You are on page 1of 8

KERTAS KERJA CADANGAN PENGANJURAN

KARNIVAL BUAH BUAHAN TEMPATAN 2021

ANJURAN:
QEDDAH EVENT MANAGEMENT

LOKASI:
CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH.

HARI:
JUMAAT - AHAD

MASA:
10:00 PAGI - 6:00 PETANG
1.0 TUJUAN MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA

Merancangan dan melaksana satu konsep acara (event) terbuka berkonsepkan


pameran jualan dan aktiviti berkaitan bagi memeriahkan suasana penganjuran
program.Mensasarkan platform baru kepada usahawan buah-buahan untuk
memasarkan produk mereka di dalam shoping kompleks dan menjadikan aktiviti jualan
lebih sistematik.Menganjurkan aktiviti program dengan kerjasama agensi dan
kementerian berkaitan untuk program khidmat masyarakat serta mengwujudkan “Hari
Bertemu Pelangan” pihak agensi dan kementerian.Merancakkan ekonomi setempat
dengan kerjasama semua pihak dalam memulihkan semula ekonomi terutama para
peniaga buah-buahan selain menganjurkan satu program untuk kemeriahan kepada
pengunjung di pasaraya.

2.0 PENGENALAN

Program yang dicadangankan dengan nama Fiesta Viral Buah Malaysia (FVBM)
adalah satu program yang direncanakan untuk menjalankan satu aktiviti program
berbentuk karnival di dalam pasaraya terkemuka di Sungai Petani. Selain itu, program
juga mengwujudkan medium platform perniagaan buah-buahan secara atas talian
serta akan melancarkan beberapa produk berasaskan buah-buahan yang dikeluarkan
oleh usahawan di negeri Kedah. Program akan di rasmikan oleh “Pegawai Utama”
bagi jemputan yang akan dibuat melalui agensi ataupun kementerian.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Menwujudkan platform ekonomi untuk para usahawan dalam memperkenalkan dan


menjenamakan produk serta membuat pameran dan jualan sepanjang program
berlangsung.Menganjurkan aktiviti berkaitan buah-buahan, usahawan dan komuniti
untuk menjadi satu daya tarikan pengujung ke pasaraya selain program khidmat
masyarakat bersama agensi ataupun pihak kementerian.
4.0 KUMPULAN SASARAN

GOLONGAN USAHAWAN: Menyasarkan penyertaan usahawan dalam aktiviti


pameran dan jualan serta aktiviti berkaitan selain kerjasama dalam penganjuran
program.

GOLONGAN BELIA: Penganjuran aktiviti “daya penarik” untuk melibatkan para belia
dalam aktiviti selain pendedahan peluang dan ruang dalam aktiviti keusahawan
pertanian.

GOLONGAN MASYARAKAT: Mewujudkan satu scenario aktiviti hujung minggu bagi


setiap keluarga hadir di pasaraya untuk menyertai program selain terlibat secara
langsung dengan aktiviti yang akan di anjurkan.

GOLONGAN AGENSI DAN KEMENTERIAN: Melibatkan pameran dan sesi bertemu


pelangan pihak kerajaan dalam platform penyampaian dan perhubungan aktiviti dan
bidang tugas agensi dan kementerian terus kepada rakyat.

5.0 HARI DAN MASA PERLAKSANAAN

 Hari: Jumaat hingga Ahad (Hari minggu )


 Masa: 10:00 pagi hingga 6:00 petang
6.0 ATURCARA PROGRAM

HARI PERTAMA

9.00 PAGI PESTA BERMULA


11.00 PAGI DEMONSTARASI & MAKAN BUAH-BUAHAN PERCUMA
2.00 PETANG ACARA TEKA-TEKI BUAH BUAHAN
3.00 PETANG PELANCARAN & PROMOSI PRODUK
6.00 PETANG TAMAT HARI PERTAMA

HARI KEDUA

9.00 PAGI PESTA BERMULA


10.00 PAGI PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS BUAH BUAHAN
2.00 PETANG ACARA TEKA BERAT BUAH
3.00 PETANG PROMOSI INOVASI BAHARU BUAH BUAHAN
6.00 PETANG TAMAT HARI KEDUA

HARI KETIGA

9.00 PAGI PESTA BERMULA


10.00 PAGI PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN
3.00 PETANG MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP
3.30 PETANG SESI PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG
6.00 PETANG TAMAT KARNIVAL BUAH BUAHAN 2021
7.0 ANGGARAN PERBELAJAAN

AKTIVITI PERKARA KOS (RM) CATATAN


Majlis perasmian Gimik 300
dan penutup
Sarapan pagi Roti Gardenia dan 6x15 = 90
air mineral
Makanan Nasi berlauk 15x15 = 225
tengahari
Hadiah Teka-Teki Botol air & 3x10 = 30
Tupperware
Pertandingan Pensil warna dan Pensil warna
Warna hamper 7x10 = 70

Hamper
30(Ketiga)
40(Kedua)
50(Johan)
Pertandingan Kotak pensil dan Kotak Pensil
Melukis hamper 7x10 = 70

Hamper
30(Ketiga)
40(Kedua)
50(Johan)
Pertandingan teka Hamper 50
berat buah
Pekerja Bayaran 50x(5 orang) = 250
Kebersihan 250x(3 hari) = 750
Pertandingan Wang tunai 80(Ketiga)
gubahan buah- 100(Kedua)
buahan 150(Johan)
DJ Bayaran 900(3 hari)
Pemasaran dan Kos bayaran Banner
promosi 4x150 = 600

Poster
3x100 = 300

T-Shirt Crew
20x15 =300

Video & Photo


600

Lanyard Crew
5x15 = 75
Kawalan RELA 50x(4 oarang) = 200
keselamatan 200x(3 hari) = 600
JUMLAH 5530
8.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

PENASIHAT

EN MOHD FAIROSE BIN MOHD


YAACOB

PENGERUSI NAIB PENGERUSI

AMSYAR RAZNAUFAL BIN AHMAD SITI NUR ALIAH BINTI ABDUL


NASRON RAHIM

SETIAUSAHA
KEWANGAN DAN PENAJA

HUMAIRA’RAHIM SITI NUR NAJIHAH BINTI


ZURAINI

TEKNIKAL DAN MEDIA PERSIAPAN TEMPAT &


HIASAN

MUHAMMAD ZHARIF BIN ZULKIFLI MUHAMMAD IZZAT IZAMUDDIN


BIN ABDUL RASHID

PEMASARAN & PROMOSI

MUHAMMAD AIMAN BIN ABDULLAH


THANI
9.0 KESIMPULAN

Diharapkan fiesta viral Buah Malaysia (FVBM) ini dapat berjalan lancar dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan amalan makan
buah buahan diteruskan dan mendapat sambutan yang baik oleh semua golongan
kerana amalan ini mampu memastikan tubuh badan sentiasa sihat hasil daripada
khasiat buah buahan yang dimakan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan
daripada semua pihak dan dapat menyedarkan bahawa buah buahan tempatan
adalah yang terbaik.
Disediakan oleh:

___________________________

(Siti Nur Aliah Binti Abdul Rahim)


Setiausaha Karnival Buah-Buahan Tempatan
Tarikh:

Disemak oleh:

_____________________________

(Amsyar Raznaufal Bin Ahmad Nasron)


Pengerusi Karnival Buah-Buahan Tempatan
Tarikh:

Disokong oleh:

__________________________

(Mohd Fairose Bin Mohd Yaccob)


Pengarah Karnival Buah-Buahan Tempatan
Tarikh:

You might also like