You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Masyarakat Tamil klasik merupakan salah satu dari pecahan golongan

Dravida yang menetap di India Selatan. Masyarakat Tamil yang hidup pada zaman

Sangam mempunyai pertalian yang sangat kuat dengan ekologi atau alam sekitar di

Tamil Nadu. Zaman Sangam dikenali sebagai Iyarkkai nerikalam iaitu era

neutralisme yang merupakan zaman keagungan dan kegemilangan masyarakat

Tamil terutamanya dalam hasil kesusasteraan. Kesusasteraan Sangam juga turut

mempunyai hubungan erat dengan ekologi di Tamil Nadu. Budaya dan cara hidup

masyarakat Tamil juga dipengaruhi dengan faktor geografi dan bentuk muka bumi

tempat tinggal mereka. Tekstur fizikal bentuk muka bumi di India Selatan terdiri

daripada gunung -ganang dan sungai yang sesuai dijadikan kawasan untuk didiami.

Masyarakat Tamil klasik sangat bergantung kepada alam sekitar untuk hidup .

Alam sekitar juga menentukan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk.

Selain itu, ekologi memainkan peranan yang sangat penting kepada Kesusasteraan

Sangam. Karya-karya ciptaan zaman Sangam yang mengketengahkan tema puisi

Aham dan Puram merupakan bukti paling nyata untuk melihat sejauhmana kesan

alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat Tamil pada ketika itu.

Selain itu, kesan alam sekitar kepada masyarakat Tamil juga dapat dilihat

menerusi aspek sosial masyarakat pada zaman itu. Aspek sosial yang dibincangkan

dalam puisi Sangam termasuklah agama dan kepercayaan. Disini kita dapat melihat

asal-usul amalan penyembahan dewa-dewa yang kebanyakan darinya masih

diamalkan sehingga sekarang. Selain itu aspek makanan, perkahwinan,pakaian dan

perhiasan juga turut digambarkan dalam puisi Sanggam mengikut lima jenis tanah

ini.

1
2.0 LIMA JENIS LANDSKAP SANGAM (AINTHINAI)

. Masyarakat Tamil klasik menurut puisi Sangam telah membahagikan

landskap India Selatan kepada 5 jenis tanah atau negeri. 5 jenis tanah itu

kemudiannya dibahagikan pula kepada 5 jenis kawasan atau ainthinai. Kelima-lima

thinai ini dinamakan sempena nama bunga yang banyak didapati di kawasan

tersebut.

Pertama ialah Kurinchi iaitu kawasan pergunungan dan bukit bukau seperti

yang diliputi oleh Bukit Palani, Nilgiris dan Ghats Barat. Kawasan itu diberi nama

Kurinchi bersempena nama bunga Kurinchi (strobilanthus kunthianus).

Keistimewaaan bunga ini ialah ia hanya akan mekar berkembang hanya 12 tahun

sekali sahaja di kawasan tersebut . Kedua ialah Mullai iaitu kawasan padang rumput.

Ia diberi nama Mullai bersempena dengan bunga Melur yang berkembang di

kawasan tersebut setiap kali hujan pada bulan September. Ketiga ialah Neythal yang

merupakan kawasan pantai dimana kelebihan kawasan ini mempunyai sumber air

untuk keperluan harian. Namanya diambil sempena bunga pada tumbuhan akuatik .

Keempat ialah Marudham. Marudham dikatakan dalam puisi Sangam sebagai

syurga bagi penduduk-penduduk di kelima-lima jenis kawasan tersebut. Hal ini

kerana, kehidupan di Marudham digambarkan mempunyai jenis tanah yang sesuai

untuk pertanian dan juga sumber air bagi keperluan penduduk kawasan itu. Ia

digelar Marudham sempena nama bunga pada pokok myrtle yang tumbuh di tebing-

tebing sungai. Kelima ialah kawasan gurun kering kontang di Tamil Nadu yang

diberi nama Palai Palai bukanlah kawasan sebenar yang wujud dalam bentuknya.

Seperti yang diketahui, iklim di India Selatan merupakan iklim tropika dimana hujan

akan turun selama 6 bulan dan kemarau juga berlangsung selama 6 bulan. Selama

kemarau inilah kawasan yang kering itu bertukar menjadi kering kontang seperti di

2
Gobi dan Sahara. Kawasan-kawasan ini bukan sahaja penting untuk dijadikan

tempat tinggal tetapi juga sebagai asas bagi penciptaan puisi-puisi pada zaman

Sangam .

Seperti yang dinyatakan oleh ahli sejarawan, kawasan di Kurinchi dan Mullai

disebabkan hanya terdiri daripada gunung ganang, bukit bukau dan padang rumput,

tidaklah begitu selesa untuk didiami. Tetapi, di kawasan Neythal telah berlakunya

proses pembandaran dan pelabuhan laut telah menyebabkan berkembangnya

perdagangan di kawasan itu. Ramai juga pedagang dari luar yang telah mendiami

kawasan Neythal menyebabkan banyak bahasa yang ditutur oleh penduduk

kawasan itu. Di Marudham pula, aktiviti bercucuk tanam telah mengembangkan

sektor pertanian.Raja Tamil Nadu yang dilantik pada ketika itu merupakan ketua

bagi kawasan Marudham yang digelar sebagai Velir.

Rajah 1. Landskap zaman Sangam

3
3.0 KESUSASTERAAN SANGAM

Kesusasteraan Sangam ialah kesusasteraan Tamil dalam tempoh zaman

klasik India Selatan yang bermula dari 100 SM sehingga 250 SM. Ia juga dikenali

sebagai Tamilakam atau Sanggat Tamil. Bahasa Tamil yang digunakan untuk

menghasilkan karya ini merupakan antara bahasa yang tertua di dunia yang masih

masih digunakan oleh masyarakat moden pada hari ini. Asal usul bahasa ini boleh

dikesan pada sekitar 500 SM dimana Tolkapiyyam,iaitu karya nahu bahasa Tamil

telah dihasilkan.

Hasil karya pada zaman ini juga boleh diibaratkan seperti bunga yang mekar

dan harum di dalam sebuah jambangan disebabkan oleh kepelbagaian isi

kandungan puisi-puisi tersebut. Puisi juga disebut sebagai ceiyul. Puisi-puisi pada

zaman Sangam ini ditulis di atas daun palma dengan menggunakan paku. Terdapat

2,381 bait puisi yang terdiri daripada 3 baris sehingga yang paling panjang iaitu 782

baris lirik.

Karya-karya puisi dalam kesusasteraan Sangam telah dihimpunkan menjadi

dua koleksi antologi iaitu Ettutokai dan Pattupattu. Ettutokai terdiri daripada 8

antologi puisi manakala Pattupattu pula terdiri daripada 10 buah puisi. Dalam kedua-

dua koleksi tersebut, puisi-puisi telah dibahagikan mengikut tema iaitu Aham dan

Puram. Pembahagian ini merupakan asas penting dalam kesusasteraan Tamil.

4
3.1 Tema Puisi (Aham)

Aham membawa maksud cinta batiniah dan asas prinsip dalaman. Ia juga

membawa maksud kehidupan peribadi seseorang meliputi percintaan sebelum

berkahwin, percintaan dalam perkahwinan dan percintaaan di luar perkahwinan.

Puisi yang diklasifikasikan sebagai puisi Aham menceritakan tentang percintaan

antara lelaki dan wanita.

Puisi Aham mempunyai 3 unsur penting iaitu uripporul, mutalporrul dan

karupporul. Uriporrul dimana keadaan seseorang telah mengalami dan mempunyai

pengalaman tentang percintaan. Gambaran landskap zaman Sangam yang

disertakan dalam fasa percintaan dramatik terdiri daripada dua bahagian iaitu

mutalporul (kawasan, musim dan masa) dan karupporul (objek alam sekitar).

Fasa perkembangan dalam percintaan dapat dijelaskan dengan

menggunakan lima kawasan di Tamil Nadu itu sebagai latar belakang dalam puisi

tersebut.

KAWASAN PENERANGAN

Kurinchi Pertemuan antara teruna dan dara

Mullai Kesabaran menunggu pasangan semasa tempoh

perpisahan sementara

Marudham Pasangan merajuk kerana berlaku pergaduhan

disebabkan perbuatan tidak setia

Neythal Pasangan menunggu kepulangan kekasih/suaminya

dengan penuh kerinduan atau kerisauan

Palai Perpisahan panjang antara pasangan kekasih

5
3.2 Tema Puisi (Puram)

Puram pula bermaksud luaran. Menurut konteks puisi Sangam, Puram

merupakan puisi yang menjelaskan perkara-perkara selain daripada cinta iaitu

perkara duniawi seperti peperangan, politik, keperwiraan dan kemuliaan raja-raja,

akhlak, moral dan agama.

Walaupun puisi Puram menerangkan tentang pelbagai hal duniawi, tetapi hal

yang sering digambarkan dalam puisi ialah berkenaan dengan peperangan yang

sangat bersifat heroik. Peperangan merupakan gambaran keperwiraan dan

kemuliaan seorang raja walaupun melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Heroism masih diraikan dan sangat disanjung pada zaman Tamil klasik. Selain itu,

fikiran dan perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram

adalah perasaan diri sendiri berdasarkan kenyataan dalam hidup, keperwiraan dan

nilai-nilai sosial dan bukanlah seperti dalam puisi aham yang melibatkan hubungan

dengan orang lain seperti antara hero dan juga heroin.

Seperti fasa perkembangan dalam percintaan yang digambarkan dalam puisi

Aham, puisi Puram pula menggambarkan fasa dan tema dalam peperangan yang

berlaku mengikut 5 jenis kawasan tersebut. Terdapat juga bunga-bunga digunakan

sebagai simbol bagi peperangan . Di kawasan Kurinchi, bunga Vetchi/jejarum yang

berwarna merah digunakan sebagai simbol bagi fasa permulaan dalam peperangan

dengan merampas lembu pada waktu malam. Bunga ini digunakan sebagai simbol

kerana perwira Tamil akan menghiasi diri mereka dengan kalungan bunga Vetchi

apabila mereka keluar untuk merampas lembu. Seterusnya, Vanchi pula dipadankan

dengan kawasan Mullai. Ia merupakan nama bagi bunga berwarna kuning dan putih

yang berbau sangat harum. Vanchi digunakan bagi menandakan fasa persediaan

6
untuk peperangan dimana raja yang ingin menawan sesebuah kerajaan akan tinggal

di kem tentera (sementara) bagi mengatur strategi. Di kawasan Marudham, bunga

Ulinyai dijadikan sebagai simbol bagi menandakan kemaraan tentera dimana

mereka telah mengepung kota dan menyerang kubu pertahanan musuh. Tentera

memakai kalungan bunga Ulinyai bagi menunjukkan kelemahan kubu yang ditawan.

Tumbai dijadikan simbol bagi kawasan Neythal. Tumbai ialah bunga yang tumbuh di

tepi pantai (leucas linifolia) bagi menandakan peperangan yang hebat telah berlaku.

Kebiasannya, pertempuran yang bersejarah berlaku di kawasan pantai dan

mengakibatkan kehilangan nyawa di kedua belah pihak. Simbol bagi kawasan Palai

ialah Vakai. Vakai merupakan bunga putih berbentuk seperti puncak (mimosa

flexuosa) yang didapati di pokok Vakai. Ia menandakan kemenangan dalam

peperangan. Kalungan bunga Vakai dipakai oleh tentera yang pulang dari medan

perang dan diraikan oleh penduduk setempat.

Walaupun kedua-dua tema Aham dan Puram membawa maksud yang sangat

berbeza, tetapi ia tetap menggambarkan aspek kehidupan yang sama. Hubungan

diantara puisi-puisi ini dengan ekologi sangat erat

4.0 KESAN EKOLOGI TERHADAP POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

4.1 Politik

Pada zaman Sangam, masyarakat Tamil telah ditadbir oleh 3 buah kerajaan

besar iaitu Chera, Chola dan Pandya yang digelar sebagai muventar. Raja-raja ini

menjalankan system pemerintahan jenis monarki dimana takhta diwarisi secara

turun temurun kepada warisnya. Zaman Sangam bukan sahaja menyaksikan zaman

7
kegemilangan raja-raja yang hebat tetapi juga turut dilengkapi dengan

ketua/penghulu yang berwibawa.

Ketua 5 kawasan pada zaman Tamil klasik ini dibahagikan kepada dua iaitu

velir dan bukan velir. Velir merupakan kerabat diraja yang memerintah sebahagian

besar Tamil Nadu.Mereka merupakan raja asal Tamil Nadu sebelum diambil alih

oleh muventar. Di kawasan Kurinchi, ketua mereka digelar sebagai porupan atau

verpan. Panggilan kon digunakan untuk ketua di kawasan Mullai. Di kawasan

Marudham pula, mereka menggelar ketua mereka sebagai Venthan. Ketua mereka

ini terdiri daripada velir yang akhirnya menjadi raja di Tamil Nadu. Penduduk di

kawasan pantai pula menggelarkan ketua kawasan Neythal sebagai Titaiyan.

Seterusnya, ketua di kawasan gurun Palai diberi nama Maravarkon.

Walaupun kerajaan-kerajaan tersebut menggunakan sistem pemerintahan

bercorak monarki, tetapi raja-raja masih menerima nasihat dan pandangan dari dua

buah institusi penting dalam pentadbiran kerajaan iaitu Aimperungkulu dan

Enperayam. Pentadbiran Aimperungkulu terdiri daripada 5 orang kepercayaan raja

iaitu menteri (amaichar), golongan pertapa/Brahmin (purohitar), ketua menteri

(senaapathiyar), wakil raja (duttar), dan pengintip (orrar). Pentadbiran Enperayam

pula dianggotai oleh 8 orang kepercayaan raja itu akauntan (karranatiyar), ketua

eksekutif (karumakarar), bendahari (kanakasuram), pengawal istana

(kadaikappalar), orang tua (nagara mandar), tentera darat (padaittalaivar), tentera

gajah (vanai virar) dan ketua pasukan tentera berkuda (iruli marar)

Dalam kerajaan Chola, Chera dan Pandya, raja-raja juga mempunyai gelaran

yang pelbagai. Antaranya ialah Kon, Venden, Mannan, Enadai, Iravan dan

Maharaja. Ko’ juga merupakan gelaran bagi raja yang berasal dari bahasa Tamil

8
tertua yang membawa maksud pengembala. Di setiap kerajaan juga, terdapat

sebuah pohon iaitu kawalmaram yang dikatakan menjadi simbol setiap kerajaan dan

menjadi pohon pengawal perlindungan.

4.2 Ekonomi

Dari aspek ekonomi, keadaan bentuk muka bumi setiap kawasan yang

berlainan menghasilkan kegiatan ekonomi yang berlainan. Ekologi memainkan

peranan yang penting dalam menentukan pekerjaan dan secara automatic

mempengaruhi cara kehidupan masyarakat zaman Sangam.

Di kawasan Kurinchi, penduduknya telah terbiasa dengan keadaan

pergunungan yang tinggi. Di kawasan tersebut terdapat banyak haiwan liar. Jadi,

secara tidak langsung, kegiatan ekonomi utama masyarakat di sini ialah memburu

haiwan. Mereka juga menjalankan aktiviti memungut madu gunung, pucuk daun dan

akar-akar untuk dijadikan bahan makanan. Bagi kaum lelaki, mereka akan

menangkap haiwan di hutan dan menukarkan daging haiwan tersebut dengan

barang keperluan yang lain. Penduduk wanita di kawasan Kurinchi pula akan

mengumpul bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di kawasan

tersebut kerana tanahnya tidak sesuai untuk sebarang aktiviti penanaman.

Seterusnya, di kawasan padang rumput yang meluas iaitu Mullai, kegiatan

ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk ialah menternak haiwan-haiwan

seperti lembu dan kambing. Mereka akan membawa haiwan ternakan untuk pergi

meragut rumput. Sepanjang tempoh menunggu, para pengembala ini menghiburkan

diri mereka dengan meniup seruling yang diperbuat daripada buluh. Kaum wanita

pula akan menggunakan hasil ternakan iaitu susu untuk dijadikan dadih, mentega

9
dan keju. Produk-produk susu ini akan dipikul dan dijual kepada penduduk di

kawasan yang lain.

Marudham yang mempunyai tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam dan

juga sumber air yang mencukupi. Mereka juga menggali telaga untuk mendapatkan

sumber air. Pekerjaan utama bagi penduduk di sini ialah petani. Mereka menanam

padi, bijiran dan tumbuhan-tumbuhan lain. Bagi penduduk lelaki, mereka akan

membajak tanah dan bercucuk tanam manakala para wanita akan menjaga kawasan

dari diserang serangga atau burung. Seperti Kurinchi dan Mullai, hasil tanaman di

Marudham juga akan ditukarkan dengan thinai yang lain menerusi system barter.

Tetapi, penduduk di Marudham tidak perlu kemana-mana untuk menukar hasil

mereka kerana pada zaman Sangam, Marudham menjadi pusat untuk berhibur dan

bertukar barangan.

Di kawasan Neythal, disebabkan mereka berada di kawasan pantai,

pekerjaan utama bagi penduduk kawasan ini ialah nelayan. Kaum lelaki akan turun

ke laut untuk menangkap hasil laut dan kaum wanita akan mengambil hasil laut

untuk dikeringkan dan menjaganya daripada haiwan perosak. Kawasan ini juga

merupakan pengeluar utama garam dan herba-herba yang ditanam disekeliling

kawasan pantai.

Akhir sekali, di kawasan Palai. Bentuk muka bumi Palai menjadikannya tidak

sesuai untuk sebarang kegiatan ekonomi. Disebabkan oleh iklim tropika, kawasan

tersebut menjadi kering kontang selama 6 bulan dan menjadi laluan bagi para

pedagang yang membawa barang dagangan mereka. Ini membuka peluang bagi

penduduk Palai yang kebanyakkannya menjalankan aktiviti rompakan untuk

mendapatkan keuntungan dan sumber makanan.

10
4.3 Sosial

4.3.1 Agama dan Kepercayaan

Kesan ekologi dari aspek sosial dapat dilihat menerusi empat cabang iaitu

agama dan kepercayaan,pakaian dan perhiasan, makanan dan perkahwinan. Dari

segi agama dan kepercayaan, ekologi memainkan peranan yang sangat penting

dalma menggambarkan sifat-sifat Tuhan masyarakat Tamil. Tuhan yang disembah

juga berbeza mengikut bentuk muka bumi dan dewa dewi yang disembah dipercayai

sebagai ketua yang mentadbir segenap kawasan tersebut. Bagi kawasan Kurinchi,

mereka menyembah dewa Murugan. Asal usul pemujaan dewa Murugan bermula

apabila penduduk di Kurinchi akan berkumpul dan berdoa di dalam kumpulan

semasa bulan purnama. Perbuatan itu bertujuan untuk memohon diberi

penyelesaian bagi masalah mereka. Salah satu daripada ahli dalam kumpulan yang

dipercayai telah mendapatkan perintah Tuhan akan memegang lembing (Vel) sambil

memberikan penyelesaian. Lama kelamaan, mereka ini digelar sebagai Velan dan

proses pemujaan mula berubah dengan masyarakat memberi rupa kepada Tuhan

yang disembah. Rupa yang disembah iaitu lembing dan rupa suci ini diberi nama

Dewa Murugan.

Bagi kawasan Mullai pula, mereka mengamalkan tradisi pemujaan Dewa

Krishna/Vishnu/Tirumal. Pemujaan dewa Krishna melibatkan lembu,

seruling,tempayan berisi minyak sapi dan anak-anak gadis yang cantik. Rupa suci

dewa Krishna diberi warna biru berdasarkan pada warna langit dan kalungan yang

terdapat pada rupa suci itu diberi warna hijau yang melambangkan kehijauan

padang rumput di Mullai.

11
Agama dan kepercayaan di Marudham dikaitkan dengan festival di sungai

bagi memuliakan dewa Indiran yang merupakan raja bagi kawasan mereka. Aktiviti

penyembahan dewa turut dijalankan keranan mereka percaya bahawa dewa Indiran

membantu dalam melipatkaligandakan hasil pertanian dan menurunkan hujan bagi

menyuburkan tanaman mereka. Disebabkan aktiviti penanaman bergantung kepada

hujan, dewa Indiran digelar sebagai dewa hujan dan Tuan Awan.

Penduduk di kawasan Neythal pula memuja dewa Varunan/Vendhan. Mereka

menyembah dewa Varunan/Vendhan dengan cara unik iaitu para nelayan akan

menanam tulang belakang ikan yu pada pasir pantai. Mereka juga turut menawarkan

hadiah pemujaan berbentuk ikan segar dan ikan masin untuk memastikan dewa

Varunan/Vendhan melimpahkan hasil tangkapan keatas mereka. Mereka turut

melakukan amalan mandi di laut untuk membuang segala dosa dari dalam diri

mereka.Dewa Varunan/Vendhan juga dipercayai menghasilkan sumber paling

berharga di kawasan Neythal iaitu garam.

Di Palai pula, bentuk agama terawal yang diamalkan oleh penduduk di situ

ialah memuja perwira yang terkorban dalam ekspedisi rompakan. Walau

bagaimanpun, seiring dengan perubahan masa,mereka turut melakukan amalan

penyembahan dewa dewi. Dewi yang disembah penduduk Palai ialah Dewi Kotravai

yang dikatakan memastikan kejayaan dalam setiap ekspedisi rompakan mereka.

Mereka memuja dewi Kotravai dengan mempersembahkan harta rampasan yang

dimenangi dari para pedangang.

12
4.3.2 Pakaian dan Perhiasan

Pakaian yang digayakan pada zaman Sangam adalah mengikut kasta,

kedudukan dan kaum seseorang individu tersebut. Pakaian diperbuat daripada

sutera, kapas dan bulu binatang. Sekiranya mereka datang dari golongan

berkemampuan, mereka akan memakai pakaian halus seperti kain sutera dan

pakaian keras (citarvai) akan dikenakan oleh golongan kurang berkemampuan.

Pakaian dikenakan bertujuan untuk mengekalkan suhu badan ketika keluar

melakukan aktiviti dan mengawal suhu badan ketika keluar pada waktu malam. Bagi

pasangan kekasih, Talaiyuddai iaitu pakaian yang berbentuk dari pelbagai jenis

replika bunga akan diberikan kepada pasangan sebagai tanda cinta.

Perhiasan pula dibuat untuk menceriakan kehidupan dan tempat tinggal

penduduk. Sumber utama bagi barang-barang perhiasan ialah kulit binatang liar,

serangga yang cantik dan bunga-bunga perhiasan. Lelaki menggunakan perhiasan

yang diperbuat daripada alatan logam untuk menunjukkan keberanian manakala

wanita meletakkan kelopak bunga dan bunga-bunga kecil ditepi telinga untuk

mencantikkan wajah mereka. Bunga -bunga yang digunakan berdasarkan lima jenis

kawasan yang dibincangkan sebentar tadi .

Kawasan Jenis bunga


Kurinchi Lili
Mullai Melur
Marudham Teratai merah
Neythal Mengkuang wangi
Palai Bunga trompet

13
4.3.3 Makanan

Terdapat dua jenis tabiat dalam pemakanan masyarakat Tamil pada zaman

Sangam. Pertama ialah memakan daging dan kedua ialah memakan sayur-sayuran.

Pada awalnya, masyarakat Tamil hanya memakan sayur-sayuran tetapi seiring

perubahan masa, daging mula dimakan bagi meraikan perayaan tertentu

Makanan ruji bagi masyarakat zaman Sangam bergantung pada bentuk muka

bumi dan kegiatan ekonomi mereka. Masyarakat di Kurinchi yang memburu haiwan

akan menjadikan daging haiwan sebagi sumber makanan. Penduduk di Mullai yang

menternak haiwan akan menjadikan hasil ternakan sebagai sumber makanan.

Masyarakat yang bercucuk tanam di Marudham pula menjadikan hasil tanaman

mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran dan kekacang sebagai makanan

ruji. Masyarakat yang tinggal di pantai menjadikan hasil laut seperti ikan sebagai

sumber makanan. Penduduk di kawasan Pullai pula menjadikan barangan yang

dirompak(haiwan dan tumbuhan) sebagai makanan ruji.

Amalan pemakanan masyarakat Tamil walaupun berbeza tetapi mencapai

tujuan yang sama iaitu makan benda yang baik untuk kesihatan. Selain dari

makanan yang baik, masyarakat Tamil turut mengamalkan Viradham iaitu puasa

dengan hanya mengambil buah-buahan dan minum susu 2 kali sehari pada masa-

masa tertentu. Amalan berpuasa dikatakan baik untuk individu, keluarga mahupun

para gadis yang ingin memohon supaya Tuhan memberikan mereka suami yang

baik.

14
4.3.4 Perkahwinan

Bagi masyarakat Tamil, perkahwinan merupakan perkara yang suci yang

mengikat hubungan antara dua insan. Menurut sastera Sanggam, ia bermula

dengan pertemuan teruna dan dara secara sulit, diteruskan dengan perpisahan

sementara, menunggu dengan penuh kerinduan dan berakhir dengan kegembiraan

iaitu perkahwinan.

Perkahwinan perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua ibu bapa bagi

pihak lelaki dan perempuan. Pengecualian diberikan kepada pasangan yang telah

melarikan diri dari rumah. Ia juga akan dilangsungkan pada masa yang sesuai dan

tarikh lahir yang sepadan seperti ditetapkan oleh tukang tilik. Pengantin perempuan

akan dimandikan oleh 4 orang wanita berusia . Amalan ini dipanggil sebagai

vadhuvai dimana wanita-wanita yang memandikan pengantin perempuan itu akan

memohon Tuhan merahmatinya dengan kehidupan yang suci dan sentiasa

disenangi oleh suami.

15
5.0 KESIMPULAN

Pada zaman Sangam, walaupun masyarakat mempunyai bahasa dan

budaya yang sama, tetapi mereka tinggal di lima tempat berbeza iaitu

Kurinchi, Mullai, Marudham, Neythal dan Palai. Perbezaan dari segi bentuk

muka bumi membawa kepada pelbagai perbezaan dari aspek ekonomi, politik

dan sosial masyarakat Tamil zaman klasik.

Natijahnya, kebergantungan masyarakat Tamil pada zaman Sangam

terhadap ekologi berada pada tahap sangat tinggi. Penghasilan karya

kesusasteraan Sangam berlatarbelakangkan alam sekitar bukan sahaja

menjadi tinggalan dari penyair zaman lampau tetapi turut menjadi sumber

rujukan pada masa akan datang. Alam sekitar juga berfungsi untuk

membentuk gaya hidup dan kepercayaan masyarakat Tamil yang sehingga

sekarang masih diamalkan. Dengan bersandarkan kepada alam sekitar

sahaja, masyarakat Tamil sudah mula mengaitkannya dengan kewujudan

dewa-dewa mereka seperti Murugan, Vishnu, Indira , Kotravai dan

Varunan/Vendhan

16
6.0 RUJUKAN

1. Dubey, H. (2008). Agriculture in the Age of Sangam. Lalanji Gopal and VC

Srivastava, History of Agriculture in India (upto 1200 AD), 5(Part I), 415.

2. Thamburaj, K. P., & Ponniah, K. (2016). Hierarchical Grammatical Tagging

for Tinai (Landscape) of Cankam Tamil Literature. Indian Journal of

Science and Technology, 9(48).

3. Thani Nayagam, X.S. (1963). Nature poetry in Tamil :The classical period.

Singapura : Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan, Kementerian

Kebudayaan

4. Thani Nayagam, X.S. (1966). Landscape and poetry : A study of nature in

classical Tamil poetry. Mumbai, London : Asia Publishing House

5. Thirunavukkarasu, K. (1994). Chieftains of the Sangam Age: Internat. Inst.

of Tamil Studies.

6. Varadarajan, M. (1969). The treatment of nature in Sangam literature.

Madras, India : South India Saiva Siddhanta Works Pub. Society.

17

You might also like