You are on page 1of 7

[ SULIT ]

SJK (T) SARASWATHY, KUALA LUMPUR


BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
TAHUN 5
UJIAN BULAN MAC 2019

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA


DIBERITAHU

1. Mengandungi Bahagian A SAHAJA


2. Terdapat 15 Soalan Objektif
3. Jawab SEMUA soalan

1
[ SULIT ]

4. Masa menjawab SATU JAM

NAMA

KELAS

TARIKH

MARKAH

2
[ SULIT ]

KERTAS 1: BAHAGIAN A
Arahan: Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, hanya SATU jawapan yang dipilih.
Kemudian, tandakan jawapann yang dipilih pada kertas soalan.
Soalan 1 – 15
Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada


tanggal 31 __________ dengan rasa yang bangga.
A. Mei
B. Jun
C. Julai
D. Ogos

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Penjenayah itu telah dapat ditangkap oleh polis disebabkan


__________ maklumat daripada masyarakat setempat.
A. sebaran
B. laporan
C. liputan
D. ciptaan

3. Fahmi belajar bersungguh-sungguh agar hasratnya untuk menjadi


seorang usahawan yang berjaya akan tercapai.

3
[ SULIT ]

Perkataan seerti bagi hasrat ialah


A. minat
B. mimpi
C. janjian
D. cita-cita

4. Puan Samantha bekerja sebagai jururawat di __________ .


A. Restoran Sri Aji
B. Universiti Malaya
C. Hospital Kuala Lumpur
D. Bank Muamalat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Peminat bola sepak membanjiri __________ untuk menyaksikan


perlawanan akhir __________.
A. Stadium Hoki Malaysia … Piala Pengarah
B. Stadium Darul Aman … Piala Liga Super Malaysia
C. Stadium Bukit Jalil … Piala Sudirman Badminton
D. Stadium Shah Alam … Konsert Faizal Tahir

6. Penghuni kampung itu bergotong-royong membersihkan kawasan


perumahan __________ bersama-sama sejak dari pagi lagi.
A. dia
B. mereka
C. beliau
D. kami
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. “Ahli-ahli bomba sedang bertungkus lumus memadam api marak
rumah pangsa __________” , lapornya wartawan secara siaran
langsung kepada stesen berita berkenaan.
4
[ SULIT ]

A. sana
B. situ
C. itu
D. sini

8. Wei Lun menolong ibunya __________ bakul ketika membeli


barang-barang keperluan harian di pasar tani.
A. mengheret
B. menatang
C. menggalas
D. membimbit

9. Kebanyakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu


__________ tangan untuk menunjukkan tanda persetujuan terhadap
pelaksaan aktiviti itu.
A. goyang
B. hulur
C. angkat
D. lambai

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

5
[ SULIT ]

10. Rumah banglo jutawan yang __________ itu mempunyai seni bina
yang unik.
A. mewah
B. usang
C. unggun
D. teguh

11. Pak Mat terlalu __________ akan anak tunggal lelakinya kerana
semua permintaannya telah dipenuhi.
A. rindu
B. sayang
C. benci
D. marah

12. Kerja-kerja pemulihan sungai itu tidak diambil cakna oleh pihak
berkenaan __________ masyarakat tempatan telah berkali-kali
membuat aduan di Jabatan Alam Sekitar.
A. walaupun
B. sementara
C. apabila
D. kerana

13. __________ pun boleh ambil air mineral yang disediakan di atas
meja itu selepas tamat larian sepanjang 10KM .
A. apa-apa
B. bila-bila
C. siapa-siapa
D. mana-mana

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

6
[ SULIT ]

14. Puan Salmah melarang anaknya mandi di sungai yang terletak


di __________ rumah mereka.
A. hujung
B. bawah
C. hadapan
D. pinggir

15. “__________ ambil perhatian terhadap anak-anak kalian dalam


amalan pemakanan yang seimbang” , nasihat Guru Besar terhadap
ibu bapa.
A. Mohon
B. Usah
C. Jemput
D. Jangan

You might also like