You are on page 1of 2

5.

0: Huraian adegan paling menyentuh perasaan

Kesan pertama yang muncul setelah selesai menonton filem ‘first they killed my father’
adalah tersentuh dengan jalan penceritaan bagi setiap adegan yang telah disajikan kepada
penonton adalah amat menusuk ke dalam hati sesiapa yang menonton filem ini.

Salah satu adegan yang saya dapati paling menyentuh perasaan adalah apabila ayah
kepada budak yang baru berusia 7 tahun telah dibawa oleh askar Khmer Rouge untuk disuruh
membetulkan jeti disuatu tempat, tetapi ayahnya telah tahu bahawa dia bakal tidak kembali lagi
kesitu maka dia telah menangis kepada isterinya sambil memeluk dan mengucapkan selamat
tinggal kepada isterinya, walaupun ayahnya tidak rela namun apa kan daya mahu melawan
kehendak askar-askar kejam tersebut. Lalu ayahnya mengucapkan selamat tinggal kepada
anak-anaknya dan menyuruh mereka untuk menjaga diri mereka sebaik mungkin, Loung Ung
telah dapat menghidu bahawa ayahnya tidak akan kembali semula kepada mereka dan
menangis ketika memeluk ayahnya. Setelah ayahnya pergi beberapa langkah daripada situ dia
memanggil ayahnya berkali-kali namun ayahnya tidak lagi menoleh kepadanya. Dia menangis
semahu-mahunya namun tiada apa yang boleh dia lakukan. Setiap hari Loung Ung menunggu
ayahnya walaupun dia sudah mengetahui kesudahannya bahawa ayahnya tidak akan pulang
kembali namun dia tetap menunggu benda yang tak pasti tersebut.

Selain itu, adegan yang menyentuh perasaan adalah ketika ibunya terpaksa melepaskan
anak-anaknya pergi menyerah diri kepada askar-askar tersebut dengan mengatakan bahawa
mereka adalah anak yatim demi kebaikan mereka serta supaya mereka diberikan makanan
untuk meneruskan hidup. Sewaktu mereka mahu menyeberangi hutan disitu mereka telah
ternampak bahawa ramai orang telah dibunuh dan diseksa oleh askar-askar tersebut dengan
kejam dan tragis. Setelah sampai di kem tersebut semua anak-anak yatim yang ada disitu telah
dikerah untuk dijadikan petani. Setiap orang mesti melakukan kerja yang telah diarahkan
dengan betul supaya tidak dimarahi oleh askar-askar disana. Pada waktu malam pula Loung
Ung dan kakaknya akan terkenang akan keluarga mereka sebelum mereka tidur dengan hanya
berbekalkan sekeping gambar untuk digunakan sebagai pengubat rindu.

Di samping itu, adegan menyentuh perasaan yang saya dapati ialah apabila ketika
berlakunya peperangan mengejut dan mereka terpaksa berlari bertempiaran menyelamatkan
diri. Ketika itu Loung Ung dapat melarikan diri kedalam hutan bersama kakaknya namun dia
telah dapati bahawa di dalam hutan tersebut telah dipenuhi dengan perangkap yang sangat
banyak, sesiapa yang terpijak perangkap tersebut maka akan mati akibat telah terpijak bom
tersebut. Ketika itu Loung Ung telah menangis dengan kuat kerana terpaksa melihat kematian
yang sangat ramai didepan matanya sendiri iaitu bom meletup diserata tempat yang dipijak
oleh orang-orang disitu.

Kesimpulannya, terlalu banyak adegan yang menyentuh hati dan perasaan apabila
menonton filem ini disebabkan filem ini adalah filem yang diadaptasikan oleh orang yang
memang terlibat di dalam peperangan tersebut, dan menyebabkan kita yang menonton dapat
merasakan sampai ke hati kerana cerita ini adalah benar dan bukan filem fiksi yang direka oleh
penerbit.

You might also like