You are on page 1of 25

1

Kajian Terhadap Perbezaan Prestasi Pelajar Lukisan Kejuruteraan Antara


Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian

Noor Hamizah binti Hamzah


Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi


pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan antara sekolah menengah teknik
dan sekolah menengah harian dan mengenalpasti sama ada faktor tersebut
mempengaruhi perbezaan keputusan bagi kedua-dua buah sekolah tersebut . Kajian
merangkumi pelbagai aspek iaitu minat dan sikap pelajar, peranan dan dorongan ibu
bapa, kaedah pengajaran guru dan kemudahan pembelajaran yang merujuk kepada
penggunaan alat atau bahan bantu mengajar. Kajian dijalankan terhadap Sekolah
Menengah Teknik Jasin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Kajian
berbentuk deskriptif kuantitatif ini melibatkan sampel 40 orang pelajar dari SMT
Jasin dan 20 orang pelajar dari SMK Dang Anum. Instrumen kajian yang digunakan
adalah soal selidik dan analisis data. Instrumen soal selidik mempunyai 2 bahagian
iaitu bahagian A adalah latar belakang responden dan bahagian B adalah menjawab
empat persoalan kajian yang mengandungi 16 item kesemuanya. Hasil analisis
daripada persoalan kajian mendapati secara keseluruhannya, kesemua faktor yang
dikaji mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan khususnya peperiksaan SPM
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Beberapa faktor pendorong yang dikaji,
juga mempengaruhi perbezaan pencapaian keputusan SPM antara sekolah menengah
teknik dan sekolah menengah harian. Perbezaan pengaruh faktor pendorong ini
diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk
memberi lebih tumpuan disamping memperkukuhkan lagi kekuatan yang sedia ada
dalam usaha memperbaiki keputusan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam
SPM setanding dengan pencapaian mata pelajaran tersebut di Sekolah menengah
teknik.

Kata kunci : Lukisan Kejuruteraan, keputusan peperiksaan, perbandingan faktor

ABSTRACT

This study was conducted to identify the factors that influence the achievement of
Engineering Drawing between technical schools and secondary schools and to
determine if these factors influence the difference in the results for both schools. The
study covers various aspects of interest and attitudes , and the role of parental
encouragement , teaching methods and learning facilities, which refers to the use of
tools or teaching aids . The study was conducted of Sekolah Menengah Teknik Jasin
2

and Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. This quantitative descriptive study
involving a sample of 40 students from SMT Jasin and 20 students from SMK Dang
Anum . The instrument used was a questionnaire and data analysis . Questionnaire
has two parts, A is the background of the respondents and part B is to answer four
research questions which contains 16 items in total. The analysis of the research
questions as a whole , these factors are affecting the quality of the SPM examination
results , particularly in Engineering Drawing . Several motivating factors studied,
also influence the difference in achievement between schools SPM technique and
secondary schools. Differences in the motivating factors is expected to serve as a
guideline for the parties concerned to focus while strengthening existing strengths in
order to improve the results of Engineering Drawing in SPM Compared to subjects in
secondary technical schools .

Keywords: Engineering Drawing , examination results , comparison of factors

PENGENALAN

Masyarakat sinonim dengan pengeluaran pelajar jurusan teknik mahupun


vokasional dari sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional dan
yang terkini ialah kolej vokasional menggantikan sekolah vokasional tersebut.
Lukisan Kejuruteraan LK dalah antara mata pelajaran teknikal yang disenaraikan
dalam senarai matapelajaran elektif teknikal yang diajar di sekolah menengah teknik
dan vokasional khususnya dan sekolah menengah harian biasa umumnya. Mata
pelajaran ini ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam sistem pendidikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan memainkan peranan
utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara.

Di Malaysia, dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan negara,


Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kurikulum baru untuk sekolah
menengah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017.
Kurikulum baru ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan
murid yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran
yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek,
emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta
perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu, ia juga memberi
peluang murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.
3

Dalam menghadapi pesaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan


sesebuah negara sangat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang dimiliki oleh rakyat (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PPPM, 2013-3025). Justeru, walaupun Lukisan Kejuruteraan merupakan mata
pelajaran pilihan dalam elektif teknikal , sememangnya tidak boleh dipandang remeh
prestasinya dari masa ke semasa. Tinjauan terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2015 iaitu transformasi yang akan berlaku terutama dalam
elombang 1 (2013 – 2015) ialah rombakan soalan peperiksaan dengan tumpuan
kepada peningkatan soalan berfikir aras tinggi (HOTS) serta pengurangan 25%
jurang bandar dan luar bandar dalam tempoh 3 tahun (2013 – 2015).

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Dalam usaha untuk memastikan jurang pendidikan antara luar bandar dan
bandar dikecilkan, maka perbandingan pencapaian keputusan peperiksaan harus
dibuat. Sungguhpun boleh dikatakan bukan semua sekolah menengah teknik terletak
di kawasan bandar, namun perbandingan ini hakikatnya mampu memberi sumbangan
secara tidak langsung terhadap keberhasilan utama Gelombang Pertama
Transformasi Pendidikan Negara. Kecemerlangan akademik pelajar diukur melalui
pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Jadual menunjukkan pencapaian
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan bagi SMT Jasin dan SMK Dang Anum dari tahun 2011 hingga 2013.
Pencapaian keseluruhan keputusan peperiksaan sekolah menengah teknik hakikatnya
lebih menyerlah berbanding sekolah menengah harian. LK tidak terkecuali. Peratus
lulus LK Sekolah Menengah Teknik Jasin dalam SPM 2013 ialah 97.44% .
Manakala peratus lulus LK di Sekolah Menengah Kebangsaaan Dang Anum dalam
peperiksaan yang sama ialah 92.9%. SMT Jasin memperoleh Gred Purata Mata
Pelajaran GPMP sebanyak 3.46 berbanding GPMP yang diperoleh oleh SMK Dang
Anum iaitu 4.49. Ini menunjukkan pencapaian keseluruhan SMT Jasin jauh lebih
baik dan berkualiti kerana peratusan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang
A adalah sebanyak 35.26% manakala peratusan pelajar yang memperoleh keputusan
cemerlang dari SMK Dang Anum hanyalah sebanyak 28.1% sahaja.
4

Jadual 1. Pencapaian Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM bagi SMT


Jasin dan SMK Dang Anum dari tahun 2011 hingga 2013

Tahun SMT Jasin SMK Dang Anum

Cemerlang % Lulus GPMP Cemerlang % Lulus GPMP

2011 63.07 99.17 2.34 44.8 100 3.00

2012 32.06 98.61 3.53 0 96.2 5.08

2013 35.26 97.44 3.46 28.1 92.9 4.49

Purata 43.46 98.41 3.11 24.3 96.37 4.19

PERNYATAAN MASALAH

Salah satu faktor kemerosotan keputusan adalah sikap murid sendiri. Ramai
murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap mata pelajaran
elektif ini tidak sepenting mata pelajaran elektif yang lain. Murid tidak menjawab
soalan-soalan dengan baik. Faktor minat adalah faktor yang penting bersesuaian
dengan pandangan yang dibuat oleh Abu Zahari. Menurut Abu Zahari (1987), minat
dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi
pembelajaran. Seseorang yang berminat dalam sesuatu perkara yang dipelajari akan
menunjukkan pencapaian yang tinggi dan keadaan sebaliknya akan berlaku jika tiada
minat berkaitan. Seseorang murid yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya
akan sentiasa menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi oleh guru, sentiasa hadir ke
kelas, bersemangat untuk belajar dan sentiasa berusaha dalam pelajarannya
(Kamaruddin, 1997). Selain itu, Suradi (1987) mendapati bahawa sikap terhadap
guru akan mempengaruhi minat dan usaha ke arah kejayaan murid. Sikap negatif
terhadap guru boleh melemahkan minat dan motivasi murid dalam mata pelajaran
yang diajar oleh guru tersebut.

Sehubungan itu, di dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk menjalankan


kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mata pelajaran LK
dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua buah sekolah SMT Jasin dan SMK Dang
5

Anum, seterusnya mengkaji faktor yang menyumbang kepada perbezaan prestasi


pelajar LK di kedua-dua buah sekolah tersebut. Maka, kajian ini diharap menepati
pelan transformasi pendidikan seperti yang telah dinyatakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai


beberapa faktor yang telah dikenal pasti oleh pengkaji yang mungkin mempengaruhi
keputusan peperiksaan mata pelajaran LK di kedua-dua buah sekolah SMT Jasin dan
SMK Dang Anum. Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu :
(a) Mengenal pasti faktor minat dan sikap mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
(b) Mengenal pasti faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan
(c) Mengenal pasti faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi kualiti
keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
(d) Mengenal pasti faktor penggunaan alat / bahan bantu mengajar
mempengaruhi kualiti peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan
(e) Mengenal pasti faktor-faktor yang dinyatakan mempengaruhi perbezaan
pencapaian keputusan peperiksaan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
antara SMT Jasin dan SMK Dang Anum.
Soalan-soalan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah :
(a) Apakah minat dan sikap murid mempengaruhi pencapaian mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan?
(b) Apakah pengajaran guru mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan murid?
(c) Apakah manakah peranan dan dorongan ibu bapa mempengaruhi pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
(d) Adakah penggunaan alat atau bahan yang digunakan oleh guru semasa
pembelajaran dan pengajaran mempengaruhi pencapaian mata pelajaran
lukisan Kejuruteraan?
6

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi satu panduan dan membantu
pihak-pihak yang berkaitan, umumnya sekolah dan khasnya guru-guru dan pelajar
yang mengimpikan kejayaan yang cemerlang. Selain itu, kajian ini juga dapat
mengetahui sejauh mana pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
berbanding sekolah lain di peringkat daerah. Ini penting, selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran iaitu mempersiapkan modal insan yang berdaya saingdi
peringkat global. Maka mereka harus bersedia untuk bersaing di pringkat awal lagi.
Kepentingan ini khususnya merujuk kepada :
i. Pelajar-pelajar yang masih berada di sekolah menengah rendah agar
mereka dapat merencana serta merancang matlamat pembelajaran mereka
dengan jelas dan tepat.
ii. Ibu bapa dapat memainkan peranan khususnya dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guru dapat membantu pelajar dengan memberi sokongan pelbagai
bentuk terhadap anak-anak mereka seperti sokongan moral dan
sebagainya.
iii. Guru-guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan agar dapat
mempertingkatkan lagi daya usaha mereka untuk memberi pengetahuan
dan pendedahan yang sebaik mungkin kepada anak didik mereka. Selain
itu diharapkan agar para guru dapat membuat pemantauan diri terhadap
peranan dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan tidak formal. Selain itu, guru juga harus
lebih kreatif dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran dan
memperkenalkan teknologi dalam sistem pembelajaran
iv. Pengurusan sekolah untuk mengenal pasti faktor dan kepentingan yang
wajar diberi perhatian dan perlu disediakan untuk mengekalkan kualiti
pendidikan. Pihak sekolah harus berperanan menyediakan atau
melengkapkan kemudahan yang dapat digunakan oleh guru-guru sebagai
persediaan mereka untuk menyediakan bahan pengajaran mereka.
.
7

Keseluruhannya, kajian ini di harapkan dapat memberi panduan kepada


pihak-pihak yang berkenaan dalam meneliti kelemahan seterusnya mengekalkan
kekuatan sedia ada untuk kepentingan bersama.

METADOLOGI

Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriprif kualitatif. Kajian deskriptif kualitatif
menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diproses daripada
soal selidik atau media-media lain.

Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada 40 orang murid Tingkatan 5 dari SMT
Jasin dan 20 orang murid dari SMK Dang Anum yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan dipilih untuk kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 60
orang murid. Sampel terdiri daripada murid lelaki dan perempuan daripada pelbagai
bangsa dan kumpulan pencapaian.

Instrumen Kajian
Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai pembolehubah yang
dikaji, borang soal selidik telah digunakan. Borang soal selidik ini terdiri daripada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Dalam bahagian A adalah berkaitan
dengan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, keputusan pencapaian
dalam PMR. Soalan yang dikemukakan mengandungi beberapa jawapan di mana
responden hanya perlu menandakan pilihan pada ruang yang dirasakan sesuai dengan
diri responden. Item bahagian tersebut merupakan soalan tertutup. Menurut Sidi
(1981), soalan tertutup sesuai digunakan untuk memperolehi data objektif, tanpa
maklumat tambahan dan penilaian responden.

Bahagian B mempunyai 16 soalan yang berkaitan pernyataan yang


dibahagikan kepada empat bahagian mengikut persoalan kajian iaitu faktor minat dan
sikap, peranan dan dorongan keluarga, kaedah pengajaran guru dan penggunaan alat /
bahan bantu mengajar. Setiap taburan item soalan pula dikelaskan mengikut setiap
pemboleh ubah yang dikaji. Pernyataan-pernyataan soal selidik adalah mengikut
8

Skala Likert. Skala Likert digunakan kerana skala ini mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang sangat tinggi iaitu sehingga 85 peratus (Mohd Majid, 1994).
Skala Likert jenis lima mata digunakan untuk menilai dapatan kajian.

Jadual 2. Jadual pengkelasan Likert 5 skala


Likert Pengkelasan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Pengkelasan skala Likert beserta dengan markah skor ditunjukkan pada


Jadual 2. Setiap taburan soalan pula dikelaskan mengikut setiap persoalan kajian
yang dikaji. Jadual 3 menunjukkan taburan soalan berdasarkan persoalan kajian dan
jenis skala yang digunakan bagi setiap persoalan kajian.

Jadual 3: Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian dan jenis skala


Pemboleh ubah Item Skala yang digunakan

Minat dan sikap 1, 2, 3, 4 Likert

Peranan dan dorongan ibu bapa 5, 6, 7, 8 Likert

Kaedah Pengajaran Guru 9, 10, 11, 12 Likert

Alat / bahan bantu Mengajar 13, 14, 15, 16 Likert

ANALISIS DATA

Data yang diperoleh dari bahagian B soal selidik diproses dan hasilnya
dipaparkan dalam jadual-jadualdi bawah. Setiap item dianalisis, dikumpul mengikut
aspek dan dipersembahkan dalam bentuk jadual min skor. Data tersebut juga
dipersembahkan dalam bentuk graf garis berganda kerana terdapat lebih daripada
satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza. Kaedah persembahan secara
9

visual adalah penting kerana ia menjadikan pembacaan lebih mudah dan efektif .
Jadual 4 menunjukkan purata min keseluruhan bagi setiap faktor yang dinyatakan,
iaitu faktor minat dan latar belakang pencapaian, peranan dan dorongan ibu bapa,
kaedah pengajaran guru dan penggunaan alat / bahan bantu mengajar yang
mempengaruhi pencapaian keputusan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam
peperiksaan khususnya SPM.

Jadual 4 : Perbandingan Min Skor setiap faktor antara SMT Jasin


dan SMK Dang Anum
Pemboleh ubah Min skor

SMT Jasin SMK Dang Anum

Minat dan sikap 3.82 3.48

Peranan dan dorongan ibu bapa 3.66 3.31

Kaedah Pengajaran Guru 4.14 3.96

Alat / bahan bantu Mengajar 4.21 3.26

Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan wujud pengaruh terhadap keempat-


empat faktor tersebut yang membantu kepada pencapaian prestasi yang agak baik di
dalam peperiksaan. Namun demikian, sekiranya dibuat perbandingan antara
keempat-empat faktor tersebut di SMT Jasin, nilai min yang paling tinggi ialah
faktor peralatan, bahan, keperluan asas untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran mencatatkan, nilai min 4.21. Faktor ini merupakan faktor yang
dominan , yang menunjukkan peranan kemudahan peralatan, alat bantu mengajar,
makmal komputer, dan kelas yang kondusif sangat mempengaruhi pencapaian
pelajar. diikuti dengan faktor kaedah pengajaran guru, iaitu dengan min purata 4.14
dan faktor minat serta sikap pelajar terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraa ,
mencatatkan nilai min 3.82. Faktor yang paling minima kesannya ke atas pencapaian
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif ialah faktor
peranan dan dorongan keluarga, dengan nilai min sebanyak 3.66. Perkara ini
mungkin didorong oleh penempatan pelajar-pelajar SMT Jasin di asrama yang mana
kehidupan mereka seharian sebagai pelajar jauh dari ibu bapa. Hubungan secara
10

terus tidak timbul antara ibu bapa dengan pelajar, maka adalah benar faktor-faktor
lain lebih dominan pengaruhnya terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Berlainan pula dengan pencapaian pelajar-pelajar di SMK Dang Anum.


Analisis data menunjukkan faktor kaedah pengajaran guru merupakan faktor
dominan yang mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 3.96. Faktor minat dan sikap
merupakan pengaruh kedua tertinggi dengan catatan min sebanyak 3.48. Diikuti
faktor peranan dan dorongan ibu bapa dengan min skor 3.31. Faktor alat / bahan
bantu mengajar mencatakan min skor paling rendah iaitu 3.26, menunjukkan masih
kurang pengaruh faktor ini dalam membantu peningkatan prestasi pencapaian mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan.

PERBINCANGAN

Mengenal pasti faktor minat dan sikap mempengaruhi kualiti keputusan


peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Merujuk kepada data bagi kedua-dua buah sekolah, penyelidik mendapati


faktor minat dan sikap mempengaruhi kualiti pencapaian mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Hasil dapatan kajian menunjukkan min skor SMT Jasin dan SMK
Dang Anum berada pada tahap sederhana dengan min skor 3.82 dan 3.51 masing-
masing. Daripada 4 item yang disoal dalam faktor ini, item pertama mendapat skor
tertinggi dengan sebanyak 42.5% memilih skala 5 – sangat setuju dipilih atau terpilih
mengikuti aliran teknikal. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor
antaranya ialah keperluan pekerja mahir di bidang yang berkaitan teknik dan
vokasional terutama di sector perkilangan dan sector swasta yang lain. Menurut Abu
Zahari (1987), minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk
mempengaruhi pembelajaran. Seseorang yang berminat dalam sesuatu perkara yang
dipelajari akan menunjukkan pencapaian yang tinggi dan keadaan sebaliknya akan
berlaku jika tidak dipupuk minat yang berkaitan. Telah banyak kajian berkaitan
faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar.
11

Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang


dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Menurut Abdul
Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006), dalam kajiannya ke atas
pelajar Sarjana Muda Bahasan Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia
mendapati bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab adalah
penting dalam menentukan kejayaan mereka. Noraini Omar (2008) dalam kajiannya
mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori
berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Item ketiga dengan penyataan ayat “ kamu seronok setiap kali hadir ke
sekolah sekiranya pada hari tersebut ada mata pelajaran LK” mencatatkan min skor
kedua tertinggi dalam kumpulan faktor pendorong yang sama dengan lebih separuh
memilih “setuju” dan “sangat setuju”. Melihat kepada min skor pada kajian berada
pada tahap positif, ini bererti kedua-dua buah sekolah mempunyai kumpulan pelajar
yang mempunyai minat untuk mengikuti pengajaran. Secara tidak langsung, apabila
pelajar yang penuh minat ini terus dibimbing dan diletakkan sasaran terhadap
mereka, mereka akan lebih yakin dan bersemangat untuk berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan.

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran LK telah disoal dalam item ketiga dan
keempat dalam boring soal selidik. Namun item keempat tersebut “ adakah kamu
pastikan kerja sekolah LK yang diberikan oleh guru siap pada masa yang ditetapkan
mencatat min skor paling rendah antara lain iaitu 3.35 namun masih berada dalam
pencapaian yang positif. Sehubungan itu guru-guru perlu sentiasa memantau sikap
dan perlakuan mereka agar mereka terus berada pada landasan yang betul. Ceramah
–ceramah motivasi perlu diselangseli juga dengan bengkel teknik menjawab, agar
sikap pelajar sentiasa dipupuk dengan sikap yang positif disamping
memperkukuhkan pemahaman mereka dengan teknik-teknik menjawab dan
sebagainya.
12

Mengenal pasti faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan

Ibu bapa berperanan secara langsung dalam membentuk keperibadian pelajar.


Menurut Halimah dan Kamariah (1993), ibu bapa merupakan orang yang memainkan
peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak Pelajar yang berperibadi
mulia akan sentiasa positif dalam sebarang keadaan. Dapatan kajian bagi kedua-dua
buah sekolah mencatatkan min skor yang paling rendah , namun peranan ibu bapa
dalam mendorong anak –anak untuk berjaya tidak boleh disangkal. Selain itu,
(Ahmad Zabidi Abdul Razak,2003) menyatakan bahawa, ibubapa perlu membiarkan
anak-anak memilih bidang yang hendak diceburi. Jangan memaksa pelajar menjadi
sepertimana yang ibubapa inginkan.

Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti dan program
sekolah memberikan kesan terhadap pencapaian murid (Jowett & Baginsky, 1991;
West, Noden, Edge, & David, 1997). Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa kebanyakan berlaku di tahap awal persekolahan anak-anak. Ibu
bapa lebih cenderung memberi perhatian pada tahap awal persekolahan kerana anak-
anak belum mampu berdikari(Jeynes, 2005; Fletcher & Silberbeg, 2006; Englund,
Luckner, Whaley, & Egeland, 2004). Penglibatan ibu bapa berkurangan apabila
anak-anak mereka memasuki sekolah menengah. Ibu bapa beranggapan bahawa
anak-anak mereka mampu menguruskan pelajaran sendirian dan hanya perlukan
perhatian yang paling minimum daripada ibu bapa(Van Voorhis, 2003; Unger, Leod,
& Tressell, 2000). Penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak merujuk kepada
peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah mahupun di rumah.
Penglibatan mengambil kira sama ada hadir ke sekolah, berkomunikasi dengan guru-
guru atau membantu 14 tugasan sekolah anak-anak di rumah(Christenson, et al.,
1992; Epstein, 2001)

Faktor dorongan ibu bapa meraangkum banyak faktor sama ada dari aspek
sokongan moral mahupun bantuan berbentuk fizikal. Hasil soal selidik menunjukkan
item kedua “ adakah inu bapa kamu menyediakan peralatan yang sepatutnya untuk
kemudahan kamu” mencatat min skor tertinggi iaitu 4.48 dari responden SMT Jasin
13

dan 4.05 dari responden SMK Dang Anum. Ini merupakan tanda positif yang mana
pelajar dari kedua – dua buah sekolah ini mempunyai sokongan yang baik daripada
ibu bapa masing-masing. Kebanyakan peraltan Lukisan Kejuruteraan melibatkan kos
yang agak mahal. Namun atas dorongan dan peranan yang telah diberikan oleh ibu
bapa ini terhadap anak-anak mereka, maka ini menunjukkan ibu bapa telah memberi
komitmen yang sangat baik. Menurut Mohd Salleh (1994), ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan mental, emosi, dan fizikal pelajar.
Kejayaan anak-anak harus diberi pujian, galakan dan ganjaran. Pada waktu yang
sama ibu bapa harus menyediakan kemudahan pembelajaran yang yang terbaik
seperti kemudahan pengangkutan, pembelian buku-buku rujukan, menyediakan kelas
tuisyen dan sebagainya, sekiranya perlu untuk memastikan anak-anak berjaya kelak.
Kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang kepada
kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan gejala luar
yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang
terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Kegagalan
ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka malah
mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara terancang dan tanpa
disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini kepada pihak lain akan
menyebabkan ibu bapa secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran anak-
anak mereka.

Rujukan daripada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 mei 2013,


menyatakan dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu pastikan empat perkara
utama diberikan perhatian dan tumpuan yang sama iaitu aspek agama, sahsiah,
pelajaran dan kemahiran. sebagai ibu bapa kita hendaklah berlapang dada dalam
menerima kekurang dan kelebihan anak-anak.

Mengenal pasti faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi kualiti keputusan


peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Dapatan soal selidik menunjukkan faktor kaedah pengajaran guru


penyumbang kedua tinggi terhadap pencapaian mata pelajaran LK di SMT Jasin dan
merupakan min skor tertinggi dengan pencapaian positif diperoleh di SMK Dang
14

Anum. Analisis pada item yang ke-10 menunjukkan pelajar gembira diberi peluang
untuk bertanya dan bersoal jawab tentang perkara-perkara yang mereka kurang jelas.
Kedua-dua buah sekolah mencatat min tertinggi untuk item tersebut.

Guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi yang akan
datang. Yusuf Al-Qardawi dalam Razali Mat Zin (1996), menyatakan jika
masyarakat hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan,
lihatlah generasi pada masa sekarang. Kenyataan ini menjelaskan bahawa guru
memikul tanggungjawab untuk mendidik dan menyampaikan ilmu agar dapat
melahirkan generasi pewaris yang mempunyai pencapaian akademik yang baik serta
disokong oleh nilai dan akhlak yang terpuji. Tugas guru adalah memudahkan
pembelajaran murid. Menurut Widad (1998), guru yang bijaksana akan menjalankan
proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat dan boleh mencerahkan masa depan
murid dengan peluang yang ada. Pengajaran guru dalam hal ini adalah sebagai
pembimbing atau model serta berupaya mempengaruhi sikap murid terhadap
pencapaian akademik mereka. Menurut Kamaruddin (1997), tanggungjawab dan
tugas guru tidak sahaja mentadbir ataupun menguruskan kelas. Malahan mereka
mempunyai tanggungjawab yang lebih penting dalam proses pengajaran iaitu
menyampaikan ilmu kepada murid. Beliau turut menyatakan pengajaran guru
seharusnya berdaya tarikan dan mampu meningkatkan motivasi murid. Motivasi
akan menjadi berkurangan apabila proses pembelajaran dipenuhi dengan aktiviti
yang tidak bermakna.

Kajian oleh Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin Abd Razak (2010)
menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru
yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru-pelajar dikenal pasti sebagai
ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar
pelajar. Salleh & Hattie (2003) guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk
memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan
dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.Faktor guru adalah signifikan dalam
mempengaruhi minat dan komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi
mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum.
15

Kajian Ee (1998) juga mendapati bahawa guru dapat meningkatkan minat


murid melalui pelbagai rangsangan seperti nada yang berubah-ubah, bahan bantu
yang menarik, permainan dan sebagainya. Melalui cara ini guru akan dapat
meningkatkan minat dan rasa ingin tahun murid terhadap pengajarannya. Murid yang
mendapat motivasi daripada guru biasanya akan menjadi lebih berminat yang
seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran. Kajian How (2007)
misalnya mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng dalam
kalangan pelajar tingkatan dua dan empat di daerah Johor Bahru. Kajian beliau
mendapati faktor yang paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah
adalah disebabkan oleh faktor guru

Secara keseluruhannya, skor min positif yang diperoleh menunjukkan


responden berpuas hati dengan cara pendekatan yang digunakan guru sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran . Guru-guru di kedua-dua buah sekolah ini
merupakan guru-guru yang berpangalaman dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Guru harus sentiasa memastikan proses pengajaran dan
pembelajaranya sentiasa dapat dijalan dengan lebih sistematik dan lancar seterusnya
dapat membantu pelajar meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam peperiksaan.
Menurut Muhammad Suhaimi Taat (2012) beberapa ciri pengajaran dan
penyampaian guru berkesan yang boleh memudahkan pelajar berfikir dan memahami
isi pelajaran yang disampaikan. Antara ciri-ciri tersebut ialah kejelasan dan ketepatan
bahasa, penyoalan , ransangan , galakan, penglibatan maklum balas, rumusan dan
penilaian.

Mengenal pasti faktor penggunaan alat / bahan bantu mengajar mempengaruhi


kualiti peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Penyelidik merujuk kepada kemudahan atau peralatan utama yang sepatutnya


ada di sekolah untuk kemudahan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan dapatan kajian, min skor ini merupakan yang tertinggi atau dominan
daripada responden SMT Jasin berbanding SMK Dang Anum, faktor ini merupakan
faktor yang terendah yang mempengaruhi pencapaian LK. Merujuk kepada item ke-
1
16

4, “adakah kamu dibekalkan dengan kertas soalan dalam helaian A3 terutama


sewaktu ulangkaji”, min skor bg SMK Dang Anum paling rendah antara 4 item kecil
tersebut dan menunjukkan min pada tahap negative iaitu 2.68 berbanding SMT Jasin
iaitu 4.35. Ramai responden yang tidak bersetuju pada item tersebut. Soalan-soalan
dalam helaian A3 hanya dibekalkan daripada buku latihan dan juga set soalan-soalan
peperiksaan. Ini kerana kos percetakan sekiranya dibuat sangat tinggi. Pencetak
hanya digunakan untuk kerja mencetak soalan peperiksaan sahaja. Kesannya pelajar
rasa kurang yakin dengan jawapan yg dihasilkan. Di SMT Jasin, mereka telah
dibekalkan mesin Raizo bersaiz A3, maka kerja-kerja percetakan sangat mudah.
Pelajar mewah dengn soalan-soalan dalam saiz sebenar yang disediakan.

Menurut Mat Noor Hussin dan Abdul Rahmn Ab. Rashid (1988), penggunaan
alat bantu mengajar (ABM) dalam satu pengajaran dan pembelajaran merupakan
antara idea dan kaedah yang disampaikan oleh guru kepada pelajar. Selain itu min
skor yg negatif juga didapati dalam item ke-15. Keselesaan melakukan tugasan-
tugasan AutoCAD I dan II tidak dapat diselesaikan dalam keadaan yang selesa.
Pelajar harus berkongs makmal komputer bersama-sama pelajar lain, dalam erti kata
lain berebut-berebut. Ditambah dengan perisian yang original tidak dibekalkan, dan
masalah memuat naik perisian, guru dan pelajar menjalan tugasan dalam keadaan
yang agak tertekan. Kesannya lebih ketara mepengaruhi semangat pelajar.

RUMUSAN

Sebagaimana yang kita sedia maklum, peperiksaan adalah kayu pengukur


sejauh mana pelajar menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Keputusan
peperiksaan yang baik menunjukkan berlaku sesuatu yang positif di sekolah dan
dalam diri pelajar itu sendiri namun sebaliknya jika keputusan tidak cemerlang
Sesuatu perkara perlu diberi tumpuan. Dalam hal ini penyelidik memfokuskan
kepada 4 faktor sahaja yang iaitu minat dan sikap pelajar, peranan dan dorongan ibu
bapa, kaedah pengajaran guru dan kemudahan alat bantu mengajar.

Kajian berupa soal selidik telah dibuat dan responden yang dipilih adalah
secara rawak, seramai 40 orang responden dari SMT Jasin dan 20 orang dari SMK
17

Dang Anum telah dipilih. Hasil kajian mendapati kesemua faktor yang dikaji
mempengaruhi prestasi pencapaian LK dalam peperiksaan. Pencapaian LK bagi
kedua-dua buah sekolah tersebut dipengaruhi oleh faktor dominan yang berbeza.
Rajah
Menunjukkan perbandingan pengaruh faktor yang mempengaruhi pencapaian LK .

Graf 1 : Perbandingan Pengaruh Faktor Terhadap


Pencapaian Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan antara SMT
Jasin dengan SMK Dang Anum dalam peperiksaan

4
3
2
1
0

Kesimpulannya, kajian
SMT ini
Jasindiharapkan dapat
SMK Dang membantu pihak sekolah amnya
Anum

dan pihak-pihak yang berkenaan khususnya untuk memperbaiki segala kelemahan


seterusnya mengorak langkah untuk terus membantu anak-anak didik mencapai
kejayaan. Sekiranya hasil kajian menunjukkan faktor dominan yang mempengaruhi
SMT Jasin mencatat prestasi LK yang baik adalah disebabkan faktor kemudahan alat
/ bahan bantu mengajar yang elok, lengkap, maka SMK Dang Anum boleh cuba
menaikkan prestasi pencapaian LK dengan cara memberikan fokus kepada faktor
tersebut pula., dan begitulah sebaliknya. Pihak PIBG juga harus terlibat sama dalam
membantu pihak sekolah dengan memberi bantuan dalam bentuk kewangan
mahupun motivasi.

Selain itu, pihak – pihak bertanggungjawab seperti Pejabat Pelajaran Daerah


boleh juga membantu dengan menjalankan beberapa aktiviti yang memerlukan
kerjasama antara dua pihak sekolah menengah teknik dan sekolah menengah harian.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :

i. Perkongsian pintar guru. Perkongsian ilmu bukan sahaja terhad kepada


kursus atau mesyuarat malahan juga praktikal di alam siber. Sutarmi
18

Kasimun (2010) Repositori institusi merupakan satu pendekatan terkini yang


telah diterima pakai oleh kebanyakan institusi ternama di peringkat
antarabangsa.Repositori ini adalah dalam format digital dengan spesifikasi
tertentu bagi membolehkan ianya dimuatnaik dan disimpan dalam satu
pangkalan data yang khusus, seterusnya disusun dan diindeks agar ia dapat
disebar serta diakses semula dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Penubuhan
repositori institusi tidak dapat dipisahkan dari matlamat menggalakkan
perkongsian ilmu secara percuma. Kajian menunjukkan, apabila
maklumat ditawarkan tanpa dikenakan apa-apa bayaran, secara tidak
langsung ia dapat mempercepat dan meningkatkan aktiviti petikan karya
(citation) kepada maklumat berkenaan (Antelman, 2004), (MacCallum &
Parthasarathy, 2006). Rujukan kepada sumber berbayar adalah terhad di
mana hanya mereka yang mempunyai sumber kewangan dan melanggan
kepada perkhidmatan berkenaan berpeluang mendapat faedah
daripadanya.

ii. Program Pertukaran Pelajar dan program motivasi pelajar peringkat


daerah. Aziz Nordin dan Hur Hifzan Hussin (2011) turut menyatakan
apabila mereka mengajar ataupun berkongsi ilmu dengan orang lain,
mereka akan mendengar perkara yang sama sekali lagi. Ini membuatkan
mereka berfikir sekali lagi. Ini akan menambah idea yang lebih banyak
tentang perkara yang sama. dengan lebih mendalam dan mengingatinya
lebih lama. Dengan berinteraksi dengan orang di sekeliling, pengalaman
dan pengetahuan baru akan bertambah. Mohamad Johdi Salleh (2012),
tahap kesihatan fizikal yang baik juga mempengaruhi kecerdasan minda
pelajar. Ini bermakna aktiviti luar kelas seperti kokurikulum yang
dianjurkan oleh pihak sekolah adalah salah satu langkah yang baik untuk
melahirkan insan yang memenuhi aspirasi Negara seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN
19

Abdul Fatah Hasan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan
PublicationsAnd Distributors Sdn. Bhd.

Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya :
Fajar Bakti Sdn. Bhd

Azizi Yahya dan Gan Lui Nam. Peranan Ibu bapa. Fakulti Pendidikan . Universiti
Teknologi Malaysia

Azrul Azlan (1988). Satu tinjauan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi


mata pelajaran lukisan kejuruteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mersing. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Halimah Ab.Rahman dan Kamariah Ibrahim. (1993). Pengurusan dan Pengelolaan


Pusat Pra Sekolah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

How, Lee Chan. (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng di


kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Kertas Tesis Sarjana (Tidak
Diterbitkan). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jeynes, W. H. (2005). A meta-analysis of the relation of parental involvement to


urban elementary school student academic achievement. Urban Education,
40, 237 – 269.

Jowett, S., dan Baginsky, M. (1991). Parents and education: Issues, options and
strategies. Educational Research, 33, 199 – 204.

Kamarudin Hamat (2003). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran: Satu


tinjauan di kalangan pelajar pengajian kejuruteraan jentera di dua buah
sekolah menengah teknik di Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
20

Masita Miskam (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam mata


pelajaran di kalangan aliran teknik dan vokasional di Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Johdi Salleh. (2012). Kajian Terhadap Faktor-Faktor Mempengaruhi


Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah . Labuan
International Conference on Educational Research – LICER 2012. Universiti
Islam Kuala Lumpur. Financial Park Complex Wilayah Persekutuan Labuan.
5-7 July 2012.

Mohammad Yusof Hj Arshad dan Nor Hafidatulhusna Miskam . Hubungan Gaya


Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia

Mok Soon Sang. (2010) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian
Profesional.

Muhammad Suhaimi Taat (2012). Pengajaran dan Penyampaian yang Berkesan.


Majalah Pendidik

Nordin dan NurHifzan Hussin (2011). Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir
Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran, Bernice McCarthy

Nor Azli Mohd Rusdin (2012). Pengurusan Data : Penulisan Refleksi


Pembelajaran Bagi 5 Unit Yang Dinyatakan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Pang Chau Leong (2011). Key Reforms in Revitalising Technical and Vocational
21

Education and Training (TVET) in Malaysia. 2 – 3 August 2011. Colombo,


Sri Lanka :

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


Matlamat
dan Misi. Kementerian Pendidikan Malaysia

Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Bordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar
dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti
Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal
Pendidikan. 35(2): 61-69

Sutarmi Kasimun. (2010) . Peranan Repositori Institusi dan Perpustakaan dalam


Meningkatkan Visibiliti Penyelidikan . The Role of Institutional Repository
and Library in Enhancing Research Visibility. Perpustakaan Universiti
Malaya. Kekal Abadi 28 (2) 2010

Turan Akman Erkilic (2008) . Importance of Educational Philosophy in Teacher


Training for Educational Sustainable Development. Middle-East Journal of
Scientist Research. Faculty Education : Andalou University, Turkey;

Van Voorhis, E. (2003). Interactive homework in middle school : Effects on family


involvement and science achievement. Journal of Educational Reseach, 96,
323-338.

Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia., Nota Kuliah, tidak diterbitkan

Yahya Don (2005) . Kepimpinan dan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


22

Dlm. Fatimah Danial. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. (1 – 3).


Bentong : PTS Profesional
.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130526/ke_03/Faktor-
kejayaan-anak-anak#ixzz33lD99f5P © Utusan Melayu (M) Bhd

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

ABSTRAK 1

ABSTRACT 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN 3

3.0 PENYATAAN MASALAH 4


23

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN 6

6.0 METADOLOGI 7

7.0 ANALISIS DATA 8

8.0 PERBINCANGAN 10

9.0 RUMUSAN 16

10.0 RUJUKAN 18

11.0 LAMPIRAN
11.1 KERTAS SOAL SELIDIK

MPK 1063
24

PHILOSOPHY AND PRINCIPLES OF TVE

Kajian Terhadap Perbezaan Prestasi Pelajar Lukisan


Kejuruteraan Antara Sekolah Menengah Teknik dan
Sekolah Menengah Harian

Disediakan oleh :
Noor Hamizah binti Hamzah (MP 131420)

Pensyarah :
Dr Asnul Dahar bin Minghat

PROPOSAL
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
SEPARUH MASA / SAMBILAN (HLPS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)
25

Kajian Terhadap Perbezaan Prestasi Pelajar Lukisan


Kejuruteraan Antara Sekolah Menengah Teknik dan
Sekolah Menengah Harian

Disediakan oleh :
Noor Hamizah binti Hamzah
780417 – 04 – 5336

You might also like