You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II,

PETI SURAT 61700,


91125, LAHAD DATU, SABAH

KERTAS KERJA

PROGRAM
BICARA ILMU ‘WHO ARE YOU’

Anjuran :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II
KERTAS KERJA
PROGRAM BICARA ILMU ‘WHO ARE YOU’

1.0 TAJUK

Program Bicara Ilmu ‘Who Are You’.

2.0 TEMA

“Mengurus tekanan dan emosi sempena PKPD”

3.0 DISEDIAKAN

Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sahabat II.

4.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dan punca kuasa untuk
melaksanakan Program Bicara Ilmu ‘Who Are You’.

5.0 PENDAHULUAN

Pengumuman YAB Menteri Pertahan Malaysia mengenai Pelaksanaan Kawalan


Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan sekolah yang melibatkan hampir
keseluruhan murid yang tinggal di kawasan tersebut. Ini menyebabkan mereka hanya
duduk di rumah dan tiada pergerakan keluar daripada rumah. Pastinya, murid-murid akan
menghadapi tekanan yang luar biasa kerana perkara ini adalah di luar daripada kebiasaan
atau rutin harian mereka.

Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sahabat II merancang untuk


melaksanakan Program Bicara Ilmu ‘Who Are You’ yang berkonsepkan ceramah
motivasi secara atas talian melalui saluran Youtube. Program ini akan melibatkan
penceramah luar yang akan berkongsi mengenai langkah-langkah menguruskan tekanan
dan emosi sebagai seorang murid tanpa mengabaikan tanggunjawab menghadiri kelas dan
tugasan yang diberikan oleh guru secara atas talian.

6.0 MATLAMAT

Memberikan maklumat dan tips kepada murid untuk menguruskan tekanan dan emosi
sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.
7.0 OBJEKTIF

6.1 Membimbing murid untuk menghadapi tekanan dan emosi diri dalam
menghadapi PKPD.
6.2 Melatih murid dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang murid
yang perlu diteruskan walaupun terpaksa menghadapi rutin yang berbeza.
6.3 Melahirkan murid yang bijak menguruskan masa dalam suasana
pembelajaran secara atas talian.
6.4 Meningkatkan pengetahuan murid dalam aspek pengurusan diri sepanjang
pelaksanaan PKPD.

8.0 KUMPULAN SASAR


8.1 Semua murid SK Sahabat II, Lahad Datu.

9.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


9.1 Tarikh : 16 November 2020
9.2 Masa : 02.00 – 03.00 petang
9.3 Tempat : Kediaman murid masing-masing (atas talian; Youtube)

10.0 ANJURAN
10.1 Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sahabat II.

11.0 PENGISIAN PROGRAM

11.1 Perkongsian ilmu – ceramah motivasi.

11.2 Cabutan bertuah.

11.3 Pemberian sijil penyertaan kepada murid yang menyertai program

12.0 AHLI JAWATANKUASA :

Pengerusi : En. Jais Bin Scotle (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Tina Binti Sanusi (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Aidah Binti Abdulatip (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Fatimah Bt N. K Mohd Yunus (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : En. Suryadi Bin Lagga (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru

Dokumentasi : En. Suryadi Bin Lagga (Guru Bimbingan & Kaunseling)

13.0 IMPLIKASI KEWANGAN


14.0 CADANGAN CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM

MULA

Merangka kertas kerja.

Penyediaan tapak siaran langsung, surat-menyurat dan poster.

Taklimat / panduan pelaksanaan pada guru.

Taklimat / panduan pelaksaan kepada murid melalui hebahan.

Pelaksanaan program.

Laporan program.

TAMAT

15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Program Bicara Ilmu ‘Who Are You’ ini menjadi platform yang
terbaik untuk mendedahkan, mendorong, membimbing dan memotivasikan murid-murid
untuk menghadapi tekanan dan emosi sepanjang menghadapi tempoh PKPD. Di samping,
mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang murid bagi melaksanakan
kelas dan tugasa online yang dibekalkan oleh guru-guru.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

(SURYADI BIN LAGGA) (AIDAH BINTI ABDULATIP)


Guru Bimbingan dan Kaunseling PK Hal Ehwal Murid
SK Sahabat II SK Sahabat II
Lahad Datu Lahad Datu

Diluluskan oleh :

(JAIS BIN SCOTLE)


Guru Besar
SK Sahabat II
Lahad Datu

You might also like