You are on page 1of 11

PPP70504: ANALISIS DASAR DALAM PENDIDIKAN

LANJUTAN

DASAR PENDIDIKAN:
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI

MUSFIRAH SALMA BINTI MOHD RADZI


Q20221000115
EDD KOHORT 6

PENSYARAH:
PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN MOHD NOOR
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1 Pengenalan 2

1.1 Latar Belakang Dasar 2

1.2 Penyataan Dasar 3

1.3 Strategi Pelaksanaan Dasar 3

2 Langkah Penganalisanan Dasar 4

2.1 Mengenalpasti masalah 5

2.2 Memperkenalkan hujah 5

2.3 Menetapkan nilai penggerak 6


2.4 Merangka alternatif 6
2.5 Mengimbang pilihan
7
2.6 Memberi cadangan
7
2.7 Mempengaruhi sasaran
8
2.8 Menetapkan solusi
9
2.9 Memantau output/pengeluaran
9
2.10 Menilai keberhasilan

3 Penutup 10

4 Bibliografi 10

1
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Dasar

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai


dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Tiga ciri utama KBAT ialah
kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat penaakulan seperti dalam
huraian yang berikut:

1. Kemahiran berfikir kritis.


kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah.
2. Kemahiran berfikir kreatif.
kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan
bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak
mengikut kelaziman.
3. Kemahiran menaakul.
membolehkan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan
rasional.

Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan berani
mengambil risiko untuk mencuba penyelesaian yang baharu. Pemupukan KBAT
mendorong murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan logik, mempunyai bukti
berasaskan bacaan dan penyelidikan yang dibuat. Murid juga dapat membuat ramalan
berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan penyelesaian dengan
ciptaan idea yang rasional. KPM telah menggariskan Profil Murid yang perlu ada untuk
murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti yang berikut:

I. berdaya tahan;
II. pemikir;
III. mahir berkomunikasi;
IV. kerja sepasukan;
V. bersifat ingin tahu;
VI. berprinsip;
VII. bermaklumat;
VIII. prihatin; dan
IX. patriotik.

2
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

1.2 Pernyataan Dasar

KBAT ialah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang
dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara. Pemupukan dan
pembudayaan KBAT dapat membantu murid melakukan operasi pemikiran seperti
membuat analisis dan inferensi yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman
serta meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Selaras dengan itu, setiap murid
yang dihasilkan diharapkan dapat memperbaiki kelemahan diri serta mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam kehidupan.

1.3 Strategi Pelaksanaan Dasar

Menggunakan strategi pendekatan yang menyeluruh dan sistemik yang


merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu kurikulum,
pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan, iaitu kokurikulum, sokongan
komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya agar KBAT dapat direalisasikan dalam
sistem persekolahan.

Melaksanakan pembudayaan dan kelestarian KBAT agar dapat direalisasikan


melalui tujuh strategi yang berikut:

a. pembangunan merangkumi pembinaan konsep, dasar, penandarasan,


penyediaan bahan dan penyediaan garis panduan;
b. pewujudan jaringan pelibatan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan
dari dalam negara dan dari luar negara melalui perkongsian pintar;
c. latihan inklusif yang melibatkan semua pihak berkepentingan; prasarana
merangkumi peralatan dan perkakasan bagi melahirkan suasana
pembelajaran yang kondusif;
d. refleksi merangkumi pemantauan, penilaian, penaksiran dan kajian; dan
e. insentif yang merangkumi pelbagai bentuk sebagai penghargaan ke atas
sumbangan hasil kerja KBAT yang cemerlang seperti yang berikut:
i. Anugerah Guru Inovatif: dianugerahkan kepada guru yang
menghasilkan bahan PdP inovatif yang cemerlang;
ii. Anugerah Tokoh Guru Inovatif: dianugerahkan kepada guru yang
membudayakan KBAT secara keseluruhan dengan cemerlang;
iii. Penarafan KBAT: Sekolah yang mencapai standard yang ditetapkan
bagi membudayakan KBAT meliputi aspek kepimpinan dan

3
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

pengurusan sekolah, PdP dan kokurikulum dinobatkan sebagai


Sekolah yang Membudayakan KBAT
iv. sekolah yang mengikuti Middle Years Programme International
Baccalaureate (MYPIB) berpeluang untuk mendapat pengalaman
pelaksanaan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa serta
pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai IB World School;
v. guru yang berpotensi berpeluang untuk berkongsi pengetahuan,
maklumat dan pengalaman sebagai Workshop Leader di peringkat
antarabangsa melalui pelaksanaan Program MYPIB;
vi. guru yang menjalani kursus KBAT menerima sijil yang diiktiraf oleh
universiti antabangsa (melalui program i-THINK, iaitu Buckinghamshire
New University); dan
vii. guru yang mengikuti kursus atau mendapat pengiktirafan berkaitan
KBAT sebagai syarat untuk kenaikan pangkat
f. komunikasi secara berterusan melalui media.

2.0 LANGKAH PENGANALISAAN DASAR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Dunn (2003) menjelaskan matlamat utama analisis dasar adalah untuk


menambahbaikkan pembuatan sesuatu dasar. Penilaian dasar awam dilakukan selama
beberapa tempoh masa selepas sesuatu dasar dilaksanakan. Ia merupakan suatu proses
untuk mengkaji sesuatu dasar yang telah dilaksanakan itu sama ada telah berjaya
mencapai matlamat ataupun belum. Jika terdapat perkara yang belum dicapai atau
tersasar, proses intervensi adalah pendekatan yang kerap digunakan bagi memastikan
objektif asal dasar dapat dicapai. Analisis dasar adalah melibatkan proses untuk
memastikan sesuatu tindakan yang diambil di dalam proses mencari penyelesaian
terhadap sesuatu masalah yang dihadapi di dalam sesebuah negara memenuhi keperluan
rakyat dan isu yang timbul.

Contoh pelaksanaan dasar kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum pra
sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Langkah-langkah analisis dasar ini
membincangkan pelaksanaan KBAT dalam kurikulum matematik. Terdapat 10 langkah
yang digunakan untuk menganalisis sesuatu dasar. Langkah-langkah adalah seperti
berikut:

4
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

2.1 Mengenalpasti masalah

Penandaarasan kurikulum matematik telah dijalankan dengan perbandingan negara yang


berpencapaian tinggi dalam pentaksiran peringkat antarabangsa seperti Trends in

Rajah 1.0 Skor Matematik Pelajar Malaysia Dalam Pentaksiran TIMSS 1999-2019

Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi memastikan kurikulum matematik di


Malaysia relevan dan setanding dengan negara lain di dunia. Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia, pelaksanaan KSSM matematik adalah sejajar dengan kerangka
kajian TIMSS 2019. Walau bagaimanapun dalam laporan TIMSS 2019 baru-baru ini
mendapati pencapaian Malaysia kurang memberangsangkan berbanding pencapaian
TIMSS 2015. Berdasarkan Rajah 1.0, skor matematik TIMSS 2019 terdapat penurunan
skor sebanyak empat mata berbanding keputusan TIMSS 2015. Purata skor Malaysia
masih lagi di bawah purata skor antarabangsa.

2.2 Memperkenalkan hujah

Berdasarkan Laporan Kebangsaan TIMSS 2019, antara faktor penurunan skor


matematik adalah pelajar tingkatan dua bagi sampel TIMSS 2019 merupakan kohort
pertama yang menjalani KSSM dan berkemungkinan belum lagi terbiasa dengan
kurikulum tersebut. Oleh itu, laporan mencadangkan pemahaman konsep yang mendalam
perlu dikuasai oleh pelajar untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan aras tinggi
dengan lebih baik meskipun semakan semula dan penambahbaikan kurikulum matematik
telah dilakukan. Sistem pendidikan perlu melahirkan pelajar yang mampu menjawab
soalan aras tinggi. Pelajar yang berkebolehan menjawab soalan aras tinggi dapat
menyelesaikan masalah mengikut kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisis,

5
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

menilai dan mensintesis dan bukan sekadar mengaplikasi. Sehubungan itu, KPM telah
memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem
persekolahan melalui transformasi pendidikan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
Pelaksanaan dan pembudayaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan
pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen yang terdiri
daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat
elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina
upaya. Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain.

2.3 Menetapkan nilai penggerak

Berdasarkan hasrat kerajaan untuk membangunkan kemahiran berfikir murid-murid


seawal peringkat sekolah, kementerian mengambil kira semua peringkat pelaksanaan
bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Nilai ini
diterapkan ke dalam kurikulum setiap peringkat bagi memastikan semua murid
mempunyai peluang samarata untuk menguasai kemahiran berfikir. Bagi membangunkan
kemahiran berfikir murid, guru-guru terlebih dahulu diberi latihan berkenaan
pembudayaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Strategi pelaksanaan difikirkan oleh kerajaan baik dari segi kos, sumber manusia dan
bahan. Antara perkara utama yang perlu difikirkan ialah kesediaan guru-guru untuk
membudayakan KBAT di sekolah. Bagi menyediakan sumber guru ini, bina upaya perlu
dititikberatkan. Pelbagai bentuk latihan perlu dilaksanakan kepada penyampai kurikulum.
Selain itu, penggubalan kurikulum baharu yang perlu dirombak bagi menerapkan KBAT
dalam kandungan, kemahiran dan nilai dalam kurikulum. Untuk melaksanakan semua ini,
kos yang tinggi perlu dibelanjakan oleh kerajaan. Adakah return of investement,ROI hasil
melaksanakan dasar ini berbaloi untuk negara?

2.4 Merangka alternatif

Pembangunan KBAT menjadi fokus dalam sistem pendidikan seawal di peringkat


sekolah. Menurut KPM, penerapan KBAT dilaksanakan meliputi tiga aspek penting iaitu
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Elemen KBAT dalam kurikulum diperincikan dalam
dokumen kurikulum. Elemen KBAT dalam pedagogi melibatkan perancangan dan
pelaksanaan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen KBAT dalam
pentaksiran ialah kaedah pentaksiran pelajar dan guru. Guru boleh mengukur keupayaan
KBAT pelajar melalui tiga bentuk pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran

6
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

Pusat dan peperiksaan/ ujian. Pentaksiran mempunyai impak yang besar dalam
menentukan hala tuju pendidikan. Penerapan KBAT dalam pentaksiran boleh
mencetuskan kesan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Oleh itu, pengetahuan yang diperolehi perlu
melalui teknik penyoalan aras tinggi bagi menjana pemikiran aras tinggi (Peng & Hamad,
2018). Maka pentaksiran menjadi salah satu medium dalam menjana KBAT kepada
pelajar.

2.5 Mengimbang pilihan

Bagi memastikan pelaksanaan pembudayaan kemahiran berfikir diberikan kepada


murid-murid, pentaksiran kompetensi dan literasi yang mengukur literasi murid-murid
dalam sains, matematik dan bacaan dilaksanakan. Dapatan ini digunakan bagi
menganalisis persediaan Malaysia menghadapi ujian antarabangsa dan memberi
makluman berkenaan kerja buat guru-guru di dalam bilik darjah. Selain ujian pentaksiran
kompetensi dan literasi, penarafan sekolah-sekolah yang membudayakan KBAT juga
diberikan. Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBAT dinilai menggunakan rubrik
standard penilaian KBAT dan diberi pengiktirafan sebagai sekolah penarafan KBAT
sekiranya melepasi piawaian yang ditetapkan.

Kursus-kursus pembangunan profesionalisme diberikan kepada guru-guru, pegawai-


pegawai JPN dan PPD untuk memastikan golongan ini menguasai pelaksanaan KBAT
sebelum ia disampaikan kepada murid. Terdapat pelbagai perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh kerajaan untuk mengintegrasikan KBAT seperti keupayaan tenaag
pengajar, kesediaan tenaga pengajar, kesediaan murid-murid, kesediaan pemimpin
sekolah dan kesediaan fasiliti dan infrastruktur sekolah untuk menyokong pembudyaan
KBAT ini. Dasar ini perlu dilaksanakan demi kelangsungan dan kelestraian pendidikan
masa hadapan walaupun banyak risiko yang perlu dihadapi.

2.6 Memberi cadangan

Dasar ini perlu diterapkan melalui kurkulum sekolah supaya ia ditanam dalam diri
murid-murid seawall pra sekolah sehingga ke peringkat menengah dan penerapannya
lebih teratur dan sistematik. Cadangan kementerian pendidikan untuk melaksanakan
KBAt ini dalam kurikulum dan pentaksiran perlu dilaksanakan di pelbagai peringkat
pendidikan serta disokong oleh badan-badan kerajaan, bukan kerajaan dan pemain
industry. Usaha KPM dalam pelaksanaan inisiatif KBAT seperti yang terkandung dalam

7
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

anjakan keempat PPPM 2013- 2025 bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran
aras tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat global.

Pelajar di Malaysia masih belum menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dengan baik
berikutan skor pencapaian matematik pelajar Malaysia masih rendah dalam penilaian
antarabangsa seperti PISA dan TIMSS. Maka, penerapan KBAT dalam sistem pendidikan
dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam membuat penaakulan, membuat unjuran
dan mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan.
Seterusnya, sistem pendidikan juga dapat menghasilkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
Pelajar juga mempunyai tahap kognitif yang tinggi, sikap yang relevan dengan tingkah
laku yang positif. Selaras dengan hasrat PPPM 2013-2025 iaitu menghasilkan modal
insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara
mampu bersaing di persada dunia. Seterusnya dapat meningkatkan penandaaras kualiti
pelajar Malaysia kepada pencapaian pelajar seluruh dunia. Penandaarasan sistem
pendidikan negara kita juga akan meningkat.

2.7 Mempengaruhi sasaran

Pelaksanaan KBAT dalam kurikulum pendidikan Malaysia melibatkan pemegang-


pemegang taruh daripada badan-cadan kerajaan, badan bukan kerajaan dan pemain
indusrti. Pemegang-pemegang taruh ini ada di antaranya dalam bidang ekonomi dan
insdustri yang memerlukan tenaga mahir yang berdaya saing dan berkaliber. Mereka
dilibatkan dalam pelaksanaan dasar KBAT dan memahami kepentingan pelaksanaan
dasar ini. Hasil daripada pelaksanaan KBAT dalam pembelajaran akan melahirkan modal
insan yang berdaya tahan dan mampu bersaiang di peringkat global. Modal insan yang
mahir ini akan memberi sumbangan besar kepada industry dan pembangunan negara.

Pemegang-pemegang taruh dan juga pelaksana dasar ini perlu difahamkan dengan
matlamat dasar. Persatuan guru diberi kefahaman tentang dasar KBAt yang akan
dilaksanakan bagi memastikan nadi utama iaitu guru boleh melaksanakan dasar ini
dengan jayanya. Selain daripada guru, golongan sasar seperti ibu bapa perlu difahamkan
akan kepentingan dasar ini dan bagaimana dasar ini diintegrasikan dalam buku teks dan
pentaksiran.

8
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

2.8 Menetapkan solusi

Pembudayaan KBAT bukan sahaja dilaksanakan dalam kurikulum sahaja. Bagi


memastikan KBAT dilaksanakan, dasar ini diintegrasikan di dalam elemen kokurikulum,
sokongan komuniti, swasta, bina upaya dan sumber. Bagi sokongan komuniti swasta
dilibatkan dengan menggalakkan penyertaan komuniti untuk menyokong KBAT dalam
aktiviti sekolah. Manakala bina upaya guru dipertingkatkan bagi memastikan guru-guru
mempunyai kefahaman yang tinggi dan mampu melaksanakan KBAT dalam pengajaran.
Usaha-usaha berteruskan oleh kementerian pendidikan, bahagian pembangunan guru,
institut-institut latihan dilibatkan untuk memastikan kebolehlaksanaan dasar ini berlaku
dengan lancar.

2.9 Memantau output/pengeluaran

Bagi memastikan pembudayaan KBAT dilaksanakan seperti yang dihasratkan dalam


PPPM 2013-2025, data berkenaan penarafan sekolah KBAT dilakukan setiap tahun.
Kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui pentaksiran
kompetensi dan literasi (PKL) yang dilaksanakan kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6
sekolah rendah serta murid tingkatan 1,2,3 dan 4 sekolah menengah. Dapatan data
daripada PKL digunakan untuk menilai keberkesanan proses pelaksanaan dan
pembudayaan KBAT. Selain daripada data PKL, penilaian kendiri terhadap guru juga
dilaksanakan setiap tahun bagi menilai tahap pembudayaan KBAT dalam kalangan guru.
Hasil pembudayaan KBAT juga dinilai dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS,
PISA dan SEA-PLM. Pemantauan terhadap keberkesanan latihan yang disampaikan
kepada guru-guru juga diberi perhatian.

2.10 Menilai keberhasilan

Hasil dinilai berdasarkan tujuan KBAT ini diwujudkan. Penerapan KBAT merupakan
inisiatif kementerian ke arah meletakkan sistem pendidikan negara setaraf dengan negara
berpencapaian tinggi di dunia. Penilaian tahap pencapaian Malaysia ini dinilai melalui ujian
pentaksiran anatarabangsa TIMSS dan PISA. Hasil dapatan skor dalam TIMSS dan PISA
menunjukkan tahap literasi murid-murid Malaysia dari pelbagai jenis sekolah dan aliran
terutamanya dalam bacaan, sains dan matematik. Dapatan ini memberi maklumbalas
kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk menyemak dan menambahbaik
kurikulum yang ada agar pendidikan di Malaysia lebih berkualiti.

9
Analisi Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
PPP70504

3.0 PENUTUP

Analisis dasar membantu pegawai awam memahami bagaimana keadaan sosial, ekonomi
dan politik berubah dan bagaimana dasar awam mesti berkembang untuk memenuhi
keperluan perubahan masyarakat yang berubah. Analisis dasar dalam pendidikan penting
untuk menilai dan memberi gambaran kepada keberkesanan sIstem pendidikan yang digubal.
Analisis dasar penting untuk menunjukkan kadar pencapaian matlamat kita. Melalui analisis
dasar, membantu kerajaan merangka program yang bersesuaian untuk golongan sasar yang
memerlukan. Analisis dasar amat penting dalam memastikan kita telah melalui proses yang
sistematik untuk memilih pilihan dasar yang mungkin terbaik untuk situasi kita.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga).


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat).


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPPM (2013), “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pendidikan Prasekolah hingga


Lepas Menengah”. Kementerian Pendidikan Malaysia.

10

You might also like