You are on page 1of 1

No.

Rujukan : /SC/0819/0003/JKNPahang
Tarikh : 19 Ogos 2019

Kepada;

KETUA PENGARAH
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jalan IM 4, Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

PER : PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LATIHAN BANTUAN PERTAMA


(FIRST AID)

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, Syarikat xxx telah beroperasi di Pekan Pahang ini sejak 2008
dan telah mula mengeluarkan produk pada 2017. Sehingga kini, kami sudah mempunyai 108 orang
pekerja yang mana kami perlu menjaga keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang waktu
bekerja.

3. Oleh yang demikian, kami telah menubuhkan satu pasukan First Aid bagi mengendalikan
kecederaan kecemasan yang berlaku di tempat kerja. Untuk makluman Tuan, kebanyakan mereka
tidak berpengalaman dalam mengendalikan kes kecederaan kecemasan. Oleh yang demikian, kami
berhasrat untuk memohon bantuan dari pihak Tuan untuk mengendalikan satu latihan kepada
pasukan kami. Tarikh dan masa adalah bergantung kepada kesesuaian pihak tuan.

4. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, pihak Tuan boleh berhubung
dengan pegawai kami, Puan xxx ditalian 012-xxxxxxx atau email. Segala kerjasama dari pihak
Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

Pengurus Besar

sk : Fail

You might also like