You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 2,

PETI SURAT 61700,


91125, LAHAD DATU, SABAH

KERTAS CADANGAN

JOM KE
SEKOLAH

Anjuran Bersama :

UNIT DISIPLIN DENGAN KERJASAMA UNIT


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 2


1.0 PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan


Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan
salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 RASIONAL

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak
PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang
dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak
dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan
konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke
Sekolah pada awal persekolahan 2019 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk
sahsiah diri murid yang lebih positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah
dan pihak PPS.
3.2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di
dalam atau di luar sekolah.
3.3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19)
bertarikh 29 Julai 2010.
4.0 TARIKH PELANCARAN

4.1. Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Kebangsaan, Negeri,
Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut :

4.1.1. Tarikh : 18 Februari 2019


4.1.2. Hari : Isnin
4.1.3. Masa : 7.50 pagi – 8.50 pagi

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Jais Bin Scotle (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Tina Binti Sanusi (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Aidah Binti Abdulatip (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Fatimah Bt N. K Mohd Yunus (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : En. Suryadi Bin Lagga (Guru Bimbingan & Kaunseling)

AJK : Guru Disiplin & Guru yang terlibat

6.0 ATURCARA MAJLIS

Sila Rujuk Lampiran 1

7.0 PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan kerjasama antara
pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat
meningkatkan kemenjadian murid.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(SURYADI BIN LAGGA) (AIDAH BINTI ABDULATIP)


Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Sahabat 2, SK Sahabat 2,
Lahad Datu. Lahad Datu.

Diluluskan Oleh:

(JAIS BIN SCOTLE)


Guru Besar,
SK Sahabat 2,
Lahad Datu.
Lampiran 1

6.50 pagi - Perhimpunan murid, guru, PIBG dan VIP

- Nyanyian Lagu

- Negaraku

- Sabah Tanah Airku

- Lagu Sekolah

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Ucapan Pengurus Ladang Felda Sahabat 2

- Ucapan Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Pelancaran Jom Ke Sekolah

KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah 2019 dan Pelancaran

Papan Kenyataan PPS

7.50 pagi - Bersurai

You might also like