You are on page 1of 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Teton 07.231 0000, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Ponwarah 07-231 0198 JALAN TUN ABDUL RAZAK Timbaan 072310191 80604, JOHOR BAHRU ae TATE an JOHOR DARUL TAZIM Emel pn johor@moe gov Ruj.Kami: JPNJ.HEM.800-3/1/5 (22) Tarikh {Jun 2022 Pengetua dan Guru Besar ‘Sekolah-sekolah Negeri Johor Melalui Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor Tuan, PERINGATAN MESRA PENGGUNAAN SISTEM SAHSIAH DIR! MURID (SSDM) Dengan segala hormatnya, surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia No. Ruj : KPM.600-17/1/21 Jld 7 (76) bertarikh 1 Disember 2021 dan No Ruj: KPM.600-17/1/21 Jid 3 (17) bertarikh 2 Januari 2020 adalah dirujuk. 2 Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengambil tindakan serta memanjangkan surat tersebut ke semua sekolah di bawah pentadbiran tuan untuk tindakan selanjutnya, Bersama-sama ini disertakan surat-surat tersebut yang menerangkan maksudnya dengan lebih jelas, 3. Kerjasama dan tindakan pihak tuan_amatiah dihargai. Jika pihak tuan mempunyai ‘sebarang pertanyaan, bolehiah menghubungi Encik Mohd Afian bin Ramlan, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 013-7616039/07-2311490 Sekian, terima kasin. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Sektor Pembangunan Murid, b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. ty BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel : 03.8884 9370 MALAYSIA ae atlas Ruj. Kami : KPM.600-17/4/21 Jid.7 (76 ) Tarikh : {Disember 2021 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, ARAHAN PENGEMASKINIAN KATA LALUAN BAHARU BAG! SEMUA PENGGUNA SISTEM SAHSIAH DIRI MURID DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimakiumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima aduan _berkenaan pencerobohan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SDM). 3. Sehubungan itu, BPSH telah mengadakan perbincangan dengan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat KPM dan memutuskan agar semua pengguna SSDM di jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah KPM diarahkan untuk mengemaskini kata laluan baharu bagi menggantikan kata laluan asal (default) mulai 1 Disember 2021. 4, Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato/DrJ/tuan/puan, berikut adalah maklumat berkenaan penukaran kata laluan untuk panduan semua pengguna SSDM di sekolah berdasarkan peranan-peranan berikut i. Kod Sekolah (Guru Biasa) a. Pengetua/Guru Besar atau guru boleh log masuk ke SSDM menggunakan ID Kod Sekolah dan kata laluan asal yang telah ditetapkan. b. Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan kata laluan baharu dikemaskini bagi ID Kod Sekolah. Sebarang pengemaskinian kata laluan hendaklah dimaklumkan kepada guru-guru sekolah tersebut sahaja. c. Pengetua/Guru Besar boleh merujuk kata laluan bagi ID Kod Sekolah(Guru Biasa) melalui log masuk PGB, d. Pengetua/Guru Besar juga boleh menukar kata laluan baharu bagi ID Kod Sekolah(Guru Biasa) melalui log masuk PGB tersebut. 2 sila catatkan rujuken Bahagi KPM.600-17/1/21 Jid.7 (76 ) i, PGB a. Pengetua/Guru Besar atau guru log masuk menggunakan nombor kad pengenalan PGB dan kata laluan asal b. Pengetua boleh menukar kata laluan baharu bagi ID PGB dengan mengemaskini kata laluan baharu ii, PK2 a. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) log masuk menggunakan nombor kad pengenalan PK2 dan kata laluan asal b. Penolong Kanan HEM boleh menukar kata laluan baharu bagi ID PK2 dengan mengemaskini kata laluan baharu lv. PKP a. Penolong Kanan Petang boleh log masuk menggunakan nombor kad pengenalan PKP dan kata laluan asal b. Penolong Kanan Petang boleh menukar kata laluan baharu bagi ID PKP dengan mengemaskini kata laluan baharu v. GDS a. Guru disiplin boleh log masuk menggunakan nombor kad pengenalan GDS dan kata laluan asal b. Guru disiplin boleh menukar kata laluan baharu bagi ID GDS dengan mengemaskini kata laluan baharu vi. GKK a. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh log masuk menggunakan nombor kad pengenalan GKK dan kata laluan asal b. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh menukar kata laluan baharu bagi GKK dengan mengemaskini kata laluan baharu 4. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato/Dr/tuan/puan, syarat kata laluan baharu adalah sekurang-kurangnya 8 aksara dan tidak melebihi 12 aksara. Gabungan aksara haruslah terdiri daripada huruf dan nombor sahaja. Huruf yang digunakan pula hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya 1 huruf besar. 5. Bagi pengguna SSDM di peringkat JPN dan PPD pula, kata laluan baharu boleh dikemaskini melalui log masuk JPN dan PPD dan kata laluan asal yang telah ditetapkan sebelum ini Sl ‘iia calatkan nujukan Bahagian ini apabila berhuburg. KPM.600-17/1/21 Jid.7 (76 ) 6. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr.tuan/puan untuk memastikan JPN, PPD dan sekolah di bawah kawalan YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan mengambil maklum akan arahan ini dan mengambil tindakan proaktif dengan mengemaskini kata laluan yang baharu dengan kadar yang segera. Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan tethadap perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasit Sekian, “ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ” “ BERKHJDMAT UNTUK NEGARA ” Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 03-8884 0370 62604 PUTRAJAYA, Fake : 03-8884 0315 MALAYSIA ‘Laman Web : wwrv.moe.gov.my Ruj. Kami; KPM.600-17/1/24 Jid.3 (77 ) Tarikh + OWanuari 2020 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato/Tuan, PENGISIAN REKOD AMALAN BAIK DI DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID VERS! 2.0 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di ates. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0 pada 10 Mei 2016 bagi menggantixan Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang dilaksanakan sejak tahun 2012. Antara penambahbaikan yang dibuat ke atas sistem adalah daftar masuk untuk pelbagal peranan seperti Guru Biasa, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penyelia Petang, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Pengotua/Guru Besar, perekodan amalan baik murid, penjanaan status sahsiah setiap murid serta penjanaan surat bagi hukuman yang dikenakan ke atas murid. 3. Untuk pengetahuan pihak YBhg. Dato'/Tuan, perekodan salah laku dan amalan baik di dalam SSDM kepada murid memberi kesan secara langsung kepada status sahsiah setiap murid sekolah KPM yang dijana secara automatik secara dalam talian setelah amalan baik dan salah laku direkodkan oleh guru. Setiap amalan baik yang direkodkan oleh guru akan menyebabkan penambahan mata skor murid manakala setiap hukuman yang dilaksanakan ke atas murid pula akan membawa kepada pengurangan mata skor murid. Hasilnya, setiap murid akan dikategorikan kepada status sahsiah berikut iaitu Terpuji, Amat Baik, Baik, Perlukan Perhatian dan Perlukan Perhatian Serius berdasarkan mata skor murid tersebut. 4, Mulai tahun 2020, KPM telah memutuskan agar perekodan amalan baik hanya berfokus kepada murid yang mempunyai status sahsiah perlukan perhatian dan perlukan perhatian serius. Status sahsiah bagi setiap murid di sekolah boleh dijana melalui log masuk Guru Penolong Kanan HEM atau Guru Disiplin. Status sahsiah tersebut boleh dijana dengan menekan butang Laporan Prestasi Sahsiah di paparan menu hadapan SSDM dan senarai semua murid di sekolah dengan status sahsiah masing-masing dipaparkan dan sedia untuk dicetak. 5. Manakala bagi perekodan amalan baik yang dilakukan oleh murid yang berstatus balk, amat balk dan terpuji pula adalah bergantung kepada pengurusan sekolah. Pihak sekolah diberikan autonomi untuk merekodkan amalan baik murid kategori tersebut mengikut keperluan dan pilihan se 6. __ Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'tuan adalah dimohon untuk memanjangkan surat makluman ini kepada semua sekolah di bawah kawalan pihak YBhg. Dato'tuan. Sekiranya pinak YBhg.Dato'/tuan mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perkara ini, pihak YBhg,Dato'tuan boleh menghubungi Encik Wan Ahmad Fakhrurrazi bin Wan Yusoff, Sektor Pembangunan Sahsiah Murid di talian 03-88849339 atau a fakhrurrazi@moe.gov.my. ‘ia catatkan najukan Banagian ini apabla borhubarg PENGISIAN REKOD AMALAN BAIK 01 DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID VERSI 2.0 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KPM.600-171124 Ji3(77) Tar G2. Janvar 2020 Kerjasama YB8hg, Dato‘tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 4. Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas 4, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta 5, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 6, Pengaran Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian 7. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 8. Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

You might also like