You are on page 1of 10

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan .................................................................................................................. 2

2.0 Pengenalan ..................................................................................................................... 3

3.0 Sejarah Pertumbuhan Puisi Melayu Moden..................................................................... 3

4.0 Rujukan......................................................................................................................... 10

1
1.0 Penghargaan

Saya sangat bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan bagi kursus ini dengan sempurna dalam jangka masa yang ditetapkan. Pertama
sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah kami iaitu, Puan
Jaimah. Beliau sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana
sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar dan sokongan kepada
saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak memberikan kerjasama kepada saya
dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu saya menyelesaikan tugasan
ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sudah tentu saya
tidak dapat menyediakan tugasan sebegini.

2
2.0 Pengenalan

Tugasan ini merupakan tentang sejarah pertumbuhan dan perkembangan genre puisi Melayu
moden di Malaysia dalam abad ke-20. Kesusasteraan Melayu moden meliputi lima genre
penting iaitu puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritikan. Genre puisi merupakan salah satu
genre sastera tertua yang wujud sezaman dengan zaman kewujudan sastera. Semasa
tamadun Greek, puisi dituturkan sebagai satu persembahan yang sangat istimewa dan diberi
penghargaan kepada orang yang menuturkannya.

Menurut Rahman Shaari (1987), sajak ialah puisi Melayu moden yang muncul di
Malaysia sejak 1930-an, manakala di Indonesia ianya muncul sekitar tahun 1920-an. Sajak
muncul hasil daripada perubahan sikap, pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek
kehidupan hasil daripada pengaruh Barat (Rahman Shaari, 1978:76). Ia dikatakan sebagai
puisi bebas atau baru kerana penyimpangan-penyimpangan yang membezakan bentuknya
daripada puisi Melayu tradisional. Menurut beliau sajak dibahagikan kepada dua jenis iaitu
sajak bebas atau dikenali sebagai sajak yang tidak terikat pada sebarang bentuk tertentu dan
sajak konkrit iaitu sajak yang mempentingkan aspek penglihatan. Jelasnya, sajak berdiri
sebagai rantingan dari bahan puisi, manakala puisi pula berasal dari perdu sastera. Untuk
memudahkan kefahaman terhadap makna puisi secara mendalam Za’ba mentakrifkan puisi
sebagai karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan
bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Seorang tokoh zaman
Romantisme Barat, Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) menyatakan, puisi ialah kata-kata
terbaik dalam susunan terbaik.

Kesimpulannya, puisi merupakan proses memaparkan pemikiran yang


membangkitkan perasaan, merangsang imaginasi pancaindera dalam susunan bahasa yang
indah dan berirama. Dengan ini jelaslah bahawa puisi dan sajak tidak jauh bezanya. Namun,
sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, kedua-dua istilah ini harus dibezakan supaya kita
dapat memahami pemakaiannya dalam penyebutan, penulisan mahupun penganalisan.

3.0 Sejarah Pertumbuhan Puisi Melayu Moden


Sajak adalah satu-satunya genre puisi Melayu moden dan kelahirannya di alam
Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti perkembangan pengaruh Islam, modenisasi
dalam kesusasteraan tradisional. Pengaruh Barat yang ditandai dengan kemasukan
modenisme juga turut memantapkan penggunaan istilah sajak di Tanah Melayu, di samping
pengaruh besar yang turut disumbangkan oleh perkembangan puisi moden di Indonesia
khususnya dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Menurut Mana Sikana (1983)
istilah sajak telah digunakan di Indonesia semenjak Perang Dunia Kedua yang kemudian
menjadi sebati dan akrab dengan penganut puisi Melayu dalam tahun-tahun 1930-an hingga
3
sekarang. Dengan itu, kita dapat katakan bahawa era abad ke-20 merupakan bermulanya
sejarah perkembangan sajak atau puisi Melayu moden di alam Melayu.

Terdapat beberapa tahap perkembangan genre puisi Melayu moden di Malaysia dan
tahap awal boleh dikira bermula tahun 1913 hingga akhir tahun 1930-an (Abdul Latiff Abu
Bakar, 1987). Berdasarkan peralihan ini, para pengkaji dan sastera Melayu merumuskan
bahawa Punggok (Muhammad Yassin Ma’amor) merupakan anara pengasas yang melopori
puisi baru di Malaysia iaitu Di tengah Segara. Puisi ini dianggap sebagai moden kerana
terdapat perubahan terhadap bentuk puisi, tema yang digarapkan dan gaya bahasa yang
digunakan. Pada masa itu, persoalan yang diungkapkan adalah persoalan ekonomi dan politik
dan kebanyakan penyair terdiri daripada guru dan wartawan. Perkembangan peringkat awal
juga menyaksikan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh penyair khususnya dari segi
bentuk, tema dan gaya bahasa. Walau bagaimanapun, menurut Shahnon Ahmad, kelahiran
puisi Melayu moden masih diselubungi tanda tanya dan tokoh terawal yang memulakan
tradisi puisi moden ini. Isu ini berbangkit ekoran Omar Mustafa yang tidak meneruskan
karyanya selepas Angan-angan dengan Gurindam dan puisi tersebut diterbitkan kali kedua
pada tahun 1925. Pada masa itu juga, terdapat beberapa pelopor puisi Melayu seperti Harun
Aminurrasyid, Ali Haji Ahmad dan Syed Huessein. Setakat ini, belum ada jawapan pasti
siapakah tokoh sebenar yang memulakan dan memperkenalkan puisi Melayu moden tetapi
ketiga-tiga tokoh berkenaan diterima sebagai tokoh-tokoh penting yang mempelopori puisi
Melayu moden peringkat awal. Berikut merupakan karya Angan-angan dengan Gurindam oleh
Omar Mustafa.

Bangkitlah bangkit!
mengapa tidur lama sangat?
di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita!
bangkitlah bangkit!
timah sudah dimasak sudahlah hangat
mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?
bangkitlah bangkit!
tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
bijih dan getah! bijih dan getah!
inilah jalan kekayaan yang tentu
hasil negeri kita yang besar dapat di situ
bijih dan getah! bijih dan getah!
dari sebab itu bangkitlah bangkit!
jangan asyik berjoget
lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
hartanya beribu bermilion ringgit!
4
segeralah tuan jangan lengah
segera berbudai kepada tanah
kerana tanah baik budinya
lambat-laun usaha dan penat kita dibalasnya.

(Utusan Melayu pada 18 Januari 1913)

Tahap kedua meliputi perkembangan dalam tahun-tahun 1940-an, khususnya dalam


era pemerintahan Jepun. Dalam zaman pemerintahan Jepun, kecenderungan penyair lebih
tertumpu kepada semangat Asia dan penampilan sikap membela Jepun. Perubahan terlihat
juga pada penggunaan kata ganti nama ‘Beta’ sebagai pengantar persoalan, nada dan sikap
dalam puisi Bakti Putera Timur oleh Masuri S.N. yang mucul sebagai penyair terpenting
sumbangannya. Kebanyakan puisi menyarankan keyakinan serta kebanggaan masa kini
untuk menuju ke masa depan. Peranan penggunaan lambang dan slogan dalam puisi
menzahirkan kepadatan pemikiran, kehalusan gambaran, menghidupkan imaginasi dan
interpretasi. Ini selaras dengan Dasar Jepun iaitu memastikan penulis di ruangan sastera
menyokong slogan yang ditetapkan. Saringan (censorship) dilakukan terhadap semua tulisan.
Tulisan yang bercanggah dengan dasar akan bertolak. Mereka harus bersedia mengorbankan
hak mereka sebagai penyajak atau individualis dengan keyakinan atau aliran yang
diminatinya. Oleh sebab itu, penghasilan puisi agak lembap dan tidak ramai penyair yang
melibatkan diri dalam kegiatan perpuisian. Bakti Putera Timur oleh Masuri S.N.
diperlihatkan seperti berikut :

Beta lahir di timur


Bumi nan luhur
Tanah nan makmur
Penuh ratna bertabur.

Beta putera Asia


Sebagai kembang negara
Penuntut bela
Pengawal nusa bangsa.

Tiada reda sekali-kali


Tanah air beta, dilumuri barat
Biar bercerai roh tajali.
(Berita Malai, 13 Februari 1945)

5
Tahap ketiga ialah era kebangkitan nasionalisme dan semangat kemerdekaan dalam
tahun-tahun 1950-an. Era ini juga dikenali sebagai era pramerdeka kerana tema
kemerdekaan menjadi cogan penyair dalam membangkitkan nasionalisme dalam kalangan
masyarakat. Pada tahap ini, penyair menghasilkan puisi yang membangkitkan kesedaran
semangat dan kesedaran masyarakat Melayu. Suara penyair lebih lantang dan berani
mengkritik pemerintahan kerajaan Imggeris terutama sekali menentang rancangan
penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 (Abdul Latiff Abu Bakar, 1987). Puisi Angkatan
Baru oleh Masuri S.N. dan Jiwa Hamba oleh Tongkat Warrant menyuarakan keinginan untuk
membebaskan puisi daripada gaya penyampaian puisi Melayu tradisional. Mereka
mengemukakan persoalan-persoalan penjajahan, kemerdekaan dan penindasan. Beberapa
buah puisi Tongkat Warrant seperti ‘Ke Makam Bonda’ keistimewaanya terletak pada gaya
penyampaian isinya melalui kehalusan dan kejernihan bahasanya yang terjalin secara
romantik dengan ciri-ciri kebudayaan Melayu tradisional. Manakala Masuri S.N. pula, terletak
pada kesungguhannya mengemukakan persoalan-persoalan moral, semangat dan budi
manusia. Ini menunjukkan bahawa puisi merupakan alat membentuk ‘manusia baru’ yang
berkesan. Pusinya diungkapkan seperti petikan :

Berlapis barisan angkatan baru


Melangkah gerak maju setia
Merentak lebor ikatan dulu
Merentak putus belitan jiwa
Bangun semua, para perwira
Dari gunong terjun menurun
Menuju laut idaman sukma
Tiada peduli aral bersusun
Sudah tekad di dalam hati
Angkatan baru semarak watan
Sudah sepakat di dalam bakti
Rela derita, sudi berkorban
Tiada lain ikatan datang
Hanya satu bukanlah dua
Angkatan baru tetap berjuang
Sahingga Nusa gemilang rupa....
(Majalah 'Kenchana' Bilangan 7, Julai 1947)

Dalam tahun-tahun 1950-an juga menyaksikan satu perkembangan baru dengan


kemunculan puisi kabur. Penyair-penyair seperti M.Ghazali, Noor S.i dan S.Amin digelar
sebagai orang bertiga kerana sajak-sajak yang dihasilkan oleh mereka sukar difahami dan
membawa persoalan yang kabur. Pembaharuan yang dibawa oleh mereka telah menimbulkan
kegelisahan dalam kalangan masyarakat pada waktu itu (Shahnon Ahmad, 1991:57). Salah
satu contoh sajak yang sukar difahami adalah Kemerdekaan kerana isi sajaknya tidak

6
mempunyai maksud yang jelas (Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad, 1980 : vii).
Perhatikan petikan sajak berkenaan, Kemerdekaan hasil karya (Noor S.I. et.al, 1980 : 16).

Kabut berantas di pelabuhan


Pacu deru dipintas-pintas hujan
Salak debar tiada berteman

Drama hidup pada mengesan


Putih telapak kaki di pergunungan
Baru memburu
Di lintas-lintas penjuru
(Noor S.I. et al, 1980:16)

Seterusnya disusuli dengan era pascamerdeka iaitu dalam tahun 1960-an di mana
perkembangan puisi bermula dengan “kesedaran baru”. Perkembangan ini ditemui dalam
puisi penyair-penyair yang muncul pada awal tahun 1960. Corak dan gaya penyampaian
persoalannya dibawakan dalam kesederhanaan bahasa dan suasana pengucapan yang baru.
Contoh yang jelas ialah dalam persoalan kehidupan golongan petani, buruh dan nelayan
seperti dalam puisi “Pak Putih” karya Tongkat Warrant. Perkembangannya sepanjang tahun
ini meliputi pembaharuan dan kematangan isi serta tekniknya amat erat hubungannyaa
dengan perubahan beberapa faktor dalam kehidupan masyarakat seperti faktor sosial, politik,
pemimpin dan sikap pembaca. Pada masa yang sama juga isu bahasa Melayu timbul
kerana wujudnya ‘sikap acuh tak acuh’ dan melengah-lengahkan pelaksanaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara (Shafie Abu Bakar,
1997:121). Suara protes terhadap isu bahasa telah melahirkan antologi ‘Keranda 152’ oleh
Usman Awang. Beliau membakar semangat perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan
bahasa Melayu yang telah dipinggirkan menerusi Akta 152 oleh kerajaan. Kesedaran ini telah
menzahirkan semangat kecintaan terhadap bahasa ibunda yang sepatutnya menjadi bahasa
tunggal dan berdaulat di negara merdeka ini. Berikut merupakan karya Usman Awang :

Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti


hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba


tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
namamu telah diseru

7
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu
(Dewan Bahasa dan Pustaka 3 Mac 1967)

Tahun 1970-an dan 1980-an merupakan tahap kegemilangan dan pemantapan puisi
Melayu Moden. Dalam era ini, puisi Melayu moden lebih dinamik dan membanggakan serta
mengalami perubahan dan peningkatan yang ketara (Shafie Abu Bakar, 1997 :126). Selain
daripada menjadi tempat luahan perasaan dalam diri, puisi moden juga menjadi landasan
kritikan sosial dan wadah pembelaan nasib bangsa, agama dan kaum. Penyair pada masa itu
juga mempunyai pemikiran masing-masing seperti aliran intelektualisme, aliran sosialis
realisme, aliran Islam dan aliran romantisme. Penyair berusaha untuk mengembang puisinya
dengan menghasilkan antologi persendirian yang lebih bermutu atau membina individualisme
dalam genre puisi . Contohnya, Usman Awang tertonjol dengan menghasilkan karya daripada
aliran romantisme seperti puisi “Salam Benua”. Dari segi aspek gaya persajakan pula penyair
lebih memberatkan kepada usaha memanipulasi bahasa supaya terkesan dan boleh
menghasilkan kesan estetika yang sangat mendalam terhadap kata-kata yang digunakan.
Contohnya, Usman Awang yang mantap dengan gaya romantis akan juga bertukar kepada
tegas dan keras supaya dapat menyentuh persoalan ketidakadilan dan sosial kemanusian
dalam karya yang sama berjudul “Salam Benua” pada tahun 1970. Dewan Bahasa dan
Pustaka juga menyumbangkan kepada perkembangan puisi Melayu moden dengan memberi
peluang kepada penyair untuk menerbit dan memasarkan karya-karya penyajak. Dengan ini,
wujudnya penyair baru dan juga persatuan-persatuan dan badan-badan untuk penulis baik
di peringkat negeri seperti Gabungan Penulis Nasional
(Ahmad Kamal Abdullah, 1988 : xxiii). Hujah ini didasarkan kepada karya Usman Awang
‘Salam Benua’ seperti berikut :

MEREKA memisahkan kita


pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

Telah saudara pilih senapang dan peluru


banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

(Usman Awang, 1994 : Hal 71-72)

8
Dekad 1980-an merupakan penerusan kecemerlangan dengan penampilan tokoh dan
karya yang lebih mantap serta tema dan persoalan yang lebih rasional, intelektual, jauh
daripada emosi, dan jauh daripada kelompokan atau slogan. Puisi Melayu sudah bertapak
sebagai satu sumber pengajian ilmu kesusasteraan Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi di
negara ini seperti Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun-tahun 1980-an juga
memperlihatkan penglibatan golongan penyair secara aktif dalam perkembangan
peradaban bangsa diiktiraf oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Ini terbukti dengan
munculnya pelbagai anugerah dan hadiah yang diadakan, termasuklah yang paling berprestij
baik di dalam atau di luar negara, antaranya ialah Anugerah Sastera Negara.

Akhirnya, tahun-tahun 1990-an merupakan era teknologi informatif yang memberi


kesan kepada perkembangan dalam bidang kesusasteraan. Teknologi komputer memainkan
peranan yang sangat penting dalam era ini seperti penggunaan mesin taip kepada komputer,
puisi-puisi mula disebarkan melalui rangkaian internet dan pelbagai laman web berkaitan
dengan puisi Melayu moden dapat dilayari dengan hujung jari. Sehubungan dengan itu,
kemunculan penyair muda kian meningkat tetapi mereka tidak berupaya untuk
menyaingi penyair mapan dan gagal menghasilkan pembaharuan dalam penciptaan puisi.
Hal ini sedemikian kerana, gaya kepenyairan penyair muda dianggap sebagai tiruan gaya
penyair mapan, malah penyair mudah dianggap menjalankan tugas meneruskannya sahaja
(Abdul Halim Ali, 2003 : 26).

3.0 Kesimpulan

Sepanjang pengamatan dan penelitian ternyata perkembangan puisi moden mempunyai


beberapa tahap dan berhadapan dengan beberapa isu serta tidak mudah untuk dicapai oleh
generasi penyair hari ini kerana mereka gagal memunculkan idealisme kepenyairan yang baru
dan tidak mempunyai matlamat yang jelas. Selain daripada itu, faktor sosial, politik, penerbitan
dan pemimpin memainkan peranan dalam penghasilan puisi Melayu moden pada era
tersebut. Namun wajah-wajah penyair baru yang bakal mengisi tempat yang dikosongkan oleh
penyair mapan masih samar-samar. Kini, alaf baru menunggu penulis muda dengan cabaran
yang lebih rencam dan getir. Hal ini sedemikian kerana, tanggungjawab memaju dan
memperkembangkan lagi dunia puisi Melayu moden kini berada di tangan remaja penyair
muda supaya dapat meneruskan tradisi kegemilangan yang telah dirintis dan diperteguhkan
selama ini.

9
4.0 Rujukan
A. Samad Said. (1960). Latar Belakang Pertumbuhan Sajak-sajak Melayu Terbaru. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Ali. (2004). Di Sekitar Puisi Melayu Moden. Perak : Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Abdul Latiff Abu Bakar. (1987). Puisi-puisi Kebangsaan 1913-1957. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang & Ramli Isin. (1990). Sejarah Kesusasteraan
Melayu Jilig II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarizzaman A.Kadir, (1987). Nasionalisme dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mana Sikana. (1995). "Penyair-penyair Terkemuka Malaysia : Analisis Puitika Tekstual", dlm.
Perisa No.3, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.29.
Masuri S.N. (1968). Puisi Melayu Moden. Singapura : Pustaka Nasional
Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad. (1980). Orang Bertiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (2001). Persediaan Menulis Sajak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sahlan Mohd Saman. (2005). Sejarah Kesusasreraan Melayu Moden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1978). Penglibatan dalam Puisi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Sulaiman Shamsuri, 1967. Motif Penulisan Kesusasteraan di Zaman Jepun. Mastika, Jilid 27.
10, Oktober
Usman Awang. (1982). Salam Benua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Za'ba. (1941). Recent Malay Literature. Journal of the malayan branche of the royal asiatic
society, 1-20.

10

You might also like