You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK KKB 2021

Hari ini menanam jagung,


Di bawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera saya ucapkan.


Yang berusaha, Guru Besar SK KKB, Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Nursanty binti Hassan Berseri,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Muhamad Faizal bin Hj. Sani,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Nurol Wahida binti Hassan,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Norzakiah binti Harun,
Seterusnya yang dikasihi guru-guru dan murid-murid SK Kuala Kubu Bharu.

Dari Dataran Arena Jauhari SK Kuala Kubu Bharu, majlis mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan, puan

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK KUALA KUBU


BHARU (KUMPULAN A-MERAH) TAHUN 2021

Pada hari ini, saya Puteri Fiona dan hero saya Shrek akan bersama-sama dengan anda
sehingga ke penghujung majlis.

RAFIZI

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
Baiklah, Puteri Fiona, sebelum hari yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,
marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan doa. Dengan itu, saya mempersilakan
Ustaz Zahari bin Ismail A.K.A Ustaz Transformers, untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.

- BACAAN DOA -

Terima kasih kepada Ustaz Transformers atas kesudian mengetuai bacaan doa
sebentar tadi.

Baiklah puteriku yang cantik.

Hari ini merupakan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK KKB TAHUN 2021. Saya
percaya majlis ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan di hadapan saya ini. Di
mana mereka akan diraikan pada hari ini. Pelbagai pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang tempoh sambutan ini dilaksanakan. Majlis ini juga kita sambut setahun sekali
sahaja tau dan pada tahun ini tema kita ialah KARTUNKU.

CIKGU ATIQAH

Iya betul wahai Heroku Shrek. Hari ini saya lihat ramai kawan kita dari pelbagai cerita
kartun yang turut hadir bersama-sama dengan kita pada hari ini. Disebabkan tema kita
pada hari ini ialah Kartunku, saya nak tanya juga lah. Shrek suka tengok cerita kartun
apa?

RAFIZI

Ok, cuba Puteri Fiona teka. Saya nyanyi lagu untuk cerita apa?

*Nyanyi lagu

Biar semua tahu ini dunia baru,

sama-sama kita tentang sampai menang.

Kuasa ini kita mencari, satu galaksi oooooo.


Kuasa ini jadi realiti.

Lepaskan kuasa mu mereka akan tahu,

ini dunia kau dan aku, hei hei hei..

Melayang kita lawan, bayang mu jadi awan,

yes we are the only one…..

CIKGU ATIQAH

Hurm…cerita apa ye kawan-kawan? (Boboiboy Galaxy)

RAFIZI

Ya. Betul. Itu cerita adiwira yang saya suka. Puteri Fiona pula suka cerita kartun apa?

CIKGU ATIQAH

Saya pun suka tengok cerita adiwira juga tau. Tapi cerita ni dah lama, mungkin ada
kawan-kawab senior kita tahu cerita ni. Saya nyanyi ye.

*Nyanyi lagu

Dia..bagai seorang pahlawan, menjadi pembela, pada yang tiada upaya, dengan
ketangkasan, langkah pergerakannya, menewaskan musuh, yang membuat angkara,
dialah satria.

Biar pun di mana jua di dating di kala malang tiba, melakukan tugas mulia, di desa juga
di kota, dia akan memberikan baktinya, kerna itu aman sejahtera. Keluangman,
keluangman, keluangman.

Tau tak cerita apa?


RAFIZI

Hurm…saya tak tahu lah.

CIKGU ATIQAH

Tajuk cerita ni KELUANGMAN. Cerita ni cerita lama dah masa saya kecik2 lagi. Saya
suka tengok sebab dia selalu tolong orang dalam kesusahan.

Baiklah Shrek, kita tak nak buang masa lagi. Sekarang, kita teruskan majlis dengan
mempersilakan Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu, Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan
A.K.A ………………………………. Untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan
Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-kanak SK Kuala Kubu Bharu (Kumpulan A-
Merah) tahun 2021. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

- UCAPAN GURU BESAR -


- GIMIK PELANCARAN -

Haaa..begitulah tadi gimik pelancaran untuk Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-
kanak kita pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
………………………………. atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan
Majlis kita pada hari ini.

RAFIZI

Puteri Fiona, sekarang ini kita teruskan dengan acara yang paling saya suka.

CIKGU ATIQAH

Apa tu Shrek?
RAFIZI

Acara yang sangat menyelerakan. Dengan ini sekali lagi saya mempersilakan
………………… diiringi oleh barisan pentadbir yang lain untuk menyempurnakan acara
POTONG KEK. Sedapnyaaaaaa….Dengan ini dipersilakan.

- POTONG KEK -

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas kesudian menyempurnakan


acar potong kek sebentar tadi.

CIKGU ATIQAH

Baiklah Shrek, sekarang, jom kita saksikan pula persembahan daripada cikgu-cikgu SK
KKB. Kita ada …………………………………………………………………………..

Tanpa melengahkan masa, dipersilakan.

- PERSEMBAHAN -

Waaaaaaaa. Begitulah persembahan daripada cikgu-cikgu yang bersemangat khas


untuk anak-anak murid yang disayangi. Macam mana? Seronok tak?

You might also like