You are on page 1of 14

SK CONVENT FATHER BARRE, JALAN TIONG, 08000

SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MINGGU KESIHATAN BERSAMA

14-18 APRIL 2019

ANJURAN

PERSATUAN SAINS,

SK CONVENT FATHER BARRE, JALAN TIONG, 08000

SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

DENGAN KERJASAMA

KLINIK PERUBATAN 1 MALAYSIA

TEMA

“ JOM HIDUP SIHAT ”

1
KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN BERSAMA
PERSATUAN SAINS, SK CONVENT FATHER BARRE 2019

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini ditujukan untuk mendapat kelulusan daripada Puan Thamarai Selvi, iaitu
Guru Besar Sk Convent Father Barre dan ingin memohon peruntukan bagi menjalankan
Program Minggu Kesihatan Bersama anjuran Persatuan Sains dengan kerjasama Klinik
Perubatan 1 Malaysia. Pengisian program ini selaras dengan matlamat Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan
satu taraf kesihatan bagi membolehkan menjalankan kehidupan yang produktif.

2.0 Latar Belakang

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH, perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu


perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid di
sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Oleh sebab itu, satu program
minggu Kesihatan Bersama akan dianjurkan oleh Persatuan Sains dengan kerjasama Klinik
Perubatan 1 Malaysia. Program Kesihatan Bersama ini juga, dilaksanakan bagi menyokong
hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan “Generasi
Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan gaya hidup sihat. Program ini akan berlangsung
selama satu minggu iaitu bermula 14 sehingga 18 April, bertempat di dewan sekolah Sk
Convent Father Barre.

Para murid akan menjadi kumpulan sasaran sepanjang program ini. Di samping itu,
program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek
kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran
mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan
generasi kini harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan sejak
kecil lagi. Program ini akan menjamin kesihatan yang lebih sejahtera kerana akan diadakan
pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan mata serta ceramah tentang amalan dan
gaya hidup sihat oleh Dr.Harshini dari Klinik Perubatan 1 Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau
akan memberi pengetahuan tentang cara untuk menjauhi penyalahgunaan dadah.
Kerjasama dari semua pihak membolehkan program ini memberi impak dan faedah yang
berkesan untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan berkualiti. Pengetahuan yang
diperoleh oleh para warga sekolah dapat melahirkan individu yang sihat, bertanggungjawab
terhadap kesihatan dan menjauhi diri daripada dadah. Hal ini demikian kerana, murid-murid
yang berkualiti merupakan tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara dan
kecemerlangan negara.

2
3.0 Matlamat dan Objektif
3.1 Matlamat

Program ini diadakan untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan


kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan
seharian. Selain itu, program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada para murid,
warga sekolah dan masyarakat setempat bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

3.2 Objektif
I. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum melalui ceramah.
II. Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid
di sekolah.
III. Membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan
pembelajaran yang berkesan.
IV. Melahirkan individu yang sihat, bertanggungjawab terhadap kesihatan dan menjauhi
diri daripada dadah.

4.0 Cadangan Pelaksanaan Program

Tarikh Cadangan: 14 - 18 April 2019

Hari : Ahad hingga Khamis

Tempat : SK Convent Father Barre, Jalan Tiong Sungai Petani, Kedah

Kerjasama : Klinik Perubatan 1 Malaysia

Tema : “Jom Hidup Sihat”

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid - murid Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre seramai 530 orang murid, 65
orang guru dan 30 staf sokongan iaitu

Bil Kumpulan Peserta Jumlah


Lelaki Perempuan
1 Tahun 1 50 45 95
2 Tahun2 40 50 90
3 Tahun 3 50 40 90
4 Tahun 4 40 40 80
5 Tahun 5 40 45 85

3
6. Tahun 6 40 50 90
7. Guru 30 35 65
8. Staf sokongan 10 20 30
JUMLAH KESELURUHAN 625 orang

8.0 Ahli Jawatankuasa program


8.1 Ahli Jawatankuasa Induk

AHLI JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA KESIHATAN BERSAMA 2019

SK CONVENT FATHER BARRE

Anjuran

PERSATUAN SAINS

Dengan kerjasama

KLINIK PERUBATAN 1 MALAYSIA

Penaung : Puan Thamarai Selvi (Guru Besar)

Pengerusi : Puan Pushpa (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi : Encik Santheran (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ketua Unit Kokurikulum : Encik Tan Boei Kheng (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Puan Aini Binti Kamarudin (Ketua Persatuan Sains)

Setiausaha : Cik Rishwini A/P Sevan

Bendahari : Puan Nabila Binti Ahmad

8.2 Ahli Jawatankuasan Kerja

AHLI JAWATANKUASA KERJA PELAKSANA MINGGU KESIHATAN BERSAMA 2019

SK CONVENT FATHER BARRE

Anjuran

PERSATUAN SAINS

4
Dengan kerjasama

KLINIK PERUBATAN 1 MALAYSIA

Jawatankuasa Aktiviti :Puan Saranya


Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan :Cik Kaushalya
Jawatankuasa Peralatan :Encik Matthew
Jawatankuasa Teknikal dan Siar Raya :Encik Harvith
Jawatankuasa Persiapan Tempat :Encik Vikneswaran
Jawatankuasa Pengacaraan :Puan Sharadha
Jawatankuasa Pendaftaran dan Disiplin :Cik Hannah
Jawatankuasa Publisiti dan Multimedia :Chan Mun Varne
Jawatankuasa Buku Program :Puan Chia Ten
Fasilitator/ Penceramah Jemputan :Dr Harshini
Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata :Cik Rutthra
Jawatankuasa Makanan :Puan Lo Luk Sen
Jawatankuasa Penajaan :Encik Tan
Jawatankuasa Dokumentasi dan Fotografi :Puan Norizan

9.0 Aturcara Projek

TARIKH AKTIVITI

Gimik Pelancaran Minggu Kesihatan Bersama

Ucapan Guru Besar

Pemeriksaan Kesihatan
(AHAD)
Pemeriksaan Gigi dan Mata

Pertandingan mewarna Tahap 1

(ISNIN) Pertandingan melukis poster Tahap 2

Kuiz Tahap 2

(SELASA) Minum Pagi

5
Senamrobik

Pameran Anti Dadah

(RABU) Ceramah Anti Dadah oleh Dr.Harshini dan wakil seorang dari pusat
pemulihan penagihan dadah

(KHAMIS) Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Atur cara boleh rujuk dalam Lampiran 1

10.0 Anggaran belanjawan

10.1 Pendapatan

Rujuk dalam Lampiran 2

10.2 Perbelanjaan

Rujuk dalam lampiran 3

11.0 Implikasi

Program Minggu Kesihatan Bersama akan menggangu waktu kelas kerana aktiviti yang
dirancang ini akan berlaku semasa waktu persekolahan. Oleh sebab itu, guru harulslah bijak
membahagikan jadual waktu mereka supaya tidak menimbul masalah penembungan waktu
kelas dan tidak ketinggalan silubus pembelajaran. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini
juga guru haruslah menjaga disiplin murid-murid supaya program ini dapat disempurnakan
dan dijayakan pada akhirnya. Guru juga haruslah memastikan kemudahan seperti meja dan
kerusi, LCD, makanan dan minuman disediakan sebelum bermulanya program supaya
program ini dapat dijalankan dengan lebih lancar. Ibu bapa perlu diberi makluman awal
tentang waktu pulang murid-murid berdasarkan jadual aturcara program. Tegasnya, semua
aspek atau susunan aturcara program ini perlulah dirancang dengan lebih teliti untuk
mengelakkan kesilapan atau kekeliruan pelbagai pihak.

12.0 Syor

Pendekatan pencegahan ini adalah sangat penting untuk membanteras ancaman dadah
dalam kalangan murid-murid sekolah. Justeru, program ini adalah salah satu strategi Unit
Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha memberikan pencegahan awal kepada pelajar dan
juga masyarakat amnya. Murid yang sihat dan cergas juga harap dapat dilahirkan melalui
program ini dan aktiviti yang dijalankan selama lima hari ini akan dapat memberi kesedaran

6
kepada para murid tentang penyalahgunaan dadah kepada kesihatan. Akhirnya, Unit
Bimbingan dan Kaunseling berharap dan memohon pertimbangan daripada pihak
pengurusan untuk meluluskan cadangan program Minggu Kesihatan supaya objektif yang
ditetapkan dapat direalisasikan. Semoga semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dapat memberi komitmen yang jitu supaya program ini dapat direalisasikan
dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………..
( CIK RISHWINI A/P SELVAN) ( PUAN AINI BINTI KAMARUDIN)

Setiausaha, Penyelaras,

Program Minggu Kesihatan Bersama, Program Minggu Kesihatan Bersama,

SK Convent Father Barre, SK Convent Father Barre,

Jalan Tiong, 08000 Sungai Petani, Jalan Tiong, 08000 Sungai Petani,

Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

7
Disokong oleh, Diluluskan oleh,

…………………………………….. ……………………………………..
(ENCIK SANTHERAN)
( PUAN THAMARAI SELVI )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru Besar,
Program Minggu Kesihatan Bersama,
Program Minggu KesihatanBersama,
SK Convent Father Barre,
SK Convent Father Barre,
Jalan Tiong, 08000 Sungai Petani,
Jalan Tiong, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Kedah Darul Aman.

LAMPIRAN 1

ATURCARA PROGRAM MINGGU KESIHATAN BERSAMA 2019

7.40 pagi : Perhimpunan pagi

8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

:Ucapan Ketua Persatuan Sains

: Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

: Gimik Pelancaran Program Kesihatan Bersama

9.00 pagi : Pemeriksaan Kesihatan

8
: Pemeriksaan Gigi dan Mata

1. 15 tengah hari : Majlis Bersurai

TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN TEMPAT


14 April 7:30 pagi Pendaftaran Murid Semua murid Dewan
2019 Sekolah
8:00 pagi Ketibaan para murid, guru dan staf Warga sekolah
Ahad
sokongan
8:30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Warga sekolah
Negeri Kedah
8.40 pagi Ucapan Ketua Persatuan Sains Cik Aini Binti
Karuddin
8.50 pagi Ucapan Guru Besar Puan Thamarai
Selvi
9.00 pagi Gimik pelancaran Program Minggu Ketua
Kesihatan Bersama Pengawas
10.00 Minuman pagi Warga sekolah
pagi
10.30 Pemeriksaan kesihatan Semua murid
pagi
12.15 Pemeriksaan Gigi dan Mata Semua murid
tengah
hari

Hari kedua Program Minggu Kesihatan Bersama

TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN TEMPAT


15 7.30 pagi Pendaftaran murid Semua murid Dewan
APRIL Sekolah
8.00 pagi Pertandingan Mewarna Tahap 1
2019
10.00 Minuman pagi Semua murid
ISNIN
pagi
10.30 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
pagi
12.30 Kuiz Tahap 2
tengah
hari
1.15 Majlis bersurai Semua murid
tengah
hari

Hari ketiga Program Minggu Kesihatan Bersama

TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN TEMPAT

9
16 7.30 pagi Pendaftaran murid Semua murid Dewan
APRIL Sekolah
8.00 pagi Minuman Pagi Semua murid
2019
9.00 pagi Senamrobik Semua murid
Selasa
12.30 Majlis bersurai Semua murid
tengah
hari
Hari keempat Program Minggu Kesihatan Bersama

TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN


17 7.30 pagi Pendaftaran murid Semua murid
APRIL
8.00 pagi Minuman Pagi Semua murid
2019
9.00 pagi Ceramah Anti Dadah oleh Semua murid
Rabu
Dr.Harshini dan wakil seorang dari
pusat pemulihan penagihan dadah
12.15 Penyampaian cenderama untuk Dr.Harshini
tetamu khas
12.30 Majlis bersurai Semua murid
tengah
hari

Majlis Penutupan Program Minggu Kesihatan Bersama

7.30 pagi : Perhimpunan pagi

8.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

8.40 pagi : Ucapan Guru Besar

9.00 pagi : Penyampaian Hadiah

9:30 pagi : Majlis tamat dan bersurai

TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN TEMPAT


18 April 7:30 pagi Pendaftaran Murid Semua murid Dewan
2019 Sekolah
8:00 pagi Ketibaan para murid, guru dan staf Warga sekolah
Khamis
sokongan
8:30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Warga sekolah
Negeri Kedah
8.40 pagi Ucapan Guru Besar Puan Thamarai
Selvi
9.00 pagi Penyampaian Hadiah Semua murid
9.30 pagi Majlis tamat dan bersurai Warga sekolah

10
LAMPIRAN 2

PENDAPATAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN BERSAMA 2019

Bil. Butiran Pendapatan Jumlah (RM)

11
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa
01 RM300.00 RM300.00
dan Guru

Sumbangan Guru SK Convent


02 RM300.00 RM300.00
Father Barre

03 Sumbangan Persatuan Sains RM 50.00 RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM650.00

LAMPIRAN 3

PERBELANJAAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN BERSAMA 2019

Bi Butiran Kuantiti Jumlah


l keseluruhan

12
1 Banting 2 x RM50.00 = RM 100.00 RM 100.00

2 Hadiah Pertandiingan Melukis Tahap 1


RM 75.00
Johan 3 x RM 10.00 = RM 30.00
Naib Johan 3 x RM 8.00 = RM 24.00
Tempat ketiga 3 x RM 7.00 = RM
21.00

Pertandingan Melukis Tahap 2

Johan 3 x RM 10.00 = RM 30.00 RM 75.00


Naib Johan 3 x RM 8.00 = RM 24.00
Tempat ketiga 3 x RM 7.00 = RM
21.00

Pertandingan Kuiz Tahap 2

Johan 3 x RM 8.00 = RM 24.00


Naib Johan 3 x RM 5.00 = RM 15.00 RM 50.00
Tempat Ketiga 3 x 3.60 = RM 11.00

Jumlah Keseluruhan RM 200.00

3. Perhiasan dewan dan


persiapan tempat RM 100.00

4. Cenderamata untuk
perasmi, penceramah, wakil RM 150.00
dari klinik kesihatan

5. Percetakan buku program 10 X 5 = RM 50.00 RM 50.00

6. Wang runcit RM 50.00

7. Jumlah kesuluruhan RM 650.00

Rujukan

Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

13
Anna Jamal. (2015). Kertas Kerja Bulan Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2015 Sekolah
Kebangsaan Desa Tasik. Diakses daripada http://www.academia.edu/15635433/
KERTAS_KERJA_BULAN_PANITIA_BAHASA_MALAYSIA_TAHUN_2015_SEKOLA
H_KEBANGSAAN_DESA_TASIK pada 3 Mac 2018.

Irwan Shafrizan Ismail. (2016, Oktober 20). 1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa tema Bulan Bahasa
Kebangsaan. Berita Harian Online. Diakses daripada
http://www.bharian.com.my/node/204074 pada 2 Mac 2018.

Kementerian Kerja Raya. (2015). Sambutan bulan bahasa kebangsaan peringkat KKR 2015.
Diakses daripada http://www.kkr.gov.my/ms/node/35932 pada 2 Mac 2018.

Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Bulan bahasa kebangsaan.
Diakses daripada http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVert
SectionID=69&VertSectionID=27&CurLocation=610&IID=&Page=1 pada 3 Mac
2018.

Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan kokurikulum & Pendidikan sukan. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Norazlinda Misran. (2015). Oktober bulan bahasa kebangsaan. Diakses daripada


http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=8242 pada 3 Mac 2018.

Omardin Ashaari. (1997). Pengurusan Persatuan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar. (2014). Kertas Kerja Minggu Bahasa
Malaysia. Diakses daripada
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.my/2014/02/kertas-kerja-minggu-bahasa-
malaysia.html pada 10 Mac 2018.

Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

14

You might also like