You are on page 1of 6

PERBEZAAN SISTEM BERPARLIMEN DAN BERPRESIDEN

DI ASIA TENGGARA: SINGAPURA & INDONESIA

Nuraina Yasmin Binti Rashid


Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya

Abstrak

Sistem politik di Asia Tenggara kebanyakkannya dipengaruhi oleh sistem politik Barat. Antara

dua sistem yang sering diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara iaitu sistem berparlimen

dan sisstem berpresiden. Sistem berparlimen

PENGENALAN

Sistem politik di negara-negara Asia Tenggara memperlihatkan perkembangan seiring

dengan perubahan arus masa. Bermula dari zaman penjajahan kuasa asing sehingga negara

mencapai kemerdekaan, sistem politik di negara Asia Tenggara yang bersifat dinamik

mengalami berbagai-bagai perubahan. Kesan dari penjajahan, sistem politik tradisional di

negara-negara Asia Tenggara dipengaruhi oleh sistem Barat yang dibawa masuk oleh penjajah.

Kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina

mengamalkan sistem demokrasi bagi mencapai kestabilan politik dimana seluruh rakyat

dibenarkan untuk melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan dan memilih pemimpin negara.

Keadaan politik yang stabil ini mengukuhkan lagi kedudukan negara-negara Asia Tenggara di

mata dunia sehingga ke hari ini.


Menurut Campbell (2008), demokrasi berasal dari perkataan Yunani yang

menggabungkan demos (orang) dan kratos (undang-undang/kuasa). Dari segi harfiah,

demokrasi membawa maksud “rule by the people” dimana dalam sistem ini, rakyat yang

memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara. Kerajaan yang demokraktik

membenarkan rakyat di negaranya untuk menguruskan kerajaan mereka sama ada secara

perlantikan langsung atau melalui wakil yang dipilih menerusi pilihanraya. Sistem ini

bertentangan dengan sistem kerajaan autoritarian yang mengehadkan atau melarang partisipasi

rakyatnya dalam mentadbir kerajaan. Sistem demokrasi dikatakan merupakan sistem

berkerajaan yang baik kerana memberikan kebebasan kepada semua individu untuk membuat

keputusan penting yang melibatkan negara.

Negara-negara demokratik pada mulanya terbentuk dari corak sistem monarki lama dan

sistem kolonial . Seperti yang berlaku di Asia Tenggara, kebanyakan dari negara-negara ini

merupakan negara yang pernah berada dibawah naungan sistem kolonial. Selepas mencapai

kemerdekaan, negara yang baru ini memerlukan sistem berkerajaan tersendiri. Oleh yang

demikian, sistem-sistem berkerajaan yang baru telah diperkenalkan bersesuaian dengan

majoriti negara-negara demokratik yang baru terbentuk. Terdapat dua jenis sistem berkerajaan

yang sering digunakan di kebanyakan negara demokratik iaitu sistem berparlimen dan sistem

berpresiden (Puig, 2002). Keputusan untuk memilih sistem berkerajaan samada berparlimen

atau berpresiden diserahkan sepenuhnya kepada setiap negara. Hal ini bertujuan untuk

memberikan kebebasan kepada negara-negara demokratik yang baru untuk menjalankan urus

tadbir negara yang bersesuaian dengan keadaan sesebuah negara tersebut. Terdapar beberapa

buah negara di Asia Tenggara yang menggunakan sistem berparlimen dan berpresiden seperti

Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina.

Perbincangan mengenai sistem berkerajaan di Asia Tenggara ini lebih menjerumus

untuk menekankan tentang perbezaan diantara sistem berparlimen dan sistem berpresiden.
Perbincangan ini akan merujuk kepada dua buah negara iaitu Singapura dan Indonesia sebagai

contoh bagi negara di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem berparlimen dan sistem

berpresiden. Pada bahagian pertama, sistem berparlimen dan sistem berpresiden akan

didefinisikan secara umum supaya para pembaca cukup jelas dengan inti dari perbincangan

yang akan dilanjutkan seterusnya. Di bahagian yang seterusnya, pembaca akan mendapat

pencerahan mengenai perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam sistem politik Singapura dan

Indonesia sebagai negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan berpresiden. Pada

bahagian yang terakhir, penulisan ini akan membawa para pembaca kepada analisis terhadap

kedua-dua sistem berkerajaan di Asia Tenggara dan rumusan ringkas yang menyimpulkan

topik ini.

SISTEM BERPARLIMEN DAN SISTEM BERPRESIDEN

Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, terdapat tiga jenis sistem berkerajaan yang

sering dipraktikkan iaitu sistem berparlimen, sistem berpresiden dan sistem monarki. Dalam

konteks Asia Tenggara, cuma terdapat sebuah negara demokratik yang mengamalkan sistem

monarki beraja iaitu Brunei. Bagi negara-negara demokratik lain seperti Malaysia, Singapura,

Indonesia, Filipina dan Timor Leste, sistem berkerajaan yang diimplementasi bagi

menjalankan urus tadbir negara ialah sistem berparlimen dan sistem berpresiden.

Sistem berparlimen merupakan sistem berkerajaan dimana badan eksekutif dan badan

perundangan berkait rapat, manakala badan kehakiman bebas dari kedua-dua badan tersebut.

Gabungan kuasa antara badan eksekutif dan perundangan membuatkan kedua-duanya saling

bergantung untuk meneruskan kuasa politik masing-masing. Menurut Puig (2002), kerajaan

dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem berparlimen perlu mendapatkan sokongan

dari parlimen untuk memerintah negara. Sistem ini digelar sebagai sistem berparlimen kerana

kuasa terbesar dalam kerajaan tesebut terletak pada badan perundangannya iaitu parlimen.
Terdapat dua jenis sistem berparlimen yang digunakan oleh negara-negara demokratik iaitu

sistem Westminster dan sistem konsensus. Parlimen menjadi institusi untuk membincangkan

hal ehwal negara seperti pengenalan polisi baru, penggubalan undang-undang dan

pembentangan bajet negara. Selepas pilihanraya dijalankan, parti politik yang memenangi

majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk sebuah kerajaan baru yang diketuai oleh

Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Pada masa kini, sistem berparlimen digunakan di

kebanyakan negara termasuklah negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia dan

Singapura. Perbincangan selanjutnya akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai sistem

berparlimen yang dipraktikkan di Malaysia.

Sistem berpresiden pula merupakan sistem kerajaan demokratik dimana ketiga-tiga

badan eksekutif , perundangan dan judisiari bebas dari satu sama lain. Karakteristik ini

memperlihatkan bagaimana sistem berpresiden menekankan pengasingan kuasa dalam

sesebuah negara. Sistem ini digelar sebagai sistem berpresiden kerana presiden yang bertindak

sebagai ketua negara dan ketua kerajaan.memiliki kuasa penuh dan mempunyai control base

yang tersendiri (Sargentich ,1993). Di dalam kerajaan yang mengamalkan sistem ini, presiden

tidak bertanggungjawab terhadap badan legislatif. Menurut Puig(2002), badan legislatif dalam

sistem berpresiden mempunyai ruang lingkup kuasa yang berbeza dan tidak boleh mencampuri

ruang lingkup badan eksekutif.

Salah satu aspek asas reka bentuk perlembagaan ialah pilihan antara kerajaan presiden,

kerajaan parlimen dan sistem hibrid yang menggabungkan beberapa aspek kedua-dua ini.

Perbezaan utama antara sistem tadbir urus presiden dan sistem parlimen adalah hasil daripada

bagaimana ia menyatakan bahawa organ-organ eksekutif, perundangan dan kehakiman

dianjurkan
tiga indikator penting iaitu pengasingan kuasa, nature eksekutif dan peranan ketua negara.

Menurut ....., teori parlimen menyatakan bahawa

SISTEM BERPRESIDEN

Eksekutif

Bahagian ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai indikator pertama iaitu

bidang eksekutif .Walaupun mengamalkan sistem berkerajaan yang berbeza, tetapi bidang

eksekutif di Singapura dan Indonesia kedua-duanya terdiri daripada presiden dan kabinet.

Presiden di Singapura hanya mempunyai kuasa istiadat dan kuasa eksekutif yang sangat kecil.

Presiden hanya menjadi simbol sesebuah kerajaan dan tidak dapat menggunakan terlalu banyak

kuasa dalam pemerintahannya. Walaubagaimanapun, peranan presiden di Indonesia berbeza

dengan Singapura. Hal ini kerana di Indonesia , presiden mempunyai kuasa istidiadat dan kuasa

eksekutif yang sebenar. Dengan mempunyai kuasa eksekutif yang sebenar, presiden di

Indonesia lebih bebas untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran.

Di Singapura, presiden merupakan ketua negara. Sejak tahun ........, Halimah Yacob

dilantik menjadi presiden apabila beliau menang tanpa bertanding pada Pilihanraya Presiden

2017 di Singapura. Presiden di Singapura berkuasa untuk melantik seorang Perdana Menteri

yang akan berperanan sebagai ketua kerajaaan. Sehingga tahun...., ....... dilantik menjadi

Perdana Menteri Singapura .

-Legislatif

- Judisiari

Parliamentary Presidential
Presiden mendapat kuasa dan SEPARATION OF Presiden bebas dari
sokongan dari assembly POWER assembly
-Diseimbangkan denga -Assembly mempunyai
kemampuan eksekutif untuk sfera kuasa yang
indirectly membubarkan berasingan
parlimen -AssemblyTidak boleh
-Legislatif akan menyokong mengubah tempoh jawatan
perdana Menteri, selagi pm presiden
melaksanakan sokongan majoriti -Memperkukuhkan
di assembly pembahagian kuasa, idea
-Gabungan kuasa dimaan untuk mengasingkan
legislative dan eksekutif eksekutif dari legislatif
mentadbir Bersama-sama
-Eksekutif terdiri daripada 3 NATURE OF -Ekskutif bersifat
H.O.S, H.O.G dan cabinet EXECUTIVE bersatu dan entity yang
-Dilengkapi dengan PM berasingan
sebagai H.O.G -Presiden sbagai H.O.S
-Presiden lantik H.O.G dan H.O.G
-Menggabungkan
tugas eksekutid dengan
istiadat dan kewajipan
wakil

You might also like