You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI 2/2021

Tarikh : 26 April 2021 (Isnin)

Masa : 12.40 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. En. Wan Mohsin b Wan Mohd (Guru Penolong Kanan HEM)

2. Pn Zurita bt Abdul Samat (Ketua Panitia B.Inggeris)

3. Pn Farah Dilla bt Shah Ridwan Jeffery Goh

4. Pn Wan Nor Dalila bt Wan Yunus

5. En. Adwal b Ab. Ghani

6. En. Muhammad Zulfadli b Kamarudin

7. En. Azmil Fathi b Othman

8. Pn Suhaili bt Kasim

9. Pn Izalina bt Muhammad

10. Pn Farah Dila bt Adnan

11. Cik Nur Fadilah bt Abd Rahim

12. Pn Jamilah bt Mohamad

13. Pn. Nadia Hayati bt Buang

14. Pn Wan Norasikin bt Wan Ali

15. Pn Nur Syazwani Binti Subari

Tidak Hadir : 1. Pn Aznida bt Mat Jusoh@Alias


1.0 Perutusan Pengerusi (Pn Zurita bt Abdul Samat)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Inggeris ke Mesyuarat Panitia


kali ke 2 dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru baru ke Panitia Bahasa
Inggeris SK Kerubong.

1.2 Objektif mesyuarat pada kali ini adalah:

 Perkara Berbangkit dari Mesyuarat Panitia Kali 1/2021.


 Laporan Kewangan
 Perbincangan Profesional
o Post mortem Ujian Diagnostik tahun 2021
o Masalah yang dihadapi dan Intervensi
o HIP
o PLC
o PBD
o Penggubal soalan / modul PDPR
 Hal-Hal Lain
TINDAKAN: Makluman Semua Guru

2.0 Perutusan Pentadbir (En Wan Mohsin b Wan Mohd)

2.0 En. Wan Mohsin mencadangkan agar guru-guru cuba meningkatkan


penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

2.1 Program yang menggantikan LINUS iaitu PLAN masih belum dijalankan
kerana menunggu arahan dari pihak yang berkaitan.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Cadangan pengesahan oleh Puan Jamilah bt Mohamad.

Disokong oleh Cik Nur Fadilah bt Abd Rahim.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

4.0 Laporan Kewangan

4.1 Baki PCG panitia adalah sebanyak RM 27.45. Sebanyak 98.49% PCG telah
dibelanjakan.

4.1.2 Peruntukan PCG yang diterima adalah sebanyak RM 1643.04.

4.1.3 Baki peruntukan 2020 adalah sebanyak RM 169.41

4.1.4 Jumlah sebanyak RM 1812.45

4.1.5 Peruntukan telah dibelanjakan adalah RM 1785.00

4.1.6 Peruntukan PCG telah digunakan untuk hadiah minggu Bahasa


Inggeris.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

5.0 Perbincangan Profesional

5.1 Post mortem Ujian Diagnostik tahun 2021.

5.1.1 Analisis Ujian Diagnostik setiap tahun kecuali tahun 1 dipancarkan


dan dipaparkan.

 Perbincangan kali ini bertumpu kepada murid-murid yang tidak


mencapai TP3.
 Guru-guru perlu mengenalpasti murid-murid yang sangat lemah dan
murid yang tidak mengenal huruf (Tahun 1-6). Murid-murid ini perlu
disenarai pendekkan dan diberi perhatian.
 Jumlah murid yang belum menguasai (memperoleh TP2 atau TP3):
 Pemahaman:
o Tahun 2: 50/229 orang (22.32%)
o Tahun 3: 31/211 orang (15.05%)
o Tahun 4: 22/211 orang (10.43%)
o Tahun 5: 40/192 orang (21.05%)
o Tahun 6: 124/205 orang (60.78%)
 Penulisan:
o Tahun 4: 62/212 (29.25%)
o Tahun 5: 43/192 (22.63%)
o Tahun 6: 135/205 (66.18%)

5.2 Masalah yang dihadapi dan intervensi.

5.2.1 Antara masalah yang dialami ialah, murid tidak menjawab soalan,
murid lemah, tidak boleh membaca, masalah kehadiran, kurang minat dalam
Bahasa Inggeris.

5.2.3 Intervensi:

o “Phonics Booster On Air” akan ke udara setiap hari bagi


meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid.
o “One Day in English”
o “Vocabulary on Whiteboard” seminggu 10 perkataan.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

5.3 Professional Learning Community (PLC)

5.3.1 PLC kali ketiga akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Pn.
Suhaili Binti Kasim akan mengendalikan PLC berkaitan Pembugaran
Program “Jolly Phonics". Tarikh akan diberitahu kemudian.

5.3.2 PLC yang diperlukan oleh ahli panitia perlu disenaraikan.

TINDAKAN: Pn, Suhaili dan Semua Guru


5.4 PBD

5.4.1 Semua guru perlu sentiasa mengemaskini fail Rekod Pencapaian Murid
(RPM). Murid boleh ditafsir dalam perbagai cara.

5.4.2 Semua guru perlu menyediakan borang transit PBD/TOV.

5.4.3 Template PBD tahun 1-6 mestilah daripada BPK.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

5.5 Program HIP

5.5.1 Tahniah diucapkan kepada Encik Azmil Fathi Bin Othman, penyelaras
bersama Pn. Nadia Hayati Binti Buang bagi sesi 2021, telah
menyediakan dan mengemaskini sudut HIP dan Bahasa Inggeris.

5.5.2 Penyelaras perlu mengisi laporan HIP secara dalam talian.

5.5.3 Program HIP baru perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

5.5.4 Program HIP berjalan seiring dengan program Panitia Bahasa Inggeris
dan Panitia lain. Kerjasama dari semua guru untuk menjayakan
program HIP amatlah dihargai.

5.5.5 Sudut Panitia Bahasa Inggeris perlu dikemaskini.

TINDAKAN: Pn. Nadia Hayati dan Semua Guru

5.6 Penggubal soalan / modul PDPR

5.6.1 Jadual penggubal soalan telah disediakan oleh Pn. Zurita Binti Abdul
Samat.

5.6.2 Modul PDPR tahun 4 telah disediakan oleh Pn. Farah Dilla Binti Shah
Ridwan

Jeffery Goh.

5.6.3 Penyedia modul PDPR Tahun 1, 2, 3, 5 dan 6


 Tahun 1: Pn. Nur Syazwani Binti Subari
 Tahun 2: Pn. Nadia Hayati Binti Buang & Pn. Wan Nor Dalila Binti
Wan Yunus.
 Tahun 3: Pn. Suhaili Binti Kasim
 Tahun 5: Pn. Zurita Binti Abdul Samat.
 Tahun 6: Pn. Jamilah Binti Mohamad.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

6.0 Hal-hal Lain

6.1 “Phonic Booster On Air” (Selasa – Khamis)

6.1.1 Jadual pengendali program akan disediakan. Penggiliran akan dibuat


mengikut minggu. Guru yang ditugaskan perlu memasang lagu “Jolly
Phonics” di pembesar suara sekolah. Lagu boleh didapatkan dari
telegram Panitia Bahasa Inggeris. Lagu tersebut perlu dimainkan setiap
pagi sebelum bacaan doa.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

6.2 Fail Panitia

6.2.1 Fail Panitia telah dikemaskini oleh Ketua Panita dan setiausaha panitia
Bahasa Inggeris.

TINDAKAN: Pn. Nur Syazwani & Pn. Zurita

6.3 Program “One Day in English”

6.3.1 Program ini akan dilaksanakan setiap hari Rabu dan melibatkan semua warga
SK Kerubong. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

 Murid perlu memberi satu perkataan dan murid dikehendaki mencari


makna perkataan tersebut.
 Murid perlu membina ayat-ayat mudah di dalam kelas.
 Guru-guru perlu menulis 10 perkataan Bahasa Inggeris di papan putih
di dalam kelas. 10 perkataan tersebut perlu ditukar setiap minggu.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

6.4 Program Phonics selama 7 minggu untuk Tahun 1.

6.4.1 Guru-guru Tahun 1 perlu mengajar phonics selama 7 minggu menggunakan


Teknik “Jolly Phonics”. Bahan telah disediakan oleh Cik Nur Fadilah Binti
Abd Rahim.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

6.5 Pendidikan Sivik

6.5.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Sivik dalam Bahasa Inggeris adalah
pada minggu ke 4 setiap bulan.

TINDAKAN: Makluman Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………

( Nur Syazwani Binti Subari )


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris 2021
SK Kerubong, Melaka.
SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG
KM 16, KG. KRUBONG, MELAKA
MBA 2030

MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA INGGERIS
BIL 2/2021

You might also like