You are on page 1of 11
Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 TANGGUNGJAWAB DALAM AL- QURAN DAN AL-SUNNAH: PENGESAHAN NAS TERHADAP ELEMEN-ELEMEN TANGGUNGJAWAB ‘Muhammad Atiullah Othman , "Noor Ruladha Mohamed " Jabatan Pengajian Moral, Siviks dan Pembangunan Karekter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Email: atullah@sk upsi.edu.my *Panitia Moral, SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor Email:nooruladha@smkapkkb.edu.my ABSTRAK Elemen-elemen tanggungiawab dikenalpasti ‘mempunyai implikasi terhadap tanggungjawab, Implikasi ini telah disebut oleh sarjana Islam dan Barat. Khususnya, para ‘pemikir Islam mempunyai sandaran yang kuat dari sandaran teks agama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, Oleh demikian, —tulisan ini berobjektif menyebut nas-nas al-Quran dan al: ‘Sunnah yang menjadi sandaran sarjana Islam. Objektif kedua, meneliti sarjana Islam ‘menafsirkan nas-nas ini terhadap elemen- elemen tanggungjawab. Objektif ketiga pula adalah mengetengahkan hasil tafsiran ini sebagai prinsip-prinsip _tanggungjawab. Metodologi —induktif — digunakan bagi ‘mengenalpasti dan memahami pandang- pandangan para cendikiawan terhadap clemen-elemen tangungjawab, Begitu juga methodologi deduktif digunakan untuk ‘mengumumkan pandangan-pandangan berkenaan dengan —_elemen-elemen tanggungiawab dan mengenalpasti_prinsip- prinsip Islam berdasarkan nas-nas. Syarak Hasil kajian menunjukkan terdapat nas Syarak secara jelas mengenai tanggungjawab dan elemen-elemennya, Terutamanya — elemen pengetahuan yang sangat diambil berat dan diangeap paling wtama kerana pengetahuan mengenai nas Syarak bermakna —tiada tanggungjawab. Elemen kehendak dan kudrat pula diambil kira jikalau dikira kuat dan ‘mampu, Manakala perbuatan pula secara langsung diambil kira kerana perbuatan 36 ‘merupakan tanggungiawab fizikal yang sudah elas tanggungiawabnya. Kata kunci: tanggungiawab, moral, nas Syarak, ctika Islam 1.0 PENGENALAN Tangeungiawab difahami sebagai seseorang menjadi" penanggung. terhadap periakvan Sesuatu dan dia hendaklah diperkitungkan terhadap sckumpulan manusia ( Wises jll 5S 8) Al nie say elt Gate wll) (‘Abdullah Darraz (1988: 136). Pengistlahan in tidak jauh berbeza dengan Christopher (2006: 422) yang mendefinisikan tanggungjawab sebagai skauntabilitterhadap pobuetanpebustan, eeseorang yang fmelakukan dan akibatnya yang membawa tnakand sescorang menjadi sea moral Yang boleh dihuikum dan diberi panjaran secara adi (Gccountabilty forthe actions one perform fnd the consequences they bring about for ‘which a moral agent could he justly punished nd rewarded) Dapat disimpulkan daripada dua definisi di alas, tanggungjawab merupakan tanggungan terhadap perlakuan dan hendaklah dihitung kesannya samada dipuji ataupun dikeji, Ia juga bermaksud, tanggungjawab—perlu ddiperhitungkan sama ada baik yang dibalas baik seperti pujian dan pahala, atau buruk dibalas buruk seperti kejian dan dosa Permasalahan paling dasar_—_apabila berbicara mengenai tanggungjawab adalah mengenai cara menghitung tanggungjawab ini sama ada perlu bertanggungjawab ataupun tidak bertanggungjawab. Oleh demikian, para saraja Barat dan Islam telah mengenalpasti empatclemen —tanggungjawab iit pengetahuan, —kehendak, —kudrat_ dan perbuatan Bagi menyelesaikan permasalahn ini, golongan Muktazilah telah dikenalpasti antarasarjana_terawal_—-membahaskan tanggungjawab manusia dan clemen-clemen tangeungjawab (Dughaym 1992: 149-264), Manakala al-Asha'irah pula memberi reaksi terhadap pandangan Muktazilah dengan turut menyebut elemen-elemen ini di bawah polemik perbuatan manusia (al-Zirkan T.th, 510-546, al-Shafi'i Hasan 1998: 467-478). Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 Polemik perbuatan manusia ini juga ‘merupakan teori perbuatan (action theory) yang sering disebut oleh sarjana Barat (Weiner 1995: 7-9, 21, Hasting & Selbie 2000, 1: 75-78) 2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS ‘Rajah 1, Elemen-clemen Tanggungjawab S Muhammad Atiullah (2015) telah menjelas mengenai elemen-elemen —tanggungiawab sebagaimana Rajah 1, Elemen-elemen Tanggungjawab yang dimaksudkan merupakan —gabungan _pengetahuan, kehendak, kudrat dan perbuatan. Kesemua clemen-elemen ini adalah absah kerana elemen-clemen ini sangat bergantungan antara satu sama lain, dan tanpa salah satu elemen tanggungjawab ini, maka tiadalah kesempurnaan tanggungjawab. Terutamanya elemen pengetabuan yang sangat berkait dengan clemen perbuatan, kchendak dan kudrat. Sebagaiman Borchart (2006: 489) mengaitkan pengetahuan dengan perbuatan dan kebebasan. Begitu juga, Honderich (1995: 4-5), Routledge (2000: 5) dan Kamil al-Hajj (2600: 375) mengaitkan pengetabuan dengna perbuatan dan kehendak. Malah, Angelo Corlett, Keith Lehrer, Robert Audi, Hilary Kornblith, Laurence Bonjour, Charles Taylor dan Liao Shenbai sebagsimana disebut Wolf (1999: 479), Corlett (2008: 179-182) dan Liao Shen Bai (2009: 621) memberi keutamaan_elemen pengetahuan dalam —-menjustifikasikan tanggungjawab. Manakala elemen kudrat sangat berkait rapat dengan perbincangan mengenai elemen- elemen tangeungjawab yang lain iaitu pengetahuan, kehendak dan perbuatan, Kaitan, elemen kudrat dengan tanggungjawab ini telah dibuktikan oleh Robert Audi, David 0 Brink, Harry Frankfurt dan Charles Taylor (Wolf 1999: 475.476, Corlett 2008: 182). Paling tama, elemen —kudrat dapat 37 ngeluarkan perbuatan dengan bentuk realiti (Dughaym1992: 213), Kehendak juga merupakan elemen penting dalam perbincangan mengenai justifikasi tanggungjawab, Dughaym (1992: 213) menyebut kedudukan perbincangan kehendak ini sangat berkait rapat dengan perbincangan clemen tanggungjawab yang lain terutamanya elemen perbuatan yang memerlukan "kehendak" agar dapat melakukan_pilihan terhadap perbuatan, Malah, Henry Frankfurt, Keith Lehrer dan ‘Angelo Corlett (sebagaimana disebut oleh Wolf 1999: 475 416, Widerker D, & McKenna 2003: 1-13, Corlett 2008: 184) mengutamakan kehendak dalam menjustifikasikan tanggungjawab. Perbuatan pula merupakan elemen terpenting dalam ~———_mengesabkan tanggungjawab manusia. Buktinya, Dughaym (1992: 195, 207, 236, 243-244, 257, 315-316, 321-322), Weiner (1995: 7-9, 21) dan Hasting & Selbie (2000, 1: 75-78) menyebut babawa proses perbuatan sangat berkait dengan ‘elemen-elemen lain iaitu kudrat, pengetahuan dan Kehendak. Borchart (2006: 489) pula mengaitkan perbuatan dengan pengetabuan dan kebebasan. Honderich (1995: 4-5) dan Routledge (2000: 5) mengaitkan perbuatan dengan pengetahuan dan kehendak. Kamil al- Hajj (2000: 375) mengaitkan perbuetan dengan pengetahuan dan kehendak. Manakala Tannone, William dan Roth pula masing- masing | memfokuskan kaitan _perbuatan dengan satu elemen yang lain iaitu Iannone (2001: 15) mengaitkan perbuatan dengan ehendak, Roth (2005: 1264) mengaitkan perbuatan dengan kudrat, dan William (2008: 459) mengaitkan —perbuatan dengan pengetahuan| Timbul persoalanantara_keempat-empat clemen tanggungjawab ini, yang manakah perlu didabulukan? Ada yang berpandangan bermula dari kudrat, manusia mempunyai pengetahuan dan kehendak. Kemudiannya, berakhir dengan perbuatan, Pandangan ini merupakan cara penjelasan Muktazilah (Dughaym 1992: 149- 264). Namun, ada pula yang berpandangan kkeperluan memulakan dengan perbuatan, Kemudian, kudrat, pengetahuan dan kehendak ‘akan hadir sckali. Pandangan ini adalah cara penjelasan al-Asha’irah dalam -menjelaskan *AaPal “Ibad’ dan cara Barat menjelaskan “Teori Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 of Action’ (al-Zirkan Th: 510-546, al-Shafi'i Hasan 1998: 467-478). Manakala tulisan ini memulakan dengan pengetahuan dahulu kerana bersandarkan teks al-Quran, Surah al-Nisa’ (4 66-68) dan Sahih al-Bukhari (no: 326) yang ‘menyebut kepentingan pengetahuan berbanding. kudrat, kehendak dan perbuatan, 3.0 KEABSAHAN ELEMEN TANGGUNGJAWAB MENURUT NAS SYARAK Sandaran utama tanggungjawab dan elemen- elemennya adalah al-Quran dan al-Sunnah. Al- Quran -mengaitkan Kesemua elemen-elemen tanggungjawab sebagaimanafirman Allah swt 19,5 ath atl all LS OSE Ay Gisela pall ly a Ua pc Ang y La | al Ul el (al-Quran, Surah al-Nisa’ 4: 66-68) Maksudnya! Dan sesunggubnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mercka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan {iman mereka). Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka dari sisi Kami pahala balasan yang amat besat; Dan fentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang Turus. ‘Ayat ini membcritahu perbuatan merupakan kesan dari nasihat pengajaran jaitu ilmu dari Allah, Orang berilmu pula akan melakukan bersesuaian dengan ilmunya bukan bersesuaian, dengan hawa nafsu (al-Tabari 2000, 8: $29, al- Alusi 1415H, 3: 72, al-Sha'rawi 1997, 4: 2382). Ayat ini juga memberitahu perbuatan taat ‘memberi kesan terhadap hati manusia yang ‘mempunyai iman (al-Maraghi 1946, 5: 83, al- Jaza‘iri 2003: 504, al-Sha’rawi 1997, 4: 2383). ‘Oleh demikian, ayat ini dapat menunjukkan clemen-elemen " tanggungjawab ——_iaitu “pengetabuan” yang memandu manusia ke arah perbuatan yang soleh, “kehendak” dalam bentuk iman dalam hatinya pula menjadikan perbuatan kepada realiti perbuatan dan “perbuatan” terhasil dari kudrat, pengetahuan, dan kehendak. Namun, ayat ini tidak menyebut mengenai “kudrat” manusia yang _memberi kesan dati perbuatan solehnya. Walaupun 38, demikian, kudrat dapat dikaitkan dengan perbuatan Kerana perbuatan tidak akan dapat irealisasikan selagi tiada kudrat. Sandaran hadis pula adalah peristiwa Umar dan Ammar yang bethadas besar dan tidak bberupaya mandi junub kerans tiada sir. Berkata Ammar kepada Umar: UUs Joa pb cal LG cal Ue us i celal Ajo dh ygie falls SS clad Ce Chae ll el Se IS, JS Ua pestle a hn Hens ey one Lad Gils GaN AHS, play ea ws ( Sabih al-Bukhari: 326) Maksudaya: ‘Adakah kamu (masih ingat), kita iaitu kamu dan saya dalam keadaan musafir. Kamu tidak sembahyang sedangkan saya berguling-guling atastanah seperti binatang dan bersembahyang. Kemudian, saya menyebut kepada Nabi saw. Baginda —bersabda:_Sesungguhnya cukuplah bagi kamu seperti ini. Lalu Nabi saw. memukul dengan dua tapak tangannya atas tanah dan menghembuskan pada Keduanya, Kemudian, —baginda ‘menyapu dengan kedua tapak tangannya pada muka dan pergelangan tangannya. Hadis ini menycbut Umar tidak bersembahyang kerana beranggapan_hadas besat menghalangnya dari bersembahyang, Manakala Ammar pula bersembahyang kerana merasakan sudah cukup berguling-guling atas tanah dengan sangkaan tanah boleh ‘mengangkat hadas besar (al-Qastalani 1323H, 1: 370, al-Mubarakfuri 1984, 2: 225). Peristiwa ini menunjukkan tanggungjawab digugurkan kepada Umar dan Ammar kerana tiada tegahan dari Nabi saw. Walaupun ijtihad Umar dan Ammar dikira salah, ijihadnya diterima pakai kerana mereka tidak memiliki pengetabuan berkenaan mengangkat hadas besar (Ibn ‘Mulgan 2008, 5: 182). Hadis ini menunjukkan clemen-clemen tanggungjawab iaitu: 1. “Pengetahuan” dikira elemen penting dalam tanggungjawab, Dalam peristiwa ini, Umar dan Ammar tidak tahu cara sebenar menyolesaikan hadas besar tanpa air. Kemudian, pengetahuan sebenar diajar oleh nabi secara lisan dan perbuatan. 2. Umar dan Ammar masing-masing tiada ““kudrat” mencari air. Maka, tanggungjawab Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 bersembahyang dilihat Umar telah gugur kkerana tiada kudrat ini tetapi Ammar tetap bersembahyang dan menggugurkan mandi ‘wajib dengan sekadar berguling-guling atas, tanah, Terpaksa yang membawa maksud tiada “kehendak”, Umar dan Ammar tiada berkehendak dan tidak bemniat untuk meninggalken Kewajipan mandi hadas kerana ketiadaan air ketika musafir. 4. “Perbuatan” — Umar yang ‘tidak bersembahyang dan Ammar —_ pula sembahyang dalam keadaan berhadas besar telah diceritakan kepada Nabi s.a.w. Apabila Nabi mengetahuinya, nabi-mengajar perbuatan sepatutnya dilakukan, Hal ini adalah kerana perbuatan Umar dan Ammar adalah salah yang perlu diperbetulkan, Pandangan in juga bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas babawa Rasulullah s.a.w. bersabda le pt Sil Lay Coal y Unsll Gia Ge jules el (Sunan Iba Majah: 2032) Maksudnya Sesunggubnya Allah mengampunkan dati ‘umatku kesilapan,lupa dan dipaksa atasnya. Hadis ini menjelaskan bahawa Allah ‘menyamakan tiga pengampunan terhadap kesilapan, lupa dan terpaksa (al-‘Asgalani 13791, 9: 390). Namun, tiga pengampunan ini ‘metupakan pada sesuatu di bawah hak Allah bukan di bawah hak manusia, Di bawah hak ‘manusia, perlulah pesalah membayar ganti rugi Jikalau berkaitan dengan kewangan dan harta (al-Mubarakfuri 1984, 9: 4052, al-Mubsin 1984: 76), Begitu juga, dalam hadis ini mendedahkan keempat-empat elemen _tanggungjawab sebagaimana berikut: 1, “Perbuatan” yang silap diampunkan Allah pada hak-Nya dan bukan pada hak manusia. 2. Tiada “pengetahuan” seperti lupa yang diampunkan Allah, 3. “Kudrat” dan “kehendak” yang dinafikan secara paksa terhadap sesuatu perbuatan juga diampunkan Alla, 4.0 PENGESAHAN NAS TERHADAP ELEMEN PENGETAHUAN Pengelahuan sangat berkaitan dengan ilu yang merupakan kunei tanggungjawab kerana ilmu dapat memandu —akal__memahami pengetahuan, Iimu ini merangkumi ilmu Syarak ddan ilmu akal agar bertindak memahami dan mentafsirkan tanggungjawab selaras dengan agama Islam, Tambahan pula, terdapat banyak keadaan yang memerlukan manusia kepada penggunaan akal terutamanya apabila tiada ketetapan jelas dari al-Quran dan al-Sunna. Namun, perbineangan—_ mengenai tanggungjawab dalam ~— Islam lebih mengutamakan nas berbanding akal_kerana segala hukuman balas adalah hak Allah (al- ‘Hakimiyyah Ii Allah). Tiada percanggahan para ulama mengenai sumber hukum-hakam dan alasan adalah dari Allah s.w.t. sama ada ‘melalui nas jai al-Quran dan al-Sunnah, atau perantaraan abli itihad yang memahami nas, Mereka menyatakan bahawa tiada hukum. melainkan dari Allah berdasarkan ayat al- Quran: - Sy oh (al-Quran, Surah al-An’am 6: 57) Maksudnya Hanya Allah jualah yang_-menetapkan hukum, Pada masalah ini, Muktazilah —turut bersepakat bersama ahli Sunnah wal Jama’ah (@l-Zuhayli 1998, 1: 115, al-Amidi 2003: 111, Tn Nizam al-Din 2002, 1: 23, l-Bast (1985: 377-379). Maksud pandangan ini, barangsiapa yang berpandangan keharusan bercanggah_ hakum Allah dan tidak berhukum dengan al- Quran dan al-Sunnah, maka dia telah terkeluar agama, Sandarannya adalah berdasarkan dali al-Quran: UY A Bk AS 6 L559 5S tans (al-Quran, Surah al-Nisa’ 4; 65) Maksudnya: Maka demi ‘Tuhanmu —_(wahai Muhammad)! Mercka tidak disiarkan beriman schingga mereka menjadikan engkat—hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mercke, Kemudian mereka pul tidak merasa di hat mereka sesuatu Keberatan dati apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhays Majoriti ulama —_bersetuju.bahawa tanggungjawab adalah sabit dengan nas Syarak Para pengikut al-Hanabilah seperti Ibn 39 Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 Quddamah (2002, 1: 131) serta al-Asha’irah seperti al-Juwayni (1997, 1: 8-9), al-Ghazali (1993: 45-46, 1998: 68) dan al-Amidi (2008: 111) menyatakan bahawa tanggungjawab hanya diketahui dengan nas Syarak. Begitu juga, pengetahuan hendaklah bersama kesedaran akal, Tanpa kesedaran akal yang mencukupi seperti orang yang mengigau, kanak-kanak yang belum baligh dan orang gila tidaklah bertanggungjawab walaupun telah mengetahui —kewajipannya,—Pengetahuan hendaklah bersama kesedaran akal yang sempurna bagi menjustifikasikan pengetabuan, ‘Keperluan kesedaran akal bersama pengetahuan adalah scbagaimana discbut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Tali: co al es tng gin ll ge EOE Ge lll Tin ge Osi ey pg (Sunan Abu Dawud: 4399) Maksudnya: Diangkat pena (menulis segala amalan seseorang) dari tiga (perkara) seorang yang tidur sehingga dia bangun, dari seorang budak sehingge dia bermimpi den dari orang gila sehingga dia pulih Hadis ini menerangkan —_halangan tanggungjawab. ‘Pena’ menulis segala amalan ‘merupakan perumpamaan kepada tiada tanggungjawab kerana tanggungjawab biasanya ditulis “untuk —menunjukkan tanggungan sescorang, Malah, orang yang tiada tanggungan, tidaklah ditulis tanggungannya (al- Azim Abadi 1415H, 12: 47-48, al-Husani 2011, 6: 262), Ini bermakna, apabila seseorang tidak mempunyai kesedaran akal yang sempurna, ‘maka dia dikira tidak bertanggungjawab seperti orang gila, tidur dan tidak baligh, Akal yang sempurna adalah keadaan yang boleh bertanggungjawab seperti tidak gila, sedar dan sudah baligh (al-Husani 2011, 6: 262, Jum’ah 1996: 187). Mala, akal menjadi syarat penghujahan akidah (Ibn Hazm T.th. 4: 33), sab niikah dan talak (ln Mulgan 2008, 2: 184), tanggungjawab jenayah (Ibnu Hanbal 1983, 1 707, 719, al-Dahlawi 13731: 236), dan tanggungjawab penyampaian ilmu khususnya hhadis (al-Baghdadi t.th:77), Olch itu, tanggungjawab —_bersyarat pengetahuan dan kesedaran akal, Ini bermakna, kewujudan —pengetahuan—- menunjukkan 40 Kewujudan tanggungjawab. _Sebaliknya, kketiadaan pengetahuan —bermakna —tiada tanggungjawab sama sekali, Pandangan ini bersandarkan kepada al-Quran dan hadis yang sahih bersama rasional akal dan contoh mmunasabah, 5.0 PENGESAHAN NAS TERHADAP ELEMEN KEHENDAK Sandaran kehendak adalah sebagaimana disebut dalam al-Quraniaitu, Bahay i ABS 5) phil i a SH SLs (al-Quran, Surah al-Bagarah 2: 284) ‘Maksudnya: Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu. menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu, Ayat ini menyebut secara jelas mengenai kkehendak yang merupakan sesuatu dalam diri ‘manusia, Kehendak ini sudab tentu Allah s.w.t ‘mengetahuinya segalanya, Namun, tidak semua kehendak dipertanggungiawabkan, Para lama tafsir mengklasifikasikan —kehendak ini berdasarkan sama ada wujud tanggungjawab ataupun tidak. ‘Ada ulama tafsir menjelaskan ayat ini secara umum dengan mengaitkan kehendak dengan perbuatan, Ulama tafsir seperti al-Tabari (2000, 6: 119), al-Qurtubi (1964, 3: 422) dan al-Nasafi (1998, 1: 232) berpendapat ayat ini menjelaskan Kehendak dalam hati dikira_‘tidak dipertamggungjawabkan —sclagi—_ tidak ‘melakukannya atau memperkatakannya, Imam al-Tabari (2000, 6: 119) menjelaskan tujuan kchendak tidak dipertanggungjawabkan kerana Allah ingin menunjukkan rahmat-Nya kepada ‘Namun, ayat ini perlu diperincikan epabila ehendak dalam hati tidak dikaitkan dengan perbuatan. Ada dua pembahagian ulama talsir tethadap —kehendak —tanpa _perbuatan, Pembahagian pertama, —kehendak — tanpa perbuatan yang, perlu dipertanggungjawabkan dalam keadaan berikut: 1. Kehendak dengan keazaman _terhadap Kebaikan atau Keburukan (al-Zuhayli 1418H, 3: 127, al-Baydawi 1418H, 1: 165, al-Nasali 1998, 1: 231, al-Alusi 1415H, 2: Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 62, Ton ‘Ashur 1984, 3: 130, al-Sha’rawi 1997, 2: 1235) 2. Niat yang tetap (al-Zuhayli 1418H, 3: 129, al-Razi 1420H, 7: 104, al-Sha’rawi 1997, 2: 1235). Kehendak bersama kemunafikan dan kkeraguan akidah (al-Razi 1420H, 7: 104, al- Qurtubi 1964, 3: 422, al-Alusi 1415H, 2: 62, Tn Kathir 1999, 1: 732) Manakala pembahagian Kedua, kehendak tanpa—-perbuatan— yang’ ‘tidak dipertanggungjawabkan dikira apabila dalam keadaan berikut: 1, Keadaan wasewas (slZuhayli 14181, 3 129, al-Nasafi 1998, 1: 231). 2, Lintasan fikiran (al-Zuhayli 14181, 3: 129, al-Nasafi 1998, 1: 232, al-Razi 14201, 7 104, al-Quitubi 1964, 3: 422, al-Alusi 1415H, 2: 62, Tbn “Ashur 1984, 3: 130, a- Sha'rawi 1997, 2: 1235), Perasaan yang tidak dapat dielakkan seperti cinta dan benci selagi tidak tetap dalam jiwa (al- Sha’rawi 1997, 2: 1234), Rumusannya, kehendak dengan perbuatan sudah diperkatakan oleh ulama _perlu dipertanggungjawabkan. Namun, —_apabila kkehendak yang belum dilakukan masih perlu diselidiki sama ada lemah atau kuat kehendak. Kehendak yang masih lemah iaitu dalam ‘keaadaan was-was, sekadar lintasan fikiran dan perasaan, belum boleh —_disenaraikan bertanggungjawab. Sebaliknya, —_apabila kehendak sudah kuat dengan azam, niat dan kkeraguan akidah, sudah boleh disenaraikan bertanggungjawab. 6.0 PENGESAHAN NAS TERHADAP ELEMEN KUDRAT Sandaran utama kudrat adalah melalui nas al- (Quran dan al-Sunnah yang mensabitkan kudrat, sebagai clemen tanggungjawab. Ayat paling jelas) menycbut kaitan kudrat dengan tanggungjawab adalah firman Allah s.wt mengenai tidaklah —dipertanggungjawabkan, kepada seseorang —melainkan dengan kemampuannya yang mencukupi seperti discbut dalam al-Quran, Surah al-Bagarah (2: 286), Surah al-A’raf (7: 42) dan Surah al-Talag 65:7. Ayatayat dalam tiga surah ini ‘mengesahkan secarajelas kudrat manusia yang rmembawa implikasi tanggungjawab. 41 Implikasi dalam hukum Syarak juga disebut dalam al-Quran, Surah al-Nisa’ 4: 25 dan Surah al-Mujadalah ‘58: 4, Contoh — penjelasan sebagaimana disebut dalam ayat al-Quran: gag Sa cal (al-Quran, Surah al-Bagarah 2: 286) ‘Maksudnya: Allsh tidak _membebsni sescorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Kebanyakan ahli tafsir mentafsitkan dalam ayat di atas bagi perkataan wus’ ‘gs dengan “kesanggupan’ (al-Jassas 140SH, 2: 277, ale Zamakhshari 1407H, 1: 332, al-Razi 1420, 7: 115, Tbn Kathir 1999, 1: 737, al-Qurtubi 1964, 3:45, al-Shawkani 1414H1, |: 353, al-Alusi 1415H, 2: 66, Ton ‘Aashur 1984, 3: 135, al- Tabari 2000, 6: 129, 131). Ada juga yang rmentafsikan “q- sebagai kudrat seperti Jalal al-Din & Jalal al-Din (T.th: 64), al-Maraghi (1946, 3: 83), al-Razi (142011, 7: 116), al- Baydawi (1418H, 1: 166), al-Nasafi (1998, 1 233), Namun, perkataan wus’ mempunyai rmakna yang ‘ersendiri iaitu keluasan dan ‘menafikan kesempitan (al-Shawkani 14144), Secara umum, ayat ini menjelaskan janji dari ‘Allah berkenaan tiada _tanggungjawab rmelainkan dengan kudrat yang mencukupi (al- Mawardi Tih, 1: 363). Begitu juga, ia ‘merupakan satu pujian kerana Allah yang tidak memberi satu taklif melainkan dengan kudratnya (al-Mawardi T.th, 1: 363, al- Zamakhsbari 1407H, 1: 332, alRazi (1420H, 7: 116), al-Baydawi (14181), 1: 166), Ibn Kathir (1999, 1: 737), al-Alusi (1415H, 2: 66) dan al- “Maraghi (1946, 3:83). Oleh demikian, tanggungjawab dan taklif di sini hendaklah bersama kudrat, Tidak akan ada tanggungjawab tanpa bersama kudrat (ale Maturidi 2005, 2: 292, al-Jassas 1405H, 2: 277, al-Razi 1420H, 7: 116). Begitu juga, tiada tanggungjawab terhadap sesuatu yang mustahil ‘untuk dilskukan (al-Jawzi 1422H, 1: 255). Sandaran hadi yang pang elas pula adalah hadis Imran bin Tisayn meiwayatkan bahawa Nabi bers sis gens ys (Sahih al-Bukhari: Maksudnys: Sembaliyanglah bedi. Jikala tidak boleh (bern) maka hendakish dul, kalau Isetib Gas 3 a an 1049) Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 tidak boleh (duduk), maka hendaklah (sembahyang) dalam keadaan mengiring Hadis ini membawa — makna melaksanakan kewajiban sangat bergantung dengan kudrat seseorang (Ibmu Taymiyyah 1903, 3: 48). Hadis ini juga menyebut secara Jjelas bahawa cara sembahyang wajib dalam ‘keadaan berdiri boleh berubah dengan cara dalam keadaan duduk dan juga boleh berubah, dengan cara dalam keadaan mengiring, Perubahan ini bergantung kepada kadar kudrat seseorang (al-Baji 1332H, 1: 135, al-Sun'ani Tih, 1: 298). Begitu juga, perubahan ini bergantung kepada kadar kelemshan kudrat sescorang (al-Khattabi 1932: 255, Tbn al-Rajab 2001: 256, Ibn al-Malak 2012, 2: 174). Suda semestinya,tiada kudrat bermaksud mengambil kira kadar kelemahan, Malab, kadar kudrat pula bergantung dengan kadar’ kesukaran berat seperti takut makin memudaratkan sakit, Pengsan, khawatir serangan musuh ataupun ditimpa bencana lemas di lautan (al-Subki 13511, 6: 59). 7.0 PENGESAHAN NAS TERHADAP ELEMEN PERBUATAN Tanggungjawab sangat berkait rapat dengan porbuatan kerana telah terbukti dengan banyak ‘nas-nas al-Quran seperti firman Allah s.w. pile Mae Sigh aH gL Ry oe able gh atl 8 aes Ta 13) 15 0b 2a Wale Chin a Sj il yay Ud SSN a (14) wal ss bas 5B Vs (al-Quran, Surah al-Isra’ 17: 13-15) Maksudaya: Dan tisp-tiap scorang manusia, Kami kalongkan bahagian nasibnya di Ichernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapati terbuka (untuk ditatapnya). (lalu Kami perintahkan Kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amal)mu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau Takukan)”. Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), ‘maka sesungguhnya faedah petunjuk yang idapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka scsungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh 42 akan memikul dosa lain (bahkan dosa memikul, tidak perbuatan orang, usahanya sabaja). ‘Ayat-ayat ini menceritakan —_prinsip tanggungjawab individu mengenai perbuata perbuatan samada baik ataupun buruk (al- Zubayli 418H, 15: 34-35). Kaitan tanggungjawab dengan perbuatan dalam ayat- ayat ini dapat difahami sebagaimana berikut: 1. Ayat ini diturunkan berkenaan al-Walid bin al-Mughirah yang berkata, — “Wabai penduduk Mekah. Engkarlah kamu terhadap Muhammad. Dosa (keengkaran) kamu saya akan tanggung”. Oleh demikian, al-Quran rmenafikan dakwaan ini (al-Zuhayli 1418H, 15: 32, al-Qurtubi 1964, 10: 230, Ibn “Ashur 1984, 15:50) 2. Kalongan yang dipertanggungjawabkan dalam ayat ini adalah bermaksud perbuatan atau amalan (al-Farra’ T.Th., 2: 118, ak Zamakhshari 1407H, 2: 652, al-Nasafi 1998, 2: 249, al-Sha’rawi 1997, 14: 8409), Ada pula yang memaksudkan kalongan ini sebagai nasib dengan mengaitkan dengan perbuatan secara bersekali, Kedua-dua ‘maksud ini boleh difahami sebagai setiap perbuatan mempunyai nasibnya yang {ersendiriiaitu balasan bagi setiap perbuatan (al-Tabari 2000, 17: 400), Perbuatan ini digambarkan dengan satu kalungan yang tersemat di leher sebagai satu peringatan bahawa perbuatan ini pasti akan diperhitungkan, Ertinya, barangsiapa yang melakukan sesuatu kebaikan akan diperhitungkan dengan kebaikan, dan barangsiapa yang melakukan keburukan pasti diperhitungkan dengan balasan yang, setiap balasan dipertangeungjawab —atas dirinya bukan ke atas orang lain (al-Khazin I41SH, 3: 124, al-Zuhayli 1418H, 15: 31, 34, al-Tabari 2000, 17: 399, al-Razi 1420H, 20: 309, al-Qurtubi 1964, 10: 225). 4, Ayat ini juga memberi saranan agar setiap orang bermuhasabah dan berkira-kira untuk dliri mereka sendiri, Apabila seseorang telah diberi surat amalan, dia sudah boleh ‘menjangkakan tanggungjawabnya_sendit Allah tidak menzalimi sescorang kerana balasan yang diterima adalah sebagaimana tertera dalam surat amalan, Tiadalah tertera Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 dalam surat amalan tersebut-_melainkan perbuatan-perbuatan yang telah dia lakukan (al-Khazin 1415H, 3: 124). Surat amalan yang diberikan Allah ini menunjukkan keadilan-Nya yang membolehkan seseorang menghitung dan berkira-kira dengan perbuatannya (al-Tabari 2000, 17: 400), Begitu juga, surat amalan_menunjukkan bahawa Allah tidak menzalimi seseorang (al-Razi 1420H, 20: 310). 5. Ayat ini juga memberi perumpamaan jikalau seseorang itu telah menjadi saksi terhadap perbuatannya, ia sudah cukup baginya dan tidak memerlukan saksi yang lain (al-Nasafi 1998, 2: 249, al-Baydawi 1418H, 3: 250, al- Sha'rawi 1997, 14: 8411), Malah, seseorang ity boleh" menghakimiterhadap perbuatannya sendiri (al-Mawardi T:th., 3: 323). 6. Oleh demikian, prinsip Islam menunjukkan Darangsiapa melakukan sesuatu alas dasar petunjuk yang benar, dia akan mendapat manfaat “di atas petunjuk —tersebut. Sebaliknya, barangsiapa yang melakukan esesatan, dia mendapat balasan terhadap kesesatannya dan dia tidak menanggung kkesalahan orang lain (al-Tabari 2000, 17: 402, al-Razi 1420H, 20: 311, al-Qurtubi 1964, 10: 230), 7. Begitu juga prinsip Islam menunjukkan seseorang tidak menanggung dosa perbuatan orang lain (al-Tabari 2000, 17: 402, al- Mawardi T.th., 3: 234, al-Razi 1420H, 20: 311, al-Qurtubi 1964, 10: 230, Ton *Ashur 1984, 15: 50), Makna dalam ayat-ayat ini turut disebut dalam al-Quran Surah al-Nisa’ (4:79), Surah al- Shu’ara’ (26: 208-209), Surah al-Rum (30: 41), Surah al-Qasas (28: $9, 17; $8) dan Surah al- Shura (42: 30) yang menyebut bahawa Allah sw.t. tidak mengazab sescorang dan tidak membinasakannya melainkan dengan dosanya sendiri 8.0 PENUTUP Konsep tanggungjawab mempunyai sandaran yang kuat dalam nas Syarak. Malah, keempat- empat clemen tanggungjawab mempunyai penjelasan terperinci secara eksplisit dan implisit, Elemen-elemen tanggungjawab ini 43 adalah pengetahuan, kehendak, kudrat dan perbuatan. ‘Al-Quran secara jelas mengutamakan pengetahuan sebagai elemen tanggungjawab. Babkan, nas Syarak merupakan elemen utama ddan penentu elemen pengetahuan melebihi dari akal manusia, Walaupun demikian, akal tetap ‘mempunyai peranannya, khususnya memahami dan kesedaran akal mengenai tanggungiawab iri, Hanya beberapa pengecualian pada akal yang disebut dalam hadis iaitu orang tidur, bbudak yang belum baligh dan orang gila. Elemen kehendak turut discbut jelas tcrutamanya dalam al-Quran, Surah al-Bagarah (2: 284), Ulama tafsir menjelaskan ayat ini dengan panjang lebar sehingga merumuskan dua jenis kehendak iaitu kehendak yang perlu dipertanggungjawab dan kehendak yang tidak dipertanggungjawab. Kedudukan kehendak ini bergantung kepada kekuatan kehendak, Jikalau Kkehendak kuat bermakna kehendak ini ‘mempunyai tangeungjawab. Manakala jikalau kkehendaknya tidak kuat bermakna kehendak ini tidak mempunyai tanggungjawab, Begitu juga elemen kudrat turut diperincikan dalam al-Quran terutamanya berkenaan al- ‘Wus" yang bermaksud berkudrat, kebolehan dan kelapangan yang bermaksud kudrat yang sudah dikira mampu, Kemampuan adalah tahap yang sudah —cukup —_ menunjukkan tanggungjawab, Ketika wujud kemampuan bermakna wujud tanggungjawab, dan ketiadaan kemampuan bermakna tiada tanggungjawab Bagi clemen perbuatan pula, al-Quran menyebut —secara_ elas mengenai tanggungjewab terhadap setiap perbuatan Berdasarkan nas-nas al-Quran, _perbuatan sangat penting diperingatkan kerana ia merupakan penenta terhadap tanggungjawab rmanusia secara fizikal. Bahkan, al-Quran turut mengingat bahawa tiada sesiapa _terlepas tethadap sesuatu yang dilakukan. Oleh ddemikian, sescorang hendaklah -memerhat dirinya Kerana perbuatan sangat diambil berat oleh al-Quran Kesemua nas al-Quran dan al-Sunnah mengukuhken pembuktian terhadap empat clemen tanggungjawab iaitu pengetahuan, kchendak, kudrat dan perbuatan. Elemen- clemen ini bukan sahaja diperakui oleh cerdik Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 pandai Timur dan Barat, Bahkan, nas Syarak turut-_memberi penekanan terhadap elemen. tanggungjawab ini, 9.0 1] (275H). Sunan Abi Daud. Bairut: Matba'ah as-Sa'adah. 1 3] [4] (3) (6) 7 (8) (9) [10] Borchare RUJUKAN Abu Dawud, Suliman Al-Asy'ath, al-Alusi, Shihab al-Din Mahmud bin ‘Abdullah al-Husayni al-Alusi. (1415HD. uk al-Ma ani fi Tafsir al-Qur‘anal- Azim wa alsSab’ al-Mathani. Bayrat: Dar al- Kutub a-tImiyyah al-Amidi. (2003). Aé-hkam fi Usul al- Ahkam. al-Riyad: Dar al-Sam ‘Asgalani, Ahmad bin Ali bin Hajar al- ‘Asalani. (137911). Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar al-Ma'rifah. al“Azim Abadi, Muhammad Asbraf bin ‘Ami bin “Ali bin Haydar. (141SH). wn al-Mabud Sharh Sunan Abi Dawud. Bayrut: Dar al-Kutub al-IImiyyah, al-Baji, Sulayman bin Khalaf bin Ss'ad bin ‘Ayub bin Warith al-Tajibi al-Qurtubial- Baji. (1332H). al-Muntaga Sharh al Muwatta’. al-Qahirah: » Matbu'ah —al- Sa adab, al-Basri, Muhammad bin “Ali bin. al- Tayyib. (1983). al-Mutamad fi Usul al Figh. Bayrat: Dar al-Kutub al-limiyyah al-Baydawi, “Abdullah bin ‘Umar bin Muhammad. (14181), Anwar al-Tanzhir wa Asrar al-Ta'wil. Bayrat: Dar thya” al- Turath ale‘ Arabi al-Baghdadi, Abu Bakr Ahmad bin ‘Ali bin ‘habit bin Abmad bin Mahdi al-Khatib al- Baghdadi. (T:th). al-Kifayah fim al- Riwayah, Madinah: al-Maktabah al- Imiyyah, D. M. (pnyt). (2006). Encyclopedia of Philosophy 2". New York: Thomson Gale/MaeMillan Reference USA. [11] al-Bukhari, Muhammad Ismail al- Bukhari. (2S6H). Sahih al-Bukhari Bairut: Al-Matba’ah al-Khairiyyah, [12] Christopher J. (2006). Encyclopedia Dictionary of Philosophy. New Delhi: ‘Anmol Publications Ptv. Ltd. [13] Corlet J. 2008). —_—Epistemie Responsibility. Dim, International Journal of Philosophical Studies. Vol. 16 (2). 179-200, 44 [4] (15] (16) 07 [8] 19] [20] 221) 22] [23] 24] [25] [26] e7 al-Dablawi, Shah "Abd al- Aziz Ghulam Hakim al-Dablawi, (1373H). Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Ashrivyah,al-Qabirab: al-Matba ah al-Salafiyyah, Darmaz, Muhammad Abdullah, (1998). Dustur al-AKhlag fi al-Qur'an: Dirasah ‘Mugaranah ti al-Akhlag al-Nazariyyah fi al-Qur’an. Terj. ‘Abd al-Sabur Syahin. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah, Dughaym, Samih Dughaym. (1992). Falsafah al-Qudur fi Fikr al-Mu tazilah Bayrat: Dar al-Fikr al Arabi al-Farra’, Yahya bin Ziyad bin ‘Abdullah bin Manzur al-arra’. (T:th). Ma ani al- Quran. Al-Qahirah: Dar aleMisriyyah. al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad, (1993). Al- Mustasfa min tm al-Usul. Bayrut: Dar al- Kutub al-lmiyyah, al-Hajj, Kamil al-Hajj. (2000). Al Mavsu ah al-Muyassarah fi al-Fikr al- Falsafi wa al-ljtima i. Bayrut: Maktabah Lubnan Nashirun al-Hasani, Muhammad bin Isma‘il Bin Salah bin Muhammad al-Hasani, (2011) al-Tanwir Shark al-sJami_al-Saghir. al- Riyad: Maktabah Dar al-Salam. Hastings J. & Selbie J. A. (2000). Encyclopedia of Religion and Ethics. London: T&T Clark Ltd Honderich T. (1995). The Oxford Companion to Philosophy. New York: Oxford University Press, USA, Iannone P. (2001). Dietionary of World Philosophy. New York: Routledge. Ibn al-Malak, Muhammad bin ‘Izz al-Din "Abd al-Latif bin ‘Abd al“ Aziz bin Amin al-Din bin Firishta. (2012). Sharh Masabih al-Sunnah ti al-inam_al- Baghawi. al-Kuwayt: Wdarah al-Thagafah al-Islamiyyah, Ibn al-Rajab, Abd al-Rahman bin Ahmad bin Rajab bin al-Hasan, (2001), Jami al- Ulum wa al-Hikam fi Sharh Khamsin Hadithan min Jawamial-Kalim. Bayrat Maktabah al-Risalab. bn ‘Ashur, al-Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Tahir bin ‘Ashur al-Tunisi (1984), al-Tahrir wa al-Tanwir Tahrir al- Mana wa Tanwir al-Agl alladid min Tafsir al-Kitab al-Majid. Tunis: Dar al- Tunisiyyah Ii al-Nashr. Ibn Hazm, ‘Ali bin Ahmad bin Sa‘d bin Haz, (T.th). al-Fasl fi al-Milal wa al- Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 Aba" wa al-Nihal. al-Qabirah: Maktabah al-Khanaji, [28] Ibn Kathi, Ismail bin ‘Umar bin Kathir al- Qurshi. (1999), Tafsir al-Que’an al- Azim. Bayrut: Dar Tibah. [29] fbn Mulgan, Siraj al-Din ‘Umar bin “Ali bin Ahmad al-Shafti al-Misri, (2008). al Tawdih li Sharh al-Jamial-Sahih. Dimashg: Dar al-Nawadir. [30] fbn Nizam al-Din, Muhammad bin Nizam. al-Din al-Ansari al-Kinawi. (2002). Fawatih al-Rakmut bi Sharh Musallam al- Thubut. Bayrut: Dar al-Kutub ale ‘miyyah, [31] fbn Quddamah, Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Quddamah al-Magdis. (2002). Rawdah al-Nazir wa Jannah al- Manazir fi Usul al-Figh ‘ala Mazhab al- Imam Ahmad. Bayrut: Maktabah al- Rayan, [32] Ibnu Majeh, Muhammad bin Yaziyd al- Qazwini. 2009). Suan Lbnu Maja. Bayrut: Dar al-Risalah [33] tonu Taymiyyah, Ahmad bin “Abd al- Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. (1903). Manhaj —al-Sunnah al Nabawiyyak. Al-Qabirah: — Matbaah Bulag, [34] Jalal al-Din, Muhammad bin Ahmad al- Mahalli & Jalal al-Din, ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti. (T.th). Tafsir al- Jalalayn, al-Qahirah: Dat al-Hadith [35] al-Jassas, Ahmad bin “Ali Abu Bakr al- Razi al-Jassas. (140SH). Ahkam al- Qur‘an, Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al- ‘Arabi [36] al-Jawzi, “Abd al-Rahman bin ‘Ali bin Muhammad al-Jawzi. (1422H). Zad al- Musayyar fi'Tim al-Tafsir. Dar al-Kitab al- ‘Arabi [37] al-laza’iri, Jabir bin Musa bin ‘Abd al Qadir bin Jabir Abu Bakr al-laza’ii (2003), Aysar al-Tafasir. Madinah al- ‘Munawwarah: Maktabah al-'Ulum wa al- Hikam. (38) Jum‘sh, ‘Uthman Jum‘ah Dumayriyyah, (1996). Madkhal li Dirasat al- Agidah al- Islamiyyah. Jaddah: Maktabah al-Suwati [39] al-Juwayni, ‘Abd al-Malik bin Abdulla bin Yusuf, (1997). l-Burhan ff Usul al- Figh, Bayrut: Maktabah al-Kutub al- Umiyyah, [40] al-Khattabi, Hamd bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khattab al-Busti_ al- 45 [an] [42] [43] [44] [45] [46] (47) [48] [49] [50] (51) Khattabi, (1932). Ma‘alim —al-Sunan, Halab: al-Matba ah al-Ilmiyyah, al-Khazin, ‘Ala’ al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Umar al- Khazin, (1415H), Tafsir al-Khazin Lubab al-Ta'wil fi Ma ani al-Tanzil, Bayrut: Dat al-Kutub al-Imiyyah, Liao Shen Bai. (2009). Responsibility for “Doing What is Right”: Aristotle's Approach and Difficulties. Dim. Journal of Chinese Philosophy 36: 4. 618-628. Diambil; btps://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs!10 1111f.1540-6253.2009.01545.x. al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa al- Maraghi. (1946). Tafsir al-Maraghi. al- Qahirah: Maktabah wa Matba ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, al-Maturidi, Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur al-Maturidi (2005). Tafsir al-Maturidi Ta ‘wilat Akl al- Sunnah, Bayrat; Dar al-Kutub ale Tmiyyah, alMawardi, ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. (T.th) Tafsir al-Mawardi, Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Muhammad Atiullah Othman, (2015), Elemen Tanggungjawab menurut Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Mubarakfuri, ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Rahim al-Mubarakfur. (Tth). Tuhfat al- Alvwazi bi Sharh Jami al-Tirmizi. Bayeut: Dar al-Kutub al- Imiyyah, al-Mubsin, ‘Abdullah bin Salih al-Mubsin, (1984), al-Ahadith al-Arbain Maa Ma Zada Alayha Ibn Rajab wa ‘Alayha al- Sharh al-Mujiz al-Mufid. al-Madinah al- ‘Munawwarah: al-Jami ah al-Islamiyyab, al-Nasafi, Abu al-Barakat “Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. (1998), Tafsir al-Nasafi Madarik al-Tanzil wa Haga ’ig al-Ta'wil, Bayrut: Dar al-Kalam al-Tayyib. al-Qastalani, Ahmad bin Muhammad bin ‘Abi Bakr bin ‘Abd al-Malik al-Qastalani (132311). Irshad al-Sari li Sharh Sahih al- Bukhari. al-Qahirah: Al-Matba‘ah al. Kubra al-Amiriyyah, al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad bin ‘Abi Bakr bin Farh al-Ansari al-Qurtubi (1964), Tafsir al-Qurtubi- al-Jami bi Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2, 19 September 2019 Abkam al-Qur’an, al-Qahirah: Dar al- Kutub al-Misriyyah, [52] al-Razi, Muhammad bin ‘Umar bin al- Hasan bin al-Husayn al-Taymi al-Razi (1420H). Tafsir al-Razi Mafatih al-Ghayb aw Tafsir al-Kabir. Bayeut: Dar Ihya’ al- ‘Turath al-'Arabi, [53] Roth J. K. (2005). Ethics: Revised Edition. California: Salem Pr Inc, [54] Routledge (pny). (2000). Concise Routledge Encyclopedia of Philosophy. New York: Routledge. [55] al-Sharawi, Muhammad Mutawalli_al- Sharawi. (1997). Tafsir al-Sha rawi. ale Qahirah: Akhbar al-Yawm. [56] al-Shafii, Hasan (1998). al-Amidi wa Ara'uhu al-Kalamiyyah. al-Qabirah: Dar al-Salam, [57] al-Shawkani, Muhammad bin “Ali bin Muhammad bin ‘Abdullah al-Shawkani (1414H), Fath al-Qadir. Bayrut: Dar Ibn Kathir [58] al-Subki, Mahmud bin Muhammad bin ‘Ahmad bin Khattab al-Subki, (1351H). al- Manhal al-* [59] “Azb al-Mavrud Shark Sunan al-Imam Abi Dawud. al-Qahirah: Matbaah al Istigamah. [60] al-Sun'ani, Muhammad bin Isma'il bin Salah bin Muhammad al-Sun ani. (1th) Subul al-Salam. T-mp: Dar al-Hadith, [61] al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib al-Tabari, (2000). al-Bayan fi Ta’wil al-Qur'an. Bayrut; Mu'assasah al-Risalah, [62] Weiner B. (1995). Judgement of Responsibility: A Foundation for a Theory of Social Conduct. New York: The Guelford Press, [63] Widerker D, & McKenna M. (2003). Moral Responsibility and Alternative Possibilities: Essays on the Importance of Alternative Possibilities, New York: Routledge [64] William G. (2008). Responsibility as a Virtue, Dim. Ethic Theory Moral Practice. Him. 455-470, Diambil: hup:/!web.ebscohost.com. ‘www ezplib.ukm.my/ehost/pdiviewer/pdt viewer?hid=1048sid=d342b3b7-0439- 4286-937 F-207f3635969% 40sessionmgrlS&vid-6 [27 Disember 2010} [65] Wolf 8. (1999), Metaphysics of Jami" the Dim, Sanity and Responsibility, 46 Reason and Responsibility. Him, 465-473. Belmont: Thomson Wadsworth. [66] al-Zamakhishari, Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad al-Zamakhshari. (1407H), al- Kashshaf ‘An Haga'iq Ghawamid al- Tareil. Bayrat: Dar al-Kutub al- Arabi [67] al-Zuhayli, Wahbsh al-Zuhayli, (1418H), AL-Tafsir al-Munir fi al-Agidah wa al Shari ah wa al-Manhaj. Dimashq: Dar al- Fikr al-Mu asirah, [68] al-Zuhayli, Wahbah al-Zuhayli. (1998), Usul al-Figh al-tslami. Dimashg: Dar al- Fike:

You might also like