkenal dan menjadi salah satu tokoh yang paling penting dalam
sejarah pendidikan, termasuk pendidikan industri dan seni praktis (Pannabecker, 1995: 47).

Pemikiran keempat dari Rousseau adalah Emile. Pemikiran ini banyak memberi
pengaruh pada masa pencerahan. Dalam tulisan Rousseau yang berjudul “Emile” atau tentang
“pendidikan”, Rousseau memberikan suatu ide pedagogis, yang juga berdasarkan prinsip
“back to nature” (Hamersma, 1984:25-26). Prinsip pendidikannya ini tidak dapat lepas dari
pemikirannya tentang kebudayaan melawan alam. Pandangan Rousseau mengenai pendidikan
berhubungan erat dengan ajarannya tentang negara dan Pemikirannya menekankan bahwa
anak-anak harus diajar dengan prinsip pendekatan minat dan bukan melalui disiplin dan
pelajaran tegas, tetapi disisi lain perilaku dan pemikiran anak-anak harus dikendalikan.

Rousseau menilai bahwa peran orang tua terutama ayah sangat penting bagi
pendidikan anaknya. Rousseau secara pribadi memang melalaikan tugasnya sebagai seorang
ayah terhadap kelima anaknya. Dalam kalimat terakhir dari tulisan Rousseau di atas nampak
bahwa ia menyesali apa yang telah terjadi, sehingga ia memberi kesaksian bagi para ayah
tentang peranan penting seorang ayah sebagai pendidik bagi anak. Dalam pemikiran
Rousseau, ia men- dorong agar manusia back to nature karena dalam pandangannya, manusia
menjadi rusak karena kebudayaan memberi pengaruh atau menjadi model yang buruk.
Kondisi kebudayaan pada masa Rousseau baik dalam lingkup yang besar maupun dalam
lingkup kehidupan pribadi atau keluarganya memberi pengaruh yang buruk. DalamEmile,
Rousseau menuliskan bahwa semua anak pada dasarnya baik karena berasal dari tangan
Pencipta dunia tetapi mengalami kemerosotan setelah sampai ke tangan manusia (Gianoutsos,
2006:9). Pandangannya inilah yang menjadi dasar pandangannya bahwa kebudayaan merusak
manusia, kebudayaan merusak alam. Dalam Emile dituliskan bahawa anak pada usia ini,
ingatannya akan mempertinggi perasaannya pula, bahawa setiap hari dia adalah seorang
pribadi yang senantiasa adalah sama; ia adalah seorang yang mampu mengalami kebahagiaan
dan kesedihan (Rousseau, 1955:42 dikutip oleh Boehkle 2005:129). Menurutnya kebudayaan
memberikan ‘pendidikan negatif’ dan tidak ada pelajaran moral, tidak ada pelajaran lisan.

I. PENDIDIKAN MENGIKUT GOLONGAN UMUR

a) PRE-ADOLESCENE
Pada tahapan ini seseorang sedang beranjak dari masa umur alamiah ke usia remaja yang
meliputi usia 12 sampai 15 tahun. Sekitar usia 12 atau 13 tahun kekuatan anak meningkat
jauh dengan cepat dibanding kebutuhannya. Himbauan untuk aktivitas usia ini mengambil
suatu format mental. Pada usia ini anak seharusnya telah mulai belajar mengenai
keterampilan, karena hal ini dapat membuat anak hidup dengan mata pencahariannya sendiri
dan ia menyenangi pekerjaan- nya. Samuel Smith (1986:194) menjelaskan bahwa, dengan
pertumbuhan mentalnya pula ia akan bertambah matang dan praktis dalam
mempertimbangkan cara terbaik untuk kepentingan hidupnya atau dalam menghin- dari
kekecewaan. Kesemuanya ini akan membuat anak tidak akan merasa tergantung atau bahkan
diperbudak pada kekuasaan guru atau orang tuanya.

b) PUBERTAS
Usia pubertas dalam pembagian Rousseau meliputi usia 15 sampai 20 tahun. Rousseau
percaya bahwa pada saat itu Émile berusia lima belas tahun. Pada usia ini ia akan menjadi
mampu berhadapan dengan melihat masa remaja sebagai emosi yang berbahaya. Pada usia
ini, anak harus dapat mengatur emosi dan tindakannya terhadap kepentingan teman-
temannya. Dewasa
c) DEWASA
Masa ini dimulai dari usia 20 sampai 25 tahun. Pada usia ini murid seharusnya sudah mulai
belajar tentang kasih, persiapan untuk pernikahan yang baik dan hubungan sosial dengan
masyakarat.

II. PENDIDIKAN KEMBALI KEPADA ALAM


Menurut Rousseau, pendidikan berasal dari tiga sumber, pertama pendidikan
bersumber dari alam, kedua pendidikan berasal dari manusia, dan yang ketiga berasal dari
hal-hal yang sangat disukai (Gianoutsos, 2006:9). Oleh sebab itu alam menjadi pokok Fikiran
pendidikan dari Rousseau. Carolyn Bjartveit & Euthalia Lisa Panayotidis (2014:18)
mengatakan bahawa Rousseau menekankan pentingnya membiarkan alam untuk mengambil
mata kuliah sesuai dengan individu anak. Ideanya itu diterapkan oleh Rousseau dalam
mendidik anaknya, Emile, sebagai makhluk yang bebas, rasional dan sebagai individu yang
nanti hidup di masyarakat sebagai seorang kontributor sosial yang sepenuhnya berkembang
dan berpendidikan

Prinsip pendidikan Rousseau tidak dapat lepas dari pemikirannya tentang kebudayaan
melawan alam. Pandangan Rousseau mengenai pendidikan berhubungan erat dengan
ajarannya tentang negara dan masyarakat. Sumber utama pendidikan menurut Rousseau
adalah pertama, pendidikan bersumber dari alam; kedua, pendidikan berasal dari manusia,
dan ketiga, pendidikan berasal dari hal-hal yang sangat disukai. Tugas pendidikan menurut
Rousseau adalah membebaskan anak dari pengaruh kebudayaan dan untuk memberi
kesempatan kepada anak-anak memperkembangkan kebaikannya sendiri yang alamiah.
Dalam pemikiran Rousseau nampak idea bahawa anak-anak harus diajar dengan prinsip
pendekatan minat dan bukan melalui disiplin dan pelajaran tegas, tetapi disisi lain perilaku
dan pemikiran anak-anak harus dikendalikan. Rousseau juga menilai peran orang tua sangat
penting bagi pendidikan anaknya.

3. BAGAIMANA PEMIKIRAN FALSAFAH MASIH RELEVEN DENGAN AMALAN


PENDIDIKAN SEMASA.

A. JOHN DEWEY
Mengenai hakikat pendidikan, mengandung banyak aspek dan sifatnya sangat
kompleks. Kerana sifatnya yang kompleks itu, maka tidak sebuah batasanpun yang cukup
memadai untuk menjelaskan hakikat pendidikan secara lengkap. Batasan tentang hakikat
pendidikan yang dibuat para ahli beraneka ragam, dan kandungannya kadang berbeza satu
dari yang lainnya. Perbezaan tersebut mungkin terjadi kerana perbezaan orientasinya, konsep
dasar yang digunakan, aspek yang menjadi tekanan, atau kerana falsafah yang
melandasinya. Bagi John Dewey, pengalaman adalah asas pendidikan, atau dalam
terminologi Dewey sendiri “pengalaman” sebagai “sarana dan tujuan pendidikan”.
Pendidikan pada hakikatnya merupakan suatu proses penggalian dan pengolahan pengalaman
secara terus-menerus. Inti pendidikan adalah usaha untuk terus-menerus menyusun kembali
(reconstruction) dan menata ulang (reorganization) pengalaman hidup subjek didik.
Pendidikan haruslah memampukan subjek didik untuk menafsirkan dan memaknai rangkaian
pengalamannya sedemikian rupa, sehingga ia terus bertumbuh dan diperkaya oleh
pengalaman tersebut.

Malaysia mengambil tindakan proaktif mengubal dasar di mana Pembelajaran


sepanjang hayat agar menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar Wawasan
Negara merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran
globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Usaha
tersebut dilakukan dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. Pelan
Pembagunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010 turut membudayakan pembelajaran
sepanjang hayat dengan menggariskan enam teras iaitu membangunkan modal insan,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan
keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam lain perkataan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan PIPP untuk menggariskan fokus,
strategi utama, dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan mengikut
keperluan semasa dan masa hadapan.

Realiti di Malaysia, perlaksanaan pembelajaran sepanjang hayat menjadi unsur


penting dalam cara hidup setiap warganya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada
semua rakyat. Peluang tersebut melibatkan pendidikan kebangsaan yang terdiri daripada
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas
menengah dan kemudiaan diikuti dengan pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, terdapat
juga tiga jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah kerajaan, sekolah
bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dua kategori sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
iaitu peringkat sekolah rendah sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan turut
diwujudkan. Di sekolah Menengah pula, terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Menengah Kebangsaan merangkumi beberapa jenis
sekolah misalnya Sekolah berasrama penuh (SBPI), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
Sekolah Agama, Sekolah Seni dan Sukan, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah kluster
dan juga Sekolah Menengah Harian.

Kesemua sistem pendidikan ini melibatkan tempoh pembelajaran tidak boleh kurang
daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah sebagaimana yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1961. Berkait dengan hal ini, kerajaan amat menggalakkan ibu bapa
ataupun penjaga di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum agar menghantar anak-
anak ke Sekolah Kebangsaan. Galakan tersebut bertujuan untuk mewujudkan proses
sosialisasi dan persekitaran pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid. Namun,
dilema yang menghambat golongan tertentu apabila, kerajaan masih lagi mengekalkan sistem
persekolahan vernakular sama ada vernakular Melayu, Cina dan Tamil.

Terkini, pembelajaran sepanjang hayat turut dapat dilihat menerusi pendidikan kanak-
kanak bukan warganegara dan gelandangan yang diberi peluang untuk mendapat pendidikan
asas diperingkat sekolah rendah. Falsafah Pargmatisme John Dewey dan Pembelajaran
Sepanjag Hayat dalam `Muallaf’ Siti Arinah, Ahmad Sunawari & Badrul Redzuan
https://doi.org/10.24035/ijit.15.2019.012 136 Begitu juga dengan perlaksanaan lebih ramai
murid dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40) diberikan keutamaan untuk
memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di
bawah kelolaan kementerian itu. Dari sudut pandangan Islam, keperluan pembelajaran
sepanjang hayat telah menjadi aspirasi utama dalam pendidikan Islam. Buktinya terdapat 791
kali kata ‘ilm disebut dalam al-Quran, yang merupakan perkataan keempat yang tertingi
selepas perkataan Allah, iman dan rabb. Malah jika diteliti wahyu awal yang diterima oleh
Rasulullah mempunyai hubungan dengan ilmu dan kepentingan membaca. Penjelasan ini
menggambarkan umat Islam wajib mencari, meneroka, membina dan mengaplikasi ilmu
dalam kehidupan. Kehidupan tanpa ilmu adalah kehidupan yang tidak sempurna.

Kerajaan telah membina peluang-peluang kepada setiap rakyat untuk mendapatkan


ilmu pengetahuan dan kemahiran selepas tamat alam persekolahan selepas sebelas tahun atau
tiga belas tahun berada di alam persekolahan. Hal ini kerana, tidak semua lepasan sekolah
berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik, maka mereka inilah yang perlu
berpeluang mengikuti bidang-bidang kemahiran yang menjuruskan kepada bidang pekerjaan.
Jesteru itu, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat
Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri
bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka tanpa mengira di mana mereka berada,
dalam apa-apa jua keadaan atau situasi, umur dan latar belakang mereka. Situasi ini selari
dengan persediaan Malaysia dalam menghadapai cabaran fenomena globalisasi yang melanda
dunia. Cabaran yang mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di Malaysia
dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang
ditawarkan.

Hal ini kerana, Malaysia merupakan antara negara yang sedang meningkatkan daya
saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat
dinafikan dalam usaha melebarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat, masih ada lagi
masyarakat Malaysia pandai membaca, pandai menulis dan pandai mengira selalu dilihat
kurang berinsiatif dan proaktif dalam meluaskan ilmu pengetahuan mereka. Kemungkinan ia
berpunca daripada sikap mudah berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Malah
berkemungkinan kerana mereka kurang kesedaran untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat
sekeliling. Sedangkan jika diteliti, sesuatu perubahan dalam kehidupan merupakan hasil dari
pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan kerana manusia sepatutnya tidak akan
pernah berhenti untuk membaca dan mengkaji sesuatu ilmu ataupun kemahiran yang
diperlukan.

B. JEAN JACQUES
Aktiviti sains menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan mengenali dunia
sekeliling mereka. Sama seperti apa yang telah diperkatakan oleh Rousseau di dalam teori
naturalismenya. Setiap kanak-kanak mampu belajar secara semula jadi dan meninggalkan
segala pengaruh dan halangan dari masyarakat sekeliling. Penekanan teori naturalisme
Rousseau mempunyai perkaitan dengan pembelajaran inkuiri dan secara penerokaan. Selain
itu, teori ini juga merupakan asas bagi menggalakkan kanak-kanak mendapat pembelajaran
yang bermakna dalam hidup. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk meneroka persekitaran
tanpa syarat, peraturan dan pengaruh dari orang dewasa. Mereka dapat belajar secara semula
jadi melalui pengalaman sebenar.

Sains juga boleh membantu kanak-kanak membesar dengan kepintaran yang semula
jadi. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah sendiri dan
membina konsep kendiri yang baik. Melalui sains juga, kanak-kanak diberi pembelajaran
yang berpusatkan kepada kanak-kanak dan mementingkan pengalaman sebenar kanak-kanak
dalam pembelajaran. Rousseau juga bersependapat dengan cara pembelajaran berpusatkan
pelajar. Beliau juga bersetuju bahawa setiap kanak-kanak itu belajar dengan semula jadinya.
Peluang ini dapat menggalakkan kanak-kanak lebih aktif dalam kelas. Hal ini akan membantu
perkembangan sosio emosi kanak-kanak dengan lebih baik. Kanak-kanak yang pasif juga
akan turut mengikuti proses pembelajaran secara aktif. Hal ini kerana Rousseau juga percaya
bahawa setiap kanak-kanak itu unik dan dilahirkan dengan aura-aura yang positif.

Antara pendekatan yang boleh diambil kira bagi menggalakkan proses pembelajaran
aktif kanak-kanak adalah melalui ‘project approach’. Di dalam pendekatan ini, kanak-kanak
akan diberi peluang untuk menjalani aktiviti secara aktif dari fasa pertama sehinggalah fasa
terakhir. Fasa pertama memerlukan kanak-kanak saling berkongsi idea dengan topik yang
telah diutarakan oleh guru. Kanak-kanak akan diberi galakan untuk memberi pendapat dalam
merangka isi-isi penting dalam topik yang dipilih oleh guru. Mereka akan didedahkan dengan
perkara-perkara yang menjadi kebiasaan dalam persekitaran mereka. Hal ini bagi mencari
maklumat dari pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Fasa kedua pula memerlukan kanak-kanak melakukan eksperimen bagi mendapat


lebih banyak maklumat berkenaan topik yang telah diberikan oleh guru. Mereka akan
digalakkan untuk meramal, membuat hipotesis dan mencari jawapan bagi andaian yang telah
mereka lakukan. Kanak-kanak juga akan membuat soalan-soalan baru bagi memenuhi
perasaan ingin tahu mereka dengan topik yang dikemukakan oleh guru. Fasa terakhir
merupakan fasa bagi kanak-kanak berkongsi kefahaman mereka pada topik yang telah
dikemukakan guru. Mereka akan mempamerkan hasil usaha kajian mereka bagi menunjukkan
tahap pencapaian pembelajaran yang telah dihasilkan oleh mereka. Pendekatan ini sangat
berkait dengan teori naturalisme yang diutarakan oleh Rousseau.

Di dalam falsafah Rousseau, beliau menekankan empat perkara iaitu, kebebasan,


perkembangan, minat dan aktiviti. Hal ini juga sangat bersesuaian dengan aktiviti sains di
mana kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk meneroka dan seterusnya, dapat membantu
perkembangan mereka dengan baik. Berdasarkan falsafah ini, kebebasan merupakan
bagaimana kanak-kanak itu diberi peluang untuk belajar dan meneroka dengan pengalaman
sendiri. Pembelajaran ini dapat memberi ingatan yang lebih bermakna dalam kehidupan
kanak-kanak tersebut. Ini juga dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Proses ini akan lebih membantu kanak-kanak
membesar dengan lebih sihat dan baik. Kanak-kanak merupakan individu yang unik kerana
mereka mempunyai perbezaan dalam bakat dan minat. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh
guru bagi kanak-kanak bebas meneroka sangat penting untuk menggalakkan minat kanak
kanak secara berterusan. Hal ini juga membantu perkembangan kanak-kanak secara individu.

Bagi mewujudkan perkembangan yang baik dalam diri setiap kanak-kanak, enekanan
Rousseau tentang aktiviti harus dititikberatkan lagi. Hal ini kerana aktiviti merupakan tunjang
utama dalam pembelajaran kanak-kanak. Guru seharusnya lebih kreatif dalam merencanakan
aktiviti yang sesuai dan menarik minat semua kanak-kanak. Guru juga harus bijak
mengendalikan keunikan yang ada dalam diri setiap kanak-kanak bagi merangsang
perkembangan yang menyeluruh. Keempat-empat faktor ini merupakan perkara penting
dalam teori naturalisme Rousseau.

4. KESIMPULAN

Daripada beberapa fakta perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa falsafah dan
pemikiran Dewey sangat bertunjangkan kepada falsafah pragmatisme di mana beliau sangat
menitik beratkan tentang hasil sesuatu tindakan. Manusia menurut Dewey memperolehi
kebenaran dan pengetahuan melalui pengalaman dan eksperimen sains merupakan model
yang terbaik untuk mentafsir dan membuat tindakan terhadap pengalaman yang
dilalui.Manakala prinsip jean Jacques pula tidak dapat lepas dari pemikirannya tentang
kebudayaan melawan alam. Pandangan Rousseau mengenai pendidikan berhubungan erat
dengan ajarannya tentang negara dan masyarakat. Sumber utama pendidikan menurut
Rousseau adalah pertama, pendidikan bersumber dari alam; kedua, pendidikan berasal dari
manusia, dan ketiga, pendidikan berasal dari hal-hal yang sangat disukai. Tugas pendidikan
menurut Rousseau adalah membebaskan anak dari pengaruh kebudayaan dan untuk memberi
kesempatan kepada anak-anak memperkembangkan kebaikannya sendiri yang alamiah.
Dalam pemikiran Rousseau nampak idea bahwa anak-anak harus diajar dengan prinsip
pendekatan minat dan bukan melalui disiplin dan pelajaran tegas, tetapi disisi lain perilaku
dan pemikiran anak-anak harus dikendalikan. Rousseau juga menilai peranan orang tua
sangat penting bagi pendidikan anaknya.

You might also like